ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

dia tak sihat :(


my lil ariana is having a flu n heavy cough. kong kong kong. poor baby. last thursday dia demam until friday then on saturday nampak dah tanda2 flu. meleleh jer hidung tuh. pastu on sunday dengar dah dia uhuk2 lite2. belum berkahak lagi. aku beli woods for children yang kaler pink tuh tapi aku kurangkan dose dia to 2.5ml jer coz kat box tuh tulis paling muda 2 years = 5ml. then start on monday dia batuk berkahak plak. kesian tengok bebudak batuk. dahlaa tak reti buang phlegm, pastu bila dia gelak pun terdengar phlegm tuh kat tekak. rasa cam nak korek, buangkan jer.



for the 1st 2 days (monday n tuesday) aku bagi ubat woods+zyrtec (ubat selsema beli kat farmasi-baik untuk baby n lactating mother coz not too strong). aku bagi skali scott's emulsion. selama nih tak pernah start her on any supplement. so nak try scott's dulula. lagipun dia boleh telan. nampak sedap jer dia jilat2 sudu tuh (memang sedap pun coz mummy dia pun tumpang jilat sama :P) tuesday malam tuh aku stop bagi ubat, aku sapu generous amount of vicks kat blakang, dada and tapak kaki. alhamdulillah, after that dia tak batuk sampai ke pagi. tapi siang my aunty bagila ubat batuk n selsema tuh coz at least sehari sekali jer bagi. taknak kerapkan ubat sangat. then malam tadi aku repeat letak vicks.



memula okla. tapi dalam pukul 3am camtuh she woke up for her milk then dia pegi cabut stokin dia. ariana nih memang tak suka pakai stokin/kasut/selimut. mengamuk2 dia tendang2 selimut tuh kalau aku wrap dia. alaa, bukan wrap whole body pun, setakat sampai perut jer. aku try pakaikan socks bila dia dah lena, boleh sedar pulak dia. bukak balik. isyhhh. pastu maybe becos she's not wearing socks anymore, kaki dia mungkin masuk angin sejuk. dia batuk2 balik. nih stok yang kong kong sampai muka merah tak bernafas tau. pastu this morning after alan fed her with 4oz of milk, dia batuk balik. pastu apalagi, member baru susu kan, muntahlaa balik. hah. memang biar dia muntah puas2 at least keluar gak kahak tuh. yang ariana lak, lepas muntah tuh dia bebel apa ntah. aku n alan gelak jer. agaknya dia tak selesa kot, nak mengadulaa tuh. alan tukar baju dia, lap2 sikit then dia pun nampak cam dah lega. mana mummy dia? oh, mummy dia tgh bersiap nak gi kejela. babah dia dah siap awal. lagipun alan kan tusyen every nite, masa nilaa nak layan anak kan? kan? kan? hehehehe

Monday, March 28, 2011

jawapan teka teki


kalau korang taktau, staf2 kampeni nih (termasuklaa aku eh) bagaikan kera kena belacan. tak duk diam sejak awak bulan. yelaa big B yang ditunggu sejak January bakal masuk poket (big ke?). kalau tahun dulu2 kitorang dapat selebuk B+increment hujung bulan January, before CNY. tapi sejak tahun nih, depa tukar strategi plak. bagi sebulan on December (ni semua pun dapat) then balance (if any) bulan Mac. kalau ko dapat sebulan jer, meloponglaa ko bulan Mac tuh.



so now segala teka teki dah terjawab. sapa dapat reward. sapa dapat award. sapa dapat ketuat. ada yang happy. ada yang tak puas hati. as for me, aku terus terang jer kat bos, aku takde feeling. neutral jer. coz i was expecting more. tulaa, sapa suruh. kan dah neutral feeling. ok ok. i shudn't targeted so high. but macamana aku tak target higher than last year bila profit company berdouble2 dari last 2 years? logically, more profit means more bonuses kan?



last friday rumors said we will get our individual letter and salary on that day. siap ada member dah start pegi holiday that friday and expected salary akan masuk petang tuh. tapi rupanya hampeh. bos dapat list, dia panggil sorang2 masuk bilik dia then dia bagitau verbally jer bape ko dapat. letter dapat harini and salary BESOK! arghhh...dah tak sabar nak shopping kat ampang park nih. ceh, bunyi macamlaa nak shopping tempat gempak. ampang park jer? hehehe.



well, kalau dah namanya kengkawan, of coslaa keluar cerita orang nih dapat brape, orang tuh dapat brape. bila dengar nasib yang lain, kesian gak. macam not fair pun iye. not to me laa. aku kan neutral. maksud aku ada kengkawan yang keje berhempas pulas. siap tolong keje orang lagi tapi apa yang dia dapat tak setimpal. alasan bos, qualification. well, aku rasa not fair. even though diploma jer, tapi kawan aku nih dah ada experience more than 15 years in related field. bukan experience more than 5 years boleh overwrite qualification ker? kalau betul sebab qualification, kenapa ada orang stpm jer tapi gaji much2 higher and post and workload sama? ada yang ada master tapi langsung takde function. duk melangut dalam bilik gentel *&%. aku bukan nak merendah2 kan orang2 yang further study. NO. aku cuma tak puas hati dengan sebahagian yang ada kat ofis nih jer. higher post means higher responsibility. tapi certain orang tuh, sign approval pun dia takut. baik takyah ada second bos camnih kan? haa, kat ofis nih ada macam2 jenis staf.



ada yang post tinggi, tapi takde keje.

ada yang post sama, workload sama tapi gaji basic jauh giler beza.(ni kes favorlaa nih)

ada yang post tak sama tapi workload sama. kesian pada yang post rendah tapi buat keje susah. gaji pun jauh beza.

ada yang post sama tapi workload berbeza. yang sorang duk gentel, sorang lagi duk pulun. pastu yang gentel dapat lebih. (nih pun kes favor)

oh, and yang dulu cuba nak meracun orang tuh. ntah apa nasib. rasanya dia yilek bonus. hopefully bos can be fair. jadikan pengajaran.



tapi ada benda yang buat aku tak sedap hati. tak dapat nak citer sini. tapi cukupla kalau aku kata i'm not proud of it.

Sunday, March 27, 2011

mari bersiap

nak tido : siapkan flusk air panas, air botol, susu 4 scoop in milk dispenser, botol kosong-2. oh, and stokin tido. letak tepi katil.

nak keluar jln2 : bawak pampers, baju salin-2, bedak, wipes, minyak yuyi. masuk dalam mummy's oversized bag.


oh, sebelum keluar :

"yana, pegi mandi dulu"

"aik mummy"


"yana mandi dalam ni jelaa mummy"




"butang mana nak tekan nih?"

Saturday, March 26, 2011

sayaaang babah

just love watching this video over n over again. so cute. (ceh, puji anak sendiri :P)

video

Thursday, March 24, 2011

igauan di ofis

bila boring2, aku slalula belek2 images dalam hp. rindu pun yer, as hiburan pun yer. kelakar tengok gelagat ariana. lagi2 dia dah pandai ajuk2 kita, ikut apa kita buat.


suka main cak-cak. sendiri tutup muka, sendiri gelak. sampai kemek2 hidung dia tekan. haha.



irritate dengan bau najis sendiri. eleh. busuk konon.



mummy pakai selipar pun nak ikut. sampai naik ke tilam selipar tuh ko angkut eh.



I've been tagged!

hohoho. jakun sket coz tak pernah kena tag. tag yang dulu tuh sendiri buat (kesian!) tapi kali nih kak nur yang comel lote dah tag aku, so apalagi, sinsing lengan tuh. ayomat, geset, GO!

1) Do you think you are hot?

Although it is freezing like alaska in the office now, i do feel HOT because i wear a yellow outfit today, like a sun!


2) Upload the ID picture you're using now.

alaa, sorry can't do that. gambar dah takde. ntah mana campak.


3)Tell something about the pictures

kat rumah mak, kat bilik "girls". camwhoring tak hengat. belum kawin lagi masa tuh. tgh blajar lagi kot. kebetulan cahaya terang sangat kat tingkap so amik gambar pun feeling ala2 suci jer. pastu editlaa sket kasi nampak betul2 suci. hehehe


4) When was the last time you ate chicken?

hmmm...tak ingatla. asyik makan fish jer. weekend kot. haah, yelaa confirm. weekend. coz aku buat sup ayam untuk ariana.


5) Last song that you listen to?

Lagu "emang dasar" dalam keta otw hantar ariana ke bb sitter. now cant get it out from my head. dem!


6) Why did you do apart from trying to settle this tag?

key in drawdown (loan). sambil2 dia loading tuh....


7) What are your nicknames or other names?

Alin - tapi suka eja arlene for mat salleh effect. huargh3
Olin/akak - nih family/kazen/pak mak sedara/ nenek panggil coz aku cucu sulung!


8) Tag 8 persons -(1) eve (2) zana (3) sha (4) ina (5) zack (6) alynz (7) kak sha (8) soraya


9)Who is your no. 1

my superior woo...jangan memain


10)Write something about no. 5

my fren from matriks UUM. minah palapes nih dulu.


11)How about no. 4?

adik ipar. minah kepochi. hehe


12)Message for no. 6?

alynz, update arr blog ko. siikiiiit pun takpe.


13) Words of love for no. 2?

i love you till the end of time, sis!


14)Does no 7 and 8 has similarities?

yes, they share the blood. mother n doter.


15)Give 5 facts you know about No. 1 (tukar no boleh tak? takut bos aku marahla. aku nak buat no.2 laa)

1. satu2 nya adik bradik seibu sebapa ngan aku.
2. drama queen tapi sangat independent.
3. tak kedekut n sangat cepat bayar hutang even dia cuma ada 5 hengget jer dalam wallet (pastu pinjam balik. haha)
4. dah keje. dan keje kat kampeni yang sangat best. malas nak bagitau kat ner nanti orang kata aku eksyen.
5. single mingle lagi. so, jejaka2 sekalian, apalagi?



16)Feeling when doing this tag?

eksaited!


soalan2 lain malas nak sambung coz aku tak paham soalan. sekian. wassalam.

p/s : aku tak backlink ke taggers coz some of them create their blog for personal purpose. tapi korang leh teka diorang yang mana dari list blog i read tuh!

Wednesday, March 23, 2011

tak jadi resign la...pulakkk


Alhamdulillah, ada berita baik dari HR. kebanyakan benefit for staf sudah revised. meh aku citer apa yang revise eh.


Paternity Leave

- ni untuk bapa2 kat kampeni nih. dulu langsung takde paternity leave. pandai2la ejas cuti tahunan yang seciput tuh untuk handle wife bersalin. nak register nama anak lagi. nak setel hal hospital lagi. now at least ada extra 2 hari!


Higher EPF contribution

- ha jangan tak caya. kampeni aku yang ada cawangan serata malaysia nih cuma bagi 12% jer EPF contribution from employer pada staf2. paling minimum wa cakap lu (habis tuh apsal ko still kat sini, alin?) sebab aku tau dia akan revise...hehehe...boleh terima tak alasan tuh? kalau ikut grade keje aku dia upgrade from 12% to 14%. oklaa...yang bos2 dapat revised sampai 16%. haiz, bila nak jadi bos nih?!


Additional Annual Leave Entitlement

- haaa...ni aku suka sangat. duit memang suka tapi ni yang paling aku suka. kalau tambah lebih sikit lagi, laaagiii aku suka...dari 20 hari tambah ke 24 hari. apa? kampeni ko lagi banyak? boleh carry forward pulak? kampeni mana ko keje? meh sini bagi alamat HR. aku nak apply!


Scheduled of Annual Leave and Block Leave

- kalau dulu kena habiskan 75% of annual leave sebelum October, and kena apply block leave (cuti panjang 5 hari - WAJIB!) sebelum final quarter of the year, sekarang tidak lagi. ko (yang keje sinila) boleh apply cuti sesuka hati ko bila ko nak asalkan jangan lebih dari entitlement sudeyh. bolehla amik block leave time cuti sekolah hujung tahun. nih dulu menyusahkan betul block leave tuh. suami saya cikgu. mestila saya nak cuti pun bersama2.


Compassionate Leave

- dari 2 hari ke 3 hari. tapi hopefully aku takyah gunala cuti nih. sedih arr.


Medical Treatment

- ni untuk ranking bawah. dari RM800 ke RM1000 and no limit per visit asalkan tak lebih entitlement. kalau dulu per visit RM60 jer. masa tuh aku slalu buat keje mintak klinik splitkan resit. skali kantoi daa...hahaha. klinik tulaa ngong pegi bagi no resit berturutan. ngeehehe. pastu revise ke RM300 per visit. pastu now revise lagi to no limit. BAGUS!


tapi ada gak yang tak bestnyer revised nih. dia revise grade. kalau dulu AVP ada 3 grade. so kalau ko tak naik pangkat pun, naik grade pun jadilaa. lapeas nih makin susahla nak naik apa2. superior aku pun AVP gak tapi grade lagi tinggi dari akula. kalau sekarang dah revised jadi AVP 1 grade jer, camna lak AVP nak keje berbos AVP? tak logik! HR, sila pertimbangkan balik. tak pun, ko naikkan jer bos aku tuh jadi VP (ehem, bodek bos nampak?!)

wordless wednesday : the youngest music conductor

please tilt your head to the right (sorry!)

video

Tuesday, March 22, 2011

INDEPENDENCY : meredah hujan


bbrrrrrr....sejuuukkkkk...tadi datang ofis naik motor dalam hujan. alan dah belikan baju hujan penuh g1v1. pastu member ofis gelakkan sebab dah nampak macam rappers sesat mana masuk ofis. sekarang nih musim hujan kan? bagusla asalkan tak banjir sudah. cuma leceh coz baju tak kering sedap. nak kering sedap kena jemur baju kat panas terik kasi garing. pastu bila angkat ada macam bau hangit2 sikit. dulu masa duk ngan mak, mak slalu suruh jemur baju dalam kul 9am pastu angkat dalam kul 12-1pm. matahari tengah mencanak kena angkat kain. nak kasi effect garing. ngan aku2 skali garing. pastu bila lipat keras gedegang kena kasi libas2 sket baru ok. duk flat nih yang tak bestnyer mana der matahari. kalau nak sidai kat balkoni, kalau hujan time takde orang kat rumah, sapa lak nak gi tolong angkat? maka, sidai bawah bumbung jela.


eh, aku bukan nak citer pasal baju garing ke hangus. aku nak citer nih tadi aku nampak macam2 ragam orang naik motor. yang pakai baju hujan memang melambak tapi ada gak yang tak pakai. lenjun habis. pastu yang aku tak puas hati tuh yang bawak anak naik motor. anak dia pakai baju lengan pendek ngan seluar pendek. ngan helmet takde wisor duduk depan kat bakul tuh. tapi bapaknyer complete set siap ngan jaket.apa ke bodohla bapaknyer tuh. ko jadikan anak ko perisai hujan ko eh. at least letakla dia kat belakang. bolehla ko tapis sket angin ngan hujan dari kena dia. nih tak. aku tengok anak dia tertunduk2 pegang helmet nak elak hujan masuk mata. pastu terkepit2 kesejukan. kuyup wei, kuyup! memang B.U.D.U.H sungguh. geram aku tengok gitula. aku pagi tadi pun hantar ariana dengan keta, pastu patah balik rumah naik motor plak. kesian kat anak wei. aku tau ada yang tak mampu nak berkereta. tak salah naik motor tapi biarlaa kena ngan caranya. aku tau macamana rasa jadi budak tuh coz dulu aku pernah kena.


masa tuh aku ngan zana duk ngan arwah tok kat keramat. sekolah kat convent sentul. tiap2 pagi ayahlong hantar kesekolah naik motor. zana duk depan ngan 2 beg sekolah. pastu ayahlong, pastu boboi (anak ayahlong), pastu aku kat belakang skali carry beg sekolah sendiri n pakai helmet. balik pun macam tuh coz boboi pun sekolah la salle sentul. tapi ada 1 hari tuh hujan amat lebat. ayahlong dah amik boboi n bawak balik dulu. lepas hujan reda, aku jalan kaki ke rumah makcik ngaji lama.


dulu aku duduk kuarters sentul rumah ayahngah duk ngan tokcik n arwah onyang. pastu bila ayahngah dah kawin, kitorang "kena" pindah. sementara nak dapat rumah area sentul, kitorang duk ngan tok kat keramat dalam setahun. so, masa duk sentul dulu, aku ngaji ngan makcik nih la.


anak2 makcik ngaji pun dah bentang tempat tido depan tv. kitorang segan, tunggula depan pintu. pastu tunggu punya tunggu sampai pukul 10pm baru ayahlong amik kitorang. pastu naik motor. baju dahlaa lembap2 dek hujan tadi.bbbrrrr...sejuk sampai ke tulang hitamla. lagi2 masa naik flyover kat jalan tun razak tuh. bila aku citer nih, baru aku terpikir. zana lagi kesian kan coz dia duduk depan. mesti lagi sejuk dari aku. masa tuh aku darjah 5 kot. dia kecik lagi, baru darjah 3. sampai jer rumah, onyang bawak kitorang mandi air panas. waaa...syok wa cakap lu. pastu takde manja2 macam budak sekarang eh. besoknya repeat balik rutin.

Monday, March 21, 2011

azam tahun nih. azam ker?


wahh...ramai orang bersalin tahun nih. tengok blog sana sini ramai yang dapat baby baru. dalam family aku sendiri ada 2-3 orang. makcik aku bakal bersalin baby girl (yeay!) 1st april nih. scheduled for c-sec. alan's in law pun pregnant gak. bersalin october nih. my bff pun sama. seronok pegang baby kecik nih. tidooo jer. ringan pulak tuh. dukung lama2 pun takper. sanggup. ariana dah makin besar, nak dukung dari rumah turun ke parking pun kengkadang mengah. hehe. (tapi mummy tetap sayang yana) rasa macam nak baby jugaklaa. boleh tak? hehe.


eh, tanya korang pulak. tanya alan cukuplaa kan? oopppsss...kena tanya ariana jugak. taknak dia melanyak "adik" nanti. dulu sebelum kawin, can't imagine camna life after married. pastu bila dah berdua, can't imagine life with baby. now semua tuh dah harung, i think i can imagine camna life berempat pulak. ke tak sama? jaga malam dah pernah, sakit demam pun dah pernah, masuk hospital pun dah pernah, breastfeed pernah, formula feed pun sudah. ilmu bf pun rasanya Alhamdulillah dah tau. cuma tinggal nak praktikkan jer. n usaha. so, apalagi eh?


oh, contribution from mr hubby of cos. kalau tak, mana datang baby nyer kan? mana tau sempat kejar 2011 nih. dapat date 111111 pun best gak kan? eh, sempat ker?

Friday, March 18, 2011

on me and my fashion sense


hmmm...nak citer apa ek? my fashion sense? ada ker? i dun hav any specific style to match my personality. i kan multiple personality. i could be very noisy and sometimes i wont even bother what's happening around me. my style also the same, i think. i like colors, i also like nude and black and white. no colors are ugly to my eyes. but i do have my favourite colors. one of it of cos its pinklaa, and turqoise and purple and grey. eh, apa aku nih. favourite supposedly 1 jer kan? hehe. kan dah kata aku suka semua color. apadaa...


dari segi style pulak i never limit my self to 1 style only. baju macam makcik2 pun aku ada, baju macam budak remaja belum habis sekolah pun ada. baju for age 20s, 30s, 40s, i even have a blouse that exactly the same with my mom cuma warna jer lain and hers look better! teruk kan? my frens already know my tagline "janji ada satu!" tu yang semua style pun ada tuh. i never limit my options and i never think oh, badan aku bentuk macam nih, kulit aku warna nih tak masuk ngan baju nih or style nih. takde. aku belasah jer. so how do i shop for my clothes? it depends on my mood, my budget, my taste at the time, current obsession, what most people wear, what's in, what's the latest style (usually i will be a bit late on this). macam harituh. aku tengok ramai orang pakai tshirt yang ada kedut2 kat bahu tuh. aku pun teringin gak. janji ada satu kan? tapi susah nak carik coz aku saiz Limited. so jumpa satu tuh, terus amik. malas nak pikir. apa tagline nyer? yes, "janji ada satu"


tudung pun sama. sebut jer semua pun ada. bawal, shawl, scarf, awning, syria semua aku belasah. pastu baru aku perasan i'm not really into syria but at least "aku ada satu!" my sisters used to mock me becos of my taste. whenever they saw a nice lady wearing a nice outfit they will say "haa...ko pakailaa camni kak, cantik per" yes2, aku akan beli gak someday. aku nih jenis mudah sangat terpengaruh. kalau orang kata cantik, it will be in my wish/must have list. jangan tak caya, i have a list in my hp that i often update. nak itu, nak ini. haiz. but i'm not shopaholic (although sometimes i wish i were). aku lagi sayang duit kot. sebulan maybe 1-2 kali jer shopping my things. sometimes takde pun. cantik pun kalau harga tak reasonable, takde nyer aku nak beli. oh, aku jugak tak pentingkan brand. asal cantik and exceptable sudeyh.


tapikan korang perasan tak. bila kita beli baju baru, mesti rasa excited nak pakai. lagi2 kalau tetiba datang rasa malas nak pegi keje, baju baru memang sangat sangat diperlukan for motivation. rasa bersemangat jer nak pegi keje. korang ada rasa macam tuh tak?


aku selalu tengok channel E! at 712 tuh. one day aku tengok 50 do's and dont's. one of the point is appropriate attire for officewear. antaranya the shortest skirt that is appropriate for working is only above 1 inch from your knee, not shorter than that (faham tak?apa ayat aku nih, tonggang langgang) dun wear anything that is soo comfortable that you can sleep in it macam tshirt and tracks, dun wear heavy make-up (ooopppss, kengkadang aku pakai gak), and something interesting caught my ears. i dun know the exact word but it says somethings like "you have an obligation to wear something nice to the office to cheer your colleagues" something like thatlaa, which is true! sometimes we see our colleague wearing the same clothes EVERY WEEK. sometimes siap ada jadual pulak tuh sampai kita boleh teka dia akan pakai baju apa the next day. please dun think that peoples are not watching.


invest in some good clothes. buy the basic and we can always mix and match. basics like black skirts, black trousers, white shirt, printed shirt, a dress, then from there bolehla tambah koleksi like few blouses, more trousers with different color, more skirts, and a few shoes. i dun say we have to buy from those expensive outlet. nowadays we have various of choices and sometimes the design is even more beautiful. tak rugi coz that is an investment too. investment for your confidence and self esteem. i know i do feel super happy when i wear something nice. so should you.



Thursday, March 17, 2011

ARIANA SOFIA BINTI AZLAN

i have meant to do this loooong time ago. completed the 1st 10 months collage then stop. terus takde masa. well kalau ada masa pun aku blogwalking n updated my blog. totally forgot about this. then tadi i wanna organised my files when i found these. supposedly i post this entry when ariana's reach 1 year old but well, her mummy's not perfect so here it is. enjoy.



AT BIRTH

1ST MONTH


2ND MONTH

3RD MONTH

4TH MONTH

5TH MONTH
6TH MONTH

7TH MONTH

8TH MONTH

9TH MONTH

10TH MONTH

11TH MONTH

1ST YEAR!

hei you!


as i was lying down getting ready for bed while feeding ariana with her 5oz of milk, suddenly my hp rang. somebody who are dear to my heart called. she ask for my help. well not really HELP, help but she need my ear. She said she is crumbling down becos of heartbreak. she hav let someone go without really saying goodbye. she regret that she is sellfish and didn't think of the consequences of her doings. well now she hav to face the truth. he has move on. she broke down. she fall apart. she lose her spirit. (am i right dear?i just quote what u say to me.)

well, my advise is ; just gather yourself up and move on with your life. its not his fault neither you. its fate. Allah hav guide you through the process. otherwise, you wouldn't do what you hav done. Maybe HE have already planned somebody better and AWESOME! for you. and maybe, he want you to be better you then he will giv him back to you, MAYBE? IT COULD BE. so, listen to me (as i have more experience in life than you). why do you have to live life dreadfully when you are in control of your own life. be happy. not happy becos you're single. be happy for that AWESOME somebody is waiting to be paired with you. semuanya ada hikmah.

Wednesday, March 16, 2011

my PD entry


my SIL smsed me last nite saying that she's having a problem sending those pictures in PD to my email account. hmm...probably the file is too big. so, since she already post an entry of our holiday trip, you might just go there n view it as the pics are the same. nothing fancy just pics of us pooling around. haha. got what i mean? pooling? ok, tak kelakar.


on the other hand, i think i'm going to cook some dish today. lama giler tak masak. yelaa, (ni ayat nak defense nih) alan almost everyday ada tusyen as early as 8.30. mana sempat nak masak. lagipun the only day dia tak tusyen got pasar malam. everybody knows that pasar malam nite means no cooking. bila lagi nak makan benda2 yang lain dari lain kan? rajin ker nak buat nasi dagang, nasi kerabu, yong taufu, putu piring (my favourite), tauhu fa. rajin? ok, maybe ada but not on weekdays laa...come onlaa...dun tipu2 aku!(ikut tone najmi raja lawak)


tadi dah suruh mintak alan rendam ikan n sotong. plan nak masak sotong kicap n siakap 3 rasa. then tumis kacang panjang sket. takpun, masuk jer kacang tuh dalam sotong. senang. janji ada sayur kan?hehe. apa nih, masak pun nak bagitau sekampung. eh, mestila. ai kan masak sebulan sekali. mestila nak pung pang. haha. jeles.


really, itu actually antara azam tahun nih. untuk lebih kerapkan masak di rumah tapi apakan daya. unless boss kasi aku balik kul 5pm (which is supposedly laa boss. mana der kampeni masuk 8.45 then balik 6.15, boss curik masa kitorang tau!!!) then maybe bolehla masak at least yang simple2. bukan apa. kalau hari2 makan kat kedai muak gak tau. balik2 kedai tomyam. dah habis resepi dah aku nak order. kalau dia masak kari ker, masak lemak ker, masak kicap ker, asam pedas ker, boleh gak aku order pastu claim aku yang masak huargh3...

Tuesday, March 15, 2011

dunia penyusuan ariana sofia

tetiba rasa cam nak citer pasal penyusuan ariana. some of you already know that ariana only fully bf for 5 months before combine with fm. that's becos her mummy malas n lack of knowledge. sian anak mummy. i remember reading somewhere saying that we dun hav to buy the expensive fm just to replace the bm. nothing is better than bm but if you have to, just buy the normal fm will do. at least read the labels so that it contains most of the vitamins n minerals that the baby needs.


memula aku panik coz stok bm aku cukup2 jer untuk sehari. bila pam pun macam lambat sangat nak dapat jumlah yang aku nak. aku bukan anti fm cuma aku takut kalau2 ariana constipate which happens to most fm baby. pastu, aku nak carik brand yang senang dapat di pasaran. buatnya tengah emergency terlupa bawak susu ker, senang nak carik. firstly i tried enfalac A+ just becos one of my fren also bought it n her baby turns out fine. tapi ariana pulak macam tak brape gemar. bancuh 3oz pun tak habis. masa tuh dia still campur2 dengan bm. dalam sehari mungkin 1-2 kali jer fm. pastu aku try beli dulac. alhamdulillah, laju jer dia minum. aku try rasa, susu enfa tuh tawar sket n dulac tuh ada manis2 macam susu ibu sket. eh, korang tak pernah rasa susu ibu? rasalaa apa yang anak korang rasa. aku slalu rasa makanan2 dia. yelaa ntah sedap ke tak yang kita suapkan. nestum2 dia semua aku balun gak kengkadang kalau dia tak habis. tapi alan tak brapa laa. dia geli kot makanan lembik2 gitu.


ok, sambung balik. pastu seperti semua ibu2 yang terer bf maklum, of coslaa susu perahan makin menurun. dari 1-2 botol fm ke 1-2 botol bm jer. ariana mula berak keras skali skala. masa dia 5 bulan tuh memang struggle la. dah masuk 6 bulan ok sket coz dia dah mula makan. so dia menyusu pun kurang maka stok aku pun cam cukupla untuk dia di siang hari. malam n weekend memang fully bf. pastu lagi skali stok tak cukup. aku pun cam dah letih nak mengejarkan stok yang tak cukup. langsung tak semangat coz 1 botol pun takde nak buat stok. so, whatever yang aku dapat, itulaa yang aku bagi. kengkadang 2x4oz jer. kengkadang 7oz. pepandailaa makcik aku bagi ariana. alan pun takdela push sangat. dia pun nampak macamana letih aku nak melengkapkan penyusuan ariana. dia kata takpela, i have tried. next baby leh cuba lagi.


banyak silap aku. antaranya:



- tak buat stok masa dalam pantang.

- malam tak bangun pam kalau ariana tak menyusu.

- pam cuma bila rasa penuh. takde jadual spesifik.

- tak confident. kengkadang aku termiss pam kul 6 pastu bila sampai rumah kul 7, taknak pam coz takut jap lagi nak bagi ariana susu tak cukup.

- cepat putus asa.



masa dia nak setahun aku bagi lagi at least sehari sekali or dua kali coz selain tuh dia hisap2 macam tak puas. mengamuk coz susu tak banyak keluar. letdown pun lambat. pastu mulalaa dia gigit2 konon nak kasi cepatlaa tuh. pastu aku dapat susukan dia time dia mamai dalam keta jer. tu pun kena bawak jalan2 gi rumah mak ke, kedai ker, nak tido dalam keta tuh, suakan barulaa dia hisap. pastuh dia taknak dah. sekarang nih dah 3 minggu aku tak menyusukan ariana langsung. susu ada sikit2 jer tapi takla sampai bengkak susu. aku picit2 ada keluar lagi. ariana pun dah taknak dah. even dia pejam mata pun dia taknak. suakan ke mulut dia dia ketap jer. kengakdang dia gigit pastuh gelak2. sakit woo. suakan botol, bukak pulak mulut dia tuh. main2 budak tuh.


citer pasal botol susu. masa pregnant aku dah survey botol yang pro bf. so aku guna brand 1st year breastflow. nipple dia doule layer memang slow giler flow dia macam susu ibu gak. tapi bila ariana dah mula minum fm lebih kerap, aku belikan dia botol biasa yang wide neck. beli brand tollyjoy n world of cartoon. malas nak cuci puting2 double nih. pastuh cepat koyak plak tuh. aku dah tak kuasa nak ganti puting every month. takpe, botol tuh boleh simpan untuk adik ariana nanti. tapi kan, sekarang nih kan tengah heboh botol2 bpa nih. aku rasa botol2 ariana tuh bukan bpa free la...camner?mau kasi tukar semua?




botol2 ariana. ni kat rumah punya. kat bbsitter ada lagi 3.


1 lagi problem aku sampai sekarang taktau camna nak settle. ariana still taknak pegang botol dia sendiri which makan masa aku. kalau dia boleh pegang sendiri, at least masa dia tengah bertrompet tuh aku dapatlaa buat keje lain. ni tak, aku tarik tangan dia, dia tarik balik. mendepang jer. wah3, macam mem besar ko eh. takpe. belum faham bahasa lagi. nanti dah besar sikit kalau tak reti2 gak, aku selotep jer botol tuh kat pipi dia.


eh, tetiba nak ngamuk plak orang tua nih.


khusyuk tengok all england mens double ngan babah.


ini budak memang susah senyum. bukan sombong, mahal jer.

Monday, March 14, 2011

mummy and baby camwhore, babah pandang sahaja

tengah godek2 entry lama, ternampak nih kat draft dated 7 february 2011. upload jerlaa ek.






sakit badan, urat belikat lari pecut

adoi...mintak nyawa, mintak nyawaaa...pagi tadi datang lambat ke ofis coz even tengah cuti2 sekolah 1malaysia nih pun alan ada kelas tambahan tahun 6 for 2 hours from 8am-10am. my babysitter pulak ada hal for 3 days until wednesday. so earlier today i have informed my boss that i will be late probably arrive 10.30am. who knows this morning motor alan takleh start pulak. so he have to take the car and it means that he cannot be at home early. so lepas siap2kan ariana, aku pun siap then bawak dia gi ofis n alan akan amik dia kat ofis, that way i will arrive cun2 10.30 n i dun have to take halfday. sayang cuti woo. bukan banyak pun. ciput jer. pandai aku estimate. elok jer sampai ofis, alan pun sampai.


fuhh...lega. walking while carrying this 9kg little girl with a handbag full of her stuff from my house to the lrt which take about 10 minutes is NOT easy. asyik melurut jer. dahla posa lak tuh harini. nak buka posa sayang pulak. tak haus, tak lapar, cuma penat jer. from lrt to my ofis pulak takes another 5 minutes. mintak Allah cepatkan ariana berjalan. boleh pimpin tangan dia. then nanti gi shopping mall senangla.


pagi tadi nasib baik gak mood dia ok, bagi dia mekap2 buat mainan while aku bersiap. pastu bila aku dah pakai tudung, mulalaa nak mintak dukung jer. takut kena tinggal. huh, tak sempat nak kemas rumah tadi sebelum keluar. dishes pun tak dapat nak basuh. air panas pun tak sempat masak. sempat kemas katil jer. jadila. nanti balik alin buat ye yang. besok plak aku amik cuti halfday. ada hal nak settle pun. alang2 nak jaga ariana, amik cuti terus.


oh, pasal trip to PD terpaksa postpone. kamera bawak tapi tak guna, boleh?! banyak guna kamera adik ipar jer. kena tunggu dia email nanti. "ina, sila email asap k."

Friday, March 11, 2011

citer pasal rumah baru


so many things to blog but so little time. actually its not so little time but i dunno how to interprete my idea to blog into such beautiful way. i notice that some of the blogger write their pieces very beautifully. itu confirm english A++ tuh masa spm dulu. they even manage to elaborate certain things in details, telling about their inspirations and motivate others. i don't think i'm able to do that. who am i to motivate others? i'm just a not so normal person with many flaws. kalau setakat citer experience and thoughts sendiri tuh bolehla.


ok, enuf bout that. right now i'm browsing and surveying for kitchen cabinets for my small kondo which currently rent by a Jordan family. the father is doing his masters in UM and will finished in October next year. memula terkejut gakla coz we expected that he'll finished by end of this year, rupanya next year! we bought the place from somebody i knew fully furnished dengan penyewanya skali. its ok with us as we are not in hurry to get in the house. but when he informed us its end of next year, terus plan2 semua pun terkujat. aku taknaklaa paksa dia keluar since aku pun bukannya terdesak tapi rasa macam eee...bilalaa nak duk rumah sendiri nih. teringin gak nak deco2 ikut taste kita. duk rumah sewa nih nak menghias pun takde mood. nak mengecat2 lagilaa malas.


kat kondo tuh dah ada set bilik tido, washing machine, sofa, tv kabinet, dining set, kitchen cabinet, fridge, dapur gas and 2 airconds. tenant tu pulak harituh kata fridge dah rosak, 2 wall fans pun dah k.o, pastuh dia nak tukar mattress n sofa coz kusyen2 n spring2 semua dah terbonjol2. kos nak maintain macam banyak jer coz setahun jer pun dia nak pakai after that aku plak nak duduk. nak tukar fridge and fans, terpaksa tukar gak coz thats necessity kan. susah plak diorang kang tapi untuk sofa n tilam tuh aku cakap aku tanggung separuh jer coz after dia blah memang aku taknak pakai pun. sofa is the main thing yang aku nak pilih bila aku masuk nanti. tak best arr pakai orang punya. aku cakap, nanti kalau dia nak blah, juallaa kat sesapa. baik kan aku? dah aku bayar, dia plak amik untung. tapi tenant aku nih pun baik gak. dia kata kalau share, bila jual pun dia akan cut half untung ngan aku. hopefully baik betulla eh. jangan ditipu lain kali plak.


ok, berbalik pada plan aku tadi. KALAU aku masuk rumah tuh nanti, aku nak :

- tukar kabinet. aku suka dapur terang. kabinet yang ada tuh warna gelap. untuk menjimatkan kos, aku akan cat and tukar handle jer. itu tips dapat dari tenet. cara2 ubahsuai dapur dengan bajet ciput. dinding plak aku nak letak mosaic kaler2. itu lum decide lagi. here are some that i like:



- cat, pasang wallpaper mana yang perlu.

- tukar ganti lampu2 ikut citarasa kitorang.

- let go sofa, dining set, n mana2 appliances yang dah nak jahanam.

- and a few touch of new soft furnishing.

banyak kos semua tuh kan? dah alang2 nak duk rumah sendiri, memang aku target nak simpan BON aku tahun nih. tapi Allah lebih mengetahui kan. bila tenant aku tak jadi kuar tahun nih, at least aku leh simpan lebih sikit termasuk BON tahun depan. plus, ada something yang membuatkan bajet akan pecut lari kalau betul dia kuar tahun nih. itu citer lain.

so, buat masa nih i'll just be satisfied with what i have lagipun anak baru seorang, bilik 2 nih cukupla for our small family. baby steps orang kata. nanti ada rezeki, beli rumah atas tanah pulak. or maybe settle down kat kampung teruss. erkkk...alaa...taknak boleh tak?

Thursday, March 10, 2011

(-_-*) (-_o) (o_o) \("--")/


haha. comel tak tajuk aku tuh? sjer nak menunjukkan bakat yang takde. ngantuk giler. bila nak pukul 6.30 nih. nak baliiikkkk. malam tadi ariana demam lagi. dah masuk 2 hari sebenarnya tapi demam dia on off. siang dia kurang panas sikit maybe coz dia pun aktif jer. tapi bila dah mula malam, panas dia naik. malam tadi up to 39.8! masa tuh baru lepas maghrib, ariana pun baru lepas menyusu. aku pun bagilaa paracetamol. then tetiba dia muntah atas alan. angkut dia masuk bilik air, then dia nangis2 sebab kena mandi air sejuk. yelaa...temperature pun dah tinggi sangat tuh, memang kena cool it downlaa kan. nangis pun nangisla.


tapi bila dia makin nangis, dia muntah lagi. angkat dia dengan towel, muntah lagi, habis baju aku. dah mak bapaknya tinggal sehelai sepinggang jer nguruskan anak. pastu mandikan lagi. pastu angkat dia ngan towel lain plak. sambil tuh alan mandi. elok jer baringkan dia, dia kencing plak atas tikar getah dia. habis lencun blakang badan sampai ke rambut2. mandi lagi skali. last2 aku balutkan ngan selimut dia, suruh alan dukung dia until dia cool down coz selagi tak cool down, selagi tuh dia akan muntah2. sian aku tengok. habis semua susu keluar. sampai dah takde apa leh kuar, muntah dia jernih jer. rumah toksah citerla. dari tikar, sofa, karpet, cadar, bantal, selimut, baju2 aku, alan n dia semua kena muntah. celah2 parkir pun ada. haiz.


pastu bila dia dah cool down, barulaa dapat pakaikan baju. pastu check temperature dah turun sket. n because paracetamol ada dekat 3 botol dalam rumah, aku tak bawak dia ke klinik coz we have been faced this situation before. the solution is the same. makan ubat, pakai baju nipis, lap2 badan, letak kain atas kepala n monitor temperature. ada kat archive, dalam bulan may kot. cariklaa eh. malas lak nak letak link. pastu aku bancuh air asam jawa pekat2. aku pupuk kat kepala dia coz asam jawa is cooling agent. bila kering, letak lagi. Alhamdulillah, before tido dia dah tak demam. tapi at 3 am dia merengek2. aku bangun bancuh susu then check suhu 38.5. aku bagi ubat, then letak lagi air asam jawa. lap2 sket then biar dia tido. aku bukak stokin dia biar panas keluar. baju pun aku pakaikan singlet jer. tapi seluar panjangla. they said that panas akan keluar dari belakang n tapak kaki. thats y belakang badan akan berpeluh2 kalau suhu mula turun. ye ke doktor? (ada sesapa doktor kat sini?)


apalaa yang nak jadi kat ariana nih. i mean selalunya bebudak demam nak jadi something kan? maybe nak start berjalan kot. or maybe nak tumbuh geraham. uiii...sakit woo...sian anak mummy nih. hopefully ariana can fully recover as soon as possible coz otherwise, kat PD nanti kita duk bilik jerlaa...tak dapat nak main pelampung ngan sand toy yang mummy beli tuh. cepat baik ye sayang.

Wednesday, March 9, 2011

baju coklat bunga2 putih, skirt labuh coklat

haaa...amik...seminggu tak hapdet, skali update aku bagi 3 entry terusss. menderu2 aku upload gambar. aku nih kalau takde gambar, tak reti nak citer camna. selalunya merapu2. pastu member aku yg chinese2 baca pun pening. hi eve! hehe. haa tengok, kan dah lupa nak taip apa. jap aku try reverse memory aku jap.

tet

tett

tettt

ting!

uii, jauh tul reversenyer. haa...actually aku nak citer benda2 biasa jer. life aku bukan happening sangat pun nak citer yang vavavoom. tadi aku baru balik dari klcc buat kali ke2 dalam minggu nih. semalam pegi sana carik swimsuit for ariana. bawak balik acu-cuba-try-test kat dia besar sangatla plak. so tadi pegi tukar. tapi tak tukar saiz, aku tukar item terus. saiz dia takde. aku tukar amik pelampung bentuk mushroom. suker3!!! dah lama bebenor aku carik mendalah tuh. dulu masa g sunway jumpa yg bentuk keta jer. tak cunnn. ariana girl, tak best arr duk dalam pelampung keta.


oh, lupa nak bagitau. nih yang aku sibuk2 carik swimsuit, pelampung bagai coz weekend nih plan ngan family alan nak gi pd. overnite kat sana. family aku dari kl, mertua, ipar duai n anak2 buah, gerak dari melaka. jumpa kat sana jer. (ina, kalau ko baca nih, sila konfem secepat mungkin ko nak ikut ke tak eh...n plis turun kl. takdenyer akak nak amik ko kat tanjong malim sana-kakak ipar garang nih). aku tak amik cuti pun. pegi sabtu, balik ahad. cukupla. lagipun aku nak save cutila. ni baru bulan mac. kang kot2 nak pakai cuti untuk emergency kena unpaid pulak. i tak nak k.


haha. tadi borak2 ngan colleagues, start dari minggu lepas, sekor2 mc. nih harini pun ada yang mc. diorang tunggu aku dengan tutt jer belum. tapi memandangkan tutt takkan amik mc berdasarkan rekod cemerlang dia selama 8 tahun, mungkin aku yang akan amik. eh, taklaa...tak sakit buat apa mc kan? mc pun kena simpan worr. mana tau cuti habis, anak or bapak anak tak sihat, kena amik mc jaga orang sakit kan?hehe. okla, tu jer nak merepek harini. kalau aku rajin nanti up lagi k. chow hock kin cin cau


p/s : tajuk takde kaitan ngan entry. itu cuma outfit aku harini.

Monday, March 7, 2011

kisah ini budak

dah lama tak cerita pasal ini budak...budak yang perasan macam dah besar sangat padahal berjalan pun pegang2 dinding lagi...budak yang suka landing kat dinding pastu tetiba melorot jatuh ke sisi...budak yang suka tiru apa yang babah ngan mummy buat...makan memilih nak yang orang besar punya...yang suap dengan sudu kecik dia taknak...suap ngan tangan or sudu besar baru dia nak...budak yang buat mummy dia terjerit2 tiap kali laju merangkak ke bilik air, hulur2 tangan bawah pintu bila babah tengah mandi...oooppppsss...tido taknak bantal kecik...mummy kena bungkus semua bantal2 kecik dia...dia nak bantal orang besar...lagi tinggi lagi best...especially bolster orang besar...syok wooo....panjang jer...golek2 mana pun kepala tinggi...dia jugak suka main remote...paling best bila tekan power bila mummy n babah tengah khusyuk tengok tv...makan masa gak nak hidupkan...lagi2 kalau tengah part klimaks tuh memang confirm mummy jerit...tapi budak nih suka bila mummy jerit...



oh, another favourite is talking on the fon...dia tau fon tuh supposedly pegang macamana, letak kat mana...dia paling suka bila mummy bukak sound recorder suara babah...pastu dia pun buat2 macam tengah borak ngan babah...sian dia, rindu babah lerr tuh...dia jugak suka landing sandar2 kat sofa macam orang besar...sebab babah dia pun suka landing kat sofa macam tuh...itu favourite spot babah...mummy suka duduk belah sini...


kalau dia buat salah, dia tunjuk jari (macam orag cakap aiyok tuh) buat2 tak bersalah...bukan yana yang bersalah, mummy n babah yang biarkan, sapa suruh...hehehe


budak nih jugak suka ikut mummy pakai cekak...dia pakai sendiri...walaupun cara dia pakai tak betul, tu tak kisah asalkan nampak macam mummy...oh, mainan yang sepah tuh bukan dia yang sepahkan tapi mummy dia yang teraburkan...nak kasi dia leka main...bukan apa, sebab mummy taknak yana sepahkan barang2 lain, mummy rela kemas mainan yana...senang jer, campak masuk bakul...

oh, this is another one her favourite things to do...to do bukan to drink...dia suka minum air especially dalam botol special yang mummy beli tuh...tengok tuh, siap tonggang2 pastu nanti tersedak2...pastu habis berhambur meleleh kat baju...dia tak nangis, dia sengih2 jer...kalau botol penuh, habislaa basah semua...pastu dia tonggah kat lantai pulak...kengkadang mummy tak bagi dia minum air sebab taknak dia buat sepah...pastu dia berak keras, baru mummy realize harini lupa bagi minum air...haiz...




sekian kisah budak yang perasan besar...oh, dahi dia memang jendul n rambut depan yang segan nak tumbuh lagi menampakkan kejendulan...jangan risau, dia sihat...takde penyakit kepala besar mahupun besar kepala...insyaAllah...

weekend punya cerita


jumaat lepas dalam kul 11am camtuh, suddenly dapat call dari makcu...dia mintak amik ariana coz dia nak balik kampung...ayah dia meninggal dunia, eksiden...innalillah...opah aku pun nak pegi tengok jugak so, takde sapa leh jaga ariana...aku call alan tanya camna? sapa nak amik ariana nih...aku susah sket coz takde keta...rumah makcu dalam kampung, kalau amik cab time solat jumaat lagi payah...so, alan kata dia pun amik cuti, amik aku kat ofis then terus amik ariana...masa aku sampai, makcu dah bertolak balik kampung...ariana melalak2 coz tak biasa dengan pakteh aku...tersedu sedan dia...


pastu kitorang straight balik rumah...pastu tetiba alan ajak balik melaka...tusyen apa semua dia cancelkan...dia kata dah lama tak balik lagipun dah ada peluang balik awal nih, dapatlaa lepak melaka lama sket...sementara tunggu solat jumaat selesai, aku pack barang2...sib baik gak opah bekalkan aku nasi ngan ayam kicap...takyah masak...lepas makan dalam kul 3.30pm kitorang bertolak balik melaka...siap angkut cadar2, kain baju kotor nak basuh kat sana...


sampai ngam2 before 7pm coz kitorang singgah mcD beli bubur untuk dinner ariana...malam tuh ayah belanja semua makan ikan bakar kat medan ikan bakar muara sungai duyung...syiokkkk...lama tak makan fresh seafood...order ketam masak cili 4 ekor, siakap 3 rasa 2 ekor, sotong goreng tepung 2 kilo, udang goreng kunyit sekilo, air buah 3 jag, nasi lemak 12 bungkus, makan untuk 7 dewasa, 3 kanak2 (tak termasuk ariana) dalam RM200.00...oklaa kan? sory, gambar takde coz tengah syok meratah ketam mana ingat nak snap2 gambar...habis merecik2 kuah cili ketam kat tudung ngan baju aku...betapa menikmati!


oh, melaka adalah saaaangat panas...mandi tak cukup 2 kali yer...rasanya every 2-3 hours kena mandi...kengkadang aku menahan lekit sampai nak masuk zohor baru mandi skali harung...sib baik bilik aku ada aircond...legaa...tapi takkan nak on aircond jer 24 jam kan...ngamuk pak mertua aku tengok bil letrik nanti...tapi masa ariana tido siang, memang kena pasang...lena....3 jam tido tuh...mana tak lama...cuba tengok camna babah dia tidokan anak tu haaa...siap tekup telinga anak ngan tuala+bantal tak nak bagi dengar bunyi2...pastu dengan aircond, dengan selubungnya...fuhhh...syiookkkk...kalau tak sedar diri, aku pun nak join!!!

nih gambar tido malam pulok...sajer tepek sini...