ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label tokcik. Show all posts
Showing posts with label tokcik. Show all posts

Wednesday, June 13, 2018

dan tokcik pun pergi menghadap Penciptanya


Assalamualaikum :(

Tokcik dah takde. Dia pergi dalam bulan yang mulia pada hari Khamis minggu lepas. 7 June bersamaan 22 Ramadhan pada pukul 4.55am di Hospital Selayang selepas jantung dia berhenti buat kali ke 4. sebelum tu since rabu dia lemah, masa call ambulance dia masih sedar.. masa paramedik check all her vital signs dia pengsan, jantung stop, they do CPR and intubate but blood gushing out from the tube. since then 3 kali jantung berhenti. sekali di hospital. and selepas kali yang ke 3, doctor said that oxigen tak sampai ke otak due to her heart stops several times. the attached her to a life support machine to pump blood but doctor already told us to be prepared. they wont do any CPR if her heart stops again. they said it will only hurt her.

lebih kurang macam arwah tokyong dulu cuma arwah tokyong jantung stop due to overdose potassium lepas operation buang lump pada breast.. that morning macam mamai2 when my husband wake me up and inform me about her passing. sebab i planned utk tukar giliran jaga dia di hospital pagi tuh. so lepas tuh kami hantar anak2 ke pengasuh. ariana ikut pergi ke jabatan forensik. Alhamdulillah dapat sama2 dengan makcik2 and my cousins mandikan arwah. dari hospital terus ke masjid untuk disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah onyang, tokyong, tokwan dan ayahlong. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

ada yang tanya siapa tokcik. to some maybe tokcik nih sekadar seorang tua yang tidak kahwin dan tiada anak yang pernah menjaga diorang. to me she is more than that.. dia ada ketika my parents takde.. dia mencukupkan ketika my parents tak cukup.. dia ambil tahu ketika my parents tak ambil kisah.. i care for my parents but tokcik have a special place dear to my heart.. her monthly allowance from me tak cukup pun rasanya dengan jasa dia menjaga kami siang dan malam.. pindah randah kerana kami sebab ada yang dengki.. tak suka tokcik dan onyang jaga kami.. tokcikla yang berhabis duit untuk segala keperluan selain pakaian sekolah dan pakaian raya.. 

hari jadi kami tokcik sambut sekadarnya dengan beli KFC.. onyang akan suruh makan ayam KFC dengan nasi supaya tak meratah lauk yang cuma beberapa ketul.. duit belanja sekolah pun ehsan tokcik.. darjah 1 dpt 20sen.. onyang kata buat apa makan beria2 kat sekolah, dah sarapan di rumah, balik sekolah nak makan nasi.. makan banyak otak benak.. darjah 2 hingga 4 naik 40sen.. waktu rehat 20 min terasa panjang bila kau takde apa sangat nak dikunyahkan.. jadi aku selalu beli cekodok sebab dapat 4 ketul yang boleh dikunyah perlahan2 sebijik demi sebijik to kill time.. amik upah pegi kantin belikan makanan kwn2 sebab tempat melepak jauh kat hujung padang..

banyak kali kami demam..call2 abah dia kata nanti..tokcik dan onyanglaa jaga lap2 badan, demah kepala dengan air asam jawa, bg makan panadol dewasa dipatah dua dicairkan..pahitnya Tuhan ajer yang tahu.. orang kata kalau belum ajal, sakit pun masih hidup.. dengan tokciklaa naik bas pegi klinik panel ofis abah di Jalan Ipoh..tapi kad panel tak jumpa..tokcik menangis merayu pada doktor utk claim under panel sebab dia takde duit.. dah terdesak sebab kami pengsan2 di sekolah.. panadol sahaja tak mencukupi.. bila teringat macam tuh, luka lama terasa kembali..its not that i didnt forgive those yang aniaya kami samada sedar atau tak tapi i will never forget no matter how many times they say sorry.. dengan onyang aku dan zana langsung tak berkesempatan nak menabur budi, membalas jasa..sebab masa tuh aku baru praktikal tanpa elaun..

dengan tokcik, Alhamdulillah walau tak banyak, aku sedaya boleh cuba penuhi permintaan dia.. permintaan yang tak seberapa pun.. yang sentiasa diminta halal padahal memang hak dia pun..tak perlu mintak halal dengan aku.. dan aku bertuah dan bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami my family background..sebagaimana aku menghormati dan menyantuni tokcik, begitu juga dia.. sentiasa beri ruang untuk aku membalas jasa tokciik, mengisi masa2 kosong tokcik, berulang alik ke rumah tokcik, ke hospital, ke mana2 yang dirasakan perlu.. 

and now nak raya, masakan tokcik yang tiada tandingan di mana2 coz i grew up eating her cooking; will be missed.. masakan yang cukup masam manis masinnya.. yang pekat rasa lemaknya.. di hari raya yang paling dinanti2 masak lodeh tokcik.. wancu sempat belajar, aku pun sempat buat sendiri sekali tapi takkan pernah sama dengan yang asli.. sedekahkan alfatihah buat tokcik.. dia takde anak yang soleh yang dapat mendoakannya, dia bukan orang yang kaya untuk bersedekah selalu.. pahalanya mungkin daripada ilmu2 yang dia ajarkan pada kami2 yang dijaganya.. dan dia amat menjaga silaturrahim sesama saudara.. tak pernah berhutang menyusahkan sesiapa.. malah orang lain lah yang berhutang dengan dia.. semoga tokcik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. inshaaAllah kita jumpa di syurga Allah.. :(



Thursday, May 31, 2018

tokcik hospitalize :(


Assalamualaikum :)

This thing happen few months ago but i wanna have a record of this.. this is the first time tokcik admitted into a hospital.. tokcik never missed her doctor appointments at KK Keramat branch although she stay at Antara Gapi (near Ulu Yam).. my uncle from selayang would fetch her and they went for checkups and then my uncle would send her back.. tokcik never been married and currently my youngest aunty and her family stay with her.. lega sikit sekurang2 nya ada orang boleh tengok2 kan.. masa duduk seorang tokcik pernah jatuh longkang tepi dapur masa nak bg kucing makan dan terbaring dalam longkang kecik for half hour sebelum dia gagahkan diri bangun dan amik hp to call her neighbour.. jerit pun orang kiri kanan takde kat rumah bekerja..

lepas tuh her brother yang stay kat KL rush her to hospital, and after that for 3 months duduk rumah sedara mara termasuk rumah i for a months.. balik ke rumah sendiri ada makhluk pulak duk kacau2..yelaa, rumah lama tinggal kan..lepas settle dengan ustaz semua, Alhamdulillah dah takde gangguan.. 

anyway, berbalik pada peristiwa yang ini, tak tau mana silapnya that morning lepas subuh tokcik macam pitam..siap terkencing kat tilam..bila sedar badan rasa lemah, my aunty syak dia hypo (blood sugar level low) so bg dia hisap gula2, lepas tu macam dah ok, bangun bersihkan diri, makan, duduk dapur tolong my aunty masak..lepas zohor dia pitam balik..kali nih my aunty yg jenguk tgk dia terbaring lain macam jer..nak bg air gula dia dah tak sedar, takut tersedak or tercekik..so panggil ambulans.. rupanya sugar dia 0.8 jer..sangat2 low padahal lunch dah makan..initially nak hantar ke Hospital Selayang tapi masa dalam ambulans masuk drip glucose tokcik pun dah sedar so they sent her to Hospital Kuala Kubu Baru sebab kes tak serius..

Hospital KKB tuh agak jauh jugak dari KL..sejam lebih jugaklaa nak sampai so takde siapa dapat teman tokcik kat hospital.. my aunty pun ada anak2 kecik kat rumah nak siapkan pegi sekolah n all..10 hari jugak tokcik dalam wad..paling kesian dia tak selesa pakai cateter (tiub kencing) i totally understand coz i've been through that 3 kali masa nak bersalin dulu..n sebab dia sakit lutut, dia susah nak jalan ke toilet sendiri..kena ada bantuan..so, nurse tak boleh bukak cateter tuh unless ada penjaga..kami semua (anak2 sedara dan cucu2 sedara) try to visit whenever we can..suka jugak pegi hospital tu sebab tenang jer..xde problem parking, bangunan semua setingkat jer, takde penat nak menapak naik tangga..mmg bangunan style lama..nurse pun baik2 cuma sebab jarak tulaa..ralat xdpt nak melawat selalu..dapat pegi on weekend and sehari masa weekday jer.. ceria sikit muka tokcik bila ada yang melawat, kalau tak moyok jer..


tuh kat belakang tokcik tuh macam2 kitorang tinggalkan jajan..daripada gula dia 0.8, amekkaw..terus tinggi..tokcik penggemar kopi O..aku bg yang sachet 2 in 1 dah siap gula, dia pegi tambah lg gula..adoi..tokcik aku nih mmg kuat manis..kuat garam n pedas..dia kata kalau semua kuat takpe, balance..hahaha..adoi..nilaa orang yg support aku dan zana financially dari tadika sampai habis spm..duit belanja sekolah dia yang bg, sewa rumah dia bayar seorang, apa2 emergency yang perlukan duit macam seluar sekolah koyak ker, alatulis tak cukup ker dialaa yang belikan..walaupun takde kereta, dia sanggup naik turun bas pegi carik..

setiap kali birthday kitorang dia akan beli KFC..kira special sikitlaa makan on that day..kalau tak home made food jer..never buy lauk dulu..lebih jimat dan sihat kan..selalu onyang akan prepare bahan, tunggu tokcik balik keje baru masak..kalau lambat, lambatlaa makan..tapi semua yg tokcik masak sedap2 tau..cukup semua rasa..masa kecik2 kitorg tak brape suka tokcik sebab dia garang..plus dia boleh tahan laser jugak..biasalaa budak2 lagi kan..hahaha..tapi apa keperluan kitorang yang asas dia sediakan..tempat tinggal, makan minum..walaupun dia kurang pamer kasih sayang..eh, arwah onyang aku pun samalaa..takdelaa peluk cium, puji2, kata2 manis masa jaga kitorang tapi didikan agama semua cukup..kitorang tak pegi sekolah agama sebab banyak pulak belanja kan..so onyang hantar pegi mengaji and akan "paksa" kitorang tengok forum perdana ehwal islam setiap malam jumaat..petang2 dia bukak ceramah agama..onyanglaa yang ajar solat, sabar melayan kitorang berpuasa..aku nih anak baru sorang yang berpuasa dah takleh sabar..sabar ajar kitorang keje2 rumah..rindu ngan onyang..nanti nak buat post macamana kitorang puasa dululaa..for my children to read macamana mommy dia puasa dulu..



a week after that ada follow up check up pastu kena tahan lagi 4 hari..lepas tuh doctor decide dia dah kena start insulin injection to control her blood sugar level..now tokcik dah balik rumah dia..me and my aunty have experienced macamana nak inject insulin masa jaga arwah tokyong dulu..itu masa aku dah start keje duduk ngan arwah atok n nenek (kitorang panggil tokyong).. duduk ngan orang2 tua memang kena banyak sabar..i think its easier untuk bersabar dengan orang tua sebab secara tak langsung kita memang hormat diorang..tapi nak bersabar dengan anak2 nih macam susah sikit sebab kita lebih tua, kita rasa kita entitle untuk marah diorang..im at guilt for being garang dengan anak2..still learning and selalu berdoa diberi kesabaran yang tak bertepi dalam handling my kids.. 


doakan tokcik kita : ya Allah permudahkan urusan2 nya di dunia dan di akhirat..kurangkan kesakitannya..berikan dia syifa'Mu agar dapat menjalani ibadahnya dengan lebih baik..murahkan rezekinya..panjangkan usianya.. besar jasa dia bukan pada aku dan adik jer tapi pada ramai pakcik makcik dan sepupu aku yang dia pernah jaga..sayang tokcik!!



Wednesday, March 18, 2015

cuti 4 hari buat apa? ada unsur2 mistik di sini...huuuu


[updated : with pictures]

 
Assalamualaikum :)

hari nih baru start keje after 4 days leave...sajer amik cuti kebetulan ada checkup semalam, terus apply for monday as well...tapi kami tak kemana pun...3 days spent at rumah tokcik then yesterday lepak rumah jer...mengemas pun tidak...badan xlarat, rasa nak baring jer...makin menjadi2 penyakit malas nih...ikutkan sangat...lagi2 bila cikgu adalah sangat gems tolong handle rumah, tak komplen rumah sepah...hahaha...lagilaa mengerikut baring sebelah anak...

pegi teman tokcik kat rumah dia bersebab...tokcik dah dekat 2 bulan tak balik sebab ada insiden misteriiiii...since then dia taknak balik selagi tak berubatkan rumah tuh...after cikgu bawak ustaz "tengokkan" rumah 3 weeks ago, cuti sekolah nilaa baru berkesempatan nak balik, kemas apa2 yang patut dan teman tokcik lama sikit...dia kan duk sorang...on saturday pakcik aku hantar tokcik dalam pukul 1pm camtuh and lepak sampai lepas isyak...as for us memang dah plan nak tido situ for 2 nights...

tokcik citer, benda2 terjadi mostly lepas maghrib...ada few nights dia dengar bunyi benda berlari atas bumbung...memula ingat musang ke apa...dia pun duk tepuk2 tangan shooh shooh...nak halaulaa...skali bunyi tuh senyap pastu dengar bunyi macam orang kencing air menitik atas bumbung...tetiba meremang bulu roma tokcik...ada lagi skali tuh dia dengar bunyi macam bola pingpong melantun kat lantai dapur...bila carik takde pulak...ada skali tuh dia nampak kucing putih lari ke dapur...tokcik pun nak kejarlaa halau keluar...sampai dapur kucing tuh hilang...

ok, yang nih agak menakutkan...tokcik dah tido masa tuh...dia tido dalam bilik...tetiba dia dengar bunyi bising macam orang buat keje kat luar bilik...tokcik dah duduk tegak kat katil...dia fikir kalaulaa perompak masuk, memang habislaa dia...pastu ada orang ketuk pintu, 2 kali...tapi tak dengar suara ke apa...tak pulak dia pulas tombol pintu tuh...tetiba bulu roma meremang tokcik meremang lagi...duduklaa tokcik atas katil sampai subuh...bila keluar bilik, takde apa pun kat luar...pernah gak tokcik tengah tido, tetiba dia terjaga sebab rasa macam ada orang...skali betul...dia nampak ada orang berdiri kat kepala dia...tapi tokcik cakap masa tuh dia takde pulak rasa seram ke takut ker...dia pandang orang tuh muka masam jer...perlahan2 orang tuh bergerak dan hilang di sebalik dinding...adoi...aku yang dengar pulak takut...ada 1 malam tuh tokcik dah siap2 nak tido awal, tetiba makcik aku call kata dia ada kat luar rumah...tokcik pun citerlaa kat dia, malam tu jugak terus ikut makcik aku balik klang...

bila cikgu bawak ustaz gi tengokkan rumah tuh, ustaz kata gangguan tuh tak besar...mungkin "dia" cuma lalu dan singgah jer...almaklum, rumah tokcik memang selalu kena tinggal berbulan2...ustaz pagarkan dengan doa dan garam kasar+lada hitam sambil sorang lagi ustaz azan tak putus depan pintu rumah...dia pesan, jangan ada bilik yang gelap gelita...atleast biarlaa ada cahaya bulan, cahaya lampu jalan masuk...kalau takde, pasanglaa 1 lampu kalau nak tinggalkan rumah...barang2 lama yang tak pakai, elokla dibuang atau disedekahkan kat orang...mungkin ada baju2 lama warna merah/kuning yang tak digunakan atau kain yg ada kesan darah..."dia" suka benda2 gitu...bilik kena make sure kemas dan gilir2 guna...untuk solat pun takpe...kat luar rumah pun kena kemas...jangan sampai daun2 pokok cecah rumah..."dia" suka dengan pokok mangga dan pokok pisang...kasi trim, kasi kemas laman...

garam+lada hitam tuh ustaz suruh biarkan sekurang2nya 3 hari...lepas 3 hari bolehla kemas takut garam cair lagi susah nak bersihkan...tapi kitorang hanya dapat balik pun dah dekat 3 minggu...Alhamdulillah, garam tak cair...sapu jer...mop nanti tunggu orang upah datang bersihkan dalam rumah sekaligus...me and cikgu banyak mengemas kat luar rumah...panggil orang potong rumput pastu kitorang kemas pokok2 yang menjalar2 tuh...cikgu siap beli gergaji pokok trim sana sini...bebudak pun sama excited tolong tarik dahan2 kumpul setempat...sapu daun2 yang menimbun kat tepi2 pagar...2 malam kitorang tido sana Alhamdulillah takde apa berlaku...bebudak pun ok jer nyenyak sampai ke pagi...walaupun tak ramai yang turun padang, Alhamdulillah dapat gak setelkan rumah tokcik...bersyukur dapat suami yang memahami...memandang kudrat dia yang banyak guna...aku setakat sapu sikit2 bolehlaa...tak larat pun nak buat lelebih...




laman luar dah kemas :)

 
kitorang gerak balik ke rumah hari isnin lepas zohor...on d way balik 2 kali berhenti tepi jalan aku muntah2...ntah apsal ntah...3 hari kat rumah tokcik elok jer...pastu startlaa lembik...sampai ke malam terbaring jer...bangun sikit terhuyung hayang kepala...minum air kosong pun muntah balik...sudahnyer aku tido jer...bsok pepagi bangun rasa ok sikit...prepare simple breakfast then kemas2 sikit before we head to the clinic...nak bawak ariana skali coz dia mengadu sakit tekak...bila suluh, tuuu diaa...banyak ulser kat tekak...sian dia...mesti sakit tuh nak telan ailio...aku yang ada 2 bawah lidah pun rasa sakit...dr prescribe her antibiotic and lozenges and as for me, my dr cudnt make it laa pulak...so his assistant cuma bagi extra ubat for d next few days...memula fikir sayangnyer cuti...pastu bila tengok anak2 seronok bila both parents ada kat rumah terus rasa macam nak cuti for d whole week...boleh? this morning ariana duk tanya kenapa kena pegi rumah mama, kenapa we cannot stay at home...alahai...takpe, babah's extra class will only be halfday, by 3pm babah dah boleh bawak korang balik k... 

Friday, December 12, 2014

routine for the past 1 month


Assalamualaikum :)

dah lebih sebulan tokcik duk ngan kitorang...and selama tu rasa best jer...hopefully seisi rumah rasa macam tuh...kelmarin tokcik ada routine medical check up kat klinik gomen AU2 Keramat...and she requested to be sent home this weekend...pujuk jugak dia to stay with us longer but she misses her home...yelaa, no matter how sunyi pun mesti lebih selesa duduk di rumah sendiri kan...

selama tokcik ada, memang aku masak almost everyday except selasa dan khamis sebab ada pasar malam...usually tokcik akan puasa sunat isnin and khamis...kalau hari isnin, aku akan beli apa2 buat tokcik jamah2 masa buka puasa sebelum makan nasi...kadang beli kepak ayam bakar tuh...kadang kek or kuih muih...sampai jer rumah aku terus masuk dapur masaklaa 1-2 jenis lauk...lepas masak barulaa solat dan suap anak2 makan...tokcik tu selagi aku xmakan, dia taknak makan...takde kawan takde selera katanya...kesian tokcik kadang tunggu lama sebab tau jelaa suap bebudak picky eater nih, berejam...duk kejar2 kadang dapatlaa 4-5 suap untuk yana...itupun bersyarat2...mikhail tuh bertuah sangat kalau dapat suapan kedua...isyh...

kalau ikutkan nak mandilaa lepas tuh tapi takut lama tokcik tunggu kita makanlaa dulu...pastu dah basuh pinggan, kemas2 meja, dapur dah pukul 10pm...takkan lepas makan terus mandi kan...bertambah boncit kang...so lepaklaa jap...selalunya time nih laa citer kat tv best2 pulak...dalam pada tuh memacamlaa request bebudak nih...nak susulaa, coklatla...sambil tengok tv, sambil lipat kain...itupun kalau takde yang mengacau...mikhail bukan boleh tengok mummy dia bersila, laju jer berpangku mintak gayut...bukan lapar ke apa, saja nak lepas gian...lepas2 tulaa baru aku pegi mandi...selalu sangat mandi malam nih, badan pun sengal2...kalau dapat urut 1 badan best sangat nih tapi ntah bila nak selit masa ada jer hal...

lauk yang aku masak selalunyer berlebih untuk lunch keesokan hari...sebab taknak tokcik susah2 masak, itupun dia kadang tolong lipat kain...dia kata duk ngan aku makin gemuk dia...asek makan jer...huhuhu...baguslaa selalu makan, daripada takde apa nak makan...cikgu pun memang jenis yang suka membeli jajan, ada jer kudapan kat rumah tuh...aku jerla yang berangin tengok makanan banyak sangat berikat sana sini sebab tak habis...tinggal sikiiiit jer pun taklehnak habiskan...lama2 masuk angin dah tak sedap...buang...isyh...tak suka betul membazir makanan...

kalau membeli kat pasar malam, selalunyer tokcik pesan nak makanan yang bukan nasi...belikanlaa charkueteow ker, laksam, soto, bihun sup, pecal, kuih muih, buah, apa2 jelaa yang dia teringin...hari2 aku tanya nak makan apa sebab kadang dia cakap bila dia sensorang kat rumah, dia teringin nak makan itu ini tapi takde tempat nak carik...dia bukan tau drive...takkan tiap kali nak mintak jiran belikan...beli barang dapur pun harap lori lalu...mahal and barang2 tak bagus pulak tuh...mentang2 laa tokcik takde pilihan lain...harituh dia ada sebut lama x makan putu mayam...manalaa nak carik kan sebab selalunya putu mayam nih orang jual naik motor...agaknya memang rezeki tokcik harituh...masa balik keje betul2 depan entrance kondo ada motor putu mayam lalu...sempat cikgu hon panggil dia pastu aku berlari keluar keta...marah keta2 kat belakang sebab kena tunggu...hehehe...sorry...senyum2 tokcik makan...dia kata dah bertahun tak makan since arwah onyang meninggal...thats 12 years ago tau...

nih nak balik pun hari2 aku tanya apa lagi nak makan...apa nak beli bawak balik rumah dia, ada apa2 ke yang nak dibaiki kat sana...mesti korang heran kan apsal aku layan tokcik lebih dari mak sendiri...well, tokciklaa yang menanggung dan menyara aku dan zana masa kecik...dari aku tadika, zana 4 tahun sampai kitorang habis sekolah menengah...memang mak yang melahirkan tapi aku rasa dia lagi faham kami adik beradik dari orang lain...moga dia juga di angkat darjatnya seperti seorang ibu walaupun dia tak ada anak...sungguhpun gitu, aku tak pernah lupa tanggungjawab kat mak and abah aku...rumah tak brape jauh pun...kalau ada kesempatan mmg selalu pegi rumah mak...mak aku masih kuat, masih mampu mencari apa yang terhajat di hati...mak lebih berdikari...kalau tanya nak apa pun dia kata tak payah, aku taknak...kalau buat surprise belikan apa2 or bawak gi makan special pun dia tak suka...hmmm...takes some time jugak nak faham mak...banyak benda nak mintak dengan Allah...especially dalam hubungan aku dengan mak...aku selalu doa mintak Allah murahkan rezeki aku, berikan kesihtan yang baik bukan untuk diri sendiri tapi untuk menggembirakan orang2 tersayang...memang duit bukan segala2 tapi segala2 perlukan duit...dengan kesihatan yang baik jugak boleh entertain and layan diorang nak kemana2...

panjang pulak membebel padahal nak citer pasal masak hari2 jer...kagum ngan diri sendiri okeyh...selalu memang ngelat jer nak masak...cikgu tuh laju jer ajak tapau...makanan tapau memang sedap tapi bosan gak selalu makan yang sama jer...kalau kedai tomyam tuh asek daging masak merah, ayam kunyit, kailan goreng...itu buat sendiri kat rumah pun boleh...kadang masak sendiri walaupun telur mata ngan kicap jer pun lagi sedap dan berselera kan...hopefully pasni tokcik stay lagi kat rumah kitorang...bebudak pun dah mula rapat ngan dia...mikhail tuh selalu memilih orang nak rapat, now dah jadi geng tokcik siap di cabut2 kening orang tua tuh...hehehe...haaa...itu lagi satu habit budak tuh...laterlaa citer...and in d meantime, this room will be empty waiting for tokcik to come again...moga tokcik diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dan diberkati Allah sentiasa...amiin...

Monday, December 1, 2014

tokcik in da house yo!!


Assalamualaikum :)

i have so many pictures in my hp that i wanna share with you all...already transferred to the pc...just waiting for the mood to update :) as at to date, its been almost a month tokcik been living with us...best bila tokcik ada kat rumah...ada geng nak borak...she even teman me layan korean drama...hehehe...i'm lucky that my husband pun jenis tak berkira...he's okay having her in the house as long as she wants...besides, he could go for his badminton session more often without me membebel2, hahh!! my tokcik never married...she sacrifice her own needs for the people she love around her...she babysit all my abah's siblings...then she and my arwah onyang take care of me and zana when nobody wants us :( memang takde manja2 peluk2 puji2 and all...everything is very strict, kena jimat as she is the one working and paying for the expenses...tak terbalas jasa dia...that is one experience that i would never exchange with anything no matter what...thats what makes me,me...

sometimes terasa macam budak2 balik kena tegur itu ini...hehehe...i miss those days where my tokcik would drag us to the bathroom suruh mandi during morning school session...liat sungguh...and soalan no 1 without fail she or my onyang would ask every waktu, "dah solat?" memang mencicit pegi bilik air lepas tuh...when its our birthday week, she would bought a kfc bucket as a treat :) we seldom or should i say never eats out...no matter how late she came back from work, she would still cook for us...banyak lagi kenangan...yang sedih pun banyak but i dun wanna go there...kadang bila ingat, its too painful...so, sekarang i wanna make her happy all the time if possible...she deserves it...

for the past 3 months, she have been from 1 uncles/aunties house to another since she fell into a small drain behind her house...kesian dia...masa dia jatuh, nobody was around...not even her neighhbours...tersiram air ikan pulak tuh...it took her half hour just to get out from the drain...rupanya tulang bahu terkeluar...and muka dia separuh lebam sebab terhantuk bucu longkang...dia kata dia tak perasan macamana boleh jatuh...must be slipped or tripped on something...dia selawat banyak2 kali and tried to push herself out from the drain...then she take a bath and call another neighbour who stay not far from her house...the neighbour had to climb the gate to get the key...dah sakit sangat masa tuh...then called my tok alang...tok alang bawak dia ke hospital then bawak balik KL...

a week after i brought her home, we took her back to her house...dia pun dah rindu dengan rumah dia...kemas2 apa2 yang patut, tengok2 bil2 yang ada...but not for long...just overnite semalaman...dia kata balik rumah macam mimpi jer...hehehe...tokcik belum cukup kuat nak duk sorang2...nanti kita balik lg k...oh, rumah tokcik dekat dengan ulu yam...we brought the kids mandi sungai for the 1st time in their life...itu nanti kita story lain k


we reserved special room for tokcik in our house


thank you sayang for helping
  

my tokcik...tokcik dah tak kuat macam dulu tapi skill masak tetap no 1...i will take this oppurtunity belajar teknik2 dia...kari dia marvelles sangat tau...even my husband admit that in front of his mom...ko brani? hehehe