ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, November 29, 2011

dah terdesak, boleh pun buat...

pagi nih rasa berat sangat nak pegi keje. bangun macam biasa tapi bila tengok alan flat demam since last nite. tambahan ariana yang syok golek2 atas katil rasa nak join jer diorang. but, life must go on. plus, cuti tinggal 2 hari untuk next next next checkup. next appointment wajib mintak mc. doktor kedekut taknak bagi pun aku nak mintak jugak. "vontot saya dah sakit kena cucuk nih, mc please......"


last weekend takde apa yang menarik. melaka hujan hari2. cadar n selimut pun asiklaa basah balik. thanks to me yang ketiduran. luka ibu dah sembuh tapi sakit perut plak maybe becoz asyik melantak masak tempoyak walaupun sedar akibat di kemudian hari. anak2 sedara pulak dah ditegah dari datang sebab masing2 masih belum recover from chicken pox. but tersesat pulak seorang yang dah baik tapi masih tergaru2 kopek kudis. isyhhh...buat aku tak senang duduk bila ariana menyendeng2. aku cuma mampu berdoa moga dijauhkan penyakit tuh dari ariana. at least not now. n semalam balik dari melaka, alan pulak demam. tingginya suhu boleh diumpamakan kalau budak yang kena, haruslaa masuk ubat kut vontot. laa nih tengah jaga diri sendiri after wife berkali2 mintak izin nak jaga disuruhnya pegi keje jugak. mungkin dia tau wife dia ada agenda lain.


bila orang kuat pun flat, baru kita sedar yang kita nih kuat sebenarnya walaupun tekak ada lagi sikit2 loya. bila perlu, tekak pun dah tak rasa loya, badan lemah pun jadi kuat. larat pulak mandikan anak yang makin lasak. dukung naik turun tangga, bersilat di dapur, lipat kain walau mata dah kuyu. bukan, bukan nak puji diri cuma aku rasa wanita nih memang ada kuasa saiya tahap ketujuh bila diperlukan. tapi bila ada suami yang gagah, mulalaa mengada2 anak berak pun mintak dicebukkan. hp dibilik pun mintak diambikkan. gedik sungguh, bini sapalaaa tuh.


oh, lupa plak. salam maal hijrah buat semua yang beragama islam yer. kat melaka ayah baca doa akhir tahun, sil-ina baca doa awal tahun. yang lain mengameenkan ajer. moga aku hilang culas dalam mengerjakan solat terutamanya subuh. menjadi contoh yang baik buat anak2 supaya menjadi soleh dan solehah. menjadi anak yang lebih baik buat parents kami dan hamba Allah yang lebih baik. ameen.

Friday, November 25, 2011

apa tajuk aku nak letak nih kalau cerita pun macam rojak?

haa boleh tak tajuk gitu? sajer buat panjang2 diorang kata stylo. yeke? *sambil check balik sapakah gerangan yang berkata begitu*


sejak balik dari cuti iaitu kelmarin (selasa aku gi cucuk montot) aku perasan cam ada something wrong ngan internet nih. bebudak opis nih cakap IT kitorang upgrade ke IE8.0. tapi ape pasal banyak bloglist aku yang takleh bukak haa? kalau dia bukak pun cuma nampak kepala jer. badan, isi, content haprak takde. mulalaa boring nih. nak reply pun takleh. nak reply apa kalau tak tau apa kebenda diorang membebel dalam blog tuh. adoiyai. diorang nih kan. menyesal aku tak blajar cara2 hack server opis masa kat U dulu. laa nih kalau nak apply apa aku blajar pun dah tak relevan. jauh ketinggalan.

tadi baru berkesempatan jumpa kakak opismate kat tingkat 19. last friday husband dia meninggal mengejut due to heart attack. sedih sangat coz aku tau akak n abang nih memang belangkas habis. kemana2 berdua. tiap2 petang slalu nampak husband dia tunggu kat bawah. anak2 4 orang pun kecik2 lagi. yang sulung baru form 2, yang paling kecik 5 tahun. sebak dengar citer dia. tapi aku salute giler coz akak tuh citer tapi tenang jer muka dia. sedangkan aku yang dengar nih jer pun dah meleleh2 airmata. dia kata dia kenalaa strong demi anak2. dan kekuatan dia adalah daripada anak2 dan family jugak. yup, aku setuju.

weekend nih pakcik aku kawin kali kedua. dak, bukan bini 2. dia duda. eloklaa...kalau dah makin tua sok, ada gak orang tolong tengok2 kan. TAPI ex wife dia tak bagi anak2 pegi kenduri pakcik aku nih. kira dendam tak habislaa nih. seeeeee...kan aku dah kata. pasangan divorce neh, anak2 yang akan jadi mangsa. kerat jarilaa kalau korang kata takde. sikit sebanyak mesti diorang akan control anak sebab itu jer kaitan yang ada untuk diorang control ex diorang tuh. aku faham situasi sepupu2 aku tuh. been there, done that. tapi kalau aku, aku pergi jer selepas berhujah ngan mak aku. takyahlaa over sampai ko peluk cium bakal mak tiri, cukupla amik hati bapak dengan menunjukkan muka pada hari bahagia dia. kalau tak diberitahu (macam aku) kira takleh laa nak kecik2 hati. turn kitoranglaa plak nak kecik hati. tapi aku rasa sepupu2 aku nih tak pergi kot. diorang nih ala2 alim stok2 tudung labuh sekolah agama private nun di sinun. so, melawan cakap ibu adalah a BIG NO NO no matter what. aku tak pergi sebab abah aku tak bagitau pun. makcik aku yang bagitau kali nih cuti weekend 3 hari. kesian kat alan eventhough cuti sekolah, dia tak dapat spend time lama2 ngan family dia. so, aku skip jelaa. lagipun abah aku ada sebagai wakil, jadilaa. dengar2 bakal wife dia lagi muda dari aku. pakcik aku dah 53 tapi takde uban n rupa tuh ada. ala2 dato k ngan siti. hehehe. tapi pakcik aku tak kaya. biasa2 jer


tapiii...rasa berat nak balik sebenarnya sebab anak2 buah di sana tengah bergelumang dengan chicken chop. eh, chicken pox. tapi tengok alan duk tanya2 jadi tak? jadi tak? aku balik jugaklaa. mintak2 dengan kuasa Allah kami sekeluarga tak berjangkit. amiin...

ngeeeeeee....*muka happy*

Alhamdulillah...settle...ada sapa2 nak bagi award tak?

Thursday, November 24, 2011

degil tak boleh di ajar

aku tengah tak keruan nih. tanda2 dah ada. doakanlaa aku sukses harini. ni pun dah call alan mintak amik. rasa tak larat sangat. balik nih aku nak tutuh makan semua biar dia keluar habis. lama sangat dah. lebih seminggu wei. kalau ye pun nak lepak, janganlaa lama2...


apa aku merepek nih? dah seminggu lebih nih. kalau korang, 2-3 hari pun mesti tak keruan. buncit toksah katalaa...perut dah serupa mengandung 6 bulan. orang pun tak agak2 nak bagi seat dalam lrt...eh, tak paham lagi ker?


aku tak kira. malam nih akan aku usahakan jugak...aku nak...


*
*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


poo poo!!!!

Monday, November 21, 2011

my cousin's engagement and my whereabouts

hmmm....bosan. seriously takde mood. ada jer event between family members tapi kamera dalam beg remain dalam beg jelaa. last friday finally manage to go for our anniversary dinner at TLG. memula dia kata fully book but then they squeeze us in after i made a sad face. hehe. alan ordered their chicken chop (as usual *yawn*) and lychee drink as i ordered their big ass burger (yes, sila percaya nama dia memang camtuh), take away lasagna and pudding raja desserts bawak gi rumah mak (orang pentamak memang cenggini yer). at last tak dapat rasa both coz my mom dah balun semua. tsk. takpe, next time nak order lagi pudding tuh.




on saturday our putri amn0 had this 2 days event-sort-of-carnival going on at wangsa walk. so, sebagai orang yang sekejap timbul lebih banyak tenggelam aku take role untuk jaga colouring contest from 10.30am-12.30pm. selebihnya aku tak pergi coz alan pun takde, pergi PD sempena family day without family anjuran sekolah dia. ntah hapa2 ntah. itupun aku bawak ariana skali, susahlaa nak bertugas bawak anak kecik nih. (alasan!!!) that nite aku tido rumah mak coz the next morning kitorang nak ke rumah pakndak kat kajang. kazen aku - deana bertunang. zana tido rumah pakndak coz dia mekapkan deana. gambar aku cilok dari fb deana. (pinjam yer)




deana yang pakai baju pink ngan selendang nak taknak. hehehe. lawa tak kazen aku nih. rupa ala2 pan asian sket kan? cakaplaa yer.... parents dia yang pakai hitam tuh. pakndak aku adik mak aku. dalam gambar nih dia nampak biasa jer tapi kalau dia pakai key, jaket kulit ngan spek hitam naik motor virago tuh, cam mat saleh sebijik! dia sorang jer lain sket coz masa pregnantkan dia, opah aku terkejut bukan kepalang (kena elaborate coz opah aku terkejut betul2 sampai mengigil2) bila 1st time tengok doktor mat saleh tinggi besar. maybe ada terkenan sketlaa. itu opah aku yang cakap yer. nama pakndak aku pun lain sket. adik bradik lelaki lain ada "din" kat nama diorang macam taharuddin, amiruddin etc tapi nama dia muhalim. itu aku taktau pasaipa.


balik dari kajang aku hantar mak ngan adik2 then terus balik rumah and sambung tido 3 branak sampai kul 5. terbangun bila dengar alan dok kosek2 basuh beras nak masak nasik. laparlaa tuh. kalau ikutkan aku malas masak tapi kesian pulak kat semua terutama diri sendiri coz makan sikit jer masa kenduri tghri tuh. ariana plak tak makan langsung, susu n kuih apam jer. alan pun makan megi jer tengahri tuh. aku masak simple2 jer- sambal sardin, ayam goreng n goreng sawi n cendawan tiram. itupun aku makan sambil geleng kepala rasa macam sedap sangat. hahaha. orang dah lapar, nasik ngan telur goreng pun lazat. ariana pun makan banyak gak. alan suap separuh, selebihnya dia suap/main sendiri. alan dapat sauk a few things from the family day. dapat hadiah cermin hiasan from the lucky draw and a tea set ala vantage. seb baik ada hasil, kalau tak...nak merajuklaa....

Wednesday, November 16, 2011

5th Anniversary Giveaway

this entry is specially for ayu and khairy sempena anniversary mereka yang ke-5.






1. ucapan ROMANTIS pada ayu dan khairy:






to the most beautiful couple i've ever known. with 2 boys of your own.


your wonderful love for each other are transparently shown.


may it last your lifetime through, until the grey hair grown.






p/s : amacam? ada harapan menang tak? :P

p/s/s : harini pun anniversary aku yang ke-4

Tuesday, November 15, 2011

macam2 ada...

- hari ahad otw balik dari rumah mak, ada keta &%#$ tiba2 keluar simpang n terus masuk lane kanan which aku tengah melaju. force me to break emergency nak elak cium bontot keta low power. ariana jatuh bergolek masuk bawah dashboard. sebbaik dia duduk, kalau berdiri tak pasal tercampak ke cermin. nauzubillah. memang kena honnnnn dan kena makila keta tuh. kalau dah tau keta lambat pikap, sila sedar diri jangan terus masuk lane tanpa tengok side mirror. DODO.

- before that bawak ariana ikut mak gi beli burger. suddenly mak stop tegur kawan dia and show her "this is my cucu". then kawan dia tanya, "eh betul ker? u tak jemput pun kenduri?nikah kat masjid jer ker?" (sangat biadap makcik itu) *bunyi cengkerik* my mom tak attend my wedding - antara kesan yang diterima as a child of divorced parents. lenkali aku nak tolong jawab "saya nikah kat london makcik. kenduri kecik2 jer" ok tak?

- semalam mengamuk ngan ariana dan alan sebab tak tenang nak marathon tonton.com. malam jelaa nak tengok coz alan angkut laptop gi sekolah. then this morning alan siap packkan laptop dalam bag pack bagi aku bawak. yeehooo...*sambil layan ulangan cinta elysa*

- ada kucing yang sangat baik hati tabur baja selonggok depan pintu rumah pagi tadi. balik dari hantar ariana tengok dah bersih. malu kat jiran seblah. dah brapa kali dia cucikan. kengkadang dia siap simenkan lubang2 tuh n siram petrol bagi hilang bau. sangat beruntung dapat jiran camni.

- last nite terlupa masukkan sayur dalam fridge. this morning, karot selamat lagi tapi kacang panjang selamat digigit2. eeuuwwww...masuk tong teruslaa. nanti kau cik T. mementang aku takleh pasang jerat skang.

- hati rasa sedih jer. tekak loya asik nak muntah. perut cramp. camni ker rasa pregnant? seriuosly lupa camna pregnantkan ariana dulu. yang aku ingat, aku kena beli 2 bungkus dinner. satu confirm akan dimuntahkan. satu lagi untuk backup.

- besok anniversary yang ke-4. rasa biasa tapi bersyukur masih panjang jodoh. dinner kat TLG jelaa kot.

- ariana asek mintak tengok video dia dalam hp aku. sampai ngantuk2 aku tekan play. yang dia tau "agi, agi" maam besar nih!

- besok last day submit GA ayu. actually draft dah siap tapi malu nak publish. orang lain semua best2.

Sunday, November 13, 2011

daapp


enjoying her chocolate sampai berlemuih

Saturday, November 12, 2011

the blue musketeers












tak dak ceghita. saja upload gambaq lama. jangan mara haa...

Friday, November 11, 2011

and this is why

ok, ni nak story panjang sket about this. sempena tarikh cantik nak up entry good news laa eh. taktaulaa korang tau ke dak yang previously aku pernah miscarriage 3 kali. aku kena hafal detail nih semua coz EVERYTIME jumpa gynea, kena citer benda sama. mana diorang letak rekod diorang ntah.


1st pregnancy in jun 2008,

UPT +ve
scan tak pernah nampak heartbeat or bentuk kacang dalam sac
at 12weeks heavy bleeding, sempat lagi pergi konvo adik aku
then doc confirm miscarriage, aku ngan alan menangis kat luar klinik
malam tuh merasa contraction yang amat hebat
admit the next morning buat dnc
dapat mc 2 minggu
berurut dengan neknak kat kampung (ok, yang ni aku jer yang panggil dia gitu coz nenek tuh menyeramkan, but no choice)
ibu ayah gi umrah
pantang sendiri kat kg coz masa tuh mak aku still marah kat aku so(sila isi tempat kosong)

2nd pregnancy in dec 2008,

UPT +ve
petang tuh ada mild bleeding
then terus mintak mc 2 hari balik kampung coz dulu masa 1st time tuh neknak kata pregnant jer gi jumpa dia. dia akan jaga, urut kasi naik la apela.
dia suruh minum air kelapa banyak2. aku yang tongong ikutkan jelaa.
the 4th day keluar seketul macam hati ayam. pegi scan sac dah habis keluar
no need dnc
besok terus gi keje coz mc dah habis
pikir balik, awal pregnancy mana bleh balun air kelapa. sah, neknak! nanti aku citer

3rd pregnancy in may 2009

UPT +ve terus gi gynea
no more bidan kampung
6 weeks dah ada heartbeat
so doc terus inject kuatkan womb
injection every 2 weeks until 16 weeks
habih kebas vontot
bil skali jumpa tak pernah under rm200
c-sec at 38 weeks++ due to breech
welcome ariana sofia 20.01.2010
hantaran nanti mummy letak rm20,120.10 boleyh?hehe

4th pregnancy in april 2011

UPT +ve
terus jumpa gynea but no heartbeat yet, as the doc says
after 2 weeks, still no heartbeat and the size is only 1 week bigger
after another 2 weeks, still no heartbeat and the size is getting smaller
after another 2 weeks, doc confirm miscarriage, it didn't form into fetus
dnc again
mc 10 days

so, last 2 weeks when i found out that my UPT is +ve, taknakla excited sangat. bukannya tak mahu sebab memang kitorang tengah berusaha untuk dapatkan baby. in fact i've been consuming folic acid for the past 2 months. tapi takut frust di kemudian hari. so, pergi ke gynea. katanya tak nampak apa2 lagi. probably too early to see. thats y i need ur pray the other day. doc pun cakap takkan start the injection unless he sees the heartbeat. yang tak best bila doc cakap kalau selalu dnc rahim akan jadi lembut and risiko miscarriage lebih tinggi. and breeach baby means bentuk rahim kita yang membuatkan baby comfortable duk gitu. and probably next next pregnancy pun breech jugak.

