ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, July 2, 2018

Adam Mikhail dah Enam Tahun laa...


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak buatkan birthday party Mikhail kat sekolah dia..his birthday falls on 28th June on Thursday.. i ordered orange sponge cake with chocolate ganache with edible avengers image on it..on wednesday we go to wholesale in jalan genting klang and bought some titbits for the goodies bag.. Mikhail jenis tak cerewet, apa orang sediakan dia terima jer..cake pun dia tak kisah flavor apa..hadiah pun dia tak mintak..my handsome boy nih..

kadang kesian kat dia because dia tak banyak cerita, kakak n adik selalu buli dia..yana akan ajak dia main tp advantage kat yana..contohnya yana duduk atas selimut, dia suruh mikhail tarik dari bilik sampai ruang tamu..dia seronok, kawan tu yang penat..ariq takyah cakaplaa..kuat demand..apa abang kakak pegang itu yang dia nak..padahal takde benda pun..kakak tak kasi can..menjeritlaa ko situ tapi mikhail dia mengeluh jer pastu dia bg..amiklaa..n ariq being cheeky bukan dia nak sangat pun..lps tgk abang x interested dia pulangkan balik..

macam tulaa adik beradik kan..perangai tak sama..kejap gaduh, kejap baik..Mikhail anak ke 2 boleh ngam pairing ngan adik atau kakak dia..mana2 pun dia tak kisah..start awal tahun tido malam pun dah diaper free, kejap jer train dia..xpernah lagi terbabas..and because of that dah kurang banyak minum susu..after mandi petang tuh mmg dah tak minum dah..kuat makan sekarang..makan nasi, lauk xkisah..sayur setakat selai dua yang kecik dia telan jer..kalau yana? sehiris pun dia boleh keluarkan balik..eeeiii..geram jer tau..

berbeza dari adik beradik yang lain dari banyak segi..ada lebih ada kurang..yang kurang mommy babah cuba tolong yang mana mampu..we sent him to a reading class since March..ada improvement Alhamdulillah..we also sent him to iqra class lepas sekolah..cikgu dia sendiri ajar..even i ajar kat rumah pun it seems iqra lebih mudah dapat berbanding ABC..takpelaa, kita kayuh pelan2 yer..

Mommy babah target anak2 mommy jadi orang yang taat perintah Allah, boleh berdikari andai nyawa kami tak panjang..jadi orang yang tak menyusahkan sesiapa, boleh pimpin keluarga dan anak2, ada pendapatan tetap, bahagia dengan keluarga masing2..wah, jauh lagi harapan mommy tuh..kalau boleh mommy nak anak2 sambung belajar di peringkat lebih tinggi, tapi at the same time enjoy kehidupan tanpa tekanan..

sebak sikit cerita pasal mikhail nih sebab dia nih agak terkebelakang dari yg lain..takde niat nak compare, sebab dia ada kelebihan lain tapi ada rasa bersalah sikit sebab anak no 2 kan..selalunya terkurang perhatian..birthday dia selalu tak ramai ingat.. atok nenek takde celebrate bagi hadiah sangat.. yelaa, dia pun tak kisah kan..wish pun takde.. birthday ariq memang sama ngan mama so semua ingat..birthday yana plak dia sendiri dah pandai whatsapp makcik2 dia bgtau..hahaha..adoi..thats why sedaya upaya cuba bagi dia happy2 kat sekolah celebrate dengan kawan2..

harap Mikhail faham..mommy babah tetap sayang Mikhail sama macam anak2 yang lain..ok, nih gambar2 sambutan hari jadi dia yang cikgu dia send thru whatsapp..

macam retis ye nakkk















No comments: