ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, April 18, 2012

and baby A is a....*drum roll*

yday i was on leave. got doc's appointment for 3D scan. and to spend some time with mi familia on hub's bday. nothing fancy, just had lunch at manhattan fish market then straight to Al-Islam. but yang tak best is when this lil fella won't cooperate. dia tunduk ke bawah pulak. only got to see the side of the face. agak chubby, hidung bulat, mulut kecik (definitely tak ikut mummy), dahi pun macam kakak yana dia. cuma mata n rambut yang tak dapat nak tengok coz the image was not that good. but i suspect rambut dia lebat tak macam kakak yana coz this pregnancy aku kerap rasa nak terkencing. relevan ker?


oh, and as promise, i will tell you the gender of my baby. maybe ramai (the people around me) yang dah tau. but for my blogger frens, my baby is a BOY!!! yup ash. kita sama. hehehe. the previous 3 ultrasound pun doc dah kata boy. so, masa shopping kat mami & baby fair dulu dah amik 2-3 helai baju baby boy. tapi masa awal2 pregnant dulu pun memang dah ada instinct rasa macam boy. Alhamdulillah, dah dapat sepasang. but actually boy or girl mana2 pun sama jer. baru 2nd baby kot. excited jugak. and this baby boy adalah sangat aktif. i feel the movement macam tsunami dalam perut nih. BIG movements unlike kakak yana dulu. maybe jugak sebab this is 2nd baby, so ruang tuh besar, syoklaa dia buat somersault kat dalam nih.


i really wanna upload his 3D image tapi harini lupa bawak cablelaa pulak. so sorry. nanti bila ada kesempatan kita wat WW entry n put his pic k. oh, nama pun dah ada. its baby A Mikhail. A nyer belum finalize coz we have 3 different beautiful A names to choose. maybe bila dah tengok muka n personality dia, baru leh pilih. currently yana panggil adik or mikhail jer. just like cerita ariana mikhail yang aku suka sangat tuh...hehehe...


p/s : dalam bersuka ria tengok gambar baby, ada yang berduka. my frens mansor n his wife azelina just lost their beautiful twin girls at 29 weeks in the womb. forced birth yesterday afternoon and sudah selamat dikebumikan lepas isyak malam tadi. Al-fatihah buat bidadari2 syurga nur adriana dan nur afrina. menunggu ibu dan ayah di pintu syurga bila tiba waktunya...

WW : sayang yana ketat2...


Tuesday, April 17, 2012

seronoknya balik kampung babah. leh main puas2. tak makan, tak tido siang pun takpe. tapi malam siapla mummy n babah nak melayan kita ngigau.

peace yo!

haip, nak kutip apa tuh?

larilaa puas2. kat KL tak dapat nak bebas gini...

bincang apa tuh? ooo...tengok daun semalu...

laman atok yang luas. takde kucing maka takde taik kucing. nak golek2 atas rumput pun boleh.

laman atok banyak pokok, cuma tak tersusun jer. tapi yana tak kisah...

rumah atok dah kena extend beberapa kali. bilik mummy n babah pun baru buat khas sebelum diorang kawin. tu pasal mummy perasan kata dia menantu kesayangan. hahaha.

ni kazens yana. walaupun semua dah sekolah, yana ok jer join diorang main. nampak tak nenek yana tgh bakar sampah kat hujung tuh? kat situ atok bela ayam dalam reban untuk masak rendang raya nanti. :)

babah baru setel tolong atok mengecat. kaler tak tukar. refresh ajer.

baby pun tido meniarap macam yana...

p/s : happy birthday babah. ini schedule entry. sekarang mesti kita ber3 tgh happy2 keluar. petang kang nak gi tengok adik thru 3D scan. nanti mummy share gender adik yana ngan aunty2 semer k.

Monday, April 16, 2012

visiting baby amani

one day before pertabalan agong, noni my bff dah pun selamat melahirkan seorang baby girl after sakit contraction dalam 12 jam. syabbass bety. normal. 3.3kg. named amani. seketoi ja nama dia. katanya senang nak panggil, nak marah pun senang. eh, dah ada plan nak marah2 anak yer...anyway, the timing is just right and we went to visit baby amani n noni that was discharge from the hospitals on the public holiday. noni n baby duk dalam bilik so, aku pun lepak dalam bilik jelaa...sian alan duk menahan kantuk kat hall...nak pejam mata, ada tetamu lain pulak...ariana ada geng bermain, buat hal dia jelaa...so, this is her new baby...enjoy the pic...


AMANI - ketenanganku

amani n aunty alin...

us n our doters n baby in the bum (noni, cantik tak tudung ko aku design nih? :P)

n of cos...kakak yana

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

being a preggers

as at today i am 29 weeks pregnant. dah masuk 3rd trimester. only a couple of months then i'm a mother of 2. :) setakat nih dah 5 kali aku pregnant. cuma rezeki nak ada anak baru 2 kali ini. aku tak menyesal gugur 3 kali. dah ketentuan Allah, mungkin ini cara membersih dosa2 aku. 3 kali gugur, 3 cara yang berlainan. bleeding yang amat menyakitkan, bleeding yang tak sakit, janin mengecil tanpa bleeding, semuanya dihandle pun dengan cara yang berlainan. dnc di GH, complete abortion without dnc (tak suka perkataan abortion) n dnc di private hospital. kalau ada apa2 nak tanya, dah boleh jadi pakar dah kot aku nih? hehehe...



successful pregnancy juga aku harapkan kelainan. kalau dulu ariana lahir thru c-sec kerana breech. maka kali nih aku berharap dapat merasai pengalaman bersalin normal pulak. but still, i dunno what to expect or how to handle nanti coz it'll be my 1st time. aku ingat nak pegi antenatal class tapi cikgu kata tak perlu. hmmm...how to convince him that we might need all those knowledge n info during labor nanti? walaupun ini anak kedua or maybe anak ke-5 pun we can never under estimate the power of labor kan? macam2 situasi boleh berlaku kan? aku nih memang macam nih...bukan nak sangat fikir bukan2 tapi aku lebih yakin if i'm prepared. orang kata kalau duk sebut yang tak elok (macam dulu aku slalu tanya doc macamana kalau cser, last2 betul2 cser) nanti dapat.



bagi aku itu semua ketentuan dan rezeki masing2. bukannya aku sebut, nak operate patplohpat kali ke apa. sama macam memberitahu berita gembira. orang tua2 tak bagi bagitau pregnant sebelum reach 4 bulan. takut tak jadi, gugur. kalau dah takde rezeki, ko senyap pun takde jugak. bukan kena canang ke apa tapi kalau dah orang tanya, jawab jelaa yang betul. ko elak2 kata takde, skali betul takde haa camna? samalaa macam nak kawin, nak tunang, etc. mengumpat dan fitnah boleh pulak sampai within few seconds padahal benda tuh laa sepatutnya takleh dihebahkan. kena selidik betul2 dulu, tanya empunya badan dulu patutnya.



macam aku nih memang takde can nak sorok2 pun. (eh, tadi kata taknak sorok?) maksud aku, nak surprise2 nih memang takla. by 2 months perut aku dah macam 4 bulan dah. orang tanya, aku jawab jelaa iye. tapi ramai gak bebudak kat building ofis aku nih yang mulut insurans mahal agaknya tak agak2 cakap asal nampak aku jer, pregnant. asal muka aku jer pregnant. tapi anak baru sorang. eh, kenalaa pulak aku explain memang aku pregnant sesajer tapi rezeki nak ber anak tuh belum ada. pastu oohhh, ok paham. pastu bila perut makin membesar nih asiklaa tanya bila nak due. kengkadang tuh aku rasa segan nak jawab. tanya banyak2 kali nak bagi hadiah ker? hehehe



actually aku nak citer pasal being a pregger tapi dah melalut ke lain pulak. aku suka pregnant sebab rasa macam dunia nih bagi perhatian extra kat aku. people are being extra friendly with you. selalu menerima sedekah dalam pelbagai bentuk. senyum. naik lrt, dapat duduk. beratur nak bayar/masuk toilet dapat potong Q (diberi ye), beli apa2, makananla especially dapat benda free/extra/diskaun. even harituh ada minah arab nih ntah datang dari mana tetiba datang usap2 perut aku. ntah apa dia cakap. hopefully dia doakan aku. dapat sedekah doa. best kan?



