ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, July 18, 2017

open house kesayangans


Assalamualaikum :)

fuh.. since thursday night sampai semalam rasa tak rehat langsung..balik rumah letak kepala terus tido..anak2 before 9pm dah pengsan.. hasil merayap ke open house..tak banyak pun tapi ntahlaa cuaca panas menyumbang kepada kemerosotan tenaga i guess..

friday sekolah ariana ada sambutan hari raya. kena pakai baju raya and of course dia request nak bawak something. sesuka hati order spageti bologneselaa, brownieslaa, last2 balik keje singgah kedai bakery kat taman melati and bought instant muffin mix.. yang ada cuma flavor butterscotch so we did just that.. to me sedap jer but ariana x brape suka.. dia memang hantu coklat.. kalau boleh semua nak coklat.. next timelaa kalau ada kita buat chocolate flavor pulak k..

then on saturday pegi open house kawan cikgu kat air panas, keluar lepas zohor senang xyah sibuk nak solat kat rmh orang.. pastu pegi rumah nekngah and makcik dia kat desa pandan..from desa pandan ke gombak setia pulak to my ex-schoolmate's house.. took us 1 hour..budak2 dah cranky sebab penat but dekat gila kot rmh takkan nak skip kan..mmg raya or kenduri jer dapat jumpa.. kadang berselisih kat jalanraya masa hantar anak3 pun tak perasan.. 


missed alyn sebab dia dah nak balik baby dah ngantuk, aku tak sampai2 lagi..dari rumah mona, terus balik, mandi and ordered pizza delivery..kesian ariana penat sangat tak sempat dinner dah tertido..

sunday morning breakfast roti canai and last night's leftover..makan kenyang2 sebab nak pergi open house rmh maya.. jauh nun kat telok panglima garang.. janji pukul 10am nak bertolak skali kul 10.45am baru dapat keluar rmh.. macam2 hal laa kan..ngam timing sampai sana dengan ila.. antara tetamu yang terawal..pukul 12pm dah terpacak.. maya serve lauk2 kampung, serawa durian..yumm..


sementara mommy dia layan kakak2 dia, afifah duk ngan aunty yer..



baik jer dia..as long x nampak mommy dia laa


duk dalam rumah plak..kat luar panas lit lit


tuan rumah yg paling kiri.. penat masak sampai sakit2 tumit katanya.. dah rajin sangat nak masak semua sendiri kan.. anyway, pandai maya masak.. siap ada kambing bakar.. aku layan ulam n sambal tempoyak jer..


sebelum balik bergambar jap kat pankin depan rumah maya.. berangin jer..maya kata dia sendiri tak pernah amik gambar situ..hahaha


known since sekolah rendah...now dah beranak pinak


kat rumah alyn pulak..ariana syiok layan roti jala cicah susu pekat manis..ada kuih nona manis, 1st time makan..selama nih duk tgk org viral kat fb jer..


meh kita gomol2 ali pulak sementara mommy layan tetamu yer..geram ngan dia nih..baru 6 bulan dah 8kg..abang ariq pun baru 9kg..


missing mona aida (mona ada 2, alyn n alin pun lain) husband kena keje so dia tak dapat nak bergerak..kalau tak dah complete dapat jumpa semua..semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga ke syurga..sayang korang semua..


happy 5th birthday my dear adam mikhail


Assalamualaikum :)

its been 20 days since mikhail's 5th birthday. on 28th June, 3rd raya. the same day when we receive the bad news about our cousin and neighbour. nak celebrate rasa serba salah but we owe at least a birthday cake for this champ. he never ask for anything on his birthday. dia tak kisah pun pasal birthday sendiri. but since we are going to our opah house after the burial and met a few relative there anyway, we bought a small cake and have a small cake cutting session with his cousin and other relatives. pakai baju tido jer pun. hahaha 





mana nak tempah2 cake last minute nih..nih pun kedai ke4 baru jumpa. yang lain tutup. lantaklaa tulis selamat hari raya pun. my kids happy jer.


dengan yana rambut xbersikat...sukatilaa nak...









macam biasa llin harus pasang berpuluh kali bagi can semua tiup...

Mikhail, in case you are reading this, probably you will remember or may not.. but please remember that we all love you very much.. mikhail anak yang baik, yang menyenangkan semua.. jarang meragam, jarang sakit, jarang buat perangai unless di usik.. mommy harap mikhail akan jumpa perkara yang mikhail akan excel 1 hari nanti.. mommy taknak paksa tapi apa sahaja minat mikhail mommy dan babah akan cuba usahakan dan sokong... Happy 5th birthday sayang...

Friday, July 7, 2017

AIDILFITRI 2017


Assalamualaikum :)

tahun nih giliran beraya kampung cikgu kat melaka. macam biasalaa kat sana preparation-wise memang banyak benda nak buat. dari mengemas, memasak semua sendiri.. mujur adik2 ipar aku dah setelkan byk benda..laman yang luas pun kali nih upah abangla bersihkan..legaa tau...kalau tak 2 hari pun belum tentu settle kat luar..and sebab menantu lain tak dapat balik awal, so tahun nih my duty is to masak sambal udang..alah, kacang jer tu..huhuhu..ke diorang redha jer? hahaha..jom tengok gambar jelaa..


nampak katek pulak dalam gambar nih..posing gitu sajer jer sebab nak tunjuk detail kat tgn tuh...aserehe sangat kan...terasa over...hehehe


1st family photo. 2 lagi adik beradik cikgu belum sampai...


bergambar dgn anak susuan yg masham nih sebelum dia gerak balik kampung ayah dia..


kau ingat senang ke nak dapat berkepit dgn cikgu? nak bersalam rapat camni pun dah ada yg jeles...adoi


kenit2 of the day


2nd photo. ira dah balik taiping. ganti ngan ina n husband. along still xsampai2 lagi..almaklum orang "jauh" *roll eyes*


kebiasaannya beginilaa..semua adik beradik ibu and their family will gather sini..sebab ibu anak sulung..so memang kena masak banyak..


2nd day. rombongan pak ali ke felda layang2. beraya dengan adik beradik ayah pulak. purple theme kali nih. tak berjanji pun. kebetulan plak. 


jangan muntah hijau yer..sajer menggedik ala2 engkuian ngan nura medina.. nih engku alan n nura hazlina...hahaha




dalam keta tido, kuar keta ligat...



orang johor pun mostly purple..hahaha

pastu raya ke3 balik KL lepas beraya kat rembau...terus pegi rumah my tokcik..raya ngan wancu skali..pastu terus balik rumah rehat..malam tuh pegi beraya rumah my fren tgk skali baby debok dia dah 5 bulan..dia serve nasik putih ngan sambal daging...adui..sedapnya, teringat2..gigih salin resepi tapi tak terbuat lagi nih..

malam tuh pukul 4.30 pagi dapat call dari jiran rumah lama..suaminya meninggal lepas maghrib dalam tido..sejam lepas tuh tokcik plak call...berderau darah sebab yang call pagi2 buta selalunya not a good news...tokcik kata anak sulung wancu, irfan meninggal. accident dengan keta orang mabuk :( scheduled postmortem 9am kat hospital Klang, mandi, solat n kebumi pun kat Klang walaupun wancu duk rawang...permintaan arwah kata kawan2 nya...so terus text makcu mintak jagakan bebudak kejap sementara kami pegi ziarah jiran lama..masa tgh talkin dapat text dari sorg lagi kazen kata dah siap mandi..bedesup terus gi amik bebudak then head to masjid kat klang untuk disembahyangkan..selesai kebumi baru tau 44 days before that seorang kawan irfan meninggal accident juga..dulu wancu duk klang so most kawan2 dia memang kat klang..so, bila kawan dia meninggal, dia selalu sebut2 nanti dia datang, nanti dia teman, aku pun tak lama...things like that..3 days sebelum dia accident, dia pesan kat kawan2 dia if anything happen, dia nak kebumi kat sebelah arwah kawan dia tuh...macam dah tau je :(

mak kawan dia pun ada sama masa kebumi arwah..dia kata since wancu duk jauh, dia akan "tengokkan" kubur arwah bila melawat anak dia..memang kubur sebelah2 pun..so after kebumi semua selesai, kami pun balik..takde mood dah nak beraya walaupun rata2 family pakcik makcik semua ada masa tuh..cuma pegi rumah mak malam tuh bawak bebudak beraya ngan uncle boy diorang..next day boy dah kena keje..mak, fatin n fina takde kat malaysia..fatin kena keje kat US for 2 weeks, mak n fina kat UK attending fina's convocation...abah pulak masih beraya di johor dengan family aunty so tinggallaa kami2 nih jer...


yang seronok dapat duit rayalaa


raya ke 7 baru dapat beraya dengan abah..tunggu mak balik je nih..mintak korang yang baca nih sedekahkan al-fatihah pada arwah Razali Bin Saksuni dan Muhammad Irfan Azlan...semoga mereka berada di kalang orang2 yang Allah redhai.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, June 19, 2017

Daddy, Daddy Cool...

Assalamualaikum :)

semalam berbuka rumah my abah. and sekali harung celebrate fathers day untuk semua abah2. my abah, my husband and my brother in law. beli small cake and terjadilaa sesi meniup lilin for 100th times melayan cucu4. kesian my abah ada luka sikit kat tepi kuku pastu melarat sampai bengkak n bernanah. abah memang diabetic. dah pegi cuci luka kat klinik tp macam tak surut pun. tadi dah pegi hospital, kena admit and malam ni or besok pagi masuk OT cuci luka tuh. abah ingatkan aku jaga makan sebab dia tau anak dia yg ni suka sangat makan manis. macamana dia tau? setiap kali abah datang, memang abah puji kopi O aku. cukup pekat, manis n pahitnyer. hahaha. dia dah buat lawak dah kalau2 jari dia kena kerat. isyh. tak lawak ok. harap2 jari abah makin sembuh lepas operation nih. 

dulu, masa kecik jarang dapat jumpa abah. only Allah knows why but i try to think positive despite some negative input by others. tak banyak moment manis yang kami lalui but apa yang ada aku tetap ingat sampai bila2. abah bukan jenis yang garang. tak pernah jentik pun. marah dia lebih pada menegur instead of meninggi suara. 1 pesan abah yang aku ingat bila aku mengadu apa2; akak hanya ada adik, adik pun hanya ada akak. take care each other. now, bila dah besar, aku cuma nak jalankan tanggungjawab sebagai anak. cakap banyak tak guna. baik aku walk the talk without talking dari cakap kosong. aku tak pernah janjikan apa2 pada abah tapi prinsip aku, kalau tak dapat menyenangkan orang tua, jangan menyusahkan. aku harap aku jugak anak yang dibanggakan walaupun aku keje biasa2 jer. 


tak reti nak jiwang. but i hope abah tau we love him just as much as others. i know sometimes dia serba salah tapi we understand and hope abah happy selalu. jangan risaukan akak n adik. we will always look out for each other. bukan harta yang kami nak tapi masa bersama lebih utama.




OSK Annual Dinner 2017


Assalamualaikum :)

baru teringat belum citer pasal our company's Annual Dinner. kali nih buat kat Shang Ri La. makanan as usual; chinese course. yang lain sikit is performance coz ada Helmi Gimik as our MC. Kelakar n entertaining laa dari dulu pakai staf sendiri jer. photobooth pun ada. makanan boleh telan cuma dia serve lambat so agak kelaparan menunggu. not so lucky on the lucky draw. hadiah pun not extensive unlike previous years. but all in all it was a fun night. Jom tgk gambar jelaa... 


tema nyer...but bape kerat je yang ikut...my department semua pakai lace...senang


i wore my full lace mustard kurung. lepas tuh baru perasan last year's Annual Dinner i wore dark green jubah with gold shawl and cape. hmmm...pusing2 warna tu jugak...


light refreshments before entering the ballroom



there's only 8 from our department. muka sama every year.




me with our pretty admin clerk. memang pandai bergaya budak nih. mek kelate comey.


with our acting-SVP. ok, takmo citer. buat spoil mood jer.


doorgift. comel. suka. org lain dapat travel adapter. hehehe


the menu. bolehlaa.


kesayangan

Friday, May 26, 2017

Ramadhan Mubarak


Assalamualaikum :)

sebab nak senang, buat point to pointlaa kan...

- Alhamdulillah, malam ni kita akan bertemu Ramadhan...yang mana dapat mengerjakan tarawih di masjid mesti best...suasana dia lain sangat...selagi anak3 masih kecik, aku tarawih kat rumah jelaa...inshaaAllah...moga diberi kesempatan buat banyak2 solat tarawih kali nih...since few months, my period cycle became very long...cukup je 15 hari aku mandi jer n solat...tapi sedih sebab boleh kata half months jer dapat solat, nak mengaji pun banyak tertinggal...moga Allah pendekkan cycle selepas nih...

- last week rasa macam down jer kat ofis...masalah datang bertimpa2, problems with courier servicelaa, document misplaced, macam2laa...its manageable but ntahlaa...rasa macam x competent sangat...

- so my ariana dah selesai exam...my 1st experience anak exam...hahaha...taktau camna nak ajar certain silibus...math paling risau sebab ada silibus yang even kita pun tak faham camna nak terangkan...in the end we taught her concept yang mudah faham jelaa...apa pun result dia, konsepnya Alhamdulillah, next time you can try harder...taknak pressure sangat takut dia serik...ariana jenis senang faham tapi cepat bosan so kena tackle cara lain...hahaha

- last 2 weeks ada potluck kenduri doa selamat sebelum menyambut ramadhan held at my tokcik's place at Antara Gapi...seronok dapat kumpul ramai with my aunties, uncles, cousins and their kids...makanan xyah cakaplaa macam2 ada...i myself brought baked macaroni, mac n cheese and sotong goreng kunyit...my cousin yang meniaga nasi ayam bawak 50 bungkus, dengan rendang n pulut kuning, variety desserts and lauk...yum yum...

- last friday was our company's annual grand dinner...took place at Shang Ri La with BROADWAY MEET HOLLYWOOD theme...nothing glam about my attire, me and my colleagues just took out one of our fancy kurung and flaunt just that...ada yang go all out renting costume, memang seronok tgk...maleficent jer ada 4, ada 2 org pakai baju starwars, ada queen of hearts and all...but as expected, yang menang best dressed tak ikut tema sangat pun...just because she wears sexy dress so yeah...last year pun macam tuh...tu yang malas nak beria2 ikut tema...food was so-so but it was fun...next post nanti aku tunjuk gambar k...

oklaa, tak sempat nak borak panjang...banyak pulak keje nak setel before going home...malam nih belum tau lagi nak masak apa untuk sahur...gonna train ariana puasa, we'll see sampai pukul berapa dia boleh tahan kan...so nak kena buat fav dish dialaa nih...

Friday, May 12, 2017

Oh, Hi May!!!


Assalamualaikum :)

wahhhh...sekarang main update sebulan sekali jer eh...ehehehe..seronok 3 minggu berturut keje 4 hari jer...i wish every week was like that..wesak day was a very productive day for me...sempat laundry 1 round, vakum, masak lunch, bake some brownies and groceries shopping...thanks to my husband yang pagi2 dah siap mop rumah...terus kasi upah masak rendang untuk lunch...huhuhu...ehh, tapi aku guna pes dah siap bought from my friend...senang sangat...stgh jam dah siap...for the kids buat ayam goreng kunyit jer...jadilaa 2 lauk...rumah aku memang tak masak banyak2...paling byk pun 3 jenis jer...

Alhamdulillah i manage to finish ganti puasa last monday...i know, lambat sangat kan...ngam2 last day tuh next day terus period...niat nak dapatkan extra 1 day puasa sunat tak dapat...lagi rugi tak dapat puasa on nisfu syaaban...dahlaa i nih jenis period lama...maximum 14 days...dulu tak macam nih...plg lama 9-10 days jer...now meleret2 plak...clear for 2 days, datang balik 4 days...clear 2 days, datang balik 3 days...mmg tak pernah mandi wajib sekali...mesti berkali2...raya preparation 80% dah siap...tunggu my baju and ariana's siap and nak carik baju melayu mikhail...tahun nih tema orange kauu...my husband punya turn pilih kaler...sukatilaa yang...asalkan bahagia...this year i wanna wear sedondon dengan ariana so last March we went to Jakel, punyalaa susah nak carik kain kaler oren yang ok coraknya...yang banyak pastel colour and corak pucci...macam ramai sangat pakai pucci, tak minat plak...warna oren pun banyak yg corak veteran...lastly amik jelaa yg abstrak...my husband said macam sisik ikan...hahaha...lantoklaa...nanti dah siap jadi baju, sure cantik punya...ehem ehem *taknak kalah* ehem ehem

apalagi eh...oh, we attended my twin cousins wedding...nak transfer gambar amatlaa malas...but both couple were so pretty and handsome...my sister fatin (ig:hanaikmal) done the makeup for our bride twin cousin...makin cantik dia make up...dulu masa main2 makeup mama, macam2 rupa ada...now her hobby dah boleh jadi part time income...Alhamdulillah...oklaa...banyak keje nak settlekan before the weekend...Have a great weekend uolls!!!

Wednesday, April 19, 2017

Hello April!!


Assalamualaikum :)

lama tak bersiaran..nih memang betul2 bz uolls..Alhamdulillah business makin giat sekarang..bisnes company nilaa, bukan bisnes aku..huhu..kita tumpang jer..kalau profit tinggi, bolehlaa nak mintak bonus lebih sikit..oh, speak about bonus, Alhamulillah syukur ada gak dapat and increment pun bolehlaa lebih kurang macam tahun lepas..i'm not complaining..ada orang jangan kata bonus, gaji pun tak dapat..compared yourself with the less fortunate, inshaaAllah takde rasa tak puas hati ke apa..and dont set your target too high..nanti frust menonggeng melalak2 maki boss plak..no no no..i've been in that situation though..the outcome tak brape best jadinyer hubungan dengan boss pun sepi jer..nak kata puas pun tak jugak..so, sekarang wat lek wat pis jelaa..masih boleh bayar komitmen bulan2, masih boleh reward diri sesekali, masih boleh bagi pada orang tua, pun dah cukup..count the blessings..

Another Alhamdulillah for my kids health..ariq dah kurang simptom BHS eventho sometimes bila frust sangat tuh ada jugak but its not too serious to the point he fell down and his lips turn blue. no. dah takde yang tuh. i let him cry out his lungs few times and mostly dia akan regain his breathing menjerit pastu dah ok. selalunya pujukla but bila dah dengar menjerit tuh legalaa means body dia dah resume breathing as usual..mikhail tak pergi sekolah seminggu last 2 weeks sebab dia selsema. selsema lain macam sampaikan kat mana dia smear his boogie, kat situ naik ruam..kesat ke pipi, pipi naik luka2.. the doc gave him antibiotic, saying that its very contagious and kuman dia kuat thats y tepi2 hidung dia habis melecet and berkudis terkopek2..kena basuh tangan selalu and minimal contact with others buat sementara waktu.. kesian masa kena tuh sebab dia tak pandai blow his nose, nak kesat ngan kain, luka plak so kena slowly bersihkan ngan lots of cotton buds, cikgu sedut guna suction tube for half hour sebab buat pelan2 (half hour sebab pujuk..sedut then stop..pujuk balik sampai keluar betul2 yang blocked tuh) and then when i checked with his school rupanya classmates dia ramai kena macam tuh..the teachers thought sebab luka melecet lap ngan kain..so i told them to inform the parents to take extra care of the child's hygiene..

ok, citer pasal Kdrama pulak, after Goblin; which i thought i'm never gonna move on from; i've watched strong woman do bong soon patiently (without sub, with sub, download pulak lagi sampai habis data aku) and alamak, cute sangatlaa couple tuh..both Park are so adorable together and they make me believe that they are truely dating outside of the drama..haish..still shipping them though..but overall still Goblin the best..lepas data reload balik next week, im gonna download all goblin series in my fon so i can watched it anytime i want...Strong Woman bukan tak best but part best is about those 2 jer..part orang jahat, gangster2 nih semua macam boring sket..especially heroin tuh...adoiyai...apsal comel sangat aih...now the series dah habis...another "cannot move on" phase for me...dah tak tau nak tengok apa lepas nih..dah tengok hint kat youtube for upcoming kdrama adalaa yang ok but we dont know..tengok reviewlaa nanti baru start a new one...sementara tuh kita ulang2 tgk Do Bong Soon and Ahn Daepyonim (CEO Ahn)...


look at that...tak ke comel Park Bo Young and Park Hyung Sik tuh...

oh, this month is the birth month of my little brother Emir (6th), my sister fatin (15th), my beloved half (17th), my nephew Seth (20th) and my mom's helper Kak Hos (20th)..harus buat celebration ramai2 nih..not to forget their birthday present (korek2 wallet)..itu nanti kita citer lain k...or maybe not...hahaha