ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label the past. Show all posts
Showing posts with label the past. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

entri 4 tahun dulu

godek2 draft, terjumpa post nih...dated 23/11/2010...ariana just turn 10mo...publish as i think it is still relevant with the current state...just a thought of mine...hope to take it positively :)

duduk2 nih teringat ariana. macamana aku risau bila dia terjatuh. rasa nak g buat mri, cat scan, xray, ultrasound, nak buat semua test to make sure she is ok. merah sikit, aku sapu krim bagi cepat baik. nangis sikit terus dukung supaya dia senyap. gomol2 dia puas2 macam tak jumpa petang karang.

macamana dia agaknya 3, 7, 10, 15, 20 tahun akan datang?ingat ker dia kat mummy dia nih?jadi apa dia bila besar nanti?boleh ker dia jaga adik2 dia?melawan ker dia?dengar kata ker?

anak2 yang degil2 tuh salah mak bapak ker?kalau ye, di mana salahnya?nak jugak aku elakkan. kalau tak, kenapa dia degil? salah kawan2 ker? kalau yer, macamana nak pilih kawan? kalau tak, kenapa dia melawan? salah sekolah ker? kalau yer, sekolah mana yang bagus? kalau tak, kenapa dia tak dengar kata?

i guess itu percaturan hidup dan dugaan bagi mak bapak. anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, belum tentu mendatangkan hasil yang lumayan. anak2 nih macam biji benih ker?kita nak tunggu hasil? atau anak2 amanah untuk kita jaga tak kira apa outcomenya. atau kita serah pada orang lain untuk dijaga, bila dah besar, bila dah tak payah susah2 nak layan karenah, ambil semula dan bolehlaa menuaikan hasil. macam tu ker?

kalau anak yang mengenang jasa ibu dan ayah yang MELAHIRKAN, taulaa dia membalas jasa. macamana pula dengan orang yang MEMBESARKAN? bagaimana pula nak membalas jasa mereka?apa hak mereka pada anak2 yang dijaga?yang terpaksa bersekang mata menjaga ketika sakit. yang melayan karenah tantrum ketika kecil. tau ker mak bapak yang melahirkan akan jasa penjaga? tau ker mak bapak bila beg sekolah anak2 dah koyak? bila anak2 takde payung ketika balik sekolah jalan kaki dalam hujan? bila baju sekolah sudah lusuh? bila anak2 pengsan di sekolah kerana demam? tau ker?

tak paham bila ada parents yang sanggup hantar anak2 dalam waktu yang lama pada penjaga. ada tuh ambil pada hujung minggu jer. alasan : taktau jaga anak kecil, takde masa untuk menguruskan rumahtangga. ada pula yang hantar pada nenek untuk dijaga nun jauh di utara/selatan. jumpa 2 minggu sekali sahaja. sayangnya. penat melahirkan tak terasa agaknya. penat mengemas lebih utama. tak rindu ker pada anak yang membesar bagai kilat dalam tahun pertamanya? sekejap dah meniarap, sekejap dah menjalar, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berlari? walau macamana canggih teknologi pun, takkan sama dengan anak membesar depan mata. itu aku tak paham tapi yang aku paham, jangan lepas nih kata mana ada emak tak sayang anak. ADA. tuh, yang buang anak merata2 tuh apa? jangan kata takde anak yang tak sayang emak. ADA. tuh yang tikam, sembelih, parang mak bapak sendiri tuh apa?

aku pun tak tau apa motif aku membebel2 nih tapi yang pasti tetiba aku emosi. emosi bila mengenangkan aku sayang pada anak tapi sayang ke anak pada aku bila dia besar?agaknya kalau aku mati, siapa yang paling merindui aku? mungkin ada tapi cuma sebulan? dua bulan?setahun? lepas tuh?



ariana dah dapat adik pun :)

Tuesday, August 27, 2013

Jiwa Mummy

harini macam nak citer pasal anak2..takde spesifik hari apa pun cuma these few weeks ariana ada habit baru..bila aku n cikgu tegur je dia jangan buat apa2 ke, tinggi sikit suara ke, masam muka kat dia ke or jegilkan biji mata dia akan cakap "yana sayang mummy/babah tau" pastu dia akan repeat n repeat sampai kitorang cakap yelah...memula aku cam oklaa, dia cakap sayang kan..apa lah salahnya..tapi kalau dah berpuluh kali repeat benda yang sama (menunjukkan dia pun ada buat perangai berkali2) kitorang jadi rimas sikitla..ada sekali tuh cikgu marah dia sebab dia pegi tekan kunci tombol pintu bilik pastu pintu tertutup. kunci bilik plak kat dalam bilik tu. sebbaik mikhail takde kat dalam. aku cuba nak umpil guna kad (hancur cc cikgu aku kerjakan. dia kata taknak pakai dah. bagus ;P) kengkonon nak buat macam masa kat U dululah..tapi tak boleh..cikgu dah berangin dah..yg yana tak berhenti mulut duk cakap "sayang babah"..sampai cikgu naik rimas suruh dia senyap..cebik2 la dia..in a way aku macam terasa gakla tapi aku pujuk yana, suruh dia senyap dulu..lgpun dia yang buat hal kan..pastu cikgu cuba guna screwdriver godek2 dah terbukak..ok, settle..

pastu aku terfikir apsalla budak nih mcm nih..then baru aku teringat..few weeks back aku pernah rotan dia, tak ingat apa salah dia..aku nak aim pampers dia, terkena bawah sikit kat peha dia..sekali jer aku libas tapi yelah, orang tengah marah, ditambah dengan penat, mungkin kudrat tu pun terlebih sikit, berbirat peha dia..pastu aku breakdown. aku nangis sebab aku sedih tengok yana kena gitu..dalam aku nangis dia datang peluk aku, pujuk aku (terbalik, sapa yang kena rotan sebenarnya nih?) lagila aku melalak..yang yana dah ok dah cuma peha still berbekasla..cikgu takyah cakapla..dia memang tak amik port aku nak menangis ke apa..dia memang gitu tau..suka train aku pujuk hati sendiri..anyway, pastu aku mintak maaf, aku cakap aku sayang dia. pastu aku pesan, lenkali kalau mummy marah, yana cakap sayang mummy nanti mummy tak jadila marah..n thats the starting point..bebudak nih kan cepat absorb..memang dia cukup alert bila kitorang macam dah mula nak marah, laju2 dia cakap sayang..n now siap pakej kiss lagi..kengkadang aku sajer jer test taknak cakap apa2..aku diam jer..pastu beria2la dia panjat kerusi semata2 nak kiss..hehehe...yana, mummy gurau ajer..

sebenarnya aku nih baran sikit..tahap kesabaran tuh kurang dari cikgu..thats y dia lagi banyak handle anak2..biar aku kemas rumah, masak, laundry..dia tolong mandikan bebudak, siapkan pakai baju..tapi makan aku handlela..cikgu jenis cepat mengalah, kalau anak taknak makan dia ok jer..aku plak jenis nak anak makan..bukan anak jer, kalau aku dah masak bapaknya tak makan pun boleh jadi amukan..selalunya kalau aku dah penat sangatla..janganla cabar dengan membuat perangai..maka keluarlah rasukan ablasa..tapi aku pun ada motivation aku..aku membesar tanpa kenal TLC - Tender Love Care..nenek bela, mana ada rasa kena peluk ke hapa..nak dengar orang cakap sayang kita laaagila tak pernah kot. kalau ada pun aku dah tak ingat..balik sekali sekala ke rumah mak/ abah pun macam tetamu jer :( so aku memang berazam nak curah segala kasih sayang yang aku tak rasa dulu pada anak2 aku..kasih sayang yang bukan hanya pada makan pakai yang diberi..yang bukan hanya monitor akademik..yang bukan hanya admit ini anak buah..eh?! aku nak anak2 aku tau yang aku memang betul sayang diorang, aku nak peluk diorang sebelum tido walaupun dah besar panjang, aku nak muka diorang light up bila nampak aku balik keje (i get this everytime :)) bukan berlari masuk bilik air sebab takut kena marah tak mandi2 lagi..aku nak anak aku sayang aku DAN hormat..bukan takut..sekian ngomelan dari aku, mummy ariana mikhail..

mode : layan perasaan




dua beradik yang penuh dengan kasih sayang

Monday, May 16, 2011

aku tak nak sama ngan orang lain buleh?!!!

sebenarnya nak ucap selamat hari guru tapi konon tak nak klise. rata2 bukak blog harini semua tajuk cam sama jer. huhu. tapi niatnyer tetap sama, nak ucap tima kasih cikgu, tima kasih banyak2. walaupun saya keje sekarang tak related langsung ngan pembelajaran saya kat U, tapi sebahagian daripada diri saya adalah hasil didikan cikgu2 semua.

Kalau nak disenaraikan terlalu banyak cikgu2 yang nak disebut. Alhamdulillah, setakat nih saya masih menjadi orang. masa sekolah pun saya seorang yang biasa2 ajer, tak pernah buat kesah (buat hal) tapi tak pernah pulak jadi best student. memang biasa ajer saya nih. nak cerita pun takde kenangan yang ganas2 seperti membuli orang, mencukur kening, bergaduh rebut kekasih lesbian, cukur kepala ala pengkid, ponteng kelas, curi keluar sekolah, pancitkan keta cikgu atau kena denda berdiri luar kelas. paling tidak pun setakat tak bawak buku jer. itupun kena denda berdiri belakang kelas jer. best jugak skali skala kena denda eh. tapi saya kena buli tuh adalaa sikit2. tapi takpe, lumrah hidup. yang miskin kena buli ngan yang kaya. eh, teremosi pulak.


Mungkin jugak cikgu2 tak ingat saya tapi saya ingat cikgu2. saya nak wish SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgi2 (aku sekolah pompuan 11 tahun tak pernah ada cikgu lelaki kat sekolah, setakat cikgu2 praktikal adalaa...) dan lecturers yang mengajar aku dari aku mula kenal sekolah sampailaa sekarang. dari aku sekolah kat tadika St. Ronan, SRK Convent Sentul 1, SMK Convent Sentul, Matriks UUM sampai UUM.


tapi yang paling special skali aku nak ucapkan HAPPY TEACHER'S DAY buat cikgu yang paling aku sayang, Cikgu Azlan Muhamad Ali merangkap cikgu cinta ai. huhu.

Thursday, February 24, 2011

harta : penting ker?


huargh....huarghhh...gila sangap takde keje. big bos takde 2 hari so NO loan will be approved, so takde keje, so surf tenet, so habis idea nak surf apa, so sangaplaa. rasa cam nak pegi tgv klcc jer. alaa, kuar awal sket then baliklaa kul 2.30. bos takde per...haa? bos second? oh, itu tak perlu dikhuatiri. dia ibarat agung yang memegang title dan bergaji tinggi tapi takde banyak fungsi. duk diam2 dalam bilik, pc ngadap dinding takleh orang intai. pelik. orang lain semua pc senget sket so senang ngadap client kalau nak berdiscuss. ntah apa yang dia bukak. porn kah?oooppppsss...


[iklan perasan]

harini admire outfit sendiri. all pink. skirt kembang-pink cair, sweater-fuchsia pink, belt-hitam, inner tudung-light pink, shawl-hitam polka dot pink, sandal-hitam beriben.

[iklan perasan habis]



tapi camna plak nak tgk movie. harini aku puasa. so bila puasa haruslaa mata, telinga, hidung semuanya pun puasa. kang tgk orang sexy2 kang, payah lak kang. takpun bau rotiboy or aunty anne's kang...menggugat iman lak. nak jalan kaki ke klcc pun satu hazab gak tuh. maka, dok opis, update blog sesikit n baca buku jelaa. nak buat filing? oh, saya tak nak bazirkan tenaga angkat2 file yang berat2 itu. biarla masa tak puasa nanti2 jer kita buat filing.


oh, harini ada orang2 dari EPF bukak booth kat opis nih. untuk update info, print statement, register i-account, enquiries. korang dah tukar penama dah? tadi ye ye o jer aku try call alan berkali2 nak ajak dia datang sini update penama. dalam kepala dah pikir nak suruh dia letak nama kita. skali member bagitau dia on pencen daa...aisehman, camna leh lupa plak nih. aku jelaa yang tukar penama. dulu takde anak, so skarang kena tukar nama ariana laa...


ada yang suggest takyah letak nama ariana dulu coz dia still under age tapi bukanker nanti dia ada guardian or duit2 untuk dia tuh akan di freeze until dia 18?so, kalau aku letak nama orang lain nanti habis before ariana 18 camna?aku slalu fikir camna kalau aku takde, sapa nak jaga anak aku nanti. n thats y aku dah siap2 belikan insurans + saving untuk dia. sebab aku rasa aku tak mampu nak adakan duit banyak selebuk sekaligus bila2 dia memerlukan nanti. mana tau nak sambung oversea ker. nak blaja dalam malaysia pun nak pakai duit. memangla ada ptptn tapi kalau mampu, takyahlaa amik. susah nak bayar balik. macam aku nih. dokla menghitung hari jer bilala nak habis hutang nih. kengkadang rasa cam nak amik personal loan plak settle ptptn tuh. tapi itu bukan makin menyenangkan. macam korek lubang sana, tutup lubang sini. pastu berlubang2, keta langgar bengkok sportrim. eh, apa kaitan.


selain tuh duit dia yang orang2 bagi aku masukkan dalam asb aku. memula aku ingat nak buka asdidik tapi kakak bank yang baik hati kata asb punya dividen lagi banyak so, later laterla aku bukak asd dia. aku tak kaya. apa yang ada sekarang, itula yang ada. pusaka? aku n zana dah berdiskusi kitorang nak survive sendiri. lagipun mak abah ada anak2 lain yang nak disumbangkan. kengkadang pikir memang sedih. macam alan, ayah dia dah cakap ok, tanah ni untuk kau, ni untuk abang, ni untuk adik. aku n zana? oh, rumah nih untuk bebudak nih? habis kitorang? actually bukannya nak sangat tapi bila dengar ungkapan macam tuh sedey worr. tak payahlaa bagitau kot. dahlaa membesar hampir keseluruhannya sendiri, so dah besar nih cariklaa harta sendiri. lagipun itu duniawi jer.


i know maybe diorang pun tersepit coz whatever they have itu harta sepencarian with their new spouse. ada apa kaitan ngan kitorang lak kan? pasangan yang melibatkan penghasilan aku n zana dah takde. so, takyahlaa eh. buat masa nih aku pikir aku akan cuba bagi lebih sket dari yang basic untuk anak2 aku. rumah, kereta yang kitorang beli tuh untuk bekalan kitorang di hari tua. at least ada rumah sendiri untuk anak2 balik beraya (fuh, jauh angan2). bila mummy n babah dah takde nanti, pandai2laa korang adik bradik bincang bahagi2kan. or kalau korang nak gaduh rebut2, mummy jual jer, korang cariklaa harta sendiri pulak. lagi puas hati tau.