ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, September 5, 2011

cerita raya tunggu habis upload semua gambar k

nih aku nak citer sebelum n sesudah raya punya hal. citer panjang coz aku tak reti nak shortcut kan. aku nak ingat semua bila aku baca sok sok.


so, setelah packing 1 luggage, 1 bag, 1 bakul dan beberapa bundut lagi, kitorang gerak balik melaka kul 4.30am on sunday. singgah kat mcD mrr2 for sahur then terus ke melaka. kat melaka memang banyak benda nak buat. daun2 gugur kat laman yang luas nak kena sapu, rumah nak dimop, porch nak kena cuci, kelapa untuk rendang nak kena kopek, parut n perah, ayam kampung yang ayah bela nak kena siang, cuma ketupat jer tahun nih order. ibu tak brapa sihat sebenarnya. shud be scheduled for hernia operation tapi postponed due to raya n sil's convocation. sementara tuh taklehlaa angkat berat2 n buat kerja2 berat. kuih2 raya Alhamdulillah sil dah buat siap2 tinggal collect bawak balik jer...hehehe...tugas aku? jaga anak sendiri, masak2 untuk harian n tolong yang mana dapat.


yang paling letih alanlaa...yelah dia jer anak lelaki yang ada kat rumah tuh. yang lain macam tunggu buah tak gugur. takpelaa...pahala menyenangkan hati ibu ayah kan. sil-ina orang kuat mop rumah. berkali2 dimop sampai nak tido pun dibantai mop another round. fuhh, penat! then on monday dari 6 ekor ayam ayah hantar gi sembelih, rupanya sekor dah mati kelemasan dalam boot keta. rugi! nak buat camna, dah takde rezeki. so dapat buat rendang 5 ekor jelaa...sil-rin tukang buat sambal udang marvellous. aku masak sayur n lauk2 nak makan berbuka. wah, macam banyak jer lauk padahal sambal terung n buncis goreng jer. hiks. then macam biasa raya pertama lepas salam raya kitorang akan balik kl untuk beri peluang sama adil sama rata agar semua dapat jumpa di hari raya pertama. kalau tak buat camtuh, alamat beraya di highwaylaa jawabnya. tapi ada gak yang sentaps. hmm...itupun nasib baiklaa hubby ai melaka jer. kalau buatnya orang penang kaa, pantai timur kaa, silap2 beraya alternate year jer.


Alhamdulillah, kul 12.30 dah sampai kl. gi rumah bonda dulu. alan ke klinik jap coz batuk dah 2 minggu tak baik2. then ke sri gombak pulak ke rumah mertua abah. takyah gi jauh2 nun ke putra heights. jumpa abah n family mertua dia. then nak ke rawang pulak ke rumah tokcik. kul 9.30pm baru sampai rawang. itupun kitorang dah tukar uniform. besoknya rabu memula plan nak bertolak ke rembau awal pagi tapi yelaa, kita merancang Allah jua yang menentukan. kul 3 camtuh sampai rembau (jem!) ibu ayah pun dah gerak balik melaka so, kitorang plan nak ke kampung bini muda atok aku. tapi atok takde plak. terus pulak ke tampin mencari rumah untuk diserbu. kampung makteh. sib baik ada orang. dah pakai baju raya kan. kenalaa pergi beraya. apa barang duk dalam keta jer kan...pas sejam camtuh balik melaka. flat.


besoknya khamis ke layang2, johor rumah abang ayah. 3 hours drive okeyh. balik hari. so 6-7 jam drive. sian kat hubby aku. aku nak tolong drive tapi pak mertua tak konfiden cemana? adik2 semua ada lesen tapi gantung kat bilik. (ina, ira jangan maraa haa) lama jugak kat sana. sampai rumah dalam kul 6pm. alan dah mula demam. kepala pening, badan bisa2. maybe sebab kerja keras the last few days. sib baik ariana pun tak meragam. seronok main jer dia. cuma tgh2 malam mengigau cakap "jom, jom" hoi, tak puas2 berjalan ker? kemain seronok dia kat kampung. atok nak gi masjid pun merengek nak ikut. pantang ada yang bertudung, mendepang jer tangan dia. masuk bilik jer meronta2 cakap "gi, gi" sambil tunjuk pintu. aku terpaksa bawak masuk keta, alan drive pusing2 jap then dia dah tertido baru masuk rumah. punyalaa mengada anak aku nih tau.


jumaat alan flat habis. patutnya kitorang balik petang tuh tapi ibu suh stay sampai sabtu coz ada majlis sket. takde nak masak2 coz upah orang masak so, sementara takde apa nak buat, aku bawak sil n anak2 sedara ke jusco. pergi berjimba n carik hadiah bday mat. rupanya orang layang2 n rembau datang petang tuh. sian ibu. semua helper takde kat rumah. yang ada pun tgh flat. terpaksala orang sakit buat2 sihat melayan tetamu. guest tak putus sampai tengah malam. besoknya pun bersambung lagi. beli kek celebrate bday mat skali sementara rombongan meminang cik ina belum sampai. opppss...terlepas sudah. then tetamu yang datang beraya pun tak putus2. malam lepas maghrib aku drive balik kl. walaupun tak rehat siangnya aku dah siap bekal air keramat. (ntah brapa speeding ticket dapat malam tuh) kul 10pm dah sampai. terus tido.


cuma tinggal ahad jer kalau nak jalan beraya pun tapi rupanya cik siT buat hal. sakit hati tau tinggalkan rumah dah elok kemas bersih tetiba balik kena kemas balik. habis segala stok makanan dalam kabinet diorang kendurikan. ntah cemana leh renggang. perangkap yang alan pasang pun siT tuh leh lepas. habis lantai2 kena gam. satu keje pulak nak bersihkan. aku buang semua yang dah bertebuk, santan kotak pun dia balun! aku bersihkan semuanya ganti lapik anti-bacteria biodegradable (wah, nama taknak kalah...hehehe)beli kat cosway harituh then barulaa duk ngadap tv sambil melipat segunung kain. yang alan badan bisa makin bisa. so malam tuh aku paksa dia gi klinik. jgn nak pepandai buat assumption sendiri. kolesterol ke denggi ker, demam urat ker, apa2 hal pun biar doktor yang decide. so, harini dia mc, rehat di rumah walaupun malam tadi berkeras nak gi ngajar coz anak murid nak upsr dah minggu depan.


yang, bebudak tuh leh blajar sendiri. kalau u tak sihat cemana nak ngajar? kan kan kan?


p/s : sabtu harituh terlepas gathering kat rumah abah. malam nih ada gathering lagi kat rumah ayahngah plak. dapat gak jumpa sedara2 yang tak dapat jumpa harituh. Syukur, Alhamdulillah. Allah Maha Adil dan Penyayang.


p/s/s : still tak dapat makan lodeh kaw :( lodeh tokcik dah NAK basi (tapi aku bedal gak) membuatkan aku terberut2 esoknya. hopefully malam nih ada lodeh.

No comments: