ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, April 5, 2011

i-need-my-me-time pastu sesat!




laa...taklaa lama sangat tak hapdet. baru 5 hari. normallaa...sabtu ahad mana dan nak hapdet apa2. masa untuk family ajer. pastu semalam aku mc pulak. jangkit flu ngan ariana. dia dah baik. turn mummy dia pulak. babah dia dah selalu kena flu nih. hidung sensitif. anak (kengkadang mummy) picit hidung sket dah selsema. bersin2. pedih2 mata. pastu taknak amik mc. pastu bila kita amik mc, dia jeles pulak. just nak share apa aku buat weekend harituh. walaupun takdelaa marvellous pun tapi tetap nak share gak.



on saturday already planned a date with my girlfren. and memandangkan dia selalu tanya mana baked pasta aku, ku gagahkan diri membuatnya. kang meleleh pulak air liur baby dalam perut tuh. maka sesampai je kat rumah lepas keje hari jumaat tuh, aku terus prepare bahan2. ingatkan at least sempat goreng inti, skali alan pun ada hal. kul 2 pagi baru balik. aku nih kalau tidokan anak, almaklum haruslaa tertido skali. so, besoknyalaa baru buat. masak pasta pun sambil dukung ariana. budak tuh memang takleh main sensorang. mesti nak teman. kalau tak, dia sibuklaa nak ikut duk dapur. pastu mulala korek sana korek sini. kalau wet kitchen aku tuh bersih ya amat tahap boleh amik makanan jatuh kat lantai pastu terus masuk mulut, aku taklaa kisah sangat. pastu situ taman permainan cik T pulak, lagilaa aku haramkan ariana merangkak sampai ke wet kitchen tuh. aku letak dia kat highchair, melalak pulak. sampai keluar air2 hidung. terpaksalaa aku dukung.



kepala aku dah hangin coz i've planned this few weeks dah pastu tetiba my fren bagi syarat pulak. takleh lama2 coz she wanna go to a freakin bday party. pastu suddenly alan pulak kena pegi sekolah for a while. n couldnt take care ariana in d morning. (actually alan keluar sejam jer tapi ko tetap nak hangin eh alin. hormon change ker?) asal aku buat plan jer ada yang kacau. grrr...sib baiklaa pung pang pung pang by 11.30 semua settle. janji ngan member kul 11am kat lrt universiti, kul 11.30am baru kuar rumah. BUT it was worth it.






eventhough it's just 3 hours, we had haagen daz's ice cream, shopping for maternity clothes, book shopping at mph and had a nice time chit chatting while sipping our ice blended at coffee beans. nothing fancy pun. selama nih yang aku meroyan nak jalan nak jalan tuh bukan nak buat benda2 yang extravaganza pun. i. just. need. my. me. time. then on sunday we got an appointment with al-islam. (jeng jeng jeng) then balik rumah terus terpengsan 3 beranak until 3.30pm. bangun2 dah lapar. i called kenny rogers delivery. makan2, suap ariana. banyak dia makan. suka kenny's eh. selalu tak dapatla. kopak mummy. ehehe. then mandi2 siap2 nak pergi rumah abah.



dah lebih 2 bulan abah tak jumpa ariana. tak jumpa aku takpe, dah biasa. lagipun babies development adalah sangat cepat. baru sebulan tak jumpa dah lain. abah baru pindah putra heights. 1st time laa nih nak pegi sana. as usual, kitorang memang fail nak mencari. ikut direction abah, ikut nkve. tapi kitorang tak tau nkve tuh kat mana. so ikut federal coz alan kata tengok google map tmpat tuh dekat ngan uitm shah alam. so ke shah alam kita. pusing 1 shah alam tak jumpa signboard putra heights. aku n alan dah hangin dah nih. ko salahkan aku, aku salahkan ko.



cut story short, last2 kitorang keluar balik ke federal highway masuk subang jaya area rumah lama abah then ask for abah's direction from there. lerr...senang jer. padahal dalam kul 6.30 gitu dah lalu dah. abah boleh plak tak teringat nak bagi direction dari subang jaya. kul 8.30pm baru sampai ok. 2 jam setengah kat jalan! sib baik ariana pun tido jer. kalah balik melaka. aku dah nekad dah. tak kira. pasnih, alan kena ada gps gak. kronik betullaa...elok2 tgh bahagia buat bahan bergaduh jer bila sesat2 nih. aku dah tau, memang itulaa hadiah besday dia aku nak bagi 17hb nanti. nak request benda lain, tahun depanlaa ye yang.....

2 comments:

Mummy AwwalHariz said...

hehe.. bila masa plak putra heights dekat ngan uitm.. hehe.. mmg senang kalau ikut nkve.. ada exit putra heights terus.. ikut kesas pun ok.. dekat je ngan opisku di shah alam..

aLin arLene said...

nilaa jadinya kalau tak jalan selalu (hint kat hub). nama jalan ngan highway pun fail. :P