Alhamdulillah, semalam we could see a tiny blip on the scan. and dengan rela hati aku tadah vontot untuk dicucuk walau tangan alan kejung aku genggam. takpela, anything for my baby. after c-ser, dnc, amik darah berkali2 dalam sehari, setakat injection tuh apalaa sangat. perasaan ngeri je lebih. so, lepas nih aku kena jaga diri, jaga makan, takleh lasak, kurangkan dukung ariana(doktor suruh jangan tapi susahlaa), jimat cermat coz one expensive baby is coming. bukan boleh claim ofis bab2 obgyn nih. sesen pun takleh. mintak2 murah rezeki naik gaji banyak sket bulan 3 nanti. so there goes my secret. all reveal. semoga dengan bekal doa2 korang baby nih selamat delivery that is in june next year. insyaAllah.

oh, lupa lak. pasal neknak tuh. dia bidan kampung. actually dia urut pun taklaa kuat sangat. rasa macam gosok2 jer. takde plak macam yang orang kata ada bunyi prak bila naikkan peranakan. tapi masa 2nd miscarriage tuh, macam biasa masuk bilik aku baring kat lantai tepi katil. yang alan menonong masuk dudukla kat hujung katil tuh. suddenly nenek tuh marah "sapa suruh duduk atas katil?" sambil pandang2 atas katil tuh macam ada somebody kat situ. kitorang cuak gakla sebab muka dia memang berubah. tapi kejap jelaa. pastu dah ok balik. pastu dia kata "eh, takpela. dudukla" ko nak duduk lagi ker? memang lepas2 tuh tak pergi dah berurut dengan dia. tuh jer. taklaa seseram mana. hehehe

Thursday, November 10, 2011

aku pun nak citer gaklaa *yawn*

baru aku perasan sana sini aku baca orang still dalam mood raya haji. yang aku nih macam tak heran jer ngan raya haji. ok, memang aku tak celebrate sangat. rasanya yang meriah tuh bagi yang membuat korban ataupun kat pantai timur. sana memang raya haji lagi meriah kan? this year raya haji kat rumah mertua. coz kitorang memang takkan apply cuti lebih. kalau kebetulan jatuh pada midweek, memang kat kl jelaa. kalau jatuh pada weekend, balik melaka. tak rotate pun no hal sebab dua2 family pun tak brapa sambut sangat. setakat masak2 ala2 raya, makan, tengok tv, tido.


kali nih sil-ina amik alih tugas ibu kat dapur sebab luka ibu tak sembuh lagi. masa aku sampai melaka on saturday tuh pun ibu kat hospital cuci luka yg bernanah balik. isyh...ina kata ibu tak pantang makan. lauk dia ada tapi still nak cekoh2 lauk lain. sudahnya ibu makan nasi impit ngan haruan bakar jelaa raya harituh. sian lak tengok dia. aku offer makan rendang sket tapi katanya serik nak "merasa" lagi. tunggu dah betul2 baik baru makan puas2.


tapi tak sangka pulak ina nih pandai gak masak. kak rin buat sambal udang. aku tolong masak lauk anak aku jer. hehehe. akhirnya raya kali nih aku dapat rasa makanan feveret aku-lodeh. sedap pulak tuh. rendang aku tak heran sangat. tapi tulaa. lauk feveret pun tak berselera jer tekak nih. aku makan betul2 skali jer sehari or bila dah betul2 kebulur. lainnya aku kudap2 meratah2 jer. pembawakan budak agaknya. eh *amik selendang tutup muka*


tengahari tuh baby baru datang. ameen eidruce el muhammady. mak oih, panjang bonar namo eh. camano ekau nak pikso nanti. habih tulih namo, maso pun habih. mak bapak cikgu, patut tau camane siksa menulis nama anak2 murid skang dalam buku rekod (aku tau sebab aku slalu tolong alan tulis) naik juling ok especially yang nak eja lain pada lain. kalau dipendekkan boleh jer letak muhammad amin idrus. eh, panjang gaklaa. baby ameen tido jer. malam sebelum tuh sempatla kitorang ke jusco carik hadiah dia. bertangguh dari harituh. baby ameen tecik jer. 2.4. masa datang tuh pun umur dia dah dekat 3 minggu tapi still sama. alahai, rasa macam nak terlucut plak. ariana suka duk cium2 kepala ameen. ada gak dia balun skali dengan softtoy dia. sshhhh...tapi ameen tido nyenyak tak kisah pun. good boy. jangan bagitau mak tau.


aku pakaikan ariana baju kurung purple dia masa raya puasa dulu, aku pakai dress labuh warna coklat-maroon, alan pakai baju melayu jubah baby blue. tema caca merba. jadilaa. itupun by noon dah tukar tshirt ngan tracksuit. tapi unlike previous years, tahun nih ramai pulak tetamu. selalunya kitorang jer. makcik2 pun tak datang. maybe sebab diorang nak melawat ibu skali harung ngan raya. rendang ayam pencen 5 ekor licin. tak dapat nak tapau bawak balik. tapi dapat bawak balik daging salai masak lemak. nyam. balik kl isnin tuh pun Alhamdulillah tak jem.


besoknya...besoknyer aku citer kat entry lainlaa eh.


p/s : gambar ada tapi tak best so aku malas nak letak.

Wednesday, November 9, 2011

rasa macam separuh jiwa hilang

harini baru datang ofis. semalam aku mc. itu nanti aku citer. lagipun memang aku hutang 1 citer ngan korang kan. harini tak larat sangat. dalam lrt lagi dah rasa nak pitams. tapi gagah jugak gi ofis. lagi syiok sebab rupanya big boss pun cuti. leh aku tido kalau tak larat sangat. skali ada bad news daa. tonton.com no more. IT dept aku dah block! %&*%(& tul. aku baru ingat nak marathon soffiya 2 episod akhir, tihany, cinta elysa ngan melodi. PENDENGKI sungguh tau.


tepi aku nih ada bilik server/maintenance. every day akan ada orang admin/IT/building management/ntah sapa2 masuk sini. skali adalaa patlima kali. kengkadang berpuluh kali. menyampah aku. apsallaa diorang tak buat bilik server kat tempat lain. nih nak kena masuk dept kitorang then buat bising kat sini. banyak kali gaklaa aku sajer berdecit2, cakap "sibuk" biar diorang tau kitorang tak suka. pernah skali tuh sorang tuh siap bertenggek kat blakang aku nih. memang nak mintak kena soundlaa kan. pastu suka2 nak pinjam telefonlaa apalaa.


agaknya masa2 tulaa diorang ternampak maka sifat dengki dan busuk hati meluap2 sebab diorang banyak keje kot or diorang takde internet or maybe diorang takde pc pun. bukan aku abaikan keje aku pun. keje aku beres ok. ko nak aku melanguk tengok apa kat skrin nih? dah laa system cam hampas. sudahnya aku layan blog jelaa. aku rasa diorang takleh block blog sebab ada banyak url kan. aku leh jer layan tonton kat rumah. hahaha. padan muka.

not so Wordless Wednesday : she and her sunnies


suka pakai sunglasses macam mummy dia.




orang lain punya pun belasah gak. kat blakang tulaa nanny dia aka makcu aku.




mummy punya pun boleh



babah bought her this crab sunglasses




that can open its claw




and close. cute huh?



Friday, November 4, 2011

i'm in love

the other day i read thepinkstilettos' review about this beauty here. so, i went to guardian to have a look. wallah. it is love at first try. its very easy to apply, u dun have to dip into the ink like some other liquid eyeliner to reapply, therefore no shaky-hands-coz-the-ink-is-out so the line is not crooked. and the best part is its very easy to clean. usually i would have the raccoon eye after the 1st wash then i will have to clean again with baby oil/makeup remover. this one, guna air pun boleh. no more smudge. see, model tuh siap lukis corak lagi. cantik kan?












u see, i like to wear eye makeup. wearing eye makeup makes my face look fresh if not prettier :P takde lipstik, blusher, no problemo but takde mascara boleh buat hilang mood nak datang ofis. my most basic makeup is tinted moisturizer+baby powder+mascara. thats it. and if i want more, i'll apply eyeliner. usually pencil eyeliner coz its easier to control. thats what i think back then. now, i have found my new love.






penyakit lama

hujan lebat pagi nih. bagi yang duk kl, memang aku takyah bagitaula. ni untuk info yang kat melaka nun. morning ina! rasa malas nak pergi keje berganda2 kuasa lapanbelas. sapa yang rasa seronok nak gi keje? angkat tangan!!! tengok ariana tidor peluk "bal" cam best jer. senang jadi baby kan? makan bila lapar, tido bila ngantuk, main puas2, menjerit bila nak something. takyah pikir apa2. no responsibility, no pressure.


aku perasan penyakit malas berganda nih memang penyakit tahunan aku. penyakit nih akan mula dari bulan november sampai ke hujung tahun. punca2 penyakit:

cuti yang tinggal sikit

alan bakal enjoy cuti sekolah selama sebulan setengah

hujan (hujan memang lebih kerap at the end of the year kan?)

mengada2 melampau.

tengok orang semua plan holiday jauh2.


member2 opis dah jeling2 semacam dah. camna nak buat eh? penyakit dah dikesan ubat nyer pulak tak jumpa. hmmmpppfff.


entry2 sebelum nih auto publish. tu pasal hari2 ada jer. orang kalau skali skala dapat upload gambar memang macam tuh. pentamak entry. tu yang meriah sket. kalau tak boring takde gambar. pasnih pun ada few aku dah auto publish sampai balik cuti raya. ntah apa laa motif aku membebel harini. penutup pun ntah hapa2. tak mood sungguh!


bal=panggilan ariana untuk bantal buxuk dia


Funny Friday : takut tapi nak tengok jugak

she can pronounce takoottt very clearly. tapi tulaa...semua benda pun nak takut.


Thursday, November 3, 2011

apa ada atas meja kerja "housewife"

cute and adorable stuff, customized calendar *miss our bf moments*, a mug of cold black coffee

sedikit kertas untuk pura2 conteng and tonton.com in small screen size...teheeeeheee :P

Wednesday, November 2, 2011

its not a wardrobe malfunction, its a disaster!!!

dem. baru ingat nak ceria2 pagi tadi dengan baju cerah. skali ada staf department lain tegur "laaa, ingatkan aunty tadi" baru aku cam dang!!!! huwaa!!!! apsal aku leh lupa kaler uniform pantry maid opis nih!!!!!

cer korang tengok, sama ker?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

muka aunty dikaburkan demi menjaga privasi


vs




muka "aunty" mengadu domba pada alan sambil paksa alan amikkan gambar


Tuesday, November 1, 2011

tak join kang, rugi plak

oh ayu, kenapa? why? why?!!


kawan aku buat GA sempena anniversary diorang yang ke-5. wow. dahlaa tarikh sama ngan anniversary aku. agak2 boleh dapat hadiah utama terus kot. hehehe. sapa2 lagi nak join leh terus gi sini. terms and conditions semua ada kat sana. knowing her, dia memang seorang yang lemah lembut sesuaila dengan cara contest dia. aku nih nak jawab soalan tuh ok lagi, tapi kan tapi kan nak bagi ucapan tuh yang susah sket. aku nih bukanla jiwang pun. romantik ada, tapi bukan jiwang. nak bermadah2 nih tak reti. eh, bukan jiwang patut ditunjuk pada pasangan kita jer ker? isyh...naik bulu roma aih nak pikir2 ayat nih. nantilaa...akan kufikirkan. ada masa lagi nih. sabar ye ayu. tungguuuuuuuuu....