ok, patah balik citer tadi. alan kata tengok belanja budak2 di kantin dah boleh agak, paling kurang RM10 sehari. air twister diletakkan penuh dalam fridge yang BESAR menjelang tengahari dah kosong. tak mainla kuih muih untuk minum pagi atau petang. diorang lebih suka baham aiskrim wall, corneto. ada sorang student dia, mengaku duit blanja mama n papa bagi RM50 sehari! kalah kita2 yang bekerja nih. anak tunggal, mama majistret, ayah bisnes sendiri. memanglah dia mampu tapi elokker muakan anak2 dengan wang ringgit berlebihan? ada lagi sorang student, semasa sesi ambil report kad, cikgu mengadu pada ibubapa, anaknya selalu keluar dari kawasan sekolah untuk ke starbucks pada waktu rehat. dengan selamba ibunya menjawab, ye saya tahu. saya baca resit kredit kad dia. budak darjah 6 ada kredit kad? wah! anak2 sekarang. aku nih dulu keje dekat 2 tahun baru ada kredit kad. itupun tak brani nak apply lebih2. 2 cukup. 1 visa, 1 mastercard.
teringat masa aku kecik dulu. darjah 1 dan 2-doposen,darjah 3 dan 4-pat posen, darjah 5 dan 6- namposen. ting 1-singgit, ting 2 dan 3-RM2, ting 4 dan 5-RM3 sebab petang ada tusyen. seeee...ada tusyen petang pun 3 hengget jer tau. jadi gak orang. nak demand lebih2 memang tak boleh. kan aku dah bilang. duit belanja ehsan onyang. kalau nak kaya sket bila baru balik dari rumah mak, mak bagilaa duit belanja sorang seploh ker. takpun tunggu besday, abah bagi duit. nih nak bagi tips camna nak survive ngan duit blanja banyak tuh. are you ready? panjang nih. ok. masa blanja doposen tuh, aku dah start ada geng. ramai. dalam 12-13 orangla. rehat pulak lama. bagi orang yang berblanja doposen, doploh minit tuh lama k. so, takkan ko nak makan 1 benda pastu nganga tengok orang makan for the rest 15 minutes kan? so, kita belilaa kuih yang tak cepat habis. nilai nyer 1 tapi ada banyak. iaitu...kuih cekodok pat bijik cucuk kat lidi. kunyah pelan2 each of the cekodok untuk kill time. tau2 by the last piece tuh ngam2 jer loceng bunyik.
pastu kitorang nih lepak bawah pokok hujung padang, jauh dari kantin. so, kalau ada kengkawan yang malas nak menapak ke kantin, aku sedia berkhidmat dengan upah yang murah. bakat nih sampai turun ke adik aku, si zana. coz dia rehat skali ngan aku pastu dia paling kecik, so kena bulilaa. ada pulak skali tuh si zana nih boleh hilangkan duit kawan aku tuh. berpeluh aku ngan zana gi carik. tak jumpa. nak menangis pikir camna nak ganti. mau tak makan seminggu nih. sib baiklaa kawan aku tuh pemurah lagi penyayang. dia siap ganti duit upah walaupun benda makan dia tak dapat beli. ADIRA, kalau ko baca blog aku nih, aku takkan lupa jasa ko pada kitorang walau sekumit.
pastu ada pulak 1 kali tuh ntah sapa yang bengong pegi suggest buat jadual, setiap hari kena ada yang blanja semua. keropok seposen pun takpe. aku ingat lagi turn aku hari khamis. ber3 ngan nadia n sapa ntah lagi sorang. aku nih ikatlaa perut dari hari jumaat sampai ke rabu semata2 nak makan keropok seposen beramai2 pada hari khamis. bila pikir balik cam siayal jer. duit aku dahlaa sikit. pehal lak nak blanja orang2 lain kan? aku still ingat masa tuh ada rmt. rangkaian makanan tambahan. tapi sebab aku
pastu, masuk form 4. aku tusyen kat jalan chowkit sana. so, aku kena bajet tambang n kudapan dalam kelas kalau tak ngantuk giler. lunch memang takde arr. sib baik aku tusyen seminggu skali jer. slalunya aku akan makan nasi lemak pagi. dulu tak macam sekarang. nam posen jer. baanyaakkk. pastu on the way gi tusyen aku beli bun or asam kulit limau. cannot both coz bajet tak cukup. so, kalau ngantuk, pilih asam. kalau lapar, pilih bun. sampai rumah balun dinner puas2.
macamana susah pun aku masa kecik dulu, nama nak mintak duit lebih kat onyang kitorang tak brani. coz kitorang sedar diri. menumpang kasih ngan diorang. dah cukup besar jasa dia besarkan kitorang. now, SUKAHATI AKULAA KALAU AKU NAK BOROS PUN. ADA AKU PAKAI DUIT KO?! itulah alasan bila aku boros. boleh? hahahaha.
No comments:
Post a Comment