but being a preggers is not all about yang best2 ajer. physically nyer penat, sakit, cuma bila ada benda2 kecik yang positive happen around us, yang negative tuh semuanya tetiba macam dissappear. lupa. bukan senang nak bergerak with extra 10 kg around your belly. cer korang ikat sekampit beras kat pinggang. takyah 9 bulanla, 9 minit jer cukup. jalan2 sikit, dah jerih. pastu try pulak tido terlentang, mengiring n tukar posisi dari kiri ke kanan. kalau tak mengah, tak sah. tambah lagi kalau ada toddler tolong tepuk2, baring atas perut boyot nih. adik2 beradik buli mummy eh. semputs tau. duduk tegak jer pun kengkadang boleh semput sebab baby somersault kat dalam. entah organ apa yang dia langgar pun tak tau. paru2 ke usus kot. tetiba senak jer.



by 3rd trimester cramp kaki, asik nak terkencing padahal tank ada 2 sudu jer. tapi rasa nak terkencing tuh macam nak keluar kemain banyak. nak bangun, duduk, batuk, bersin pun otot stretch. sakit. nak angkat berat (anak lerr tuh, bukan angkat lemari pun) dah rasa semacam. pastu dengan hormon haywire kejap2 nak marah, kejap nak nangis. tengok iklan touching sket dah meleleh. hek eleh. tak rock langsung. kerja rumah, handle anak still kena buat. tambahan bila ada benda yang kita nak tak dapat dipenuhi. nak makan eskrem magnum, neslo, air kelapa? sila carik sendiri yer. nak window shopping? sila amik kunci keta, start enjin n drive sendiri yer. oh, jangan lupa bawak purse sendiri jugak. (lain macam jer alin nih, mulalaa nak emo tuh).



so, to all the men out there (i doubt pulak ada ker men yang baca blog aku nih?) tak kisahlaa...anak2 mummy yang men nanti ker...sila appreciate your wife lebih2 lagi while they are pregnant. coz its not easy. memang kengkadang wife nih nampak tough. tgh boyot2 menyapu, pastu boleh pulak mop rumah. lap2 kabinet, lipat baju sambil tengok sinetron. sihat jer. pastu tetiba lembik pulak. pura2 ke apa? pompuan nih keras2 kerak nasi. tough kat luar tapi kat dalam sayu jer. kalau wife ada mintak2 apa2 yang masih munasabah tuh, cubalaa penuhi. tolong2 buat keje rumah ker. macamana uolls bersusah payah nak dapatkan barang idaman, camtuh jugaklaa patutnya effort untuk dapatkan permintaan wife. kengkadang dia tak mintak tapi dia bagi hint2 tuh silala beri perhatian. wife pun kenala bertimbang rasa. janganla gedik mintak benda2 mengarut. tengah2 malam buta pulak tuh. macamana diorang nak gi carik. carik bala adalaa.



whatever it is i love being pregnant coz it means that i'm the closest to my baby. aku jer dapat rasa macamana dia bergerak2 dalam perut. orang lain rasa luar perut jelaa eh. itu pun kalau dia bagi tendangan kuasa lapanbelas. kalau yang mild2 tuh macam specially dedicated for beloved mummy only. this month ada 3 appointment. start from this week, every week. haiz, cuti lagi. camnilaa kalau checkup kat 2 tempat. tapi next week is the 3D scan. dulu masa wat ultrasound pun doc cakap anak awak pandai posing. mesti gambar 3D nanti cantik. we'll see. can't wait!!


p/s : my bff, nonie is in labor. bak kata mak dia penantian itu satu penyeksaan. hehe. tapi the reward at the end is priceless. maybe besok dah boleh tengok dia kat hospital with the new family member. yeay, aku nak dapat anak buah!!!

Sunday, April 8, 2012

cara orang malas...efisyen dan menjimatkan

ok, harini nak citer camna aku handle botol2 susu ariana. usually, aku n cikgu takkan basuh setiap selepas ariana menyusu. kitorang basuh bila botol bersih kat rak tinggal 1-2 bijik jer. tapi idokler nak biarkan botol tuh terbiar berkerak ngan susu basi. nanti lagi susah nak basuh n berbau. botol2 ariana eventho dah lama, tapi semua nampak cam baru. maybe sebab botol dia banyak so tak ulang pakai yang sama berkali2 atau mungkin sebab cara kitorang basuh kot. cara nih sebenarnya cikgu yang ajar coz dia pun tak brapa rajin nak ngadap sebijik botol at one time.




ariana jenis yang minum susu sekaligus sambil baring. takdelaa duk gantung botol kat mulut kejap2 minum. tapi kadang2 ada gak dia minum stgh then after half hour or an hour, dia habiskan. lepas tuh kitorang terus amik botol dia, pi bilas ngan air paip.








pastu pam sabun basuh botol tuh dalam sepam, penuhkan dengan air lebih kurang 3/4 botol then masukkan puting kedalam tuh biar terendam skali. goncangla botol tuh biar air sabun tuh kena semua bahagian dalam. pastu letak kat sinki sebelah. aku kumpul buat koleksi then after 2 hari camtuh baru basuh skaligus. jimat air, jimat tenaga, jimat masa. ko ingat aku takde benda lain nak buat selain mengadap botol jer balik keje? oh, n aku rebus/sterilize botol once every week. kalau tak rajin, 2 weeks. kalau tak, bila ingatla. coz ariana skarang nih minum susu formula so, botol dia tak berminyak macam masa dia minum EBM dulu. kalau EBM dulu aku perasan kalau terus basuh, minyak2 dia kengkadang susah hilang n lepas rebus, mesti luar2 botol semua berminyak balik so aku kena basuh 2 kali. sangat leceh. camna korang buat haa?


oh, ini cuma botol2 yang dia guna masa kat rumah jer. kat bbsitter, memang tinggal sana n makcik aku yang basuh. tapi kengkadang aku akan wat spotcheck gak tengok2 mana2 botol yang perlu aku sental or puting dah tak serupa puting, aku bawak balik n handle sendiri. nak buat gini, botol kena banyak. setakat nih ariana ada lebih 20 bijik botol. tapi takde pun yang mahal2, murah2 jer janji wide neck.




botol gemuk2...i loike!!!


p/s : aku bagitau nih bukan nak suruh sesapa ikut cuma nak share cara aku. mana tau sok2 ariana tertanya2 camna aku handle botol2 dia dulu. hehehe

Friday, April 6, 2012

anak kita, tanggungjawab kita. true but....

macam2 nak luah nih sebenarnya tapi eventho blog nih macam diary, still kena simpan sikit untuk diri sendiri. there's some things that we cannot share openly. tapi kalau dah terlalu stress atau geram, luahkan adalah yang terbaik kot.


kat ofis macam biasalaa, ofis politik. shhh...takleh cakap banyak nanti ada yang sampaikan. u think i dun know eh? tahan jelaa lagi 2 bulan je pun after that i will be ngulitin my new baby kat rumah, hilang stress. eh, hadap stress jugak but stress yang positifla pulak. hehehe...pregnant ladies with haywire hormones shudn't work together rasanya. ah, malas fikir. janji keje aku siap sudahlaa kan. tapi camna plak kalau sebab orang lain, keje kita tergantung n kita plak kena terima akibatnya? haa? camna? isyh....pening. what happen behind my back tuh biar Allah jer yang balas. amiin.


my bestfren nonie supposedly due last wednesday but until now not yet deliver her baby girl. anak sulung dia, aku plak yang excited. hehe. hope that everything went smoothly for her. she's been here n there thru my thick n thin days. i owe her until i die. oh, remind me to make a special post about her nanti. she deserves it.


oh, i wanna share something about all the bad news in the newspaper for the past month. i never comment anything in here not because i dun care but bcoz i just dunno what to say. memang rasa sedih bila benda2 kejam happen to all those little children. tapi siapalaa aku nak komen lebih2 sedangkan aku pun ada anak kecik, we never know apa nasib kita pulak. just bersimpati dengan the family members even ada jugak pihak yang blame the parents. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


ok, nih tetiba aku nak bukak citer coz it happen to me just few days ago. nyarisla. but it hits me like a big rock!! made me think we parents are not perfect. most of us rasa kitalaa penjaga yang terbaik untuk anak2 kita kan? well, i do think like that. even my husband pun marah coz i kinda control him how to handle ariana. bila dah jadi macam nih, aku rasa macam ya Allah, elakkanla perkara2 buruk terjadi pada keluarga aku.


aku pegi jusco on weekdays dengan ariana, makcu n 2 of her doter which are 19 n 16yo. tau jelaa pompuan ke shopping mall camna, semua nak belek kan? before that memang aku bawak stroller n pasangkan harnest kat ariana. alah yang beg ada tali untuk adult pegang tuh. orang pandang2 senyum2 jer but i guess now they understand why kot not like before "apsal-dia-buat-anak-dia-macam-anjing" kinda look. kira aku memang dah amik langkah berjaga2 laa kan? tapi of cos ariana nih still nak lari2, main celah2 baju so, i pass the harnest to my kazen sebab cam susah pulak aku nih nak catch up termengah2 nak kejar. then masa nak bayar, she stay in her stroller, aku beratur kat counter while my aunty n another kazen tengah belek2 baju nearby. suddenly aku dengar suara ariana. telinga aku nih memang pantang dengar suara dia cepat jer nak melilau. skali aku perasan my aunty n my 2 kazen tengah belek baju, n ariana was nowhere nearby. aku dah cuak. cepat2 aku jeritkan kat kazen tanya mana ariana. berderau darah ok. rupanya dia dah nak turun from her stroller n she's at the other side of rak baju. memang tak nampak k. makcu marahla anak dia, n aku tambah lagi. haha. ye, aku memang selamba marah anak orang. tindakan refleks kot. but actually memang takleh blame 100% kat dia gak. coz everybody was expecting somebody else tolong tengok2kan. even me. nasib baikla ariana nih jenis kecoh. kalaulaa....KALAULAA...isyh...tak dapat bayangkanla. sampai ke besoknya aku dok teringat2. maybe bila korang baca, benda nih macam takde apa tapi percayalaa, it all happen similar like this. just few second alpa. JUST A MOMENT. for bad things to happen. so, takyahlaa nak salahkan parents anak2 malang tuh sangat. i believe anak korang pun ada masukkan benda kotor dalam mulut. tercekik? tersedak? cuma bernasib baik kita cepat bertindak or perut dia memang tough. paling2 pun cirit birit or sembelit which still can be tolerate n treated.


aku dah 2 kali dengar kes yang hampir serupa. 1 kat kfor JB, n 1 lagi kat shopping mall. (ke dua2 kes yang sama? ntah.) tapi citer dia, mak dia tengah pilih2 barang. tak sampai 5 minit, toleh2 anak dah takde dalam trolley. nasib cepat dia bagitau security. search punya search 10 minit after that jumpa anak dia dalam toilet dah dibotakkan n ada few baju untuk ditukar. anak dia mamai macam kena drugs. 10 MINUTES je k. nauzubillah.


so, becoz nowadays banyak giler orang gila. kita as ADULT, bukan parents je yer KENA AMIK EXTRA PRECAUTIONS. pakaikan anak harnest. yang ada buckle is better. always kat tangan kita. kalau nak toleh pilih barang pun susah jugak orang nak bukak benda tuh. biarla dia meronta kejap dari kita meronta selamanya. anak2 sekarang tak mudah takut n mudah diumpan dengan benda. selamba jer lari pegi toys section. tau2 tengah berdiri duk melangut tengok toys. dahlaa rak2 semua tinggi2. kalau dia pusing kejap kot nun dah tak nampak. please kengkawan, be safe.

