ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

1+1+1+2+2 = duit habis

vavavaaaa...tadi masa lunch hour sempat aku pi jak3l nak carik kain baju raya. keluar ofis awal sket kul 12.30pm then naik cab terus ke sana. memula plan nak naik lrt, pastu a fren suggest baik toksah. kang jadi macam dulu, dahlaa jauh gak nak menapak, pastu stuck pulak kat tengah2 wisma yakin tuh sementara tunggu orang solat jumaat. menyesal sungguh dulu aku pegi sana. kat koridor2 kedai pun penuh sejadah tuh. alan kata kalau jumaat dia selalu solat kat depan kaunter tiket lrt. hmmm...loss word. memanglaa kat mana2 pun boleh solat, tapi bukanker lebih elok kat tempat yang bersih. ntah orang pijak najis lalu lalang situ, kucing kencing ker. kalau solat kat masjid kat rumah pastu terus g keje rasanya sempat jer tapi yelaa, kita cuma suggest, diorang gak yang buat decision.



ok, dah melalut plak. actually nak citer pasal gi jak3l nih tadi. punya ramai manusia. aku ajak nurul teman. sampai jer sana pusing 1 round dulu survey corak2. rambang mata mak u olls. cantik2. besides pink, aku kan suka vibrant kaler. dapat SA sorang terus cakap apa yang aku nak. 10-20 kali dia bukak kain2 last2 aku decide amik 5 pasang. sementara dia nak potong tuh aku jalan2 lagi. cotton2 dia cantik2. baaanyak sangat choice. bukan setakat yang bunga kecik2 jer tapi warna terang benderang ko leh nampak dari kampung sebelah pun ada. tapi, aku tak amik cotton. aku amik crepe silk. senang. takyah gosok, takyah lining. tapi untuk ariana aku amikkan swiss cotton. untuk mama pun beli gak. aku nyer aku sauk 2. yang sama pattern pulak tuh. cuma kaler lain2. macam kena pukau pulak kat sana. kalau tak dek boss aku yang dah pesan balik before 2, aku still lagi kat sana.



mana nak lalu, nak pilih kain lagi kak oii...



ko agak siapa yang cashier tuh attend dulu? tu bukan beratur tau.


nak membayar pun hazab. dahlaa takde line. semua dok bergayut kat kaunter tuh. yang nurul dah tunggu kat bawah. diorang mostly SA push2 resit suh cashier kira cepat2. SA aku dah lama chow, aku ni haa di anaktirikan jer. adalaa dekat 10 minit gak berdiri tanpa suara kat situ. last2 after settle semua aku n nurul rushing pegi taxi stand. sambil lalu tuh sempat kitorang tapau kepok lekor. tak sempat amik proper lunch tau. sob2. cab plak berderet tapi takde driver, camna? jam dah pukul 2 dah. kitorang jalan ke depan sket pastu dapatlaa cab apek. sempat sampai ofis kul 2.10pm. oklaa kan? PASTU, ada akak nih jual tudung shawl plak. amik lagi. oh, banyak sungguh duit keluar harini. tajpe2, nanti kita claim. so, nilaa hasil saukkan.


eh, apsal aku rasa macam relief eh? maybe nilaa yang orang kata shopping theraphy. huhuhu.

Thursday, April 28, 2011

nak carik bajuu...nak carik bajuu...

tak boleh jadi nih. kengkadang aku suka baca balik apa yang aku taip. then kengkadang rasa syok sendiri kalau citer tuh bagi aku exciting. tapi bila aku baca pun nak skip2 jer, maka aku rasa cara penulisan aku dah makin boring. yes, aku join dunia blogging bukan setakat untuk catat diari hidup aku jer tapi aku nak jugak carik kawan2 baru. bukan aku tak suka kawan2 lama. tapi bila masa aku nak jumpa diorang? sebulan skali pun jenuh nak plan. dapat kawan2 baru kat dunia maya nih pun best gak. leh tukar2 thought dengan strangers. strangers yang tak kenal kita. maybe their point of view is different.


bulan april dah nak habis. sekejap jer. manalaa tak sekejap. aku kan mc 10 hari. lepak rumah jer memamng masa berlari. cer kalau kat opis. macam kura2 nak tunggu gaji. bulan nih banyak jer date yang penting. 6hb, bday adik demuk aku; emir. 15hb, bday adik gergasi aku; fatin. oooppppsss. 17hb, bday soulmate aku. tapi semuanya berlalu macam tuh jer. sorry guys. i'm not quite fit to celebrate. tapi aku dah janji nak tebus balik someday. fatin, nanti akak belikan perfume yang kamu nak tuh. yang, nanti alin ganti duit syg beli papago tuh eh. sapa suruh syg bayar? alin pegi belek2 barang kat aisle sebelah jer. takpe2, gaji dah masuk nih. emir, i manage to buy his present prior before his bday. i bought him some puzzle games. budak tuh bagi apa pun happy jer. baru 10 years old kan.


oh, i also had a few thing to buy for both my mom n mil. nak carik kain untuk baju raya. and mother's day gifts. thanks to my beloved husband, who choose GREY as this year's theme. susah k nak carik kaler tuh. aku dah bajet nak beli baju siap jer, senang. tapi susah nak carik baju budak2 yang berkaler dull gitu. baju orang2 tua banyaklaa tapi my moms bukan tua sangat. baru 50s. naklaa ceria2 sket. haiz. luckily next monday cuti. so thats my plan. wanna go to gulati's to search for the items. akan ku usaha sampai dapat!

Tuesday, April 26, 2011

inilah padahnya kalau tak reti


its only 5 days away to submit my e-filing. this is my 1st time doing it. no experience at all. i wanna ask alan but he also never submit e-filing before. pffttt. salah sapa skarang nih? i tried to fill in whatever details that i can think of. but the particular details about my exact amount of life insurance, medical coverage, contribution to certain organization i leave it blank as i'm not sure how much it is. hey, they said MUST DECLARE THE TRUTH right? so as i was clicking2 "save & continue" while skipping the "i'm not sure" part, i key in my ic no, my password and PHOOFFF!!! Your application have been submitted. ALAMAK! terlepas sudah (dengan intonasi ala2 stacy; terlebih sudah) hmmm...what to do? have anybody encounter the same problem as mine? can we log in again and modify/edit whatsoever? if can't then can i claim for next year tax declaration? please help...somebody? anybody?

pending entry : dot dot dots

oh, aku ada hutang 1 post untuk korang. dulu aku ada cakap yang aku tengah collect barang2 polka dots (later will be refer as pdots) and i will post a special entry about it. now only i have the mood to talk it out. since i have a daughter, i have grew to like pdots prints. maybe becoz at that time whenever i wandering around window shopping for the yet to be born ariana, all the cute teeny tiny clothes, socks, blankets, and many more are mostly with pdots. babies and pdots is like inseparable. then i found more and more pdots prints outfit and stuff for grown ups. yup. there's some for me too! me and ariana even have a baju kurung with similar pdots prints. you dont know how i react when i found it. terloncat2 aku kat kedai tuh. seronot!




see, its almost the same right? told ya!


so, gradually i collected pyjamas, blouses, shawls, shirts, shoes and a few other stuff. until now, i still dont feel bored of the pdots yet. i still wanna see how far i would go with the prints. here are some of the things that i manage to snap the pic.


HERS :


leggings, shoes, blankets, pillow case


headbands



baju kurung




pyjamas. ada lagi but didnt have time to search for the softcopy


MINE :




i have another 2 black shawl with pink dots


blouses


umbrella that already lost yesterday. i left it in a cab. sob. sob.


i still have few things on my target. still havent got the bedsheet, nice n schick carpet, curtains, toilettries, stationaries, yada yada yada. too bad i cannot think of any pdots stuff for my husband though. i can't buy pdots shirt even if the dots is only teeny tiny dots. he is not that metrosexual kind of thingy. any idea?

Wednesday, April 20, 2011

she's 15

kejap jer anak dara aku sorang nih membesar. dah 15 bulan dah. paling ketara perangai dia :

dah boleh menapak 2-3 langkah. lebih2 dia duduk terus. tapi kalau dia pegang hujung jari kita, dia boleh jalan jauh gak. bukan takleh jalan dia nih, mlas sket jer. she knows that i hav been waiting for it. sengih2 dia. bangga lerr tuh.

sangat suka menari. kalau tgh leka main pun, kalau ada lagu apa2 background mesti bergelek jer perut dia. pastu kalau perasan orang pandang dia, dia sengih2.

suka membebel/menyanyi/bercakap. tapi ntah hapa2 laa...aku pun tak paham.

suka tiru apa orang buat. nih variety. kadang2 aku tak sedar aku tongkat dagu. tgk kat dia rupanya dia pun pegang dagu gak. pastu sengih2. eleh. kalau tengok orang solat, dia pun sama sibuk nak sujud kat sejadah tuh.


suka baca buku. well, bukan dialaa yang baca tapi dia yang amik buku n suruh kita bacakan. dia ada favourite book. kalau kita baca buku lain, dia tak marah. tapi dia amik gak buku dia baca sendiri. ntah hapa ntah bunyinyer. tak kisahlaa. bagus anakku!

babah yang dah keletihan tapi terpaksa layan baca buku gak


susah nak bagi makan. tapi kalau makanan kita dia sibuk nganga. bosan kot asyik makan bubur+ayam+karot+kentang. mummy tak kreatif. takut nak bagi sebarang. takpe, mummy baru beli buku resepi for baby tuh, nanti kita try k.

sangat suka sengih. bukan senyum. nampak semua gigi2 dia. tapi ngan orang yang dia kenal jelaa. kalau orang2 yang jumpa skali skala tuh amik masa gaklaa.


suka pretend cakap telefon. tapi kalau aku call dari opis, senyap, sengih jer. babysitter dia cakaplaa.

paling suka tekan button power kat astro remote. coz that will trigger our screams. sajer jer nak attention.


dah mula nak pegang botol sendiri. ko bayangkan dah setahun lebih taknak pegang botol. kalau aku bancuh susu, kena tunggu plak dia minum. kalau tak, bolehla aku lari jap buat hal lain.

makin hari muka lebih kepada babah dia. cuma mata jer still bulat ikut aku.oh, n dahi jendul. hahaha.

she's 1 happy baby. mintak tolong aku apa2 senyum jer sementara aku nak tolong. contoh macam dia suka main zip. skali zip tuh ketat. aku tolongla. takpun dia nak kita kuncikan mainan dia. yang bergerak2 bila dikunci tuh. senyum jer. sejuk jer mata. yelaa, anak sendiri.hehehe

tapi! bila dia moody, sangatlaa menggugat iman. sekarang pun dah nampak sapa garang. akulerr tuh. kengkadang kalau dah tak tahan, aku pukul tapak kaki dia. bukan sakit pun. cuma nak dia tau kita marah. tapi tak jalan daa...


apalagi eh? tu jelaa yang aku dapat ingat buat masa nih.

Wordless Wednesday : my office new attraction


cantik ker? cer teka kat mana nih...opppsss, not really wordless...

new things in my life

hi all. thanks for the get well soon wishes. im feeling a bit better now. cuma kena berpantang kat rumah jelaa. well, if you are watching me right now, serupa tak pantang pun ader. i guess its a bit hard to do it when you don't feel any pain. dulu jalan slow giler coz terasa pedih2 perut kesan c-sec. nih aku kelmarin siap vakum rumah segala. dapat mc nih means only 1 thing for me. HOUSECHORES. bila lagi nak buat wei. lagi2 bila si kenit tuh ada kat rumah. pastu aku bleeding balik. maka, kena marah ngan alan. anyway, semalam aku plan nak mop, terus cancel coz alan gi sorok pencuci lantai. maka aku buat laundry jelaa dengan my new shiny helper. wahh...syok. tak payah aku nak perah ngan tangan lagi. kalau nak kutuk mesin lama tuh, seribu perkataan pun tak habis. aku suka helper baru aku nih not only becoz its fully auto, tapi sebab dia kaler pink-brown dengan corak bunga2 lagi tuh. very the girly.
and then my skin care regime. tahun nih aku dah nak masuk 3 series. terasa tua. tengok cermin pun tak sanggup dekat2. nampak nau aku kena tukar skin care aku. no more whitening, brightening punya barang. now kita harus tukar ke anti-wrinkle, aqua booster, anti-darkcircle, renew, rejuvenate, re re re. so, slowly aku tukar set garni3r aku ke set bi0-ess3nce. so far ok jer. takde keluar apa2 yang tak sepatutnya. dari segi improvement aku tak perasan lagi. tapi harituh aku tanya soalan cepu perak kat alan...


alin : yang, kulit alin nampak lain tak? nampak ok sket kan?
alan : nampak...
alin : lain macam mana?
alan : err...(lama terdiam) nampak berseri
alin : ahahhahaha...nampak sangat tipu, tak ikhlas! (typical women. puji salah, tak puji salah)

aku baru jer pakai mendalah2 nih tak sampai sebulan. we'll see how. oh, one more aku join kawan aku order bb cream from korea by missha. oklaa...pengganti moisturizer n foundation. kiranya kalau ko nak cepat sangat. pakai itu jer sudah. they said it will come to malaysia. dia akan pasarkan kat watson. aku suka bau dia, macam bedak baby. aku beli bb boomer, bb shiny, n bb cream. kalau nak tau lebih lanjut, go to dairimama.blogspot.com



oh, and one more...

insyaAllah will be ours by end of this month. Alhamdulillah

Wednesday, April 13, 2011

BERITA TERGEMPAR!!!

hi all. currently i'm typing this entry from my bed in a ward at al-islam specialist hospital. i will go for d&c tomorrow morning. yepp. i'm pregnant. i mean, i WAS a pregger since 11 weeks ago. sorry i didn't inform you guys. this is the reason why. altho i did slipped my tounge to a few people and probably people in d office have guessed it based on the tightness of my outfit lately. hehe. gumuk kah? pregnant kah? to some who ask, i said it was lemak (actually it IS true coz the embryo is just the size of a pea. yang lebih tuh memang lemak ngan taik jelaa)


pagi tadi masa aku beristinjak, aku perasan ada sikit blooded mukus. sikit benor. so aku ignore jer. aku sms tanya doc then doc suruh aku datang hospital buat checkup. then aku planned nak gi petang sketla. skali masa lunch aku bleeding. macam period tuh. kira separuh penuhla panty liner aku tuh. dahlaa boss aku tgh blanja buffet lunch kat intercontinental hotel. tak khusyuk aku nak mentekedarah. aku inform alan, dengan sepantas kilat alan apply cuti (mamat nih memang suka cuti2 nih) amik aku kat opis then kitorang terus headed to al-islam. Aku ke sini coz dari bersalin ariana memang aku kat sini. So senang, ada reference. Takyah citer banyak2. Doc said my “supposedly 8 weeks pregnancy based on last 2 weeks scan embryo size”(sapa pernah pregnant faham; last 2 weeks kalau from my last period sepatutnya aku 9 minggu tapi bila scan saiz bb menunjukkan baru 6 minggu) cuma bersaiz 5 weeks ++ which is so weird coz dia macam shrinking instead of growing.


Ok, bagi yang dh bosan aku explain, to cut story short, bb not growing. Bleeding means aku keguguran. So doc suggest buat d&c. tapi sebab aku kedekut, aku mintak doc buat surat untuk aku pegi GH coz aku dulu wat d&c kat sana. As expected, walaupun kat al-islam doc dah scan, godek2 segala, ko still kena lalui proses sama malah lebih sakit kat GH. Aku bukan nak takut2 kan korang, Cuma ini dari pengalaman aku. Proses dia macam pap smear Cuma depends pada doc. Doc kat GH nih muda2 belia n mostly belum kahwin. So dara mereka belum terusik dan mereka tak tahu lagi bila dara diusik secara paksa, ia amatlah sakit. Buatla pelan2. Ini, boleh pulak suruh aku tarik napas macam nak bersalin. Wei, aku nih dulu c-sec. mana tau tarik napas nak bersalin tuh macamana. Pastu selamba kodok aku Tanya korang dah kawin? Pastu baru dia tersengih2 kata belum. Faham pun maksud aku. Tapi itu jelaa yang ngeri nyer. After that d&c proses tuh tak sakit pun. Ko dah pengsan, tak rasa apalaa. Oh, except kena cucuk kat blakang tangan nak masukkan bius. Yang itu sakit gak. Ok, back to the story. Bebudak nih taknak buat d&c terus. Dia nak suruh aku balik n come back after 2 weeks. Nak tunggu janin tuh drop naturally. Sakit wei kalau tunggu. Turun sendiri means ada contraction. Aku Tanya are they going to do all the procedures all over again? Maksud aku yang godek2 tadi tulaa. N she said yes. Hah. Dan2 tuh aku call balik al-islam nak book buat d&c besok. Bayor pun bayorlaa. Coz doc aku pun dah advice kalau kandungan tak ok, better cuci daripada biar dia kat dalam. Takut infection. So, that’s how I’m at al-islam right now. Jap lagi cuci then mc 10 hari. JANGAN JELES. Hehehe.


ok, pelik ker aku tak sedih? sedihlaa. takkan tak sedih tapi this is not my 1st time. this is my 3rd miscarriage. so perasaan tuh masih boleh dikawallaa. masa yang 1st dulu, aku ngan alan nangis berpelukan kat luar klinik. sedih sangat2. then the 2nd time it happened so fast sampai aku tak sempat nak excited getting pregnant. yela, pagi tuh test sendiri positive. Skali petang tuh bleeding sampai 4 hari pastu PLOOP! Keluar seketul. Pegi scan balik, doc kata dah habis keluar semua. Takyah cuci. Aku rasa aku nih jenis yang senang lekat tapi susah nak kekal. Body aku sendiri tak kuat. Kena pantang macam2 masa pregnant. Takleh terentak, makan kena jaga, kena inject every 2 weeks and amik ubat untuk kuatkan womb. Masa pregnantkan ariana macam tuhlaa. Banyak kos worr nak keluarkan budak jendul tuh. C-sec pulak lepas tuh. Kalau aku nak letak hantaran dia RM20 ribu korang rasa ok tak? apa2 pun, wish me luck!


Tuesday, April 12, 2011

melawat babies lagi...


my latest kazen-yes, i still hav baby kazen. muda kan aku? masa nih nama tak tau lagi tapi baby girl.


abang baby. kazen aku gakla. firhan.


ariana melalak kena ketuk ngan pakcik firhan. nampak apa kat tangan firhan tuh? abaikan aku yang tgh khusyuk kelentong borak



next : anak ira. nashri apa ntah. baby boy.


abang baby ngan kawan baru. najmi n ariana.


p/s : bekalan baby gift dah habis. ngam2 jer. kena beli nih. (alasan nak shopping)

INDEPENDENCY : belanja sekolah

semalam borak2 dengan alan pasal student2 kat sekolah dia. melampau2 belanja sekolah diorang skarang nih. korang bagi anak2 korang blanja brapa? anak aku kecik lagi. tapi duit blanja boleh tahanlaa...mak dia yang belanjakan. beli baju, beli kasut. alan kata ada kazen2 dia yang dari kecik mewah duit belanja. n tak pernah ditolak kalau mintak apapun. maka, bila dah besar, mak ayah yang dipersalahkan bila anak tak mendengar kata. iye ker? salah mak ayah ker?


ok, patah balik citer tadi. alan kata tengok belanja budak2 di kantin dah boleh agak, paling kurang RM10 sehari. air twister diletakkan penuh dalam fridge yang BESAR menjelang tengahari dah kosong. tak mainla kuih muih untuk minum pagi atau petang. diorang lebih suka baham aiskrim wall, corneto. ada sorang student dia, mengaku duit blanja mama n papa bagi RM50 sehari! kalah kita2 yang bekerja nih. anak tunggal, mama majistret, ayah bisnes sendiri. memanglah dia mampu tapi elokker muakan anak2 dengan wang ringgit berlebihan? ada lagi sorang student, semasa sesi ambil report kad, cikgu mengadu pada ibubapa, anaknya selalu keluar dari kawasan sekolah untuk ke starbucks pada waktu rehat. dengan selamba ibunya menjawab, ye saya tahu. saya baca resit kredit kad dia. budak darjah 6 ada kredit kad? wah! anak2 sekarang. aku nih dulu keje dekat 2 tahun baru ada kredit kad. itupun tak brani nak apply lebih2. 2 cukup. 1 visa, 1 mastercard.


teringat masa aku kecik dulu. darjah 1 dan 2-doposen,darjah 3 dan 4-pat posen, darjah 5 dan 6- namposen. ting 1-singgit, ting 2 dan 3-RM2, ting 4 dan 5-RM3 sebab petang ada tusyen. seeee...ada tusyen petang pun 3 hengget jer tau. jadi gak orang. nak demand lebih2 memang tak boleh. kan aku dah bilang. duit belanja ehsan onyang. kalau nak kaya sket bila baru balik dari rumah mak, mak bagilaa duit belanja sorang seploh ker. takpun tunggu besday, abah bagi duit. nih nak bagi tips camna nak survive ngan duit blanja banyak tuh. are you ready? panjang nih. ok. masa blanja doposen tuh, aku dah start ada geng. ramai. dalam 12-13 orangla. rehat pulak lama. bagi orang yang berblanja doposen, doploh minit tuh lama k. so, takkan ko nak makan 1 benda pastu nganga tengok orang makan for the rest 15 minutes kan? so, kita belilaa kuih yang tak cepat habis. nilai nyer 1 tapi ada banyak. iaitu...kuih cekodok pat bijik cucuk kat lidi. kunyah pelan2 each of the cekodok untuk kill time. tau2 by the last piece tuh ngam2 jer loceng bunyik.


pastu kitorang nih lepak bawah pokok hujung padang, jauh dari kantin. so, kalau ada kengkawan yang malas nak menapak ke kantin, aku sedia berkhidmat dengan upah yang murah. bakat nih sampai turun ke adik aku, si zana. coz dia rehat skali ngan aku pastu dia paling kecik, so kena bulilaa. ada pulak skali tuh si zana nih boleh hilangkan duit kawan aku tuh. berpeluh aku ngan zana gi carik. tak jumpa. nak menangis pikir camna nak ganti. mau tak makan seminggu nih. sib baiklaa kawan aku tuh pemurah lagi penyayang. dia siap ganti duit upah walaupun benda makan dia tak dapat beli. ADIRA, kalau ko baca blog aku nih, aku takkan lupa jasa ko pada kitorang walau sekumit.


pastu ada pulak 1 kali tuh ntah sapa yang bengong pegi suggest buat jadual, setiap hari kena ada yang blanja semua. keropok seposen pun takpe. aku ingat lagi turn aku hari khamis. ber3 ngan nadia n sapa ntah lagi sorang. aku nih ikatlaa perut dari hari jumaat sampai ke rabu semata2 nak makan keropok seposen beramai2 pada hari khamis. bila pikir balik cam siayal jer. duit aku dahlaa sikit. pehal lak nak blanja orang2 lain kan? aku still ingat masa tuh ada rmt. rangkaian makanan tambahan. tapi sebab aku eksyen segan, aku tak bagitau cikgu. tapi kengkadang bila lalu kat meja rmt, kalau cikgu ajak, aku join gak. hahaha. pastu kat sekolah menengah dah problem sangat coz singgit kira mewah n kebanyakan kawan aku pun dapat rate cenggitu. dapatlaa makan berat sikit. mee kari ker, bihun goreng ker, nasi lemak ker. masa sekolah rendah onyang kata buat apa makan berat, nanti ilmu tak masuk otak. lagipun kat rumah dah breakfast, lunch pun kat rumah. setakat lapik2 perut jer, cukupla. betul gak kata dia tuh ek.


pastu, masuk form 4. aku tusyen kat jalan chowkit sana. so, aku kena bajet tambang n kudapan dalam kelas kalau tak ngantuk giler. lunch memang takde arr. sib baik aku tusyen seminggu skali jer. slalunya aku akan makan nasi lemak pagi. dulu tak macam sekarang. nam posen jer. baanyaakkk. pastu on the way gi tusyen aku beli bun or asam kulit limau. cannot both coz bajet tak cukup. so, kalau ngantuk, pilih asam. kalau lapar, pilih bun. sampai rumah balun dinner puas2.


macamana susah pun aku masa kecik dulu, nama nak mintak duit lebih kat onyang kitorang tak brani. coz kitorang sedar diri. menumpang kasih ngan diorang. dah cukup besar jasa dia besarkan kitorang. now, SUKAHATI AKULAA KALAU AKU NAK BOROS PUN. ADA AKU PAKAI DUIT KO?! itulah alasan bila aku boros. boleh? hahahaha.

Wednesday, April 6, 2011

ssrroooott...ssreeetttt...haachuuumm!!!

aarrrgghhh....this flu really suck the energy out of me. rasa macam dalam kepompong. telinga tersumbat, hidung tersumbat. orang cakap pun antara dengar ngan tak jer. client call pun aku terpaksa jerit2 coz perasan dia tak dengar padahal aku yang pekak. aku nih jaarang sangat sakit. except migrainla. kalau aku mc tuh memang itu jelaa... tapi kalau demam, selsema, batuk nih rasanya dah beberapa tahun tak kena. TAPI sekali aku sakit, dia takkan datang mild2 jer. confirm collapse. nih pun rasa cam nak pengsan. sib baik keje kat opis, duduk jela. kalau tak larat sangat, letak je kepala atas meja or gi tido kat stor. bentang kotak, baring, dapat sejam pun jadila. sorgaa!

Tuesday, April 5, 2011

i-need-my-me-time pastu sesat!




laa...taklaa lama sangat tak hapdet. baru 5 hari. normallaa...sabtu ahad mana dan nak hapdet apa2. masa untuk family ajer. pastu semalam aku mc pulak. jangkit flu ngan ariana. dia dah baik. turn mummy dia pulak. babah dia dah selalu kena flu nih. hidung sensitif. anak (kengkadang mummy) picit hidung sket dah selsema. bersin2. pedih2 mata. pastu taknak amik mc. pastu bila kita amik mc, dia jeles pulak. just nak share apa aku buat weekend harituh. walaupun takdelaa marvellous pun tapi tetap nak share gak.



on saturday already planned a date with my girlfren. and memandangkan dia selalu tanya mana baked pasta aku, ku gagahkan diri membuatnya. kang meleleh pulak air liur baby dalam perut tuh. maka sesampai je kat rumah lepas keje hari jumaat tuh, aku terus prepare bahan2. ingatkan at least sempat goreng inti, skali alan pun ada hal. kul 2 pagi baru balik. aku nih kalau tidokan anak, almaklum haruslaa tertido skali. so, besoknyalaa baru buat. masak pasta pun sambil dukung ariana. budak tuh memang takleh main sensorang. mesti nak teman. kalau tak, dia sibuklaa nak ikut duk dapur. pastu mulala korek sana korek sini. kalau wet kitchen aku tuh bersih ya amat tahap boleh amik makanan jatuh kat lantai pastu terus masuk mulut, aku taklaa kisah sangat. pastu situ taman permainan cik T pulak, lagilaa aku haramkan ariana merangkak sampai ke wet kitchen tuh. aku letak dia kat highchair, melalak pulak. sampai keluar air2 hidung. terpaksalaa aku dukung.



kepala aku dah hangin coz i've planned this few weeks dah pastu tetiba my fren bagi syarat pulak. takleh lama2 coz she wanna go to a freakin bday party. pastu suddenly alan pulak kena pegi sekolah for a while. n couldnt take care ariana in d morning. (actually alan keluar sejam jer tapi ko tetap nak hangin eh alin. hormon change ker?) asal aku buat plan jer ada yang kacau. grrr...sib baiklaa pung pang pung pang by 11.30 semua settle. janji ngan member kul 11am kat lrt universiti, kul 11.30am baru kuar rumah. BUT it was worth it.






eventhough it's just 3 hours, we had haagen daz's ice cream, shopping for maternity clothes, book shopping at mph and had a nice time chit chatting while sipping our ice blended at coffee beans. nothing fancy pun. selama nih yang aku meroyan nak jalan nak jalan tuh bukan nak buat benda2 yang extravaganza pun. i. just. need. my. me. time. then on sunday we got an appointment with al-islam. (jeng jeng jeng) then balik rumah terus terpengsan 3 beranak until 3.30pm. bangun2 dah lapar. i called kenny rogers delivery. makan2, suap ariana. banyak dia makan. suka kenny's eh. selalu tak dapatla. kopak mummy. ehehe. then mandi2 siap2 nak pergi rumah abah.



dah lebih 2 bulan abah tak jumpa ariana. tak jumpa aku takpe, dah biasa. lagipun babies development adalah sangat cepat. baru sebulan tak jumpa dah lain. abah baru pindah putra heights. 1st time laa nih nak pegi sana. as usual, kitorang memang fail nak mencari. ikut direction abah, ikut nkve. tapi kitorang tak tau nkve tuh kat mana. so ikut federal coz alan kata tengok google map tmpat tuh dekat ngan uitm shah alam. so ke shah alam kita. pusing 1 shah alam tak jumpa signboard putra heights. aku n alan dah hangin dah nih. ko salahkan aku, aku salahkan ko.



cut story short, last2 kitorang keluar balik ke federal highway masuk subang jaya area rumah lama abah then ask for abah's direction from there. lerr...senang jer. padahal dalam kul 6.30 gitu dah lalu dah. abah boleh plak tak teringat nak bagi direction dari subang jaya. kul 8.30pm baru sampai ok. 2 jam setengah kat jalan! sib baik ariana pun tido jer. kalah balik melaka. aku dah nekad dah. tak kira. pasnih, alan kena ada gps gak. kronik betullaa...elok2 tgh bahagia buat bahan bergaduh jer bila sesat2 nih. aku dah tau, memang itulaa hadiah besday dia aku nak bagi 17hb nanti. nak request benda lain, tahun depanlaa ye yang.....

Friday, April 1, 2011

Bikers

This morning before hantar ariana to her babysitter, i playfully stand her at the motorcycle. skali dia taknak turun pulak. alamak. so alan carefully bawak round2 jap then tengok dia pun cam ok jer, takde nak duduk ke, nak terjun ke hapa so we continue our journey as it is. jalan yang biasa kitorang lalu pun jalan kampung jer, so oklaa kot. tak takut sangat. jalan besar cuma skali jer lalu. masa motor tengah jalan tuh kejap2 dia toleh, sengih2. suka sangatlaa tuh. geram tengok budak nih. eksyen!