ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, May 31, 2018

dahlia dollies meet up


Assalamualaikum :)

sajer nak simpan kenangan acara tahunan or could we say every 2 years nih..hahaha..bitter sangat statement padahal semua duduk dekat2 tapi susah sangatlaah nak jumpa..took halfday on 5th April, jumpa kat NU Sentral tempat paling senang untuk semua..yang naik LRT, naik kereta semua takde alasan xleh sampai..we have our lunch kat Dolly Dimsum..kali nih Maya pulak takde..sebab dia tgh busy nak prepare exam anak2 murid dia..She's a lecturer at IKM Banting..dialaa pun yang paling jauh dari kitorang semua..yang lain area gombak, bangi and kajang jer..Nonie bawak her youngest but itu tak menjadi masalah..Afifah is such a sweet n good girl..baik dia tak kacau mommy dia nak bersosial..huhuhu..we planned for a white top day so here we are : 





semua sedap bila makan ramai2..


alin n alyn..dulu orang panggil kitorang alin kecik ngan alyn besar..tapi sekarang alin kecik pun sudah besar..hahaha


kepoh jer semua




my bff since standard 2





cayang semua (and maya) semoga ikatan ukhuwah antara kita kekal hingga ke syurga..

**plan nak bercuti sama ntah bilalaa dapat realisasikan..huhuhu


tokcik hospitalize :(


Assalamualaikum :)

This thing happen few months ago but i wanna have a record of this.. this is the first time tokcik admitted into a hospital.. tokcik never missed her doctor appointments at KK Keramat branch although she stay at Antara Gapi (near Ulu Yam).. my uncle from selayang would fetch her and they went for checkups and then my uncle would send her back.. tokcik never been married and currently my youngest aunty and her family stay with her.. lega sikit sekurang2 nya ada orang boleh tengok2 kan.. masa duduk seorang tokcik pernah jatuh longkang tepi dapur masa nak bg kucing makan dan terbaring dalam longkang kecik for half hour sebelum dia gagahkan diri bangun dan amik hp to call her neighbour.. jerit pun orang kiri kanan takde kat rumah bekerja..

lepas tuh her brother yang stay kat KL rush her to hospital, and after that for 3 months duduk rumah sedara mara termasuk rumah i for a months.. balik ke rumah sendiri ada makhluk pulak duk kacau2..yelaa, rumah lama tinggal kan..lepas settle dengan ustaz semua, Alhamdulillah dah takde gangguan.. 

anyway, berbalik pada peristiwa yang ini, tak tau mana silapnya that morning lepas subuh tokcik macam pitam..siap terkencing kat tilam..bila sedar badan rasa lemah, my aunty syak dia hypo (blood sugar level low) so bg dia hisap gula2, lepas tu macam dah ok, bangun bersihkan diri, makan, duduk dapur tolong my aunty masak..lepas zohor dia pitam balik..kali nih my aunty yg jenguk tgk dia terbaring lain macam jer..nak bg air gula dia dah tak sedar, takut tersedak or tercekik..so panggil ambulans.. rupanya sugar dia 0.8 jer..sangat2 low padahal lunch dah makan..initially nak hantar ke Hospital Selayang tapi masa dalam ambulans masuk drip glucose tokcik pun dah sedar so they sent her to Hospital Kuala Kubu Baru sebab kes tak serius..

Hospital KKB tuh agak jauh jugak dari KL..sejam lebih jugaklaa nak sampai so takde siapa dapat teman tokcik kat hospital.. my aunty pun ada anak2 kecik kat rumah nak siapkan pegi sekolah n all..10 hari jugak tokcik dalam wad..paling kesian dia tak selesa pakai cateter (tiub kencing) i totally understand coz i've been through that 3 kali masa nak bersalin dulu..n sebab dia sakit lutut, dia susah nak jalan ke toilet sendiri..kena ada bantuan..so, nurse tak boleh bukak cateter tuh unless ada penjaga..kami semua (anak2 sedara dan cucu2 sedara) try to visit whenever we can..suka jugak pegi hospital tu sebab tenang jer..xde problem parking, bangunan semua setingkat jer, takde penat nak menapak naik tangga..mmg bangunan style lama..nurse pun baik2 cuma sebab jarak tulaa..ralat xdpt nak melawat selalu..dapat pegi on weekend and sehari masa weekday jer.. ceria sikit muka tokcik bila ada yang melawat, kalau tak moyok jer..


tuh kat belakang tokcik tuh macam2 kitorang tinggalkan jajan..daripada gula dia 0.8, amekkaw..terus tinggi..tokcik penggemar kopi O..aku bg yang sachet 2 in 1 dah siap gula, dia pegi tambah lg gula..adoi..tokcik aku nih mmg kuat manis..kuat garam n pedas..dia kata kalau semua kuat takpe, balance..hahaha..adoi..nilaa orang yg support aku dan zana financially dari tadika sampai habis spm..duit belanja sekolah dia yang bg, sewa rumah dia bayar seorang, apa2 emergency yang perlukan duit macam seluar sekolah koyak ker, alatulis tak cukup ker dialaa yang belikan..walaupun takde kereta, dia sanggup naik turun bas pegi carik..

setiap kali birthday kitorang dia akan beli KFC..kira special sikitlaa makan on that day..kalau tak home made food jer..never buy lauk dulu..lebih jimat dan sihat kan..selalu onyang akan prepare bahan, tunggu tokcik balik keje baru masak..kalau lambat, lambatlaa makan..tapi semua yg tokcik masak sedap2 tau..cukup semua rasa..masa kecik2 kitorg tak brape suka tokcik sebab dia garang..plus dia boleh tahan laser jugak..biasalaa budak2 lagi kan..hahaha..tapi apa keperluan kitorang yang asas dia sediakan..tempat tinggal, makan minum..walaupun dia kurang pamer kasih sayang..eh, arwah onyang aku pun samalaa..takdelaa peluk cium, puji2, kata2 manis masa jaga kitorang tapi didikan agama semua cukup..kitorang tak pegi sekolah agama sebab banyak pulak belanja kan..so onyang hantar pegi mengaji and akan "paksa" kitorang tengok forum perdana ehwal islam setiap malam jumaat..petang2 dia bukak ceramah agama..onyanglaa yang ajar solat, sabar melayan kitorang berpuasa..aku nih anak baru sorang yang berpuasa dah takleh sabar..sabar ajar kitorang keje2 rumah..rindu ngan onyang..nanti nak buat post macamana kitorang puasa dululaa..for my children to read macamana mommy dia puasa dulu..



a week after that ada follow up check up pastu kena tahan lagi 4 hari..lepas tuh doctor decide dia dah kena start insulin injection to control her blood sugar level..now tokcik dah balik rumah dia..me and my aunty have experienced macamana nak inject insulin masa jaga arwah tokyong dulu..itu masa aku dah start keje duduk ngan arwah atok n nenek (kitorang panggil tokyong).. duduk ngan orang2 tua memang kena banyak sabar..i think its easier untuk bersabar dengan orang tua sebab secara tak langsung kita memang hormat diorang..tapi nak bersabar dengan anak2 nih macam susah sikit sebab kita lebih tua, kita rasa kita entitle untuk marah diorang..im at guilt for being garang dengan anak2..still learning and selalu berdoa diberi kesabaran yang tak bertepi dalam handling my kids.. 


doakan tokcik kita : ya Allah permudahkan urusan2 nya di dunia dan di akhirat..kurangkan kesakitannya..berikan dia syifa'Mu agar dapat menjalani ibadahnya dengan lebih baik..murahkan rezekinya..panjangkan usianya.. besar jasa dia bukan pada aku dan adik jer tapi pada ramai pakcik makcik dan sepupu aku yang dia pernah jaga..sayang tokcik!!



Thursday, May 24, 2018

birthday babies - my abah and my sayang


Assalamualaikum :)

(awas : this post terpanjang and agak emo..read at your own risk)

This post is long due since end of March..birthday abah was on 15th March but only end of March dapat jumpa..i bought a leather vintage-ish helmet after confirming with aunty that he still ride motorbikes..susah tau nak carik hadiah utk org lelaki..especially when you knew that he have almost everything that he need and you're not that close to know what he wants..dulu2 belikan dia outdoor attire sebab my abah suka outdoor activities..antara aktiviti lepas pencen nih ; hiking, diving, cycling serata malaysia, jungle trekking, jadi guide bawak orang panjat bukit..kalau tanya surely dia kata takde apa..dia cuma nak yang terbaik untuk anak2..

ntahlaa..banyak benda terbuku tapi tak terluah..dengan mama, 2 minggu sekali balik sana..xjauh jugak..tu pasal lg rapat ngan adik2 belah mama..tapi mama garang..so, bila balik jadi takut2..i only have few good memories dengan abah..sebelum abah remarried, there are some things we do yearly or every few months macam pegi tasik titiwangsa naik sampan..just the 3 of us..and few times kitorang bermalam dalam tent kat Port Dickson..ada sekali zana nak terberak tgh malam..jenuh abah korek pasir tepi pantai tuh..hahaha..bukan tak happy abah ada family baru but somehow when you have other family masa bersama yg sikit jd lagi sikit..ada 1 time zana duk panggil "abah! abah!" kat tv rupanya pelakon Ahmad Tamimi tuh..mmg ada iras abah masa muda..masa kecik selalu konfius sebab jarang jumpa..ada 1 masa tuh dekat 3 bulan xjumpa..bila jumpa pun kejap2 jer..walaupun dekat, abah jarang jenguk..busy kot kan..

arwah onyang selalu cakap jgn susahkan abah dan mak..selain beli keperluan sekolah awal tahun and raya memang kami tunggu jer abah datang..tak pernah call abah mintak apa2..beg sekolah koyak ker, kasut dah tak muat ker, duit belanja xcukup ker, memang tak pernah ngadu ngan sapa2..kita buat sampai boleh..bila tiba masa birthday aku akan call abah ingatkan birthday zana and vice versa..walaupun tau yang abah call tu pun lepas diingatkan, aku tak kisah..janji dengar suara abah..aku pernah baca diary zana..alaa, bdk2 sekolah rendah kan..apa sangat rahsianyer..tiap hari yg abah tak datang dia tulis.."abah tak datang" sampai sebulan dia tulis "tak" jer..zana dulu selalu sakit..kejap2 demam..over plak tuh..nangis2 kuat drama..hahaha..ada hikmahnya jugak kan..abah kenalaa datang nak bawak dia pegi klinik panel ofis dia..sampai klinik adik macam dah ceria sikit..xtinggi pun suhu..but pernah jugaklaa abah xdatang..sakit siang dia kata dtg petang, bwk ke malam bwk ke besok..last2 dia call, kitorg pun dah sihat..tak yah datang dahlah..

tokcik bg makan panadol org besar tuh, patah 2 pastu cairkan..punyalaa pahit nak telan..masa sambung belajar pun abah cuma hantar masa 1st time masuk matriks jer..lepas2 tuh survive sendiri jer..duit ptptn kan ada..memang buat kira2 hari2 beli apa..jimat mana yg boleh..bila ada boifren, rasa lega sikit sebab dia ada kereta..dan dia pandai baiki komputer..jimat banyak dah kat situ..hahaha..boifren tuh cikgulaa..he saw what i have been through and because of that i wouldnt trade him with anyone..orang lain takkan faham kot politik keluarga aku..huhuhu..dia jer boleh tolerate whatever situation i'm in..agak susah ok nak jaga hati kedua parents, masa konvo pun dah ada isu..mujur perancangan Allah tu hebat..Dia yang berkuasa ke atas segalanya..abah kata dia taknak masuk kalau tak jemput aunty..mak pun sama bawak uncle..tiket ada 1 jer utk sepasang parents..ko rasa? mujur ada kawan yg konvo sama sesi bg tiket dia sebab ayah dia accident and mak dia kena jaga..so tiket tuh xde sapa datang..kawan aku tuh pun dah arwah..Alfatihah buat Kak Jannah..walau hanya tiket, besar maknanya pada aku..

masa nak kahwin pun ada isu tp langsung takde isu dengan encik tunang..dia yang sabarkan aku, suruh aku ikutkan jer asalkan kahwin..tak dan nak plan fotoshoot kejadah..yg penting majlis yg wajib jalann..now bila semua dah tenang rasa macam nak buat fotoshoot pulak..tapi saiz dah naik acaner? hahaha..ehhh..melalut jauh pulak..ok, balik pada abah..and now bila abah dah pencen, i understand bila abah selalu say thank you bila aku belikan apa2..maybe he thinks that he 's not entitle to it..tapi aku tak kisah pun..it is part of rasa tanggungjawab sebagai anak..selagi mampu, aku nak gembirakan hati abah walaupun tak mewah..aku tak pegi holiday takpelaa..tipulaa kalau rasa tak jeles tgk kengkawan jalan sana sini tapi lepas selesaikan urusan keluarga barulaa boleh fikir pasal diri sendiri..

suddenly teringat kenangan masa kecik yang tak brape best...sebak and sedih memikirkan how we survived those days..kena halau ngan makcik..dtg sekolah lambat sebab xde transport..arwah ayahlong tolong hantar naik motor dari keramat ke sentul..xlarat dah nak explain kat cikgu apsal lambat..tadah jelaa apa2 punishment pun..now yg kecik dah besar, yang besar dah tua..some mean people knew what they have done to us..they have apologized and i forgave them but its not easy to forget..i let Allah balas whatever way He knows fit..paling sedih tak sempat balas jasa arwah onyang..mujur tokcik masih ada..i tried to mudahkan urusan tokcik as she is the breadwinner in the house..duit belanja sekolah pun ehsan dia..onyang passed away masa aku dalam praktikal..praktikal pun kat ofis government, memang takde elaun nak belanja2 onyang..lunch pun nasib baik pegawai2 BTP tahun 2002 baik hati sangat selalu belanja makan..kdg2 bg duit buat tambang balik..budak2 sekarang ramai yang biadap and ungrateful..mulut jer sebut grateful, tulis karangan panjang2 ayat speaking ajer taknak kalah tapi perbuatan tuh kalah si tanggang..tak boleh susah sikit, keje berkira, taknak stayback, lepas belajar tetap menghabis duit mak pak..brg nak yg branded ajer..gaji xcukup paw orang tua..nak kahwin sok itu nak, ini nak..semua mintak sapa? mak pak jugak..aku lempang gak kang..see where emo has brought me..kejap sedih kejap marah..


nilaa my abah..tak muda dah tapi he still look handsome to me..ada orang kata my husband look more like him than me, his own child..jodoh kuat nampaknya..huhuhu..jumpa abah kat rumah dia, kesian abah tak bape sihat..terima kunjungan cucu2 semua berlari2 menjerit2..riuh rendah! semoga Allah panjangkan usia abah, diberi kesihatan yang baik untuk beramal dan diberkati Allah selalu.. 



******birthday cikgu******

birthday cikgu jatuh pada hari sekolah..sama jugaklaa xtau nak beli apa..baju dah banyak..jam dah 4kali kot beli sepanjang kenal..comforter set pun pernah beli dulu tau..hahaha..masa tuh 1st year kat UUM..kengkonon tidolaa sambil mimpikan alin..gittew..hahaha..uwekkk..nak beli alatan sukan xreti n taste kitorang tak sama..so akhirnya i order surprise delivery from ig in the mix kitchen..biar dia makan ngan kawan2 kat sekolah..i ordered sandwiches, chicken wings, lasagna and bread pudding..cikgu jenis control2 macho sket so dia tak suka surprise2 bunga ke belon..segan..nih i ordered untuk 15orang cikgu2 lelaki jer..but cikgu kata makanan adalah banyak so dia letak kat bilik guru..kita hint2 nak rasa sikit pun tak dan nak tapau..settled..Alhamdulillah..asalkan xmembazir 


haa..ada iras ke muka cikgu ngan my abah? nih budak delivery tuh yang tolong snap pic and send it to me..bagus sangat service siap bg pinggan n sudu garfu plastik..


bread pudding tuhhhhhh..telan ailio jelaa tgk..nak order tunggu makan2 raya kat ofislaa pulak


ariana pesan suruh beli kek..but a whole cake is just too large for our small family so i bought wondermilk cupcake instead..jadilaa kan..key word : JANGAN MEMBAZIR


ariana buat birthday card and letak kek apollo kat dalam..which akhirnya dibedal oleh adik2nya..hahaha..takpe yana..the thoughts that counts..i bought a set of badminton attire which he then had to go change the pants coz its too short..so, no surpriselaa where n how much i bought it..huhuhu..mur mur jer..

i'm really grateful to have him as a husband..sangat ringan tulang dan penyayang dengan anak3..always sabar dengan perangai aku yang agak baran from time to time..boleh kata mostly anak3 dia yang uruskan..disclaimer : aku lebih kepada managing the house..semoga sayang sentiasa diberkati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik supaya dapat beramal dan melihat anak2 membesar dan kita dapat tua bersama2..semoga alin dapat jadi ketua bidadari sayang di syurga..


Tuesday, May 8, 2018

wedding ain+shahibul and anum+firdaus

Assalamualaikum :)

berderet post dalam draft menanti utk di publish..jap eh..walaupun x brape busy but updating a post memerlukan mood jugak..so nih nak cerita pasal wedding sepupu terakhir cikgu dari keluarga belah my mil..the only daughter, a doctor in training..nih kejadian bulan Januari..dah bulan Mei baru nak cerita..kenduri dia start dengan majlis nikah on friday night so i amik halfday lps lunch hour terus shoot balik melaka..we planned pakai jubah je malam tuh..she chose grey as nikah attire and lepas tuh tukar baju songket color maroon..lupa plak..nama pengantin Ain and her spouse Shahibul..


some of the pic i took from IG sebab dah clear my phone harituh..berat sangat..tu yang macam ada filter yellowish..the kids sakan main sementara menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki..cantik, dreamy jer tgk byk bunga kat pelamin..kenapa zaman aku dulu takde pelamin camni? rasa cam nak bersanding balik jer..Ain nih bulan 11 thn lepas baru jer abang dan adik lelaki dia bersanding..selang 2 bulan kenduri lagi..so kitorg focus kat dia jer..


setelah sah bergelar husband and wife


berseri pengantin pakai kaler bold coz Ain nih jenis yang simple jer..xpernah nampak dia mekap tebal..



ehem..excuse my double chin yer..yang penting pengantin santek sangattt..on reception day the next day..pakai songket emerald green..with red lips, naik seri pengantin..Alhamdulillah, cuaca best sangat..xpanas sangat and windy..tak terasa penat, kalau boleh nak lepak sampai petang..ada cotton candy booth, photobooth, cendol, makan pun sedap, lots of dessert, karaoke, bunga api, memang meriah sangat..kenduri last kan..masa kenduri brothers dia harituh buat dekat rumah jugak cuma cuaca tersangatlaa panas pukul 1 bdk2 dah lemau..kitorang hantar diorang balik, pastu cikgu lepak kejap dengan family dia kul 2.30pm dah balik..mmg cuaca panas nih energy drained kan.. 


masa nih Ain asked the cousins to wear white tops matching with batik yang dia bg..so cikgu pun pakailaa baju batik to match with me..jadilaa bersanding lg skali tumpang pelamin Ain jap..


and haruslaa buat pose #fattzuratiestheknot kan..brape kali pujuk cikgu taknak..dia memang tau..malu2 padahal kenduri belah family dia kot..control macho laa tu..sebbaik bini jenis selamba..mmg banyaklaa gambar2 kat pelamin nih ngan cousins, ipar duai, makcik2..


and 1 with the kids..mikhail pun berbaju batik..


nih plak resepsi sebelah lelaki..on sunday..terus sederet majlis 3 hari..penat sekali jalan..nih buat dekat Dewan Tun Ali..dewan nih direka mengikut bentuk rumah tradisional melayu melaka..dengan gamelan, silat, ada tarian zapin..lepas majlis terus kitorang balik KL..

***********************************************************************

Anum & Firdaus

nih kenduri my aunty..actually kami sebaya tapi sebab dia ialah my abah's cousin so pangkat aunty laa although i never called her that..kasi canlaa dia rasa muda..hehehe..Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang Selangor..the youngest so probably the last kenduri jugak in her family..kami agak rapat sebab dulu masa sekolah kan i and my sister stay with arwah onyang and tokcik..tokcik nih adik nenek belah abah..so bila duduk dengan onyang, atok dan nenek sedara selalu datang melawat..boleh kata tiap brape bulan skali mesti jumpa..so Tok Alang nih anak2 dia yg bongsi sebaya, yang ke 4, tua 2 tahun and yg no 3 tua 4 tahun dari aku..aku panggil abang **** jer..cuma yang sulung n no 2 jer aku panggil maklong n pakngah..haha..panjang pulak cerita..sajer nak explain my big family..mana tau, anak mommy nanti baca..taulaa sapa sedara macamana kaitannya nanti..kalau mommy tak panjang umur nak ceritalaa..


gambar banyak tapi semua dah transfer out so yang mana ada jelaa..nih my uncle..adik abah-ayahteh and his family..happy jer family diorang nih..makteh nih lembut sangat orangnya..in those days kadang terasa kasih sayang seorang ibu dari dia when im far from my own..now anak2 dia semua dah besar..tu semua 3 cousins i tuh anak2 dara solehah still single but not sure if available..hahaha



mak anum and husband..simple jer majlisnyer..1 majlis for both side..1 baju for nikah and all..dulu2 kitorang panggil anum Angelina Jolie Malaysia coz she resembles so much like her..dengan pouty lips..samalah..cuma tak seksi jerlaa..hahaha


terkejut husband dia bila aku suruh anak panggil dia atok..hahaha..baru kawin dah dapat cucu..



anyway, selamat melayari bahtera berumahtangga to both couples..sabar banyak2, toleransi and bawa berbincang walau isu apapun..semoga kalian dikurniakan anak2 yang soleh solehah, dan berbahagia hingga ke syurga..






Thursday, April 26, 2018

missing Ampang Park and some bits about Mikhail


Assalamualaikum :)

oh mai..April dah nak habis dah tapi 1 post pun takde..(ada obligation ker?) anyway, its been so busy for us these past few months..we enroll mikhail into reading class 4 times a week..penat sikitlaa berulang nak hantar amik dia..that includes weekend as well so our weekend activity samada balik kampung or kenduri semua affected..takpelaa..tak lama je lagi..amik pakej 4 times a week sebab katanya within 2-3 months dah boleh membaca bahasa melayu..biar cepat sikit nanti boleh move on to read english pulak..i have bought the readeasy book set..nanti kita try..demi masa depan dia..

next year dah nak darjah 1, melompat aku bila test dia huruf pun xkenal..all this while cikgu kata ok jer tapi the way they ask the question didnt help him to recognize letters..kata x ajar kenal huruf tapi ajar teknik fonik..whatever teknik pun kalau x boleh membunyikan huruf macamana kan..contohnya soalan tuh kena match huruf mana sesuai dengan gambar..the teacher feed the answers, memanglaa dia boleh jawab..faham tak? and dia dah tadika since 4yo..geram jugaklaa..dahlaa bayar bulan2 xmurah, sukan takde..bln Mei onwards dah start praktis konsert..hmmm..

i admit salah sendiri jugak too occupied dengan benda2 lain..ada jugak buat reading session dengan dia tapi tak lama n tak konsisten..after 3 kids, i still haven't get the tempo to manage time at home..seriously, i banyak follow media social mommies yang ada anak2 lebih kurang baya anak2 i but seeing them handling their kids macam senang jer..macam banyak jer masa..sempat masak, lipat kain lagi..i nih kang baru duduk sebelah dia, yang kecik merengek nak bergayut, yang besar mintak ajar homework..so yang tgh nih macam left out..dahlaa dia memang jenis buat hal sendiri..mikhail bukan jenis yang seek attention..very easy to handle..

oh, lupa nak habaq..since cuti sekolah haritu my husband train dia malam xpakai diapers..kejut dia 1-2 kali bangun (very easy kejut dia unlike his sister *roll eyes*) lepas tuh dah ok, takyah bgn malam dah..dia pun dengan sendiri xnak minum susu after 8pm..yes, anak2 aku still minum susu..dalam botol..susah betul nak pisahkan. cikgu pulak jenis tak sampai hati..kesian diorang mintak2..itupun aku dah sekat2 tak bg as often as before..kalau duduk ngan mommy, sehari maybe 2-3 kali jer..kalau ngan babah mau 5-6 kali dia layankan..hmm..



my adam thor


eh, pening eh kejap i kejap aku..haha..faham2 laa eh..memang aku cakap camni..campur2..tak caya tanya my sisters n friends..tgh speaking kita i lah, pastu selit malays tiba2 jadi aku..huhuhu..

anyway, i missed Ampang Park.. i missed the random services that it offers whenever we need them..macam cobbler, tailor to alter clothes, mini bookshop, just enough to buy few stationeries, banglas that sell cheap tshirt and comfortable pattern pants, boutiques that sell readymade baju kurung for that impromptu kenduri at weekend, small pasaraya for mommies to buy groceries, saloons that can cater your needs for a good hairwash, that small watch shop that treat you warmly walaupun kau nak tukar bateri jam jer..anything you need, just name it..the price was affordable plus its just 3 minutes walk from my office..now that my shoes need to be fix, where should i go? 

i have been working near Ampang Park for more than 14 years..Ampang Park nih takdelaa Mall yang paling gah kat KL nih tapi it has everything that you need..kenangan dengan Ampang Park bukan start dari bekerja jer but since kecik2..my abah will brought me and my sister berbuka puasa at least sekali setiap tahun kat cozy corner..the food selection at Ampang Park is extensive..terasa nak makan goreng2, ada restoran selasih, kuey tiaw bandung dia sedappp..ada ayam penyet, McD KFC and Pizza Hut bila terasa nak makan fast food..ada cozy house with very fast service..isyh..teringat2 pulak yinyong kungfu dia..

masa final week sebelum ampang park ditutup, punyalaa ramai umat manusia..rata2 aku dengar diorang cakap ni tempat dating dulu..hehehe..sayangnya masa tuh dah banyak kedai yang tutup..mostly pakcik makcik yang datang pun tak beli apa2..just jalan2 amik gambar jer..adalaa kedai2 yang belum tutup buat clearance sales but bila tengok harga sama jer macam sebelum2 nih..kitorang taulaa, dah kata almost everyday kot pegi sana..sekarang bahagian depan dioarng dah tutup dengan kanvas so you cannot see the building anymore..basement parking pun nampaknya dah habis dikorek2..and walking to Intermark terasa jauh coz dulu kitorang ikut shortcut dalam Ampang Park..mujur nak makan x susah coz ada foodtruck banyak kat tepi2 building nih..Ampang Park, thank you for the memories..you will be missed..


Monday, March 5, 2018

bad virus


Assalamualaikum :)

lama giler tak post apa2 kat sini..for these past 2 weeks, baru harini no one in my family yang demam..start dari ariana demam masa CNY holiday, 6 hari, 2x amik darah..Dr kata bukan denggi, bukan influenza..antibiotik pun xdapat..just makan ubat demam n sponging jer..Jumaat baru ariana mula sekolah, petang tuh cikgu pulak kena..flat terus weekend tuh..baring jer..dia tido bilik depan coz taknak the boys berjangkit tapi taulaa bebudak, celik mata pegi ngendeng2 kat cikgu..so on sunday night both demam..itupun tak sengaja aku terjaga dengar ariq merengek..pegang badan dia panas..terus cek suhu dah 39.8..melompat oih bukak lampu, amik ubat demam yana and start sponging..the boys start demam ahad and on monday we went to KKKL sebab cikgu demam dah masuk 4 hari so kena amik darah..Dr said the boys too early nak amik darah plus it should be the same virus so tgk result cikgu jer..my boys jenis hyper tapi masa demam tuh kesian tgk baring jer..mikhail tak pegi sekolah for a week..

i on the middle of the week tu dah mula perit2 tekak..kalau tgk ada white spot, bengkak2 merah semua kat tekak..on friday ubat demam pun dah habis so balik keje tuh pegi normal GP and masing2 dapat antibiotik termasuk aku..Dr kata tekak dah kena infection tu pasal perit..that night, we were supposed to give them ubat pukul 3am but probably i was too tired, feverish and forgot to set alarm terus tertido..agaknya antibiotik tuh berlawan dengan virus mikhail bangun terduduk menjerit mintak air minum..cek suhu mikhail it was 40.4 while ariq 40.1..tinggi oii..betapa kuatnya virus kali nih..yang i perasan, even lepas sejam makan ubat, suhu 39+ cuma turun slightly jadi 38+ camtuh..mmg kena keep sponging bawah ketiak, pelipat2 semua..mmg bebudak nih merengek jelaa sebab sejuk kan..and i xbagi pakai baju ada sleeve..senang nak lap..ariq hate it the most..nangis2 kata tak payah, tak nak..mmg kesian sangat..

by saturday dah masuk 7 hari i dah risau sebab ariana pun 6 hari jer..ariq pulak the next morning tuh dah tak demam..cuma batuk n selsema jer ada lagi..mmg dah plan kalau still demam on sunday, harini nak bawak jugak pegi amik darah walaupun Dr kata tak payah..but Alhamdulillah, start sabtu malam mikhail pun dah xdemam..we monitor kat rumah, kejap2 cek suhu..temperature reader is our bff at that moment..berjasa sungguh dari ariana baby lagi..doakan kami terus sembuh seperti sedia kala yer..

start bulan nih, i hantar mikhail pegi reading class..im not an expert, tak reti nak ajar teknik apa..i can help kat rumah tapi dengan kita mikhail xbrape fokus..harap2 bila dah boleh membaca, i can teach him other subjek pulak..tahun depan dah nak darjah 1..i had to stop my tajweed class untuk bagi laluan pd mikhail coz cikgu will be occupied almost every night mengajar kelas tambahan and tusyen..kalau cikgu takde, mmg i laa akan ke hulu hilir handle the kids kan..takpelaa susah2 sikit..all this for the future of our little family..

Friday, January 12, 2018

new addition to our family!!



Assalamualaikum :)

My sil just gave birth on 17th October 2017..the long awaited precious gem was named Firas..weight 2.5kg normal delivery..




kakak yana yg suka sangat ngan baby..



gambar masa kenduri aqiqah firas..anak2 soleh dan solehah mommy babah..


ariq dan arissa..selang 3 minggu..adik beradik susuan


butak dah



then on 29th December my sister Zana pulak gave birthday to a healthy baby boy..weighting 3.4kg normal delivery..abang dia si Seth buat dek jer..hahaha...belum faham lagi..ikutkan due 2 January 2018..she stayed at my mom's sementara tunggu due..sebab rumah dia jauh kat Denai Alam..masa check up 27th Dec gynea check bukaan dah 3cm but dia suruh balik dulu since baby's heartrate pun ok, Zana tak sakit2, waterbag still intact..my mom dah xsabar asek suruh induce jer..Zana xnaklaa dia kata bersalin induce lg sakit..

pastu hari khamis tuh tetiba dia rasa sakit lps asar then dia rush my mom hantar pegi hospital while her husband on the way..masa tuh hujan pulak..wangsa maju n prince court hosp dekat jer kan..dah panik tuh macam2 laa dia suruh my mom langgar lampu merahlaa, potong kat double linelaa, pegi gleneagles laa, my mom tgk dia pun jadi panik siap tahan motocyclist mintak hantar ke hospital..gilo apo..hahaha..in the end my mom sampai jugak prince court tp boleh pulak salah laluan yg sepatutnya one way..terus naik atas divider siap teriak panggil nurse cakap dah nak bersalin..tolak kat labour room rupanya still 3cm..sakit tuh false alarm jer..sudahnya dr kata kalau by jumaat pagi xbersalin induce jer..termakbul doa seorang mak kan..hahaha..such a drama queen these 2..dont get me wrong but drama queen nih my siblings inside joke..hehehe


and finallyyyyy..jumaat lepas asar keluarlaa mat saleh celup nih..come to maklong..my parents cucu dah 5 org dah..yana sorg girl yg lain hero..my sister kata nak close shop, means i kenalaa dapatkan sorang lg girl kan..nak bg ariana kawan..hehehe


Assalamualaikum Luth Harris..few hours old


6 days old..kenan mat salleh mana tah..kita kasi besar sikit gambar nih


10 days old..menganga jer mulut tuh carik susu..bkn lapar pun..sajer nak nenen..macam biasa kakak yana sure mintak nak dukung..

semoga menjadi anak2 yang soleh yang berguna buat agama, masyarakat dan keluarga..

Thursday, January 11, 2018

when in laws were in town yaww


Assalamualaikum :)

it was xmas holiday..my in laws stayed at our house and we decided to go to Genting Premium Outlet since my mil never been to Genting and we ourselves havnt been there since ariana was 1yo..that morning we cooked rice, asam pedas, telur masin, serawa durian..nak picnic..the traffic was slow but bearable..ngam time lunch sampai sana so we had our lunch then straight we went to GPO..nothing much we bought..we didnt even ride the cable car..the place was so packed with people..jalan2 sikit2 jer then we went uphill ronda2 dalam kereta..next time bolehlaa pegi lagi..naik cable car pulak..some pictures untuk kenangan : 





my mil so cute she didnt even understand the caption..hampir2 nak beli nih..buat basahan pakai di rumah katanya :P



seronok yer athirah nenek belanja..



my humble parents in law


with cucus



Assalamualaikum 2018


Assalamualaikum :)

dah setahun tak jumpa kan..hehehe..banyak benda nak cerita tapi malas..malas xde ubat..tapi harini gagahkan jugak coz ai nak anak2 baca memori2 diorang kat sini 1 hari nanti..mikhail baru start sekolah 2 hari..tadika dia memang selalu lambat seminggu..give way to parents yang ada anak2 darjah 1 settle dulu..so tahun nih dah masuk tahun ke3 dia tadika kat situ..jadi seniorlaa..monday tak pergi sebab keletihan bermain on previous day..tuesday pulak dia memberontak xnak sekolah sbb i x bagi dia pakai diaper..yes, dia masih pakai diaper pegi sekolah padahal kalau hari cuti dari pg sampai malam xpakai pun..kecuali masa tido jer..mak pak dia belum berani nak diaper free..

alasan dia sebab taknak teacher tgk bebird dia..dia nih jenis pemalu ya amat..padahal kat rmh mmg pegi toilet sendiri, cuci sendiri..me and cikgu dah sepakat seminggu nih kena keraskan hati jugak jgn bg pakai pegi sekolah..xnak sekolah pun xpelaa..but wednesday dia nak pegi sekolah..siap cakap mommy jgn sebut lagi pasal mikhail jgn pakai pampers..hahaha..lemaslaa tuh kitorg duk brainwash/pujuk/puji/ugut dia berkali2..dari last year my aunty banyak kali buat2 lupa pakaikan..tp dia ingat jugak..dah kat atas motor pun dia boleh turun..kalau x dia taknak pegi sekolah..menangis mengamuk..


Alhamdulillah last year dapat no 2 utk kelas 5 tahun..pegi konsert day tadika dia kemain byk persembahan dia participate..menyengih jer..boleh ingat plak tuh..dekat 5-6 performance rasanya..hindustan dance, nyanyi, baca doa, penguin dance, tarian melayu..enjoy betul dia..hahaha


 my handsome boy nih..tahun depan dah darjah 1..

i've just finish sorting my pictures to blog..ada dalam 7-8 cerita..OMG, bila nak buat tuh? maybe i'll just backdated the entry so tak pening anak2 membacanya..hahaha..there's a circus night, my birthday, our 10th anniversary, hari anugerah anak2, new nephews!!! and other boring stuff..hahaha..boring pun nak letak ker? hahaha

my youngest now is 2y3mo..such a chatter and veryyyy cheeky..still bf for comfort..senang sket malam2 takyah bgn bancuh susu..mmg penghibur hati semua kat rumah tuh..yana banyak kali cakap "kenapalaaa ariq nih comel sangat!"..geram2 dia cubit pipi ariq..tapi dia jugak yg marah bila apa dia pegang semua ariq nak..hahaha..kuat menyakat adik2..sajer biar adik terjerit kejar dia..adoi..mommy yang bingit dengar tau..dia kata asek dia jer mengalah..nak buat camna, adik kecik lagi..belum faham..abg mikhail selalu mengalah..dia tak tunjuk dia sayang tp dia banyak biar jer apa ariq buat..kdg2 dengar dia mengeluh sambil "cakap nak apa lagi ariq?" kelakar pulak bila dengar..ariq nih apa abg pegang or buat dia nak jugak..nak bg ariq makan pun kena buat2 nak suap abg..sure dia dtg bukak mulut, suruh suap dia dulu..hahaha..nak menyusu pandai cakap nak sini (kanan/kiri) pastu sini pastu sini..kemain senang order cam drive thru eh..hehehe...

kakak yana dah senang sikiiit bgn pagi..kalau dulu nangis every morning itupun setelah 10 minit kejut2 tapi sekarang kejut 5 minit jer..merengek sikit2 pastu mandi..tahun nih dia nak pakai tudung pegi sekolah..beli jenis kain lycra sarung selapis jer..senang dia pun tau pakai sendiri..Alhamdulillah last year final exam dapat no 2..naik dari no 15/34..dalam darjah pun no 9 dari 64/190..1st experience anak exam..lagi 2 minggu nak final baru pulun..masa tuh cuak jugak sebab basic plus minus pun dia lupa..masa midterm kitorg rileks2 jer biar dia buat sendiri..nak tgk setakat mana pemahaman dia..final tak bolehlaa rileks dah..kesimpulannya dia jenis cepat boring but Alhamdulillah jenis cepat tangkap..so kena pelbagaikan method supaya dia terus minat..




anak2 kesayangan mommy dunia akhirat walaupun mommy garang, inilah harta mommy tak terganti dengan yang lain..mommy loves you all so much..