ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 20, 2011

she's 15

kejap jer anak dara aku sorang nih membesar. dah 15 bulan dah. paling ketara perangai dia :

dah boleh menapak 2-3 langkah. lebih2 dia duduk terus. tapi kalau dia pegang hujung jari kita, dia boleh jalan jauh gak. bukan takleh jalan dia nih, mlas sket jer. she knows that i hav been waiting for it. sengih2 dia. bangga lerr tuh.

sangat suka menari. kalau tgh leka main pun, kalau ada lagu apa2 background mesti bergelek jer perut dia. pastu kalau perasan orang pandang dia, dia sengih2.

suka membebel/menyanyi/bercakap. tapi ntah hapa2 laa...aku pun tak paham.

suka tiru apa orang buat. nih variety. kadang2 aku tak sedar aku tongkat dagu. tgk kat dia rupanya dia pun pegang dagu gak. pastu sengih2. eleh. kalau tengok orang solat, dia pun sama sibuk nak sujud kat sejadah tuh.


suka baca buku. well, bukan dialaa yang baca tapi dia yang amik buku n suruh kita bacakan. dia ada favourite book. kalau kita baca buku lain, dia tak marah. tapi dia amik gak buku dia baca sendiri. ntah hapa ntah bunyinyer. tak kisahlaa. bagus anakku!

babah yang dah keletihan tapi terpaksa layan baca buku gak


susah nak bagi makan. tapi kalau makanan kita dia sibuk nganga. bosan kot asyik makan bubur+ayam+karot+kentang. mummy tak kreatif. takut nak bagi sebarang. takpe, mummy baru beli buku resepi for baby tuh, nanti kita try k.

sangat suka sengih. bukan senyum. nampak semua gigi2 dia. tapi ngan orang yang dia kenal jelaa. kalau orang2 yang jumpa skali skala tuh amik masa gaklaa.


suka pretend cakap telefon. tapi kalau aku call dari opis, senyap, sengih jer. babysitter dia cakaplaa.

paling suka tekan button power kat astro remote. coz that will trigger our screams. sajer jer nak attention.


dah mula nak pegang botol sendiri. ko bayangkan dah setahun lebih taknak pegang botol. kalau aku bancuh susu, kena tunggu plak dia minum. kalau tak, bolehla aku lari jap buat hal lain.

makin hari muka lebih kepada babah dia. cuma mata jer still bulat ikut aku.oh, n dahi jendul. hahaha.

she's 1 happy baby. mintak tolong aku apa2 senyum jer sementara aku nak tolong. contoh macam dia suka main zip. skali zip tuh ketat. aku tolongla. takpun dia nak kita kuncikan mainan dia. yang bergerak2 bila dikunci tuh. senyum jer. sejuk jer mata. yelaa, anak sendiri.hehehe

tapi! bila dia moody, sangatlaa menggugat iman. sekarang pun dah nampak sapa garang. akulerr tuh. kengkadang kalau dah tak tahan, aku pukul tapak kaki dia. bukan sakit pun. cuma nak dia tau kita marah. tapi tak jalan daa...


apalagi eh? tu jelaa yang aku dapat ingat buat masa nih.

No comments: