ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, March 16, 2011

my PD entry


my SIL smsed me last nite saying that she's having a problem sending those pictures in PD to my email account. hmm...probably the file is too big. so, since she already post an entry of our holiday trip, you might just go there n view it as the pics are the same. nothing fancy just pics of us pooling around. haha. got what i mean? pooling? ok, tak kelakar.


on the other hand, i think i'm going to cook some dish today. lama giler tak masak. yelaa, (ni ayat nak defense nih) alan almost everyday ada tusyen as early as 8.30. mana sempat nak masak. lagipun the only day dia tak tusyen got pasar malam. everybody knows that pasar malam nite means no cooking. bila lagi nak makan benda2 yang lain dari lain kan? rajin ker nak buat nasi dagang, nasi kerabu, yong taufu, putu piring (my favourite), tauhu fa. rajin? ok, maybe ada but not on weekdays laa...come onlaa...dun tipu2 aku!(ikut tone najmi raja lawak)


tadi dah suruh mintak alan rendam ikan n sotong. plan nak masak sotong kicap n siakap 3 rasa. then tumis kacang panjang sket. takpun, masuk jer kacang tuh dalam sotong. senang. janji ada sayur kan?hehe. apa nih, masak pun nak bagitau sekampung. eh, mestila. ai kan masak sebulan sekali. mestila nak pung pang. haha. jeles.


really, itu actually antara azam tahun nih. untuk lebih kerapkan masak di rumah tapi apakan daya. unless boss kasi aku balik kul 5pm (which is supposedly laa boss. mana der kampeni masuk 8.45 then balik 6.15, boss curik masa kitorang tau!!!) then maybe bolehla masak at least yang simple2. bukan apa. kalau hari2 makan kat kedai muak gak tau. balik2 kedai tomyam. dah habis resepi dah aku nak order. kalau dia masak kari ker, masak lemak ker, masak kicap ker, asam pedas ker, boleh gak aku order pastu claim aku yang masak huargh3...

Tuesday, March 15, 2011

dunia penyusuan ariana sofia

tetiba rasa cam nak citer pasal penyusuan ariana. some of you already know that ariana only fully bf for 5 months before combine with fm. that's becos her mummy malas n lack of knowledge. sian anak mummy. i remember reading somewhere saying that we dun hav to buy the expensive fm just to replace the bm. nothing is better than bm but if you have to, just buy the normal fm will do. at least read the labels so that it contains most of the vitamins n minerals that the baby needs.


memula aku panik coz stok bm aku cukup2 jer untuk sehari. bila pam pun macam lambat sangat nak dapat jumlah yang aku nak. aku bukan anti fm cuma aku takut kalau2 ariana constipate which happens to most fm baby. pastu, aku nak carik brand yang senang dapat di pasaran. buatnya tengah emergency terlupa bawak susu ker, senang nak carik. firstly i tried enfalac A+ just becos one of my fren also bought it n her baby turns out fine. tapi ariana pulak macam tak brape gemar. bancuh 3oz pun tak habis. masa tuh dia still campur2 dengan bm. dalam sehari mungkin 1-2 kali jer fm. pastu aku try beli dulac. alhamdulillah, laju jer dia minum. aku try rasa, susu enfa tuh tawar sket n dulac tuh ada manis2 macam susu ibu sket. eh, korang tak pernah rasa susu ibu? rasalaa apa yang anak korang rasa. aku slalu rasa makanan2 dia. yelaa ntah sedap ke tak yang kita suapkan. nestum2 dia semua aku balun gak kengkadang kalau dia tak habis. tapi alan tak brapa laa. dia geli kot makanan lembik2 gitu.


ok, sambung balik. pastu seperti semua ibu2 yang terer bf maklum, of coslaa susu perahan makin menurun. dari 1-2 botol fm ke 1-2 botol bm jer. ariana mula berak keras skali skala. masa dia 5 bulan tuh memang struggle la. dah masuk 6 bulan ok sket coz dia dah mula makan. so dia menyusu pun kurang maka stok aku pun cam cukupla untuk dia di siang hari. malam n weekend memang fully bf. pastu lagi skali stok tak cukup. aku pun cam dah letih nak mengejarkan stok yang tak cukup. langsung tak semangat coz 1 botol pun takde nak buat stok. so, whatever yang aku dapat, itulaa yang aku bagi. kengkadang 2x4oz jer. kengkadang 7oz. pepandailaa makcik aku bagi ariana. alan pun takdela push sangat. dia pun nampak macamana letih aku nak melengkapkan penyusuan ariana. dia kata takpela, i have tried. next baby leh cuba lagi.


banyak silap aku. antaranya:



- tak buat stok masa dalam pantang.

- malam tak bangun pam kalau ariana tak menyusu.

- pam cuma bila rasa penuh. takde jadual spesifik.

- tak confident. kengkadang aku termiss pam kul 6 pastu bila sampai rumah kul 7, taknak pam coz takut jap lagi nak bagi ariana susu tak cukup.

- cepat putus asa.



masa dia nak setahun aku bagi lagi at least sehari sekali or dua kali coz selain tuh dia hisap2 macam tak puas. mengamuk coz susu tak banyak keluar. letdown pun lambat. pastu mulalaa dia gigit2 konon nak kasi cepatlaa tuh. pastu aku dapat susukan dia time dia mamai dalam keta jer. tu pun kena bawak jalan2 gi rumah mak ke, kedai ker, nak tido dalam keta tuh, suakan barulaa dia hisap. pastuh dia taknak dah. sekarang nih dah 3 minggu aku tak menyusukan ariana langsung. susu ada sikit2 jer tapi takla sampai bengkak susu. aku picit2 ada keluar lagi. ariana pun dah taknak dah. even dia pejam mata pun dia taknak. suakan ke mulut dia dia ketap jer. kengakdang dia gigit pastuh gelak2. sakit woo. suakan botol, bukak pulak mulut dia tuh. main2 budak tuh.


citer pasal botol susu. masa pregnant aku dah survey botol yang pro bf. so aku guna brand 1st year breastflow. nipple dia doule layer memang slow giler flow dia macam susu ibu gak. tapi bila ariana dah mula minum fm lebih kerap, aku belikan dia botol biasa yang wide neck. beli brand tollyjoy n world of cartoon. malas nak cuci puting2 double nih. pastuh cepat koyak plak tuh. aku dah tak kuasa nak ganti puting every month. takpe, botol tuh boleh simpan untuk adik ariana nanti. tapi kan, sekarang nih kan tengah heboh botol2 bpa nih. aku rasa botol2 ariana tuh bukan bpa free la...camner?mau kasi tukar semua?




botol2 ariana. ni kat rumah punya. kat bbsitter ada lagi 3.


1 lagi problem aku sampai sekarang taktau camna nak settle. ariana still taknak pegang botol dia sendiri which makan masa aku. kalau dia boleh pegang sendiri, at least masa dia tengah bertrompet tuh aku dapatlaa buat keje lain. ni tak, aku tarik tangan dia, dia tarik balik. mendepang jer. wah3, macam mem besar ko eh. takpe. belum faham bahasa lagi. nanti dah besar sikit kalau tak reti2 gak, aku selotep jer botol tuh kat pipi dia.


eh, tetiba nak ngamuk plak orang tua nih.


khusyuk tengok all england mens double ngan babah.


ini budak memang susah senyum. bukan sombong, mahal jer.

Monday, March 14, 2011

mummy and baby camwhore, babah pandang sahaja

tengah godek2 entry lama, ternampak nih kat draft dated 7 february 2011. upload jerlaa ek.






sakit badan, urat belikat lari pecut

adoi...mintak nyawa, mintak nyawaaa...pagi tadi datang lambat ke ofis coz even tengah cuti2 sekolah 1malaysia nih pun alan ada kelas tambahan tahun 6 for 2 hours from 8am-10am. my babysitter pulak ada hal for 3 days until wednesday. so earlier today i have informed my boss that i will be late probably arrive 10.30am. who knows this morning motor alan takleh start pulak. so he have to take the car and it means that he cannot be at home early. so lepas siap2kan ariana, aku pun siap then bawak dia gi ofis n alan akan amik dia kat ofis, that way i will arrive cun2 10.30 n i dun have to take halfday. sayang cuti woo. bukan banyak pun. ciput jer. pandai aku estimate. elok jer sampai ofis, alan pun sampai.


fuhh...lega. walking while carrying this 9kg little girl with a handbag full of her stuff from my house to the lrt which take about 10 minutes is NOT easy. asyik melurut jer. dahla posa lak tuh harini. nak buka posa sayang pulak. tak haus, tak lapar, cuma penat jer. from lrt to my ofis pulak takes another 5 minutes. mintak Allah cepatkan ariana berjalan. boleh pimpin tangan dia. then nanti gi shopping mall senangla.


pagi tadi nasib baik gak mood dia ok, bagi dia mekap2 buat mainan while aku bersiap. pastu bila aku dah pakai tudung, mulalaa nak mintak dukung jer. takut kena tinggal. huh, tak sempat nak kemas rumah tadi sebelum keluar. dishes pun tak dapat nak basuh. air panas pun tak sempat masak. sempat kemas katil jer. jadila. nanti balik alin buat ye yang. besok plak aku amik cuti halfday. ada hal nak settle pun. alang2 nak jaga ariana, amik cuti terus.


oh, pasal trip to PD terpaksa postpone. kamera bawak tapi tak guna, boleh?! banyak guna kamera adik ipar jer. kena tunggu dia email nanti. "ina, sila email asap k."

Friday, March 11, 2011

citer pasal rumah baru


so many things to blog but so little time. actually its not so little time but i dunno how to interprete my idea to blog into such beautiful way. i notice that some of the blogger write their pieces very beautifully. itu confirm english A++ tuh masa spm dulu. they even manage to elaborate certain things in details, telling about their inspirations and motivate others. i don't think i'm able to do that. who am i to motivate others? i'm just a not so normal person with many flaws. kalau setakat citer experience and thoughts sendiri tuh bolehla.


ok, enuf bout that. right now i'm browsing and surveying for kitchen cabinets for my small kondo which currently rent by a Jordan family. the father is doing his masters in UM and will finished in October next year. memula terkejut gakla coz we expected that he'll finished by end of this year, rupanya next year! we bought the place from somebody i knew fully furnished dengan penyewanya skali. its ok with us as we are not in hurry to get in the house. but when he informed us its end of next year, terus plan2 semua pun terkujat. aku taknaklaa paksa dia keluar since aku pun bukannya terdesak tapi rasa macam eee...bilalaa nak duk rumah sendiri nih. teringin gak nak deco2 ikut taste kita. duk rumah sewa nih nak menghias pun takde mood. nak mengecat2 lagilaa malas.


kat kondo tuh dah ada set bilik tido, washing machine, sofa, tv kabinet, dining set, kitchen cabinet, fridge, dapur gas and 2 airconds. tenant tu pulak harituh kata fridge dah rosak, 2 wall fans pun dah k.o, pastuh dia nak tukar mattress n sofa coz kusyen2 n spring2 semua dah terbonjol2. kos nak maintain macam banyak jer coz setahun jer pun dia nak pakai after that aku plak nak duduk. nak tukar fridge and fans, terpaksa tukar gak coz thats necessity kan. susah plak diorang kang tapi untuk sofa n tilam tuh aku cakap aku tanggung separuh jer coz after dia blah memang aku taknak pakai pun. sofa is the main thing yang aku nak pilih bila aku masuk nanti. tak best arr pakai orang punya. aku cakap, nanti kalau dia nak blah, juallaa kat sesapa. baik kan aku? dah aku bayar, dia plak amik untung. tapi tenant aku nih pun baik gak. dia kata kalau share, bila jual pun dia akan cut half untung ngan aku. hopefully baik betulla eh. jangan ditipu lain kali plak.


ok, berbalik pada plan aku tadi. KALAU aku masuk rumah tuh nanti, aku nak :

- tukar kabinet. aku suka dapur terang. kabinet yang ada tuh warna gelap. untuk menjimatkan kos, aku akan cat and tukar handle jer. itu tips dapat dari tenet. cara2 ubahsuai dapur dengan bajet ciput. dinding plak aku nak letak mosaic kaler2. itu lum decide lagi. here are some that i like:



- cat, pasang wallpaper mana yang perlu.

- tukar ganti lampu2 ikut citarasa kitorang.

- let go sofa, dining set, n mana2 appliances yang dah nak jahanam.

- and a few touch of new soft furnishing.

banyak kos semua tuh kan? dah alang2 nak duk rumah sendiri, memang aku target nak simpan BON aku tahun nih. tapi Allah lebih mengetahui kan. bila tenant aku tak jadi kuar tahun nih, at least aku leh simpan lebih sikit termasuk BON tahun depan. plus, ada something yang membuatkan bajet akan pecut lari kalau betul dia kuar tahun nih. itu citer lain.

so, buat masa nih i'll just be satisfied with what i have lagipun anak baru seorang, bilik 2 nih cukupla for our small family. baby steps orang kata. nanti ada rezeki, beli rumah atas tanah pulak. or maybe settle down kat kampung teruss. erkkk...alaa...taknak boleh tak?

Thursday, March 10, 2011

(-_-*) (-_o) (o_o) \("--")/


haha. comel tak tajuk aku tuh? sjer nak menunjukkan bakat yang takde. ngantuk giler. bila nak pukul 6.30 nih. nak baliiikkkk. malam tadi ariana demam lagi. dah masuk 2 hari sebenarnya tapi demam dia on off. siang dia kurang panas sikit maybe coz dia pun aktif jer. tapi bila dah mula malam, panas dia naik. malam tadi up to 39.8! masa tuh baru lepas maghrib, ariana pun baru lepas menyusu. aku pun bagilaa paracetamol. then tetiba dia muntah atas alan. angkut dia masuk bilik air, then dia nangis2 sebab kena mandi air sejuk. yelaa...temperature pun dah tinggi sangat tuh, memang kena cool it downlaa kan. nangis pun nangisla.


tapi bila dia makin nangis, dia muntah lagi. angkat dia dengan towel, muntah lagi, habis baju aku. dah mak bapaknya tinggal sehelai sepinggang jer nguruskan anak. pastu mandikan lagi. pastu angkat dia ngan towel lain plak. sambil tuh alan mandi. elok jer baringkan dia, dia kencing plak atas tikar getah dia. habis lencun blakang badan sampai ke rambut2. mandi lagi skali. last2 aku balutkan ngan selimut dia, suruh alan dukung dia until dia cool down coz selagi tak cool down, selagi tuh dia akan muntah2. sian aku tengok. habis semua susu keluar. sampai dah takde apa leh kuar, muntah dia jernih jer. rumah toksah citerla. dari tikar, sofa, karpet, cadar, bantal, selimut, baju2 aku, alan n dia semua kena muntah. celah2 parkir pun ada. haiz.


pastu bila dia dah cool down, barulaa dapat pakaikan baju. pastu check temperature dah turun sket. n because paracetamol ada dekat 3 botol dalam rumah, aku tak bawak dia ke klinik coz we have been faced this situation before. the solution is the same. makan ubat, pakai baju nipis, lap2 badan, letak kain atas kepala n monitor temperature. ada kat archive, dalam bulan may kot. cariklaa eh. malas lak nak letak link. pastu aku bancuh air asam jawa pekat2. aku pupuk kat kepala dia coz asam jawa is cooling agent. bila kering, letak lagi. Alhamdulillah, before tido dia dah tak demam. tapi at 3 am dia merengek2. aku bangun bancuh susu then check suhu 38.5. aku bagi ubat, then letak lagi air asam jawa. lap2 sket then biar dia tido. aku bukak stokin dia biar panas keluar. baju pun aku pakaikan singlet jer. tapi seluar panjangla. they said that panas akan keluar dari belakang n tapak kaki. thats y belakang badan akan berpeluh2 kalau suhu mula turun. ye ke doktor? (ada sesapa doktor kat sini?)


apalaa yang nak jadi kat ariana nih. i mean selalunya bebudak demam nak jadi something kan? maybe nak start berjalan kot. or maybe nak tumbuh geraham. uiii...sakit woo...sian anak mummy nih. hopefully ariana can fully recover as soon as possible coz otherwise, kat PD nanti kita duk bilik jerlaa...tak dapat nak main pelampung ngan sand toy yang mummy beli tuh. cepat baik ye sayang.

Wednesday, March 9, 2011

baju coklat bunga2 putih, skirt labuh coklat

haaa...amik...seminggu tak hapdet, skali update aku bagi 3 entry terusss. menderu2 aku upload gambar. aku nih kalau takde gambar, tak reti nak citer camna. selalunya merapu2. pastu member aku yg chinese2 baca pun pening. hi eve! hehe. haa tengok, kan dah lupa nak taip apa. jap aku try reverse memory aku jap.

tet

tett

tettt

ting!

uii, jauh tul reversenyer. haa...actually aku nak citer benda2 biasa jer. life aku bukan happening sangat pun nak citer yang vavavoom. tadi aku baru balik dari klcc buat kali ke2 dalam minggu nih. semalam pegi sana carik swimsuit for ariana. bawak balik acu-cuba-try-test kat dia besar sangatla plak. so tadi pegi tukar. tapi tak tukar saiz, aku tukar item terus. saiz dia takde. aku tukar amik pelampung bentuk mushroom. suker3!!! dah lama bebenor aku carik mendalah tuh. dulu masa g sunway jumpa yg bentuk keta jer. tak cunnn. ariana girl, tak best arr duk dalam pelampung keta.


oh, lupa nak bagitau. nih yang aku sibuk2 carik swimsuit, pelampung bagai coz weekend nih plan ngan family alan nak gi pd. overnite kat sana. family aku dari kl, mertua, ipar duai n anak2 buah, gerak dari melaka. jumpa kat sana jer. (ina, kalau ko baca nih, sila konfem secepat mungkin ko nak ikut ke tak eh...n plis turun kl. takdenyer akak nak amik ko kat tanjong malim sana-kakak ipar garang nih). aku tak amik cuti pun. pegi sabtu, balik ahad. cukupla. lagipun aku nak save cutila. ni baru bulan mac. kang kot2 nak pakai cuti untuk emergency kena unpaid pulak. i tak nak k.


haha. tadi borak2 ngan colleagues, start dari minggu lepas, sekor2 mc. nih harini pun ada yang mc. diorang tunggu aku dengan tutt jer belum. tapi memandangkan tutt takkan amik mc berdasarkan rekod cemerlang dia selama 8 tahun, mungkin aku yang akan amik. eh, taklaa...tak sakit buat apa mc kan? mc pun kena simpan worr. mana tau cuti habis, anak or bapak anak tak sihat, kena amik mc jaga orang sakit kan?hehe. okla, tu jer nak merepek harini. kalau aku rajin nanti up lagi k. chow hock kin cin cau


p/s : tajuk takde kaitan ngan entry. itu cuma outfit aku harini.

Monday, March 7, 2011

kisah ini budak

dah lama tak cerita pasal ini budak...budak yang perasan macam dah besar sangat padahal berjalan pun pegang2 dinding lagi...budak yang suka landing kat dinding pastu tetiba melorot jatuh ke sisi...budak yang suka tiru apa yang babah ngan mummy buat...makan memilih nak yang orang besar punya...yang suap dengan sudu kecik dia taknak...suap ngan tangan or sudu besar baru dia nak...budak yang buat mummy dia terjerit2 tiap kali laju merangkak ke bilik air, hulur2 tangan bawah pintu bila babah tengah mandi...oooppppsss...tido taknak bantal kecik...mummy kena bungkus semua bantal2 kecik dia...dia nak bantal orang besar...lagi tinggi lagi best...especially bolster orang besar...syok wooo....panjang jer...golek2 mana pun kepala tinggi...dia jugak suka main remote...paling best bila tekan power bila mummy n babah tengah khusyuk tengok tv...makan masa gak nak hidupkan...lagi2 kalau tengah part klimaks tuh memang confirm mummy jerit...tapi budak nih suka bila mummy jerit...



oh, another favourite is talking on the fon...dia tau fon tuh supposedly pegang macamana, letak kat mana...dia paling suka bila mummy bukak sound recorder suara babah...pastu dia pun buat2 macam tengah borak ngan babah...sian dia, rindu babah lerr tuh...dia jugak suka landing sandar2 kat sofa macam orang besar...sebab babah dia pun suka landing kat sofa macam tuh...itu favourite spot babah...mummy suka duduk belah sini...


kalau dia buat salah, dia tunjuk jari (macam orag cakap aiyok tuh) buat2 tak bersalah...bukan yana yang bersalah, mummy n babah yang biarkan, sapa suruh...hehehe


budak nih jugak suka ikut mummy pakai cekak...dia pakai sendiri...walaupun cara dia pakai tak betul, tu tak kisah asalkan nampak macam mummy...oh, mainan yang sepah tuh bukan dia yang sepahkan tapi mummy dia yang teraburkan...nak kasi dia leka main...bukan apa, sebab mummy taknak yana sepahkan barang2 lain, mummy rela kemas mainan yana...senang jer, campak masuk bakul...

oh, this is another one her favourite things to do...to do bukan to drink...dia suka minum air especially dalam botol special yang mummy beli tuh...tengok tuh, siap tonggang2 pastu nanti tersedak2...pastu habis berhambur meleleh kat baju...dia tak nangis, dia sengih2 jer...kalau botol penuh, habislaa basah semua...pastu dia tonggah kat lantai pulak...kengkadang mummy tak bagi dia minum air sebab taknak dia buat sepah...pastu dia berak keras, baru mummy realize harini lupa bagi minum air...haiz...




sekian kisah budak yang perasan besar...oh, dahi dia memang jendul n rambut depan yang segan nak tumbuh lagi menampakkan kejendulan...jangan risau, dia sihat...takde penyakit kepala besar mahupun besar kepala...insyaAllah...

weekend punya cerita


jumaat lepas dalam kul 11am camtuh, suddenly dapat call dari makcu...dia mintak amik ariana coz dia nak balik kampung...ayah dia meninggal dunia, eksiden...innalillah...opah aku pun nak pegi tengok jugak so, takde sapa leh jaga ariana...aku call alan tanya camna? sapa nak amik ariana nih...aku susah sket coz takde keta...rumah makcu dalam kampung, kalau amik cab time solat jumaat lagi payah...so, alan kata dia pun amik cuti, amik aku kat ofis then terus amik ariana...masa aku sampai, makcu dah bertolak balik kampung...ariana melalak2 coz tak biasa dengan pakteh aku...tersedu sedan dia...


pastu kitorang straight balik rumah...pastu tetiba alan ajak balik melaka...tusyen apa semua dia cancelkan...dia kata dah lama tak balik lagipun dah ada peluang balik awal nih, dapatlaa lepak melaka lama sket...sementara tunggu solat jumaat selesai, aku pack barang2...sib baik gak opah bekalkan aku nasi ngan ayam kicap...takyah masak...lepas makan dalam kul 3.30pm kitorang bertolak balik melaka...siap angkut cadar2, kain baju kotor nak basuh kat sana...


sampai ngam2 before 7pm coz kitorang singgah mcD beli bubur untuk dinner ariana...malam tuh ayah belanja semua makan ikan bakar kat medan ikan bakar muara sungai duyung...syiokkkk...lama tak makan fresh seafood...order ketam masak cili 4 ekor, siakap 3 rasa 2 ekor, sotong goreng tepung 2 kilo, udang goreng kunyit sekilo, air buah 3 jag, nasi lemak 12 bungkus, makan untuk 7 dewasa, 3 kanak2 (tak termasuk ariana) dalam RM200.00...oklaa kan? sory, gambar takde coz tengah syok meratah ketam mana ingat nak snap2 gambar...habis merecik2 kuah cili ketam kat tudung ngan baju aku...betapa menikmati!


oh, melaka adalah saaaangat panas...mandi tak cukup 2 kali yer...rasanya every 2-3 hours kena mandi...kengkadang aku menahan lekit sampai nak masuk zohor baru mandi skali harung...sib baik bilik aku ada aircond...legaa...tapi takkan nak on aircond jer 24 jam kan...ngamuk pak mertua aku tengok bil letrik nanti...tapi masa ariana tido siang, memang kena pasang...lena....3 jam tido tuh...mana tak lama...cuba tengok camna babah dia tidokan anak tu haaa...siap tekup telinga anak ngan tuala+bantal tak nak bagi dengar bunyi2...pastu dengan aircond, dengan selubungnya...fuhhh...syiookkkk...kalau tak sedar diri, aku pun nak join!!!

nih gambar tido malam pulok...sajer tepek sini...

kesian babah...



nowadays alan mengajar tusyen every weeknite except tuesday. pagi pun ada tapi monday n thursday jer coz sometimes dia ada kelas tambahan tahun 6 or latih budak badminton. sian alan, penat kerja. this pic was taken last thursday after alan balik dari mengajar tusyen. sian alan penat dari pagi kerja sampai ke malam. ariana pun macam rindu2 ngan babah dia. tengoklaa tuh. babah dah tergolek kepenatan, dia leh landing2 usik babah dia nak ajak main. ariana memang macam nih. kalau tido, memang dia carik badan babah dia nak landing. atas buku lali pun jadi. sedih pulak tengok gambar nih. tapi kalau tak buat tusyen, taklehlaa nak merasa beli benda2 kehendak pulak. alkisah kan gomen susah nak dapat big BON and increment.