ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, March 14, 2012

apa yang penting, kerjasama...

hola mi amor!!! seronok weh cuti 4 hari...eventhough takdela buat apa sangat pun. menghabiskan duit jer...orang tgh feeling kayo, ginilaa jadinya...duit belum dalam tangan, dah gigil2 nak pegi shopping mall...aku dah perasan dah sindrom nih slalu menyerang bila nak dekat2 announce increment n bon...jangan takde sudah, haa kalau tak, lepas tuh melopongla kau nak menyimpan balik...


last weekend aku telah berjaya mendapatkan lebih separuh dari barang2 dalam list to buy aku. tapii yang siotnya tubing set untuk pump spectra 3 aku tuh makan rm70!!! mahal tuh...memang siot tullaa sapa yang kebas tuh...dulu aku beli dia bagi extra tubing set tuh rm20 ke rm30 ntah tak ingat sebab beli skali ngan pump. now kalau beli asing memang harga tuh katanya...apa nak buat, dah nak guna kena gaklaa beli...selain barang2 dalam list tuh aku ada gak beli benda2 tambahan (as expected laa kan) almaklum bila dah kat sana baru nampak. alang2 belilaa skali. baju baby yang tak plan pun beli gak sikit sebab tak tahan comel sangat. 3 pasang jer pun. other than that beli sikit toilettries ariana yang memang murah. liquid cleanser for bottles tuh 2 pek refill cuma rm22 jer. which selalunya 1 pek rm17.90. aku beli 1 set jer coz barang banyak tak larat nak bawak. penuh trolley n stroller. yang buat nampak penuh sebab aku beli nursing pillow tuh.


oh, we bump into a few couples from our uni. funny n strange when we see ourselves with the lil ones. hehe. i also manage to meet up with my best bud nonie sekejap. itu pun tak dapat lama2 coz masing2 kejar masa. lepas jer habis meround (lantakla ayat broken eh) terus carik tempat makan. dah kebulur bebenor dah. makan kat SR jer. dah tak kuasa nak survey2 carik tempat makan. janji kenyang. boleh pulak aku tertinggal diapers ariana dalam keta. sudahnya masa makan pun kelam kabut coz ariana dah mengamuk2 tak selesa n ngantuk. nasibla dapat meja paling hujung nun kat dapur. habis disepah2kannya nasik kat lantai. hulur piring kek, terus senyap. habis makan, cikgu dukung kat bahu tak sampai seminit dah tido. terus kitorang gerak balik, tukar pampers pun dalam keta jer. tak sempat nak round2 MV. memang semata2 pegi exhibition jer. habis gakla dalam 600++. gambar2 barang aku beli nanti2la aku upload eh.


on sunday pulak memang tak kemana2. we spent our day doing housechores and the rest lazing around in d house. masak pun kueyteow goreng jer ulang sampai malam. dasar bini pemalas. nasibla dapat husband yang tak cerewet. petang pulak hujan. 3-3 beranak tido. ahhh...heaven. on monday n tuesday memang aku dah apply cuti coz rabu (today) alan pergi kelantan bestfren dia kawin. at 1st plan aku n yana pun ikut but then doc tak advise untuk aku travel jauh2. so, aku amik cuti tuh nak spend masa dengan mi familialaa konon biar ariana tak rasa sangat babahnya takde nanti. takde makna ok. isnin tuh aktiviti penuh berulang ke klinik ajer. dah aku pun belum decide nak bersalin mana, aku pegi jelaa checkup kat dua2.


pagi kul 7.30 aku pegi klinik ibu anak. kul 11am baru settle. itupun interview jer dulu. semalam sambung lagi jumpa doc pulak. rabu minggu depan kena cuti lagi nak buat blood test pulak. Almaklum, klinik gomen kan buat thorough checkup. harusla complete n makan masa. kat Al-Islam pegi isnin petang jer. just untuk scan n cukupkan syarat checkup kat sana in case nak bersalin kat sana nanti. selain faktor masa, yang lain tuh kira oklaa...jimat pun iye coz all the test buat kat gomen, Al-Islam copy result jer. scan kat private, gomen copy result scan. sangat bekerjasama kan...hehehe...aku setelkan skali hal2 bank apa semua. petang selasa baru free sikit. tapi pegi pavi jer carik baju baby n hadiah kawin. kan aku kata tadi sindrom asek nak shopping sedang melanda. lagi2 bila dah confirm gender baby. yahoo. seronok, tak perlu nak teka2, pikir2 nak beli baju apa. oh, n gud news is dr. ros kata 90% chances uri naik atas balik. so, kemungkinan nak bersalin normal tuh ada. double yahoo. and tak perlu continue ubat ventolin n utrogestan tuh dah. cukupla dengan vitamin biasa jer. triple yahoo. lagipun aku memang liat makan ubat plus ubat tuh mahalll...jimat lagi di situ. nice.

Thursday, March 8, 2012

Gomen or Prebet?

aku tgh dalam dilemma nih. dilemma yang sama masa 1st pregnancy dulu tapi lebih tension. pasal nak pilih beranak mana. kan aku dah dismiss checkup dengan Dr. Rahman so sepatutnya aku kena pegi next checkup minggu depan. tapi taktau samada nak pergi private kat Al-Islam macam dulu atau nak try checkup kat hospital gomen. dulu mind dengan hati aku memang tertutup habis dengan hospital gomen nih becoz of my previous experience masa gugur 1st time dulu.


sebelum apa2, aku nak mengaku dulu yang aku nih cembeng. means aku mudah menangis. takleh sakit sikit, penat sikit, terasa sikit mudah jer aku melalak dan trauma. tapi nak pujuk balik senang jer. just bagi kata2 perangsang, aku ok dah. :P tu pasal aku dapat husband yang tak naik suara tapi bila dia marah (diamkan diri) aku dah meleleh2 air mata. kengkadang aku jer yang over. dia tak peluk cium pun aku nak sedih2. eh, melalut pulak.


ok, so aku ada borak2 ngan few frens yang bersalin kat gomen and private hospitals. kata diorang sayang duit bayar ribu2 kat private padahal sakitnya sama. duit tuh boleh buat benda lain untuk baby gak. beli barang best2 ker, buat kenduri aqiqah meriah sikit ker, pergi bercuti ker. ok, aku mula terfikir2 betul jugak kan. duit Bon yang bakal aku dapat nanti mungkin tak banyak mana. mungkin cukup2 bayar bil hospital n buat bayar hutang kredit kad sikit. tang mana nak pegi jalan2 bercuti semua kan? nak harap cikgu dapat Bon, memang takla kan. gaji bulan2 tulaa nak buat belanja hari2. TAPI aku jugak amat mementingkan pendirian aku yang teramat2 malu taknak doktor lelaki masa bersalin. eh, malu aih kena seluk, kena jenguk kat bawah nun. alangkan Dr. Ros Al-Islam dulu buat pap smear kat aku pun aku duk terkepit2, inikan pulak doktor lelaki. eh, laki aku pun tak tengok down there tau.


pengalaman aku bersalin kat Al-Islam dulu sangat best. dari doktor, keselesaan, layanan, makan, nurse, nursery, dah nama pun private takde apalaa nak komplen. cuma sediakan duit jelaa. and aku stay sana 5 hari until aku sendiri rasa dah cukup kuat untuk bergerak ke sana sini. coz mak aku takleh nak attend aku 24/7 kalau kat rumah. masa berpantang dulu pun dia mandikan baby, siap masak, then keluar buat hal dia laa. kata "datin", banyakla urusan dia. nasib baik masa tuh baby sorang. itupun dia yang duk bancuh formula bagi kat ariana time dia jaga. adoiyai. so, kali nih kalau c-sec lagi kat gomen 3 hari dah discaj, ngan ariana yang melasak, camna aku nak survive jaga baby sensorang agaknya? 2nd n 3rd day still seksa nak bangun duduk ok. kenapa aku kata c-sec? uri aku masih dibawah. not at critical stage but still, i have to be prepared for the worst walau aku nak gak merasa bersalin normal pulak kali nih.


kalau hospital gomen, aku rasa aku prefer hospital selayang dari HKL despite that dulu aku pernah dengar kes baby terkerat jari masa nurse nak potong bandage. adoi, ngeri. n aku tak expect nurse n doc duk kelebet aku 24/7. cuma aku NAK sangat kalau boleh doktor perempuan SAHAJA yang attend aku. n no doktor pelatih lelaki yang kejap2 nak belajar seluk/jenguk. n baby aku dijaga dengan baik kat nursery n husband boleh teman aku masa bersalin. itu jer. banyak ke request aku nih? agak2 boleh tak diorang provide?


one more, bila aku buat comparison nih kengkadang aku rasa macam aku a little bit selfish and pilih kasih. selfish sebab aku kesian gak kat cikgu nak kena bayar ribu2 (walaupun sharing) sedangkan kalau gomen, dah confirm free. dulu masa ariana, semuanya tip top. duklaa belai perut setiap hari. cikgu pun rajin layan bercakap dari dalam perut lagi. tapi kali nih aku siap consider nak jimat2 duit, baby A pun duk dengar aku jerit kat kakak yana jer. nak nyanyi2 kat dia pun cam tak sempat. cikgu plak balik tusyen dah penat. setakat gosok2 perut jelaa nak amik hati bila aku tanya tak sapa baby ke harini? tapi bukanla bermakna aku tak sayang dia or this is unplanned pregnancy. NO. aku memang nak baby lagi. and baby A arrive at the right time. cuma dari segi environment jelaa yang berbeza kot. in case u're reading this sayang, mummy sayang semua anak2 mummy k.


so, korang camna plak buat pilihan? please dun say tepuk dada tanya selera coz i dun have the right answer as this is only my 2nd baby to be delivered. i need solid reason WHY I HAVE TO CHOOSE xxx. things like that. please2 help me. ur experiences may give me an idea on how to make decision, fast!


p/s : mujur ada kakak yana duk "tepuk2 adik" suruh tido n nyanyikan lagu Lailahaillallah... :)

Wednesday, March 7, 2012

Baby A shopping list

sabtu nih dah plan nak pegi maternity and baby fair kat midvalley. just what i need. memang dah lama tunggu fair camnih. macam2 nak beli. from my previous experience, fair macam nih lebih fokus kepada breastfeeding tools, nursing attire, diapers, baby foods, bottles, toilettries, beddings, insurans/stemcells services and show/contests. mostly from local stores or online biz. not so much on baby gear, baby clothes. but fret not coz there's always jusco nearby to search for such things. besides, for this 2nd baby, most probably baby A will need just a few new pair of clothes. kakak yana punya ada, kita jangan membazir. kalau lain gender, kita tambah sikit2 sudah.



i want to look for spectra3 tubing set since mine ada orang dah sorok/buang. i left my machine and pump in a bag in our store room at the office. where my other colleagues also pump there. but i suspect somebody that has nothing to do with breastfeeding yang buang/sorok. my office only has less than 15 staff. and ada 2 puak. so, if i exclude my clan, there's only 2 person that are potential to be the suspect. takpe, mudah-mudahan dia aniaya aku nih, murah rezeki baby A dengan susu yang melimpah ruah. amiin.



other than that nak carik nursing pillow, a few feeding bottles, nipples for 1st year breastflow bottles, baby sling, breastpads, new bedding set, diapers and formula for ariana (if its on sale), ice cube tray with lids, barut, bathtub (the old ones already at the bbsitter's) and other things that is essentials that i missed out in my current list (sure ada punya). baby gear tak payahla. pakai jer apa ada. rocker, stroller, playpen, carseat memang beli yang unisex colour so no problem there. tengok2 balik list nih banyak jugak benda baru nak beli (read : kopak jugak). kalau tak cukup budget, i might beli yang penting2 dulu. cannot splurge so much as we are still be going for checkups and the most important, the hospital bills itself. pheww...hopefully murah rezeki hujung bulan nih...

WW : baru ada sekeping setiap satu


Tuesday, March 6, 2012

SQS and SAS

read about SQS (Silly Question Syndrome - where some or most people ask question with obvious answer or they just simply asking for pelempang) in maria elena's blog recently. but now i wanna share about SAS - Silly Answer Syndrome. sorry maria, i pinjam terms u kejap.


this is when your answer has NOTHING to do with the question. or senang citer, salah paham soalan. it happen quite frequent to me lately. then after seeing the other person terkulat2 with my answer n nodded n walk away, baru tersedar "oh, maybe she means......" but its too late to explain. so, malu sendiri jelaa n hope that the other person didn't make jokes about you behind your back. ahh...terang panjang2 pun susah nak explain. i might just give you some examples, senang paham kan?


Situation A


background : dulu pernah beli daging at this pakcik harga rm6.80 but was returned balance of rm3 n that pakcik buat2 bz layan customer lain. i stood there clueless tapi dia lagi pandai. end up i walk away sebab nak mintak doposen macam segan depan orang ramai tuh. but still, tak patut dia buat gitu tau. so, on 2nd visit, dah amik2 daging, timbang. oh, before that i get discount almost everywhere. sayur rm16.50 dapat rm16, buah rm16 dapat rm15, ikan rm23.80 dapat rm23.


anak pakcik : rm6.70 dik. cukupkan rm7 yer.

anon : eh, kenapa saya pulak nak kena bagi lagi tigaposen? patutnya abangla.

anak pakcik : taknak? takpe, 6.70 pun boleh

anon : err...mana2laa...*dah blurr n malas argue*

but at the same time dia potong secebis daging n letak atas penimbang. bila aku dah bayar rm7 n blah, aku pikir balik, dia nak suruh aku BELI cukupkan rm7. bukan mintak aku BAGI tigaposen. apadaa...tulaa, dalam otak dah set. dulu pakcik nih tipu aku. now dah termalu sendiri.


Situation B


background : short conversaton while waiting for the lift with someone from other dept about anak2.


dia : dah brapa bulan nih?

anon : almost 6 months

dia : boy ke girl?

anon : probably *******

dia : oh, dulu tuh girl ke boy?

anon : girl

dia : oh, kakak umur berapa?

anon : 31 end of this year.

*bunyi cengkerik*


then dia angguk2, pastu terus shut n walk away. pastu baru aku terpikir, apsal dia tanya umur aku? ooppppsss...laaa dia tanya umur ariana daa...ciss...nak explain pun dah terlambat...



this syndromes runs in the family. yang paling terjejas is my sister, fatin. until at one point we all macam risau camna dia nak jawab exam coz she tends to complicate the question with complicated answers.


Situation C


background : aku dah tergopoh2 lambat nak pegi keje. dalam gopoh aku panggil dia. dia pulak baru bangun tido. still mamai2 tapi sama gopoh gak.


aku : bedak mana, bedak?

fatin : yang besar ke kecik? *sila imagine muka kitorang yang sangat gopoh nak cepat*

aku : bedaklaa...

fatin : yelaa, yang besar ke yang kecik?


*aku rasa ada 1 saiz jer dalam rumah nih. ada 2-3 ker?*


aku : err, yang besar!

fatin : yang besar takde...

aku : yang kecik?

fatin : yang kecik habis...*jawab dengan muka tak bersalah*

aku : what the *&%#$ buang masa aku jelaa!!!! jawab jelaa habis!!!!


and that jokes still being around until now.


Situation D


background : kat carporch approaching the car


fatin : mama, mama nak bawak kak hos (our maid) gi check up eh?

datin : ha'ah

fatin : kak hos ikut tak?

datin : kamu nih, apa punya soalan? bla bla bla*marah* (sila faham mak aku kurang sense of humor)

fatin : (still have the nerve to talk back) takdelaa, manala tau kot2 kak hos takyah ikut...mama pegi sorang blablabla...

datin : *loss word*


Situation E


background : dalam keta balik dari openhouse rumah paktam. paktam is datin's younger brother but they all call him "abang".


fatin : mama, paktam tuh adik mama ker, abang?

datin : (seriously, aku tak salahkan fatin) baru sekarang kamu nak tanya? pung pang pung pang *marah*

fatin : (n seriously, kalau aku kena macam tuh, aku dah diam dah. but no, fatin is fatin. still nak explain) takdelaa, kan mama panggil dia abang. manalaa tau kot2...blablabla (aku dah tak dengar dah apa explanation dia) mama nih, itu pun nak marah...blablabla

datin : kamu tuh yang *&^%$*



ok, tak perlu tau apa mak aku cakap tapi thats my sis, fatin. having SQS and SAS...datin pulak having PMS...hahaha


oh, and one more...instead of "hijau pucuk pisang", fatin call it "hijau anak pokok". nice

Monday, March 5, 2012

sil's engagement

thats it! i've had enuf waiting for the rest of the pic. kang simpan lama2 basi pulak citer nih. so i post this entry with whatever i have in my possessions. yepp, 2 keping ajer as the rest was repeated or blurred due to my ancient camera. must.get.a.new.one.pfffttt....



so, the engagement took place at my in laws in melaka on 26th feb. Alhamdulillah everything went smoothly. makanan cukup, goodies bag cukup, desserts were flooding on d table coz some of the guests brought something to be shared. besides bubur kacang terigu, kuih talam and cakes theres's kuih bakar cempedak, kek batik, apam gula hangus, wajik durian, muffins, kuih bakar daging, kuih koci, serimuka, apam polka dot, nyummmm...this mummy has never been happier sitting in d kitchen :)







Thursday, March 1, 2012

mint green it is

ok, nak gedik2 kejap pasal raya tahun nih. berkobar2 padahal puasa pun belum lagi. hahaha. ok, not funny. selalunya aku n cikgu gilir2 pilih tema kaler. 1st year aku pilih kuning, then dia pilih hitam, then peach, then grey and this year aku pilih mint green. simply becoz i already have a pair of embroidered chiffon kaler mint green in my hand. selalunya aku pilih tema pun gitula. kain apa yang belum buat baju lagi, kaler itula yang aku pilih. well, u can see our difference choice of colours. cikgu suka pilih non-colour (eric leong kata black, white n grey is not colour) meanwhile i like colourful choices. next year cikgu dah chop kaler brown pulak. boring. over kan. raya tahun nih pun belum. tak kisahla. yang penting we have each other as a family.




but the most exciting part is there will be 4 of us this year. tak sabar nak pakaikan baby A baju kaler hijau altho by that time dia mungkin less than 2 month old. tak kira, nak gak. so, masa gi amik baju tunang sil kat tailor, aku dah pun hantar skali kain nak buat baju raya. 2 pasang jer. hantar skali ngan baju contoh coz irrelevant pulak nak amik ukuran mak buyung nih kan. buat baju kurung sudah. easy n definitely boleh muat pakai. kang nak buat kurung moden whatsoever sendat pulak. naya jer.




well, these are the shades of mint green that i googled. i punya yang i enlarge tuh. so, tinggal nak carik baju kebaya untuk ariana, baju melayu untuk cikgu n cute romper for baby A. baby takyah bertradisional dulula. tecit lagi. for ariana, since i saw ladynoe dressed her doter in kebaya nyonya cam comellaa pulak. tambahan ariana pun dah boleh berlari. but harga kebaya siap for kids mahal gakla. kat ampang park last year they sell about rm129/pair. mak aih. nak pakai kejap jer kot. sapa tau mana nak carik kebaya nyonya for little girl with price less than rm100? btw, whats your colour theme this year?




Wednesday, February 29, 2012

sebab

harini keje banyak sebab semalam mc.
pening kepala sebab last weekend majlis bertunang adik ipar.
penat sebab jadi orang kuatlah konon.
tolong chep rewang sebab tak cukup kaki tangan.
lauk semua masak sendiri sebab mertua nak muai (puas makan).
tolong jadi eric leong touch up bilik pengantin sebab ai suka buat keje2 gitu.
ai jadi mak andam jugak sebab adik ipar kata ai pandai mekap.
actually takla pandai sangat tapi sebab adik ipar memang bukan jenis bermekap,
maka mekap ai yang lite2 tu pun ok katanya.
entry majlis bertunang later sebab gambar tak cukup.
tapi nak up entry jugak sebab tarikh rare, rugi tak buat entry.
sapa yang birthday harini, lehla celebrate kaw2 sebab lepas nih 4 tahun lagi baru naik setahun.
selamat hari jadi pada semua yang berkenaan.

WW : tilam punya besau, dalam bakul gak ko nak tido eh...eleh, tido tipu2...macamla mummy tak nampak



Thursday, February 23, 2012

rajuk yang tak sudah

dah 2 malam tinggal aku ngan ariana kat rumah. alan tusyen, my sil keje shift petang. n 2 malam ni jugakla aku kena buli dengan anak sendiri. rasa nak merajuk pun yer. nak buat apa pun tak boleh. kena duduk mengadap dia jer. bukan dia main pun. dia merengek2 katanya nak bilak (berak) tapi takde meneran pun. puas aku ajar meneran tapi dia tetap merengek. merengek takkan dapat keluarkan tinja sayang. aku taknak biasakan "tolong" dia berak coz takut itu takkan menguatkan otot duburnya untuk meneran sendiri. aku kan memang jenis sembelit, so aku memang tau sangat2 how it works. aku jugak taknak biasakan bagi ubat lactul sebab dia memang berak hari2, cuma sedikit besar dan keras untuk umurnya. aku jugak taknak lagi masukkan cecair enema yang mengakibatkan dia berak kerap dan cair selama 4 hari berturut sampai bontot dia melecet dan naik ruam. so, aku cuma bagi ubat angin, dan sapu minyak yuyi dan tunggu sampai dia sendiri rasa nak meneran. selalunya ok. cuma nak handle bab merengek jelaa.

kita duduk, dia nak baring kat pangku. siap tarik tangan buat bantal peluk. aku cuba ikut kehendak dia memikirkan mungkin sebab pembawakan budak, maka dia nak bermanja berlebihan. tapi sampai bangun sekejap nak basuh tangan di sinki pun menangis2 mengikut dari belakang, apalagi bila aku mandi dan solat. rengekan tak berhenti. harituh jiran aku dah bertanya dah. area ni cuma dia yang paling muda. memang dengarlah kalau menangis. kesabaran aku terbatas. mendengar rengekan panjang bukan kekuatan aku. bagi susu, cuma separuh jer diminumnya. kemudian bukak laptop nak bagi dia ceria. sekejap nak elmo, sekejap nak baby, bila dah ikut still merengek lagi. aku hilang sabar, aku baringkan dia dengan kasar ke atas bantal. aku baling tupperware berisi keropok ke dinding. baru terdiam. ketakutan tengok mummynya naik hantu agaknya. pastu dia mintak selimut. terus diam berbaring sambil tengok kartun. haa, boleh pun behave.


aku salute mak2 yang bercerita karenah anak2 sambil bersabar. salute habis. aku tau aku tak patut buat macam tuh. inilah masa yang harus aku luangkan bersama dia lepas aku komplen tak cukup masa untuknya. tapi setelah seharian di pejabat, badan aku lesu, otak aku tepu. bertambah geram bila kena bangkit duduk berkali2 memenuhi permintaannya yang pelbagai. dahla badan berat, perut senak, pinggang sakit. mulala syaitan bisik2 kat telinga. ini semua salah cikgu. kenapa dia takde kat rumah pada waktu2 macam nih. rasa macam anak itu satu bebanan. isyhh...syaitonirrajim...nyah kau dari sini. tapi bila ariana tido, mulala rindu keletahnya, bebelannya. dia dah pandai ambil hati sebut "saaayang mummy". aku cium kepala dia berkali2 menyesal melepaskan kemarahan macam tuh. mak jenis apa aku nih. lepas apa yang aku sendiri alami, aku tak patut ulang benda yang sama pada anak sendiri. konon nak jadikan pengalaman lepas sebagai teladan, rupanya aku jadikan ikutan. Astaghfirullahalaziim.


dan bila terbaca pagi tadi tentang kehilangan adik faris ke rahmatullah, hati aku makin sayu. anak yang baru berusia 6 tahun. tengah lasak dan ceria tiba2 dijemput pulang kesisiNya. apalagi yang berusia 2 tahun ini sepatutnya aku cium dan peluk erat. sebab kita takkan tahu sampai bila kita boleh memilikinya. dia hanya dipinjamkan sebagai amanah. aku sedih. aku rasa jahat sangat. aku mak yang zalim. Ya Allah, tabahkan hati aku. aku taknak merajuk lagi. kuatkan semangat aku agar aku dapat jadikan karenah anak2 sebagai memori indah, bukan amarah. aku tak mahu jadi mak yang zalim lagi.