Tuesday, April 3, 2012

ni dia gambaq2 nyaa...

rombongan mak datin ke keramat mall

dah sampaiii...

some deco outside the hall...gambar2 pengantin masa kecik, comel jer...

keramat mall hall...cantik kan? ada 2nd floor untuk letak table gak...

pengantin tak brapa nak baru...huhuhu

ini jelaa yang dimakannya...nasi taknak!!!

jemput makan paklang...

pengantins....

the altar

siap ada dance performance by children

nak join sama ker yana?

opah wa n opah chik - adik2 opah ai :)

mak yong - makcu - pejai - wife (lupa lak nama eh) - maktam

our BIG family - ni my mom side jer, itupun bukan semua ada...

me n makcu aka "mama" yana

my atok - me - maklong (all d way from penang) - mak shila (my mom's stepsister, my age so aku panggil shila jer...huhuhu kong ajor)

atok n anak2...ada 2 lagi yang takde

opah ai...opah comel jer malew malew nak bergambar...hehehe

ariana - me - my sisters : fina - zana - fatin

Monday, April 2, 2012

packed weekend

pheww...what a weekend. been busy with weddings and relative gatherings. my relatives from penang turun so, harus grab the opportunity to mingle around. orang jauh, bukan selalu dapat jumpa. my kazen-pejai whose currently been working outstation from one country to another since his engagement suddenly decide to get married last friday! cer bayangkan dapat such short notice just 4 days before that!!! masa engagement harituh they just said probably between april n june. nak amik cuti pun tak sempat. so his solemnization on friday morning only accompanied by his immediate family, uncles and aunties. kazens semua yilek pocik. oh, ariana pegi wakilkan kami. ada gak kan? hehehe.


so, we manage to go for the wedding ceremony held at dewan keramat mall that nite. bayangkan i had to sneak out from the office 1 hour earlier to settle everything. kebetulan pulak on that day jugak pu3 amn0 suh collect barang pulak kat pejabat before 6pm or i will have to collect them at shah alam. eh, tak kuasa mak. tapi bukanlaa sneak out betul2. sempatla inform colleague n immediate boss. balik laju2, singgah pejabat amn0 pikap barang then laju2 balik rumah pulak sebab makcik nak hantar ariana awal coz dia pun nak bersiap kan. siap laju2 coz nanti nak pikap mak n adik2 pulak on the way ke dewan. we are the last to arrive amongst our big family. pengantin pun dah duduk bersanding atas pelamin. but it was worth it. the food was delicious, the altar was beautiful, we manage to catch up with the rest of our relatives, even i have a kazen yang duduk dekat tapi raya pun tak sempat jumpa. tau2 anak dia dah besar dah. and the most important, the bride n groom are happy.


we were placed at the front corner of the hall near the buffet table. with so much space at the back, apalagi, for little kids, jadi tempat berkejar2 and for girls (ehem, saya pun kategori girls jugaklaa eh) time to camwhorelaa. we had so much fun. i didnt know that keramat mall (which supposed to be the new pasar keramat) had a hall as big as this. i mean cantikla dewan dia n memang sesuai sangat untuk wat wedding. with lots of parking space. memang moleklah. cuma sesat sket masa memula nak carik lif. the guards there said that it is fully booked up to end of this year. i guess my kazen's in laws are lucky huh? or maybe thats y they choose friday night.


my kazen's side of ceremony pulak on saturday night. wat simple jer. pasang khemah dekat padang depan rumah. takde pelamin as it was only the groom side after all. more like a small kenduri. ok gak buat malam coz its not too hot so we got to enjoy ourselves. pun best sebab lebih rileks n dapat kumpul dengan my family. hey, i am the family kinda person. i mean sukalaa kenduri2 nih. dengar gosip, perkembangan, penguncupan masing2, hehehe. and i was being paid extra attention especially because im pregnant. seronok jer dengar all the tales about pregnancy from them. ariana pun tak kurang seronok. memang bercak kuncaklaa 2 malam tuh. tido malam memang tak bangun2 mintak susu dah. bagus.


on sunday pulak i brought my kazens from penang n his family naik lrt. tak jalan jauh sangat pun. just from my house to klcc, had lunch there, pusing2 jap then balik. itupun riuh lrt tuh dengan suara anak2 dia. dahlaa ada slang penang. "tuu diaa...." :P cute jer. takleh nak jalan2 sangat coz my kazen tuh pun nak balik penang petang tuh jugak kang penat pulak dia nak drive...so, itulaa citer weekend. all in all penat tapi seronok. anyway, macam biasa, gambar later on baru boleh upload. nih cuma citer briefly jer. (err, brief ker nih sampai few paragraph??!!)