aku suka kucing tapi aku bukan pencinta kucing. setakat main2, bagi makan tu oklaa...bab membersih memang tak kuasa. itu aku serah pada yang lebih berhati waja macam zana. tu pasal jugak aku tak bela kucing. bela hamster pernah tapi tak panjang jodoh pulak. rumah mak aku ada kucing yang dianggap macam anak mak aku. sikit2 "abu" pastu compare2 yana ngan abu. "abu pun dengar kata" pffttt...tapi takpe, sayang binatang kan sunnah rasulullah s.a.w.
zana punya prihatin sampai satu masa dulu masa tuh kitorang sekolah rendah lagi. dia darjah 3, aku darjah 5 kot. ada anak kucing terbiar. kecik lagi. ntah mana maknya. zana main2 kejap dengan dia kat luar pastu anak kucing tuh lari2 kat celah pokok ketakutan sebab dengar pakcik tengah mesin rumput. masa tuh mesin rumput still pakai bilah besi tuh tak macam sekarang pakai tali plastik (genius orang yang cipta tuh. kurang risiko) pastu ntah camna pakcik tuh tgh menebas pokok2 renik kat tepi rupanya terkena mata kucing tuh. yelaa, dia nyorok kat bawah2 pokok tuh mana nak nampak kan...aku tak salahkan pakcik tuh tapi zana sampai nangis2. dia jeling pakcik tuh kaw2. dia angkat kucing tuh, dia bersihkan luka, dicariknya kotak, letak kain, bagi susu, dia sensorang lap2 darah kucing tuh. aku tengok dari jauh jer. aku ngeri. kotak letak kat luar. kucing tuh tak mati tapi esoknya dah hilang. aku teman zana yang menangis pergi merata blok carik tapi tak jumpa. orang kata kalau kucing tuh dah sayang kita, dia takkan mati depan kita. wallahualam.
Rasulullah sangat sayangkan binatang. lebih2 lagi kucing. tau tak sejadah yang kita guna untuk solat tuh sejarahnya ada kaitan ngan kucing? asalnya sejadah bukan segiempat tepat. tapi hujung kat atas ada bentuk segitiga. macam yang aku lukis tuh. 1 hari rasulullah s.a.w nak solat then dia nampak ada kucing tengah tido dengan nyenyak kat hujung sejadah (cantik tak aku lukis kucing? hehe). maka rasulullah pun potong hujungnya dan sejak itulaa sejadah kita bentuk segiempat. peribadi rasulullah yang satu ini juga diikuti oleh para sahabat. Abu Hurairah yang bermaksud bapak kucing mendapat namanya kerana dia pun begitu sayangkan kucing. dia menjaga kebajikan kucing2 dengan baik malah sanggup dikorbankan serbannya buat alas tido kucing.
ok, aku nih bukan nak cerita pasal kucing sesajer tapi sebab terkilan pasal kes petknode tuh. how cud they do that? orang melayu islam kita pulak tuh. yang sepatutnya lebih tau tentang ajaran2 rasulullah. aku pernah tengok video pompuan kat china pijak anak kucing and kena tangkap. itupun aku tengok separuh jer. tak sanggup. apsal diorang nih leh bebas haa? dah tipu duit customer ribu2. ada yang dah anggap kucing2 tuh macam family members diorang. saying sorry is just not enuf. aku nih yang bukan pencinta kucing tegar pun akan hulur tulang2 ayam bawah meja untuk kucing2 liar makan. tak yahlaa ko usap pun. kalau aku nampak anak2 kucing terkontang kanting tepi jalan, aku alihkan supaya tak kena langgar. haa ni dah eksyenlaa nak citer kebaikan sendiri. bukan. aku cuma nak bagi contoh benda yang kita boleh buat if not adopt kucing2 terbiar nih pun. tau tak berbaik dengan binatang sebenar cara paling senang nak collect pahala. binatang nih semua let it be vavi sekalipun memang dah confirm masuk syurga dah. tak pasal2 ko dapat dosa aniaya haiwan. kalau haiwan perosak macam cikT lainlaa...dapat singgit lagi kalau dapat tangkap sekor.
No comments:
Post a Comment