ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, November 10, 2017

on anniversary, short vacay and anak3


Assalamualaikum :)

haiii...lama tak pot pet sini...so many things happen in between my last post and tak tau nak mulakan cerita yang mana...buat point form jelaa eh, senang faham...

1. yesterday, mark our 18th couple-versary where my boyfriend-now-husband ask me to be his special...haha..next week baru wedding anniversary yang ke 10, Alhamdulillah..dah hampir lepas fasa ke 2 dalam perkahwinan menurut DMFK..mmg every year celebrate couple-versary lagi syiok maybe coz rasa lagi lama..masa couple2 dulu every 9th of the month wish..hahaha..gedik sangat aih..had lunch with him at penang village great eastern mall and then tapau our desserts at Alexis..memang memanggil2 pavlova dia tuh..dapppp..pastu dia hantar balik ofis..naik moto jer, leh peluk2..fefeeling dating kejap..kalau ada bebudak memang tak merasalaa..i dont know if you have read it here in my blog..in case malas nak carik balik, here's the link : 
here in 2014 another anniversary story
here in 2010 cerita macamana declare

2. since our last holiday at Gold Coast Melaka, we didn't go anywhere else accept balik kampung..so i booked 2 nights stay at Swiss Garden Resorts Residence Sg. Karang, Kuantan this school holiday..starting this year, all staff are eligible for 2 nights at any hotel under Swiss Garden..rates limit are depends on jobgrade..dalam banyak2 hotel, this one looks fun for the kids..tepi laut and ada mini slide at the pool..plus, i have a cousin there yang dah bertahun2 tak jumpa..might as well take this opportunity to meet her..

the kids are so excited that we went to decathlon at USJ to find their swimsuit and new float as the old ones macam mudah kempis..tak bocor but getah yang sumbat tuh macam dah keras n tak tight.. 


nampak best kan


this boy happy dapat swimsuit baru..kalau tak pakai abang punya jer..

3. its been a few months since i started wearing glasses..but i usually wear them masa driving..mata dah mula blur2 tak nampak signboard..sajer pick this pink purple frame nak bagi nampak ala2 kpop sket..hahaha..


 anyeong haseyo

4. now that mikhail dah tak takut pegi barber, we had his hair cut kat sana jer..kalau dulu my husband yg potong sendiri guna gunting coz dia takut machine tuh..now dia dah ok..lagi senang sebab barber kat bawah rumah jer so bebila boleh pegi...


see, mikhail is a big boy now


terbalik pulak dengan ariq...1st time pegi tak nangis..2nd time pegi boleh nangis pulak..sudahnya senget2 rambut dia..kena tunggu panjang sikit baru boleh trim..rambut dahlaa halus jer unlike mikhail rambut lebat..

 

end this entry with my eldest and my youngest (for now) ..posing bagi jer kat diorang..we have few wedding that we attended..that one will need a different post..toodles!!



Tuesday, October 10, 2017

final exam - musim mak2 sakit tekak


Assalamualaikum :)

im not too busy at the office now..but my head seems to keep processing a lot of things..this week is ariana's final exam as standard 1 pupil..during midterm exam few months ago, i was really laidback..i let her study at her own pace and she seems ok except her english..she can read english books but didnt understand most of the words..so, after that usually when i saw that she have free time, i would ask her to do english exercise (very seldom), read english books and explain words that she didnt understand..

so nak dekat exam nih memang bg lebih tumpuan kat english subject..then try buat bahasa melayu pun ok, but bila tang math banyak yang dia dah lupa..even the simple plus minus pun boleh buat mistake..apalagi, melompatlaa kami..dahlaa babahnya cikgu math..maybe from time to time silibus makin advance so dia terlupa yang basic..salah kami jugak tak gilir2 buat latihan all subjects thinking that dia sure ok punya..adoi..weekend lepas mmg semua bertapa kat rumah jer..pintu depan pun tak keluar..only cikgu keluar pegi beli breakfast and some groceries..the rest kat rumah "teman" kakak buat latihan..lepas makan, buat lagi..tapi janganlaa ingat dia takde main..time bg rehat memang main sungguh2..hahaha

semalam paper BM and Pendidikan Islam..dia kata Agama susah sket..actually bila tgk buku text dia, aku pun xtau nak ajar apa..cuma bagitau dia kena bezakan perbuatan yang betul dan salah..hafal dan praktis tulis huruf2 hijaiah..sorry yana, mommy tak pandai..harini paper English dan Sains..hopefully she can do her best..Besok math pulak..mommy yang debar2 nih..ni memang betul2 bagi pengajaran kat mommy..anak sulung, memang jadi bahan ujikaji..next year kena ubah cara belajar..

memang mak2 moden cakap dont push too hard but kita pun kena guide anak2 supaya menjadi orang yang berjaya..kalau biarkan, dia pun tak tau..anak2 tu kan amanah untuk kita..memang excel in akademik bukan segala2nya tapi ia akan memudahkan kebanyakan perkara..nak buat apa2 pun, kena habiskan sekolah..belajar sampai menara gading..orang yang ada degree dah melambak..yang ada master pun dah banyak..diploma orang dah tak heran..eventho i didnt mean to push hard but sometimes i need to for their sake..harap anak2 mommy faham, ini untuk kebaikan anak2 mommy jugak..mommy tak kaya nak bagi harta..ni jer yang mampu mommy bagi..sayang semua anak2 mommy..tima mikhail nanti ntah camna pulak..harap mommy lebih well prepared..

Monday, October 2, 2017

demam drama


Assalamualaikum :)

sajer nak update currently or lately aku tengok cerita apa kat TV..Kdrama pilihan no 1 semestinya because of the wide choice between realiti dan fantasi..cerita melayu adalaa jugak layan sesekali yang happy2, yang kelakar coz kita tengok TV pun nak tenangnya fikiran, tak kosser nak tengok cerita stress2 dendam sana sini..so lets check them out!!

1. LIVE UP TO YOUR NAME



Malam ni episod terakhir rasanya..episod 16..1st time tgk cerita yang langsung aku tak kenal pelakonnya baik yang lead atau yang sampingan..hero n heroin takdelaa lawa mana tapi aura tuh ada buat aku tak jemu tgk muka diorang..tengoklaa korang..best sangat..ada kelakar, sedih, suspen, cerita nih nak kata ringan tak jugak..dia pasal tanggungjawab doktor walau di mana dia berada..walau dalam keadaan apapun..cerita nih fantasi sikitlaa sebab Dr Heo Im dari zaman joseon tetiba datang zaman moden dan berjumpa denga doktor bedah Dr Kyung..Dr Kyung nih pulak memang tak suka perubatan tradisional walaupun datuk dia sendiri amalkan akupuntur..so memula banyaklaa bertekak bergaduh apa semua sampailaa tetiba 1 hari Dr Heo Im terbawak balik Dr Kyung ke zaman joseon..


aseklaa bergaduh


kelakar masa mula2 Dr Heo Im macam bodoh2 alang tengok apa pun teruja

so dari situ baru Dr Kyung nampak betapa pentingnya ilmu perubatan tak kiralaa tradisional ke apa sebab kenalaa mengikut teknologi zaman tu kan..pulak tuh masa tuh tgh perang kat joseon so lagilaa mencabar..ramai sakit tak cukup ubat, sistem kroni antara kaya dan miskin..macamana Dr. Heo survive membodek yang kaya tapi senyap2 membantu yang miskin..

Lama2 diorang pun jatuh hati tapi Dr Heo Im nih ada unfinished business yang dia sendiri kena carik apa dia..Dr Kyung akan bantu dia and the end adakah diorang boleh continue bersama atau masing2 kena hidup zaman masing2? aku pun berdebar nak tgk malam nih..


OST best2 tau especially lagu Always by Hyolyn..bila dengar pun macam sedih jer..aku nih kalau dah suka cerita tuh aku akan download OST pastu bila dengar duklaa reminiscing babak2 yang aku ingat...hahaha..parah

Ni hasil description dari wikipedia :

The story of a doctor from Joseon era who travels 400 years into the future where he met a cold-hearted modern practitioner.

 *************************************************************

2. REUNITED WORLDS


citer nih aku layan sebab dah takde citer lain yang menarik..hahaha..sebab pelakon2 dia aku kenal..and selalu cerita diorang berlakon best..cuma aku tak bape suka gandingan hero n heroin yang beza 10 tahun..kdrama selalu camtuh kan..suka nau ganding ngan noona (perempuan lebih tua)

anyway, cerita nih pun ala fantasi bila Hae Sung yang dah mati 12 tahun lepas masa umur 18 tahun akibat kemalangan, tetiba hidup semula..dia pun taktau yang dia dah mati masa mula2..kawan2 semua dah 30 tahun dia jer yang muka budak (thats why dia pilih hero-heroin jarak usia agak jauh)..

dia pun hidup balik sebab nak selesaikan unfinished business..nak carik balik sapa yang langgar dia, and bersihkan nama dia sebab masa dia mati, ada 1 pembunuhan and dia dituduh sebab dia dah mati kan..so bagi penjahat tu senanglaa case close..leh baca description dari wiki : 

Hae-Sung (Yeo Jin-goo) is a senior high school student. He lives with his grandmother and 4 younger siblings. As the eldest brother, he has a strong sense of responsibility. Although Hae-Sung has good scores at school, he opts to go to a culinary school to support his family rather than college. At the culinary school, he hangs out with 5 friends including Jung-Won (Lee Yeon-hee). Jung-Won is almost like his girlfriend. On Hae-Sung birthday, Jung-Won prepares a surprise party for him at his house. To keep him away from the house while they prepare, Jung-Won asks Hae-Sung to go to their school and retrieve her wallet. There, Hae-Sung walks into a shocking scene. While trying to get help, Hae-Sung is hit by a car and dies.
Exactly 12 years after Hae-Sung's death, Hae-Sung wakes up on the roof of his school building. He finds himself in the year 2017. Hae-Sung goes back to his family's home, but his family is not there. He has a physical struggle with a man that is living in the house and he is eventually taken to the police station. There, he meets his friend Ho-Bang (Lee Si-Un) who is now a police officer.
Meanwhile, Jung-Won is now 31-years-old and in debt. She still hasn't gotten over Hae-Sung's death. Jung-Won supports herself by working as a kitchen assistant at a restaurant. Min-Joon (Ahn Jae-hyun) is the chef and owner of the restaurant. He has feelings for Jung-Won and tells her so, but she rebuffs him due to Hae-Sung.
One night, Jung-Won finds a young man passed out in front of her house. The young man is Hae-Sung.

*************************************************************
3. Duda Pujaan Dara



awww...nih antara drama yang aku suka tengok sebab kelakar n sweet and daring..ehem..macam biasalaa drama adaptasi novel, bercinta lepas kahwin..chemistry pelakon sangat umph..macam real pulak aku tengok sebbaik kamal adli dah ada emma maembong (hopefully this statement still relevant lah 10 years later yer..amiin)


ye, sila percaya scene begini ada dalam drama melayu yer..#asalkan bukan fattah..hahaha

cerita pasal duda anak sorang yang kematian isteri mencari pengganti demi anak..apapun cerita nih dah habis..pendek jer 12 episod..cerita sedih jiwa merana apa semua sampai beratus episod..cerita happy2 pendek jer..tak banyak konflik pun dalam nih..suka budak danda tuh..comel sangat..pandai berlakon..dengar kata diorang nak request sequel season 2 gitu..xtaulaa jadi ke tak..kita tengok jelaa..baca jelaa sinopsis dari novel nih :


Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” - Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” - Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? - Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

*************************************************************

ok, sekarang kat TV tgh layan Awak Suka Saya Tak, dari novel Melur Jelita and Kdrama While You Were Sleeping..




baru 1st week and setakat nih belum ada wow factor lagi..tapi kdrama tuh macam biasalaa...wow factor dia of coslaa pelakon yang encem n cun ittew..selalu tak menghampakanlaa..hahaha..selamat menonton!!!


Monday, September 18, 2017

Aidiladha and double birthday celebration


Assalamualaikum :)

haa...amik, 3 entry terus..lps nih senyappp balik..so Aidiladha kali nih sambut kat KL. 1st sebab tak dapat beraya with my parents Aidilfitri yang lepas. 2nd sebab its fall on my mom's and my son's birthday!! so its triple celebration. cikgu being the very understanding one yang suggest we go back to Melaka petang sebab qurban ariq yang my FIL buatkan akan berjalan on 2nd day raya..so yeay to a good timing!!  


bukan nak makan dulu, kita amik gambar dulu..every raya my mom akan keluarkan set pinggan ala mexico dia nih..so colourful..nampak meriah meja..


this year fatin n fina tolong my mom buat lontong, mama buat rendang ayam and sambal telur rebus..i made rendang daging and ordered lemang periuk kera..actually i ordered 3kg, 1 kg for each family..lepas rumah mama, beraya with my abah then balik melaka..orang melaka tak pernah rasa lemang periuk kera..bagus jugak bawak balik..1kg/RM40 ada dalam 16-20pcs..


fatin make up ala neelofa look katanya..ada ker macam neelofa? siap dalam 15 minit jer coz i dont have the luxury nak mengadap cermin lama2..kena jeling ngan cikgu kang naya..hahaha..we recycled baju raya jer..bila lagi bebudak nih nak pakai baju melayu kan..all orange


the kids and the cake..my sister zana, ordered from her ofismate who was a student at hyacinthcafe..she ordered vanilla malt with raspberry jam..dengar nama pun dah terliur..sedap, not too sweet..


ariq's attempt nak buat peace sign..hehe..memang takdelaa nak buat surprise sebab fatin n fina pegi collect cake tuh pun taktau nak sorok mana..dahlaa cream cheese..so memang kena letak dalam fridge..my mom buat2 tanya plak apa nih? selamba fatin jawab kek bday mama laa..hahaha


cikgu keluar kejap masa nih so we didnt lit the candle dulu..muka ariq masam jer..takde mood..nyanyi pun dia wat dek jer..


dah pasang lilin barulaa ada senyum sket..custom made topper for mama and ariq..sebulan sebelum dah praktis tiup lilin budak tuh..hahaha..kejap2 mintak pear-bear-you..gigih kitorang cucuk lilin kat any cake, muffin, bun asalkan dapat dia tiup lilin..topper tuh boleh recycle forever sebab birthday memang sama intentionally..


ariani buat sale so, apalagi..ariana bab bagi hadiah dia sukalaa..









sorry for the late post but i still wanna keep it here for my future reference..hehe..seronok bulan september banyak cuti kan..this friday cuti lagi sempena awal muharam..may we be better muslim diampunkan dosa2 sebelum buku amalan diangkat naik..wallahualam



a trip to Dataran on Malaysia's 60th Independence Day


Assalamualaikum :)

seronok kan cuti lama bersambung2 dari hari kebangsaan to Aidiladha then dapat extra pulak for achieve targeted gold in Sukan SEA..selalunya aku tak amik port sangat pasal sukan nih but since kali nih Malaysia jadi tuan rumah, we get to enter almost all sports..tak sangka ada sampai berpuluh2 jenis sports..ada yang aku tak pernah dengar pun..adoi, sedih umur dah dekat 40 baru tau kenapa kita tak hantar semua skuad kalau negara lain yang jadi host..sama2 rasa seronok bila kita dapat kaut banyak emas..ngam plak timing dengan hari kebangsaan, semangat kenegaraan tuh macam berkobar sket..dengar negaraku pun sebak..huhuhu..sukan yang paling aku suka is gymrama and renang berirama..macam tgk orang menari..lemah gemalai jer..


ok, since Aidilfitri dah sambut di Melaka, my husband said petang raya baru gerak ke Melaka..raya kat KL nih tak banyak keje sangat..my mom usually dah prepare awal..tak bagitau sebab dia suka buat semua sendiri..so, on 31st August aku pun bawaklaa anak3 ke dataran..cuaca pun elok jer sejak dua menjak nih kan..keluar rumah pukul 8.15am..my husband dah bising kata dah lambat..habistuh, nak mengejut bebudak nih pun liat bebenor..8.15am kira oklaa tuh..naik LRT turun masjid jamek..mashaaAllah ramai betul manusia..jalan situ tutup so memang ramai orang berniaga trompet, headband, ballooons, food and drinks..mainan pun ada..dah alang2 sampai jalan jugak ke hujung..tak sampai dataran dah tak boleh lalu..terlalu sesak dengan manusia..my fren turun kat station STAR bandaraya kat area SOGO..dia kata dapat jugak tgk perarakan eventho dah lewat..ok, next year kita buat camtuh k..meanwhile, tgk gambar jelaa yer..


lautan manusia..the kids yang rasa lemas..yelaa, diorang rendah, oxigen pun tak cukup berada di kalangan crowd yang tinggi2..


setiap orang bawak bekal..breakfast tepi jalan jer..


however, the kids enjoyed the LRT ride..


the last spot we manage to stand..depan sikit orang dah mula duduk atas jalan


muka pasrah vs excited


Happy 60th Independence Day Malaysia








till we meet again kak hos


Assalamualaikum :)

just a short dinner with kak hos 2 weeks before AidilAdha..kak hos nak balik kampung..she's been a helper to my mom since Fina was 9months old..a very hardworking person, tak reti nak menggatai, mengular..the best indonesian i've ever met..she's there when my mom going through hard times..bila my mom tak dapat bayar gaji, she stayed and work at my mom's friend's house..she could've ran away and work elsewhere..ramai giler kot berebut kak hos nih but she understood our problems and our home is like a home to her too..

Alhamdulillah all my siblings (my mom side) could make it termasuk boy yang keje kat johor..so we had dinner at sicty9 steakhouse kat melawati..semua sedap, tak ingat dah who ordered what but yang pasti semua lain2..pasta sedap, steak sedap, air sedap and the place is quite cozy..cuma yang tak best bebudak kecik running around which is ok for us but kesian kat customer lainlaa..anak3 akulaa tuh bukan orang lain..diorang dah jumpa cousin tak ingat lain dah..nak main kejar2 je..bape kali grab them pun tak jalan..dahlaa dapat table panjang betul2 depan entrance, bertabahlaa yer..     


masa fina pegi sambung belajar kat UK, kak hoslaa yang paling sedih..dia menangis beria, my mom rilek jer..huhu


this is Kak Hos..dia stay sini dari dia umur 19thn..datang malaysia naik airasia, hari ke3 dah start keje ngan my mom until now..


fatin (mua ig : hanaikmal) and boy


nak pilih makanan pun Kak Hos malu2..dia selalu rendah diri taknak makan sama2 walaupun kami ajak..kena paksa ngan my mom baru dia duduk sama2..tak pernah tinggal solat, rajin buat qiamullail..maybe itu rahsia dia bertahan..selalu doakan kami..


fina dah habis belajar kat Reading, UK..sambung buat Bar plak kat malaysia..


thanks to the technology, sometimes we video call kak hos kat kampung..sepatutnya dia balik for good..kawin and settle down but tiada jodoh, so she said she will be back here in Malaysia inshaaAllah by hujung tahun..

Tuesday, September 12, 2017

MRT ride with in laws


Assalamualaikum :)

Few weekends before Aidiladha my in laws were at our place so we decided to took them for the MRT ride..besides they wanted to try the sate kajang so lets go..something happen on that day so the time of departure was delayed till after asar..in the morning during subuh baru perasan air kecik jer..sempat mandikan bebudak, terus air takde..dalam tong pun cukup untuk solat jer..kesian plak takkan nak cancel plan kan..dahlaa takde announcement ke memo ke apa..tanya orang sebelah rumah dia dah mula ada air tp keruh..so after waiting for the water to fill up tank, around 3pm i insist to bring them to my opah's house..tak boleh jadi nih..tah pukul berapa tank nak full kan..my mom's house pun takde air..masa tuh memang area wangsa maju ada gangguan bekalan air for few days..so we brought siap2 baju nak salin dari sana lepas mandi terus gerak jer..

this part yang paling geram sebenarnya..kelam kabut nak pack barang anak3, susu n all, i forgot to bring my own jeans..nursing cover pun tertinggal..sudahnya aku pakai seluar duk rumah dengan blouse..serupa bibik okeh!!! i just couldnt be bothered to make up anymore..i look like this!!!


ni dalam public toilet kat MRT stadium kajang..


take off dari station paling hujung, gombak...semua excited..


dah sampai station stadium kajang..



dah sampai stadium kajang, while we take a break for asar sorang pakcik approach us..dia tanya nak makan sate kajang ker? he said just forget it..orang terlalu ramai, seat takde..kalau order kena bayar terus and he waited for 2 hours baru dapat sate dia..masa tuh dah pukul 6pm..we couldn't bare the consequences to wait for another 2 hours just to get our sate so we just stayed around the stadium area and ate street food..ada big playground so the kids were entertained..there's a rickshaw or bicycle or tricycle you can rent..not sure of the rates though..


bergambar jelaa..after solat maghrib kat surau sana, which is spacious and selesa, kami pun balik..another hour plus..
 

budak takleh duduk diam..everytime pintu bukak dia ajak keluar..boring kot..yelaa lama sangat..30 minutes by putra lrt and another 30 minutes by MRT..itu baru one way yer.. 


we had to play who can keep their eyes closed longer just to keep them sit still for a few minutes...phewww, such a creative mom i am huh? hehehe


gilir2 kejap jaga anak yg nih, kejap yg tu masuk stroller, kejap yg nih nak dukung..paling takleh blah ariq nak menyusu tapi taknak botol..acaner tuh?


most of us dah letih for commute more than 2 hours in the train..ni dah otw balik..my mother in law mula2 semua ok, pastu dah nak dekat sampai kereta baru dia cakap dia pening..loya nak muntah..kesian..dia tak biasa hiruk pikuk macam tuh..kat kampung aman damai jer..tetiba menantu boleh bawak pegi tempat ramai orang..naik train pulak tuh..aku pun silap..patutnya bawak pegi station yang dekat2 jer dulu..janji dapat merasa naik..nih dari gombak to pasar seni 11 station then pasar seni to stadium kajang another 14 station..tak mabuk kau? 

aku nih pun cukuplaa merasa naik mrt nih..kalau tak terdesak, baik naik keta terus sampai kajang, lagi murah sebenarnya..harituh tiket 50% pun dah 4.20/person..kalau normal price? kalau pergi balik? berbaloi ke kalau ramai2? akhir kata, plan your journey well..tak kiralaa nak naik apa pun, nak kemana pun..MRT nih best dari lrt sebab lebih luas n selesa, cuma lama sebab jarak setiap station agak jauh..oh, n please pakaikan budak baju lengan panjang yer..sejukk sampai ke tulang aircond dia..