ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label venting. Show all posts
Showing posts with label venting. Show all posts

Monday, July 9, 2012

marah betul ko eh....

ok, i know that i need to blog about my journey delivering baby adam mikhail to the world for his reference, but its just too long and i think i wanna post about this 1st. cikgu's fren's wife post this status at fb and suddenly it became a hot topic that i just had to interfere. most of the commentor are teachers except me n that meroyan lady. sudahnya aku malas nak layan. lantakla ko nak meroyan sensorang kat sana. what d u think?







Monday, January 16, 2012

tinggal kepala jer. the rest dah kena makan.

oh, tajuk tuh bukan pasal kari kepala ikan ke apa. sabtu lepas cikgu belikan ariana hamsters as her bday present. katanya cancel beskal. beli ini sudah. i was like eh, sesuai ker budak 2 thn nak main hamster? kang penyek dia picit kang. tapi cikgu assured me that he will take care of the hamster for her. ok, jangan sampai bedding berminggu tak tukar, makan minum tak isi pulak eh. so belilaa sepasang as it was only 15.90 each and buy 1 free 1.


kat rumah ariana duklaa mengadap cage. segala aktiviti hamster or she called chi-chit nak bagitau "mummy, chi-chit tido""mummy, chi-chit mamam""chi-chit, cakapla". sampai nak pegi kedai pun dia babai chi-chit. 1st nite we put it on the table so cikT (yes, cikT masih ada) tak dapat mengapa2kan those hamsters. but last nite as i was busy handling crancky ariana coz dia takmo tido plus preparing for work, i totally forgot to move the cage from the floor. cikgu plak dah sedap tido kat dalam.


around 6am camtuh i heard a thudding noise from outside my room. sekali jer. i tot adik alan, ira who are currently staying with us siap2 nak pegi keje. or, the worst case i could think maybe cikT terlanggar cage tuh. takkan dia boleh masuk plak kan?but to our surprise.....cer teka what happen? yup, maka jadila seperti tajuk di atas. eee...nak citer pun ngeri. but before that around 8am alan check his hp and ira sms saying 1 of the hamster dah mati. aku memang tak jengukla cage tuh. pegi balik toilet pun dalam cahaya samar. skali alan check rupanya tinggal kepala tersepit kat cage tuh. the rest dah hilang dimakan cikT. siap berdarah2 kat tepi cage tuh. Allahuakbar. i feel so bad about it. the other hamster macam trauma. duk lari2 dalam cage macam restless. camna cikT manage to grab that hamster pun aku taktau. tengok pada ketinggian bangkai, cikT tuh probably quite big. seriously aku sakit hati. sib baik ariana tak paham lagi. nak bunuh tak boleh. cikgu said malam nih kena operasi gak. but we will ask ira to do the job. takpe kan? desperade sangat nak makan eh. takde benda ko dapat, pet aku plak ko bedal. nanti kau.

Wednesday, November 9, 2011

rasa macam separuh jiwa hilang

harini baru datang ofis. semalam aku mc. itu nanti aku citer. lagipun memang aku hutang 1 citer ngan korang kan. harini tak larat sangat. dalam lrt lagi dah rasa nak pitams. tapi gagah jugak gi ofis. lagi syiok sebab rupanya big boss pun cuti. leh aku tido kalau tak larat sangat. skali ada bad news daa. tonton.com no more. IT dept aku dah block! %&*%(& tul. aku baru ingat nak marathon soffiya 2 episod akhir, tihany, cinta elysa ngan melodi. PENDENGKI sungguh tau.


tepi aku nih ada bilik server/maintenance. every day akan ada orang admin/IT/building management/ntah sapa2 masuk sini. skali adalaa patlima kali. kengkadang berpuluh kali. menyampah aku. apsallaa diorang tak buat bilik server kat tempat lain. nih nak kena masuk dept kitorang then buat bising kat sini. banyak kali gaklaa aku sajer berdecit2, cakap "sibuk" biar diorang tau kitorang tak suka. pernah skali tuh sorang tuh siap bertenggek kat blakang aku nih. memang nak mintak kena soundlaa kan. pastu suka2 nak pinjam telefonlaa apalaa.


agaknya masa2 tulaa diorang ternampak maka sifat dengki dan busuk hati meluap2 sebab diorang banyak keje kot or diorang takde internet or maybe diorang takde pc pun. bukan aku abaikan keje aku pun. keje aku beres ok. ko nak aku melanguk tengok apa kat skrin nih? dah laa system cam hampas. sudahnya aku layan blog jelaa. aku rasa diorang takleh block blog sebab ada banyak url kan. aku leh jer layan tonton kat rumah. hahaha. padan muka.

Wednesday, November 2, 2011

its not a wardrobe malfunction, its a disaster!!!

dem. baru ingat nak ceria2 pagi tadi dengan baju cerah. skali ada staf department lain tegur "laaa, ingatkan aunty tadi" baru aku cam dang!!!! huwaa!!!! apsal aku leh lupa kaler uniform pantry maid opis nih!!!!!

cer korang tengok, sama ker?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

muka aunty dikaburkan demi menjaga privasi


vs




muka "aunty" mengadu domba pada alan sambil paksa alan amikkan gambar


Thursday, October 6, 2011

kroni

ok. aku tak pahamla ngan jenjiran aku kat rumah sewa nih. i mean i have a very good family as my left side neighbour. they watch out for our belongings and all. tapi nih aku nak merempan about the rest of the neoghbours. just because they BUY their house doesnt mean that they can treat us less. currently they are obsessed with outsiders who parked at our flat. ok, memangla salah. mentang2 blok kitorang nih nearby the lrt station kan. then they suggest for each house to buy sticker for their cars. and whoever wants to buy that sticker, must present their current water bill to confirm that they live here. thats a very, very good idea. whats not good is they said those who rent from the original owners (like us) can only apply 1 sticker while the original buyers can apply more. "sepuloh pun boleh" bak kata one of my neighbour. ada pulak pakcik siap cakap "kalau ada bini empat mana cukup 1 sticker" haha...very funny, NOT!

eh, sticker tuh beli ok. kalau sapa nak, dia belilaa kan. ko nak 10 ker, 1 ker, up to the individuallaa kan. eventhough aku ada 1 keta jer but we’re planning on buying 2 stickers. that’s for our fren, who always park here coz sometimes we need to use his car. he even give us a set of his car keys. or for ibu ayah whenever they came here. harituh masa pergi kedah, ayah park keta dia for 3 days pun pakcik-makcik-pencen-takde-keje-melainkan-usha-keta-orang dah berkira2 nak tampal notis. diorang tampal dengan GAM ok. giler dengki. kalau nak compare parking space blok aku dengan blok lain, takdela padat pun. every nite cuma 2-3 keta jer yang double parking. the rest elok jer dapat parking elok2.

ada jer sorang couple nih dulu duduk blok ni pastu dah pindah ke blok lain. tapi sebab dia hantar anak kat babysitter sini, dia parking keta dia tuh siang hari kat blok nih elok plak tak kena apa2. sebab dia baik ngan kroni2 tuh. diorang lebih kurang baya aku ngan alan jer tapi masa duduk sini laki bini sombong nak mampus. aku ngan alan brape kali cuba senyum diorang leh jeling jer. bawak anak kat klinik sama for check up pun leh buat2 tak nampak. eh, malas aku nak berbaik dah. aku pun boleh gak wat dunno jer. ko ingat ko sorang jer boleh?

last nite diorang meeting. pandai, time meeting ko panggil kroni2 ko je eh. pastui nanti decision unanymous laa…takpe, pasni kalau diorang still nak buat gak kroni2 macam tuh, taulaa aku nak buat camna.

Thursday, September 8, 2011

sory jer tak cukup

aku suka kucing tapi aku bukan pencinta kucing. setakat main2, bagi makan tu oklaa...bab membersih memang tak kuasa. itu aku serah pada yang lebih berhati waja macam zana. tu pasal jugak aku tak bela kucing. bela hamster pernah tapi tak panjang jodoh pulak. rumah mak aku ada kucing yang dianggap macam anak mak aku. sikit2 "abu" pastu compare2 yana ngan abu. "abu pun dengar kata" pffttt...tapi takpe, sayang binatang kan sunnah rasulullah s.a.w.




zana punya prihatin sampai satu masa dulu masa tuh kitorang sekolah rendah lagi. dia darjah 3, aku darjah 5 kot. ada anak kucing terbiar. kecik lagi. ntah mana maknya. zana main2 kejap dengan dia kat luar pastu anak kucing tuh lari2 kat celah pokok ketakutan sebab dengar pakcik tengah mesin rumput. masa tuh mesin rumput still pakai bilah besi tuh tak macam sekarang pakai tali plastik (genius orang yang cipta tuh. kurang risiko) pastu ntah camna pakcik tuh tgh menebas pokok2 renik kat tepi rupanya terkena mata kucing tuh. yelaa, dia nyorok kat bawah2 pokok tuh mana nak nampak kan...aku tak salahkan pakcik tuh tapi zana sampai nangis2. dia jeling pakcik tuh kaw2. dia angkat kucing tuh, dia bersihkan luka, dicariknya kotak, letak kain, bagi susu, dia sensorang lap2 darah kucing tuh. aku tengok dari jauh jer. aku ngeri. kotak letak kat luar. kucing tuh tak mati tapi esoknya dah hilang. aku teman zana yang menangis pergi merata blok carik tapi tak jumpa. orang kata kalau kucing tuh dah sayang kita, dia takkan mati depan kita. wallahualam.




Rasulullah sangat sayangkan binatang. lebih2 lagi kucing. tau tak sejadah yang kita guna untuk solat tuh sejarahnya ada kaitan ngan kucing? asalnya sejadah bukan segiempat tepat. tapi hujung kat atas ada bentuk segitiga. macam yang aku lukis tuh. 1 hari rasulullah s.a.w nak solat then dia nampak ada kucing tengah tido dengan nyenyak kat hujung sejadah (cantik tak aku lukis kucing? hehe). maka rasulullah pun potong hujungnya dan sejak itulaa sejadah kita bentuk segiempat. peribadi rasulullah yang satu ini juga diikuti oleh para sahabat. Abu Hurairah yang bermaksud bapak kucing mendapat namanya kerana dia pun begitu sayangkan kucing. dia menjaga kebajikan kucing2 dengan baik malah sanggup dikorbankan serbannya buat alas tido kucing.





ok, aku nih bukan nak cerita pasal kucing sesajer tapi sebab terkilan pasal kes petknode tuh. how cud they do that? orang melayu islam kita pulak tuh. yang sepatutnya lebih tau tentang ajaran2 rasulullah. aku pernah tengok video pompuan kat china pijak anak kucing and kena tangkap. itupun aku tengok separuh jer. tak sanggup. apsal diorang nih leh bebas haa? dah tipu duit customer ribu2. ada yang dah anggap kucing2 tuh macam family members diorang. saying sorry is just not enuf. aku nih yang bukan pencinta kucing tegar pun akan hulur tulang2 ayam bawah meja untuk kucing2 liar makan. tak yahlaa ko usap pun. kalau aku nampak anak2 kucing terkontang kanting tepi jalan, aku alihkan supaya tak kena langgar. haa ni dah eksyenlaa nak citer kebaikan sendiri. bukan. aku cuma nak bagi contoh benda yang kita boleh buat if not adopt kucing2 terbiar nih pun. tau tak berbaik dengan binatang sebenar cara paling senang nak collect pahala. binatang nih semua let it be vavi sekalipun memang dah confirm masuk syurga dah. tak pasal2 ko dapat dosa aniaya haiwan. kalau haiwan perosak macam cikT lainlaa...dapat singgit lagi kalau dapat tangkap sekor.





sayangilah kucing2 tak kira sapa punya. sekian entry ustajah alin.

Saturday, August 13, 2011

are we still in the ice age?

semalam terbaca sambungan kes wanita dikerat 15 bersama2 anak kecilnya yang berusia 20 bulan. (isyh, mudah rasa sedih teramat especially when the victim is almost ariana's age). suami mangsa tidak melaporkan kehilangan isteri kerana menyangka isteri dan anak berada di kampung. ok, kat sini aku taknak fikir kemungkinan suaminya yang bunuh coz itu belum confirm but the fact that he didnt communicate with his family makes me feel upset. dun u miss ur family? if u dun miss the wife sekalipun, takkan tak rindu pada anak yang secomel itu?


i've read few more case that happen because there are no communications between the family. a man in his 70s was found dead after a week. dah lebam and berulat. itupun lepas jiran mengadu terbau busuk datang dari dalam rumah. isterinya tiada kerana menetap di rumah anak2 untuk berjumpa cucu. bedahsiasat mendapati sudah seminggu that man died due to heart attack; the same day that the wife left the house. takkan tak call suami/ayah. dah makan ker? makan apa? ok ker? sampai seminggu? tak logik sungguh!!


another story that i read in the paper; 2 boys abang dan adik age 3 and 4 was found weak and starving after 2 days left by their mother. jiran terdengar bebudak tuh nangis dari hari pertama tapi menyangka itu perkara biasa. masuk hari kedua jiran tuh suspicious then bila jenguk tengok bebudak tuh terbaring lesu kat hall. rumah berkunci. then only the jiran contact the father inform hal tu. mak dia mungkinlaa mental tinggalkan anak macam tuh tapi ayah yang mental ok nih tak call anak2 kat rumah ker tanya khabar? bebudak tuh cakap diorang lapar sangat so diorang duk minum air paip jer sebab takde makanan kat rumah. kesian tau.


cerita2 nih semua bukan aku reka tapi kenyataan siap ada gambar dalam paper yer. zaman yang serba canggih nih with bibik and bangla pun ada henfon 2-3 bijik, takkanlaa susah sangat nak make 1 fon call. kalau tak dapat, try again, sms suruh call back. tak payah hantar telegram or burung merpati nak kirim berita. macam zaman batu la plak. kengkadang bila fikir2 balik, kena ada jugak jiran yang jenis busybody nih. yang jenis hari2 nak borak. kalau kita takde buat salah, mereka2 nih memang boleh diharaplaa. kot ada yang buat salah, memanglaa orang2 busybody nih tak disukai kan? biarlaa dia busy sket janji ada yang amik tau regardless what is their intention. kita pun kenalaa rajin2 menegur, bertukar2 buah tangan untuk mengeratkan silaturrahim.


alan pun tak call hari2 tapi ada jiran yang amik berat memang lega kalau terjadi apa2. like that day alan ada camping, dia inform line celcom takde so dia siap2 tinggalkan no lain untuk dihubungi. kecemasan kita tak tahu bila. malang tidak berbau.


p/s : tak suka busybody melampau. tapi suka jiran yang peramah dan suka bersedekah :) makes me try my hardest to return back the favor with my cooking. practise makes perfect, rite?

Tuesday, July 5, 2011

erkkkk tanda seru kali 3

saya dah buat salah hari ini titik tapi saya tak rasa bersalah titik sapa suruh dia yang block keta saya titik dia patut tahu risikonya kan tanda soal jadi bukan salah saya kalau saya tolak keta dia pastu keta dia tercalar kena no plat keta orang kan tanda soal dan tanda seru tapi rasanya takde sapa yang tahu titik tengahari nih baru dia tahu kot sebab walaupun dia block keta orang koma dia tak sedar diri nak alihkan keta dia awal awal pagi titik

Monday, June 13, 2011

tokwan

sorry lama menshutdownkan blog nih. alaa, sapa jerlaa pun yang baca nih? aku jer yang perasan. semua pun dah tau my latest status nearly 2 weeks ago. what happen that day sangat merobek hati aku bukan ajer sebab pemergian atok tapi juga sebab aku dan adik hampir2 tak dapat jumpa atok buat kali yang terakhir. "terima kasih" pada orang2 yang sepatutnya bertanggungjawab memberitahu aku. now i know where my place is in the family. hanya pada pukul 1pm aku dapat tahu itupun daripada nurse bertugas di wad. niat nak menziarah atok pada lunch hour turn to a race to see him for the last time di tanah perkuburan. mujur belum dikebumi lagi. aku diberi kesempatan mencium atok buat kali terakhir. atok, alin sayang atok. you are the best man i've ever met in my life.



dah, aku taknak ingat dah kejadian tuh. bakar darah jer ingat2 balik.



lepas tuh aku terus bercuti sebab aku dapat 3 hari compassionate leave and aku memang dah apply for 5 days leave the following week. kami buat tahlil 3 malam hingga jumaat. sabtu pagi balik melaka, isnin balik kl, selasa pagi bertolak ke penang dengan mak n fina. percutian yang sudah dirancang berbulan2 yang lalu diteruskan jugak walau sebenarnya macam takde mood pun. lagipun nak jenguk maklong, paklong, and my kazens and abang ngah's newborn baby. sampai penang banyak aktiviti tak dapat buat pun. bukit bendera, tren problem. tanjung bungah, kes kencing tikus. ferringhi, ombak besar makes us think twice to swim at the ocean. tokong ular, hujan lebat dari 10am until 2pm. maka kami berehat di bilik hotel dan mandi pool sahaja. malas nak tepek gambar boleh tak? lagipun takde apa yang best pun. tempat makan yang aku carik kat blog2 pun tak berjumpaan. setajkat breakfast kat mcD, dinner kat kfc, tak payahla nak amik gambar kot. makan kat padang kota food court pulak mahal+tak sedap+kotor. sila. jangan. pergi. jumaat pagi bertolak ke kl. sabtu pulun laundry, kemas rumah, dapat tangkap 5 ekor cik T!!! ahad lak persidangan Umn0 lagi. fuhh... badan nih rasa penat sangat. sebelah kiri dah sengal2 nih. bilalaa nak pergi urut nih. aku n ariana selsema+batuk pulak. hisyhhh...



dahlaa... besok2 kalau aku rajin, aku citer lagi k.

Wednesday, May 4, 2011

baca paper nak ngamuk

this morning i read about 3 girls a little older than ariana probably drown. ok, taknak speaking dah. nak venting nih. kena bahasa ibunda+rojak. baru puas. sapa tak suka, jangan teruskan pembacaan coz aku nak ngamuk, nak lepaskan marah. so, jangan nak marah aku balik kalau aku guna bahasa kasar k.

ok, aku assume korang dah baca berita 3 beradik yang lemas tuh. yang pergi berkelah ngan bapak n gf bapaknya. yang aku tak puas hati, kenapa bapak dia bodoh sangat pegi bawak budak2 mandi sungai dah tau musim hujan? kalau ye pun nak anak2 bermesra2 dengan bakal mak tiri, ko bawaklaa pegi tempat kanak2. taman tema melambak. padang mainan melambak. pusat hiburan kanak2 pun melambak. apa ke bangang sangat ko ni haa bapak? oh, ko nak jimat eh. bawak gi mandi sungai takyah bayar, free. setakat bawak sandwich sardin sebungkus dah kenyang. ko pun boleh mengulit gf ko bawah pokok sesambil tengok anak2 ko main air eh?wei, pikir guna otaklaa wei. 2-5 years old tuh kecik sangat nak mandi sunagi. ko takkan mampu jaga unless adult lebih ramai dari kanak2. sorang jaga 1. paham?

aku boleh bayangkan tapi aku tak boleh nak rasa macamana perasaan mak diorang. bebudak tuh sihat walafiat dia hantar ke rumah mertua sebab tak nak putuskan silaturrahim. yang ko sesedap rasa jer bawak keluar tanpa inform mak dia. ko mesti kecut kot3 coz ko kan nak bawak gi jumpa gf. takkan mak diorang benarkan punya. aku nak salahkan lelaki kang ramai lak lelaki yang datang belasah aku kat sini. tapi, mak2 nih membebel bersebab. coz women tend to think negatively unlike men who take things easy. ini situasi yang dapat aku pikirkan

kalau mak ada, mak takkan mandi coz mata melilau nak tengok barang, nak perhati anak2, anak2 kecil main kat gigi2 air setakat cecah buku lali jer.

bapak pulak, jom2 kita gi tgh sikit. bapak dukung. kiri sorang, kanan sorang. gf peluk pinggang kuat2 sambil pegang yang besar. wtf.

tengok, ko kuat sangat ker? dengan ngko, ngan gf ko skali hanyut. sebab ko besar, senang untuk orang ramai selamatkan, tapi bebudak tuh? tenggelam timbul pun tidak, macamana nak terkapai2, yang 2 tahun tuh? seriously, sambil taip nih pun mata aku dah bergenang. sekelip mata semuanya dah takde. aku doubt bapak diorang lebih sedih dari mak diorang. menyesal tak sudah, mungkin. aku doakan semoga mak bebudak tuh kuat semangat, kuat iman menerima qada dan qadar Allah.

huh, aku cakap nih macam tak selari pulak. marah2 macam tak redha tapi lepas tuh kena terima ketentuan Allah pulak. ok, bagi aku, memang ajal maut dah ditentukan. same goes as rezeki. TAPI, kita jugak kena berusaha, prevent benda2 bahaya. contohlaa eh. katakan A ada barah. doktor kata ada 2 tahun jer lagi nak hidup. pastu? ko takyah gi berubatlaa? ko still kena cuba hidup selama mana yang boleh. pegi kemo, makan ubat, jumpa doktor. contoh B. perlu ker ko nak terjun bangunan sebab nak test, ajal ko dah sampai ke belum. contoh C macam yang jadi nilaa. ko dah tau bahaya, ko boleh nak amik risiko bawak bebudak mandi sungai lagi? ni yang aku marah sangat nih coz diorang sangat kecik yang memang tak tau nak jaga diri sendiri. kencing berak pun taktau basuh lagi. kalau dah sekolah tuh, larang2 pergi jugak, lain cerita. kamonlaa...tapi yang pasti, diorang semua tuh konfem jadi bidadari syurga. itu janji Allah.