ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 18, 2017

potluck raya 2.0


Assalamualaikum :)

uii...memandangkan harini x banyak keje...jom pulun 3 entry teruss.. since last week dah decide dengan ofismate nak buat potluck on monday.. altho dah keje 14 years kat sini, this is only the 2nd time we have potluck kat ofis.. bos2 tak kisah apa pun.. so ni kira inisiatif sendiri.. ajak bebudak akaun datang makan.. so this is the menu..this is also the reason weekend tak rasa macam weekend..letih tapi puas..


rendang daging by kak niza n rendang campur by me


bihun goreng by kak niza


eh, terselit pulak budak merelip nih..tu dia pegang tuh shepherds pie by kak sha


moist chocolate cake bought by nurul


bread butter pudding to-die-for ordered from my friend


sedap sangat siap ada sos kastad...alamak, teringat2 laa


rendang ayam hijau by aina


i also brought spageto bolognese.. nurul n kak niza brought nasi impit too.. makanlaa dari pagi sampai ke petang duk ulang2..bersesak nak susun makanan tepi pc tuh..memang takde proper meja kosong..semua penuh barang..jemput boss makan, tapi sampai ke sudah tak datang pun..hmm...sukatilaa..kang orang taknak datang annual dinner ko kata tak sporting pulak..makan kenyang2, malam takyah dinner dah..


gadis2 ayu tukang masak *sila jangan muntah, iye kan ajerlaa..hahaha*

inshaaAllah ada umur, ada rezeki kita buat lagi tahun depan yer..

open house kesayangans


Assalamualaikum :)

fuh.. since thursday night sampai semalam rasa tak rehat langsung..balik rumah letak kepala terus tido..anak2 before 9pm dah pengsan.. hasil merayap ke open house..tak banyak pun tapi ntahlaa cuaca panas menyumbang kepada kemerosotan tenaga i guess..

friday sekolah ariana ada sambutan hari raya. kena pakai baju raya and of course dia request nak bawak something. sesuka hati order spageti bologneselaa, brownieslaa, last2 balik keje singgah kedai bakery kat taman melati and bought instant muffin mix.. yang ada cuma flavor butterscotch so we did just that.. to me sedap jer but ariana x brape suka.. dia memang hantu coklat.. kalau boleh semua nak coklat.. next timelaa kalau ada kita buat chocolate flavor pulak k..

then on saturday pegi open house kawan cikgu kat air panas, keluar lepas zohor senang xyah sibuk nak solat kat rmh orang.. pastu pegi rumah nekngah and makcik dia kat desa pandan..from desa pandan ke gombak setia pulak to my ex-schoolmate's house.. took us 1 hour..budak2 dah cranky sebab penat but dekat gila kot rmh takkan nak skip kan..mmg raya or kenduri jer dapat jumpa.. kadang berselisih kat jalanraya masa hantar anak3 pun tak perasan.. 


missed alyn sebab dia dah nak balik baby dah ngantuk, aku tak sampai2 lagi..dari rumah mona, terus balik, mandi and ordered pizza delivery..kesian ariana penat sangat tak sempat dinner dah tertido..

sunday morning breakfast roti canai and last night's leftover..makan kenyang2 sebab nak pergi open house rmh maya.. jauh nun kat telok panglima garang.. janji pukul 10am nak bertolak skali kul 10.45am baru dapat keluar rmh.. macam2 hal laa kan..ngam timing sampai sana dengan ila.. antara tetamu yang terawal..pukul 12pm dah terpacak.. maya serve lauk2 kampung, serawa durian..yumm..


sementara mommy dia layan kakak2 dia, afifah duk ngan aunty yer..



baik jer dia..as long x nampak mommy dia laa


duk dalam rumah plak..kat luar panas lit lit


tuan rumah yg paling kiri.. penat masak sampai sakit2 tumit katanya.. dah rajin sangat nak masak semua sendiri kan.. anyway, pandai maya masak.. siap ada kambing bakar.. aku layan ulam n sambal tempoyak jer..


sebelum balik bergambar jap kat pankin depan rumah maya.. berangin jer..maya kata dia sendiri tak pernah amik gambar situ..hahaha


known since sekolah rendah...now dah beranak pinak


kat rumah alyn pulak..ariana syiok layan roti jala cicah susu pekat manis..ada kuih nona manis, 1st time makan..selama nih duk tgk org viral kat fb jer..


meh kita gomol2 ali pulak sementara mommy layan tetamu yer..geram ngan dia nih..baru 6 bulan dah 8kg..abang ariq pun baru 9kg..


missing mona aida (mona ada 2, alyn n alin pun lain) husband kena keje so dia tak dapat nak bergerak..kalau tak dah complete dapat jumpa semua..semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga ke syurga..sayang korang semua..


happy 5th birthday my dear adam mikhail


Assalamualaikum :)

its been 20 days since mikhail's 5th birthday. on 28th June, 3rd raya. the same day when we receive the bad news about our cousin and neighbour. nak celebrate rasa serba salah but we owe at least a birthday cake for this champ. he never ask for anything on his birthday. dia tak kisah pun pasal birthday sendiri. but since we are going to our opah house after the burial and met a few relative there anyway, we bought a small cake and have a small cake cutting session with his cousin and other relatives. pakai baju tido jer pun. hahaha 





mana nak tempah2 cake last minute nih..nih pun kedai ke4 baru jumpa. yang lain tutup. lantaklaa tulis selamat hari raya pun. my kids happy jer.


dengan yana rambut xbersikat...sukatilaa nak...









macam biasa llin harus pasang berpuluh kali bagi can semua tiup...

Mikhail, in case you are reading this, probably you will remember or may not.. but please remember that we all love you very much.. mikhail anak yang baik, yang menyenangkan semua.. jarang meragam, jarang sakit, jarang buat perangai unless di usik.. mommy harap mikhail akan jumpa perkara yang mikhail akan excel 1 hari nanti.. mommy taknak paksa tapi apa sahaja minat mikhail mommy dan babah akan cuba usahakan dan sokong... Happy 5th birthday sayang...

Friday, July 7, 2017

AIDILFITRI 2017


Assalamualaikum :)

tahun nih giliran beraya kampung cikgu kat melaka. macam biasalaa kat sana preparation-wise memang banyak benda nak buat. dari mengemas, memasak semua sendiri.. mujur adik2 ipar aku dah setelkan byk benda..laman yang luas pun kali nih upah abangla bersihkan..legaa tau...kalau tak 2 hari pun belum tentu settle kat luar..and sebab menantu lain tak dapat balik awal, so tahun nih my duty is to masak sambal udang..alah, kacang jer tu..huhuhu..ke diorang redha jer? hahaha..jom tengok gambar jelaa..


nampak katek pulak dalam gambar nih..posing gitu sajer jer sebab nak tunjuk detail kat tgn tuh...aserehe sangat kan...terasa over...hehehe


1st family photo. 2 lagi adik beradik cikgu belum sampai...


bergambar dgn anak susuan yg masham nih sebelum dia gerak balik kampung ayah dia..


kau ingat senang ke nak dapat berkepit dgn cikgu? nak bersalam rapat camni pun dah ada yg jeles...adoi


kenit2 of the day


2nd photo. ira dah balik taiping. ganti ngan ina n husband. along still xsampai2 lagi..almaklum orang "jauh" *roll eyes*


kebiasaannya beginilaa..semua adik beradik ibu and their family will gather sini..sebab ibu anak sulung..so memang kena masak banyak..


2nd day. rombongan pak ali ke felda layang2. beraya dengan adik beradik ayah pulak. purple theme kali nih. tak berjanji pun. kebetulan plak. 


jangan muntah hijau yer..sajer menggedik ala2 engkuian ngan nura medina.. nih engku alan n nura hazlina...hahaha




dalam keta tido, kuar keta ligat...



orang johor pun mostly purple..hahaha

pastu raya ke3 balik KL lepas beraya kat rembau...terus pegi rumah my tokcik..raya ngan wancu skali..pastu terus balik rumah rehat..malam tuh pegi beraya rumah my fren tgk skali baby debok dia dah 5 bulan..dia serve nasik putih ngan sambal daging...adui..sedapnya, teringat2..gigih salin resepi tapi tak terbuat lagi nih..

malam tuh pukul 4.30 pagi dapat call dari jiran rumah lama..suaminya meninggal lepas maghrib dalam tido..sejam lepas tuh tokcik plak call...berderau darah sebab yang call pagi2 buta selalunya not a good news...tokcik kata anak sulung wancu, irfan meninggal. accident dengan keta orang mabuk :( scheduled postmortem 9am kat hospital Klang, mandi, solat n kebumi pun kat Klang walaupun wancu duk rawang...permintaan arwah kata kawan2 nya...so terus text makcu mintak jagakan bebudak kejap sementara kami pegi ziarah jiran lama..masa tgh talkin dapat text dari sorg lagi kazen kata dah siap mandi..bedesup terus gi amik bebudak then head to masjid kat klang untuk disembahyangkan..selesai kebumi baru tau 44 days before that seorang kawan irfan meninggal accident juga..dulu wancu duk klang so most kawan2 dia memang kat klang..so, bila kawan dia meninggal, dia selalu sebut2 nanti dia datang, nanti dia teman, aku pun tak lama...things like that..3 days sebelum dia accident, dia pesan kat kawan2 dia if anything happen, dia nak kebumi kat sebelah arwah kawan dia tuh...macam dah tau je :(

mak kawan dia pun ada sama masa kebumi arwah..dia kata since wancu duk jauh, dia akan "tengokkan" kubur arwah bila melawat anak dia..memang kubur sebelah2 pun..so after kebumi semua selesai, kami pun balik..takde mood dah nak beraya walaupun rata2 family pakcik makcik semua ada masa tuh..cuma pegi rumah mak malam tuh bawak bebudak beraya ngan uncle boy diorang..next day boy dah kena keje..mak, fatin n fina takde kat malaysia..fatin kena keje kat US for 2 weeks, mak n fina kat UK attending fina's convocation...abah pulak masih beraya di johor dengan family aunty so tinggallaa kami2 nih jer...


yang seronok dapat duit rayalaa


raya ke 7 baru dapat beraya dengan abah..tunggu mak balik je nih..mintak korang yang baca nih sedekahkan al-fatihah pada arwah Razali Bin Saksuni dan Muhammad Irfan Azlan...semoga mereka berada di kalang orang2 yang Allah redhai.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, June 19, 2017

Daddy, Daddy Cool...

Assalamualaikum :)

semalam berbuka rumah my abah. and sekali harung celebrate fathers day untuk semua abah2. my abah, my husband and my brother in law. beli small cake and terjadilaa sesi meniup lilin for 100th times melayan cucu4. kesian my abah ada luka sikit kat tepi kuku pastu melarat sampai bengkak n bernanah. abah memang diabetic. dah pegi cuci luka kat klinik tp macam tak surut pun. tadi dah pegi hospital, kena admit and malam ni or besok pagi masuk OT cuci luka tuh. abah ingatkan aku jaga makan sebab dia tau anak dia yg ni suka sangat makan manis. macamana dia tau? setiap kali abah datang, memang abah puji kopi O aku. cukup pekat, manis n pahitnyer. hahaha. dia dah buat lawak dah kalau2 jari dia kena kerat. isyh. tak lawak ok. harap2 jari abah makin sembuh lepas operation nih. 

dulu, masa kecik jarang dapat jumpa abah. only Allah knows why but i try to think positive despite some negative input by others. tak banyak moment manis yang kami lalui but apa yang ada aku tetap ingat sampai bila2. abah bukan jenis yang garang. tak pernah jentik pun. marah dia lebih pada menegur instead of meninggi suara. 1 pesan abah yang aku ingat bila aku mengadu apa2; akak hanya ada adik, adik pun hanya ada akak. take care each other. now, bila dah besar, aku cuma nak jalankan tanggungjawab sebagai anak. cakap banyak tak guna. baik aku walk the talk without talking dari cakap kosong. aku tak pernah janjikan apa2 pada abah tapi prinsip aku, kalau tak dapat menyenangkan orang tua, jangan menyusahkan. aku harap aku jugak anak yang dibanggakan walaupun aku keje biasa2 jer. 


tak reti nak jiwang. but i hope abah tau we love him just as much as others. i know sometimes dia serba salah tapi we understand and hope abah happy selalu. jangan risaukan akak n adik. we will always look out for each other. bukan harta yang kami nak tapi masa bersama lebih utama.