ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, April 25, 2012

ku ingatkan panas hingga ke petang

Alhamdulillah, pagi nih belum pun sampai ofis dah dapat sms ada sarapan free atas meja. orang belanja. nasi lemak sotong, apam kukus n karipap. nasi lemak beli kat area rumah dia kataya. sedap tapi sayangnya lidah aku ulserlaa pulak. dah 2 hari dah. maka makan sambil pejam2 mata bukan sebab sedap jer tapi sambil menahan sakit pun sama. tengok cermin, mak aih...patutlaa nak bercakap pun sakit rupanya besar ulser tuh. yelaa, sekarang nih musim panas kan? baju sidai bawah bumbung pun boleh kering dalam sehari.

kalau kat rumah aku mandi 3-4 kali sehari. nak tido kul 12am tuh mandi skali lagi. tapi takla beria2. setakat siram segayung dua buat sejukkan badan jer. ariana kalau dia berak kul 10pm-11pm pun alang2 nak cebok, aku siram dia skali dua...siang pun makcik aku mandikan 3 kali. tido nyenyak lepas tuh. semalam pun aku mc, sakit kepala since isnin petang. dah memboyot nih senang gaklaa nak dapat mc. kalau tak, doktor tuh boleh plak taknak bagi sebab katanya aku keje ofis je kot. bukan keje berat. ek eh doktor nih. aku ban klinik ko kang. tapi semalam dia tak banyak cakap. ok ok jer. hehehe.

tapi kat rumah pun bukan berehat sangat. lagipun appointment doktor kat KKIA yang aku memula ingat nak cancel tuh aku pegi gak. dah alang2 mc kan. tu pun sejam stgh gak baru setel. next week appointment ngan nurse pulak kat tempat sama. haiz, kan senang kalau buat hari yang sama terus. biasalaa pompuan nih kalau duk rumah tuh yang banyak keje dari ofis. masa tulaa nak buat semua keje yang tertangguh. nak lipat segunung kain, nak laundry sementara panas, nak kemas lelebih sket. kalau anak ada, keje tak jadi. kita mengemas, dia pun nak "mengemas" gak...kita masak, masa tulaa dia nak bergayut kat kaki mintak itu ini. kalau dia senyap jer duk depan pun kena gak jenguk2. takleh biar lebih 5 minit. bahaya ada dimana2 kan. hatta dalam rumah sendiri pun. yepp, memang aku gitu. seriau duk baca berita sana sini. kena berjaga2. susah nak dapat si jendul tuh wei...

semalam gak banyak plan tak menjadi. ingat ada masa tulaa nak gi buat home projek. nak carik album, nak pilih gambar2 ariana, gi cuci then susun dalam album. nanti adik dia keluar pun nak buat gitu. selama nih gambar semua dalam laptop jer. tak syiok pulak. pastu ingat nak gi pasar malam beli apam balik idaman dari last week skali petang hujan lebat pulak, semuanya tinggal angan2 jelaa. petang duk rumah makcik aku sampai malam, lepak borak ngan opah aku jelaa. opah aku kiut je tau. dia bising2 coz aku still bawak keta, naik lrt. berkerut2 muka dia macam nak nangis. habis tuh, nak buat camna opah? masing2 keje kan. lainlaa opah dulu duk rumah jer. bersalin pun kat rumah gak. :P

No comments: