ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, September 13, 2013

nampak tak apa tu?



nampak tak?


penemuan uban yang pertama kali adalah satu kejutan bagi semorang...at least for me

membuatkan aku insaf jap...kubur kata mariiii :(

*arwah tokyong meninggal pada usia 70++. never had a single grey hair...rambut halus bak bayi :) maybe sebab dia tak pernah pakai syampu lain selain johnson2*

Friday, November 4, 2011

i'm in love

the other day i read thepinkstilettos' review about this beauty here. so, i went to guardian to have a look. wallah. it is love at first try. its very easy to apply, u dun have to dip into the ink like some other liquid eyeliner to reapply, therefore no shaky-hands-coz-the-ink-is-out so the line is not crooked. and the best part is its very easy to clean. usually i would have the raccoon eye after the 1st wash then i will have to clean again with baby oil/makeup remover. this one, guna air pun boleh. no more smudge. see, model tuh siap lukis corak lagi. cantik kan?












u see, i like to wear eye makeup. wearing eye makeup makes my face look fresh if not prettier :P takde lipstik, blusher, no problemo but takde mascara boleh buat hilang mood nak datang ofis. my most basic makeup is tinted moisturizer+baby powder+mascara. thats it. and if i want more, i'll apply eyeliner. usually pencil eyeliner coz its easier to control. thats what i think back then. now, i have found my new love.






Thursday, September 22, 2011

selamat ker?

situasi 1 : tunggu lif kat lobi


Y : ehh...dah brapa lama? (sambil tunjuk perut)

A : eh, bukanlaa...nih lepas puasa punya perut (yes, A memang tak reti cover)

Y : eh, sory...ingatkan pregnant...tapi betul, nampak cam pregnant.

A : ppfffttt (sambil senyum kelat)



situasi 2 : family gathering


kebanyakan makcik2 kepoh : ada lagi ker nih? (sambil senyum2 sumbing)

A : belum lagi, insyaAllah soon.

makcik yang paling kepoh : tulaa, baru anak satu badan dah macam tuh. acik takpe, anak dah 5. nanti suami bla bla bla (seriously, A dah tak masuk telinga dah apa butiran makcik kepoh cakap)



situasi 3 : dalam lrt, tgh berdiri depan X. X dah nak turun kat stesen dia.


X : eh, so sory i tak nampak u tadi (sambil pandang perut)

A : eh, (speechless) takpe jer. (dah malu nak ngaku depan strangers yang A bukan pregnant. lagipun dah dapat duduk kan. diam ajelaa)



ok, aku sebenarnya tak rasa pun yang aku nih gemuk maksud aku takdelaa aku depress badan aku cenggini but i AM aware that aku buncit. yelaa, dulu sebelum mengandung pun memang aku dah buncit dah. aku pernah pegi buat scan semata2 takut ada bendasing dalam perut nih. tapi takde pulak. memang lemak ngan taik jer. sembelit pun iye gak. aku komplen2 tapi tak jugak exercise. makan takdelaa melampau, maintain jer but aku memang suka desserts. manalaa anak aku tak ikut. dah beli treadmill tapi tersadai kat tepi dinding.


bila dah ramai sangat yang tegur nih rasa nak macam malu pulak. belilaa girdle macam2 jenis tapi pakainya sekejao jer. tak tahanlaa. senak perut especially bila duduk. aku ingat nak start balik lari (cewah, macamlaa ko biasa lari sebelum nih alin. treadmill tu pun guna 2 bulan jer before terperuk gitu). sayang treadmill tu bukan murah. pastu aku nak skip heavy dinner. dinner tetap dinner cuma makan yang light2 jer. roti ker, biskut ker, oat ker, cereal ker. tapi aku pun plan nak pregnant balik nih. tengah trying pun. selamat ker kalau aku lari2, diet2, exercise nih sumer haa? or aku pregnant dulu then baru pantang betul2, diet kaw2. apa pendapat korang?

Monday, September 19, 2011

korang letak tajuk sendiri boleh?

masuk blogspot. klik new post pastu menung. seriously dunno what to blog about. nak blog about what we do macam bosan giler weh orang nak baca diary hidup ko yang lebih kurang sama jer every weekend. dulu aku takde diari masa sekolah pun becoz of that reasonla. plus aku sendiri bukak diari zana and after aku TERbaca each pages that wrote "abah tak datang harini" "abah tak datang" "tak datang" and later jadi "tak,tak tak" aku rasa no point pun. buat sakit hati jer. lagipun life kitorang bukanlaa happening sangat pun masa kecik. everyday same routine, same thing happen. expected tau. bf pun takde. telefon pun kena sekat. no sosial life. tapi still hiduplaa... itu yang penting. eh, apa nih aku merapu. now we were much happier but still, expected things happen. kalau ada surprise ke hapa syok gak nak share kan?


oklaa aku nak buat entry bullet pointla. anything that come across my mind yer.


1. lately aku banyak baca post2 yang berbaur keagamaan. especially about SYUKUR. so, everytime aku nak merempan ke hapa aku akan teringat, ada lagi orang yang lebih bernasib malang. but still, mesti kita nak ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya kan? takkanla dengan gaji 1k ko nak kata cukupla rezeki yang ada pastu ko bongkang tido expect gaji 1k masuk tetiap bulan. anak makin bertambah means kita pun kenala makin kuat berusaha. correct me if im wrong but dalam Quran pun ada kata "beribadat seperti nak mati esok, cari rezeki seperti nak hidup seribu tahun" so bagi aku orang yang sangat content with themself nih macam malas pun iye dok? ye, redha is one thing but self improvement is another thing. redha setelah berusaha+berdoa+bertawakal and still rezeki kat situ gak. thats redha. tapi kalau ko tak usaha, itu malas yer. sila faham.


2. aku citer kat atas panjang lebar sebenarnya macam nakkan green light untuk upgrade skincare aku. plus aku nak try laser treatment untuk skin problem aku. aku bersyukur muka aku nih kategori orang masih nak pandang. takla cantik sangat, tak buruk. yang sedang2 aja. tapi aku rasa kulit aku kusam. which sangat down kan aku bila orang kata aku n alan macam kakak dan adik. cis. seriously, its not funny yer eventhough aku gelak cover2 jerawat kat pipi. thats y aku slalu pakai mekap. sebab konon nak cover kekusaman kulit aku nih. itupun bila dah nak tengahari bedak kat area mulut nih dah hilang. macam panda pulak aku tengok. jeles aku tengok orang yang confidently keluar rumah tanpa mekap. kulit glow jer. makan kunyitkah? bagi aku warna kulit tak penting yang penting kebersihan muka. taknakla ada jerawat ker, jeragat ker, lobang2 ker, bintik2 kolesterol ker. kalau kulit cantik, takyah pakai mekap pun. maksud aku mekap is bedakla, foundation. oh, tapi aku still nak pakai mascara and lipbalm and eyeshadow. sebab aku suka sangat mekap mata. hmm. usul nih perlu dibawa kedalam mesyuarat agong malam ini. kita tengokla alan and my wallet nak approve or not.


3. really enjoyed being with ariana this last few days. macam dunia nih kami ber2 yang punya. on friday, (eh, tadi kata bosan taknak citer rutin? ahh shadap you) i brought her to my kazens house nak tolong2 apa2 yang patut before his wedding on saturday. semua kata yana senang dijaga. behave jer. *ehem, pat back* on saturday kami tidur ber2 coz alan ada camping kat sekolah. seronok golek2 dengan dia kat katil. hug each other. then on sunday bawak dia pergi visit my fren who just gave birth a week ago. tengok gelagat dia, memang minah lawakla. haha. oh, i miss her already :(


4. this weekend nak pergi temerloh. oyien's wedding. and next weekend nak gi kedah pulak. sil's convocation. hmmm...penat jalan jauh nih. kalau anak mengamuk pun kita gak yang nak kena layan. plus, jalan jauh means bajet pun besar. bulan lepas tak dapat nak menabung, bulan nih pun most probably the same. tak suka. eh, tapi aku suka jalan2...camna?


5. ada sad news among our family members. but the truth is im not surpirsed. cuma tak sangka secepat ini. hopefully they will find the best solution for all. and semoga kami semua diberi hidayah olehNya. amiin.

Wednesday, April 20, 2011

new things in my life

hi all. thanks for the get well soon wishes. im feeling a bit better now. cuma kena berpantang kat rumah jelaa. well, if you are watching me right now, serupa tak pantang pun ader. i guess its a bit hard to do it when you don't feel any pain. dulu jalan slow giler coz terasa pedih2 perut kesan c-sec. nih aku kelmarin siap vakum rumah segala. dapat mc nih means only 1 thing for me. HOUSECHORES. bila lagi nak buat wei. lagi2 bila si kenit tuh ada kat rumah. pastu aku bleeding balik. maka, kena marah ngan alan. anyway, semalam aku plan nak mop, terus cancel coz alan gi sorok pencuci lantai. maka aku buat laundry jelaa dengan my new shiny helper. wahh...syok. tak payah aku nak perah ngan tangan lagi. kalau nak kutuk mesin lama tuh, seribu perkataan pun tak habis. aku suka helper baru aku nih not only becoz its fully auto, tapi sebab dia kaler pink-brown dengan corak bunga2 lagi tuh. very the girly.
and then my skin care regime. tahun nih aku dah nak masuk 3 series. terasa tua. tengok cermin pun tak sanggup dekat2. nampak nau aku kena tukar skin care aku. no more whitening, brightening punya barang. now kita harus tukar ke anti-wrinkle, aqua booster, anti-darkcircle, renew, rejuvenate, re re re. so, slowly aku tukar set garni3r aku ke set bi0-ess3nce. so far ok jer. takde keluar apa2 yang tak sepatutnya. dari segi improvement aku tak perasan lagi. tapi harituh aku tanya soalan cepu perak kat alan...


alin : yang, kulit alin nampak lain tak? nampak ok sket kan?
alan : nampak...
alin : lain macam mana?
alan : err...(lama terdiam) nampak berseri
alin : ahahhahaha...nampak sangat tipu, tak ikhlas! (typical women. puji salah, tak puji salah)

aku baru jer pakai mendalah2 nih tak sampai sebulan. we'll see how. oh, one more aku join kawan aku order bb cream from korea by missha. oklaa...pengganti moisturizer n foundation. kiranya kalau ko nak cepat sangat. pakai itu jer sudah. they said it will come to malaysia. dia akan pasarkan kat watson. aku suka bau dia, macam bedak baby. aku beli bb boomer, bb shiny, n bb cream. kalau nak tau lebih lanjut, go to dairimama.blogspot.com



oh, and one more...

insyaAllah will be ours by end of this month. Alhamdulillah