ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, September 24, 2011

lontong

last 2 weekend aku masak lontong ngan sambal sotong. memula plan nak guna sotong kembang tapi sebab unavailable so kita belasah pakai sotong putih jer. so, memandangkan hubby dah puji, haruslaa aku share resepi supaya korang2 pun leh dapat pujian sama. dari hubby koranglaa...takkan dari hubby aku lak kan...haipppp



so bahan2 bergantung pada kesukaan korang. ini aku bagi ikut apa yang aku letaklaa harituh k. aku buat seperiuk besar untuk 7-8 orang makan. kalau nak buat sikit, pepandailaa kurangkan bahannya eh...


4 ulas bawang merah - hiris

2 ulas bawang putih - hiris

sedikit minyak untuk menumis

2 sb cili boh. kalau nak pedas, masuk cili api blend sket.

santan 2 kotak - kalau pakai santan pure lagi sedap

serai sebatang - titik

serbuk kunyit


bahan isi : ini ikut korang nak banyak mana tapi kalau terlebih bahan nanti kuah jadi sikit. so pepandailaa eh.


20 ekor udang

sebijik terung dipotong serong nipis2

6-7 btg kacang panjang dihiris serong

1/2 btg carrot potong ikut suka

sepeket tempe dipotong kecik

2 keping tauhu dipotong kecik

sedikit kobis dipotong kecik

sedikit fucuk dan suhun




cara2 :


tumis bawang dan cili boh sampai naik bau. masukkan santan sekotak. jangan masuk semua dulu. nanti senang nak ejas pekat cair kuah. masukkan serai then masukkan udang. bila udang dah hampir masak, masukkan serbuk kunyit. then masukkan sayur2 yang keras dulu like carrot, kacang then szayur dah lembut sikit masuk sayur lain. tauhu, fucuk dan suhun masuk last skali bila dah nak tutup api. jangan lupa masukkan garam dan perisa secukupnya. ejas pekat cair dan kemasinan kuah. bila dah puas hati, dah siaplaa. amacam, senang kan?





dah siap bolehlaa makan dengan nasi impit, sambal dan telur rebus. pastu kalau buat banyak leh ulang makan petang, malam n breakfast esok paginyer...nom nom nom...


No comments: