ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label independency. Show all posts
Showing posts with label independency. Show all posts

Wednesday, June 13, 2018

dan tokcik pun pergi menghadap Penciptanya


Assalamualaikum :(

Tokcik dah takde. Dia pergi dalam bulan yang mulia pada hari Khamis minggu lepas. 7 June bersamaan 22 Ramadhan pada pukul 4.55am di Hospital Selayang selepas jantung dia berhenti buat kali ke 4. sebelum tu since rabu dia lemah, masa call ambulance dia masih sedar.. masa paramedik check all her vital signs dia pengsan, jantung stop, they do CPR and intubate but blood gushing out from the tube. since then 3 kali jantung berhenti. sekali di hospital. and selepas kali yang ke 3, doctor said that oxigen tak sampai ke otak due to her heart stops several times. the attached her to a life support machine to pump blood but doctor already told us to be prepared. they wont do any CPR if her heart stops again. they said it will only hurt her.

lebih kurang macam arwah tokyong dulu cuma arwah tokyong jantung stop due to overdose potassium lepas operation buang lump pada breast.. that morning macam mamai2 when my husband wake me up and inform me about her passing. sebab i planned utk tukar giliran jaga dia di hospital pagi tuh. so lepas tuh kami hantar anak2 ke pengasuh. ariana ikut pergi ke jabatan forensik. Alhamdulillah dapat sama2 dengan makcik2 and my cousins mandikan arwah. dari hospital terus ke masjid untuk disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah onyang, tokyong, tokwan dan ayahlong. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

ada yang tanya siapa tokcik. to some maybe tokcik nih sekadar seorang tua yang tidak kahwin dan tiada anak yang pernah menjaga diorang. to me she is more than that.. dia ada ketika my parents takde.. dia mencukupkan ketika my parents tak cukup.. dia ambil tahu ketika my parents tak ambil kisah.. i care for my parents but tokcik have a special place dear to my heart.. her monthly allowance from me tak cukup pun rasanya dengan jasa dia menjaga kami siang dan malam.. pindah randah kerana kami sebab ada yang dengki.. tak suka tokcik dan onyang jaga kami.. tokcikla yang berhabis duit untuk segala keperluan selain pakaian sekolah dan pakaian raya.. 

hari jadi kami tokcik sambut sekadarnya dengan beli KFC.. onyang akan suruh makan ayam KFC dengan nasi supaya tak meratah lauk yang cuma beberapa ketul.. duit belanja sekolah pun ehsan tokcik.. darjah 1 dpt 20sen.. onyang kata buat apa makan beria2 kat sekolah, dah sarapan di rumah, balik sekolah nak makan nasi.. makan banyak otak benak.. darjah 2 hingga 4 naik 40sen.. waktu rehat 20 min terasa panjang bila kau takde apa sangat nak dikunyahkan.. jadi aku selalu beli cekodok sebab dapat 4 ketul yang boleh dikunyah perlahan2 sebijik demi sebijik to kill time.. amik upah pegi kantin belikan makanan kwn2 sebab tempat melepak jauh kat hujung padang..

banyak kali kami demam..call2 abah dia kata nanti..tokcik dan onyanglaa jaga lap2 badan, demah kepala dengan air asam jawa, bg makan panadol dewasa dipatah dua dicairkan..pahitnya Tuhan ajer yang tahu.. orang kata kalau belum ajal, sakit pun masih hidup.. dengan tokciklaa naik bas pegi klinik panel ofis abah di Jalan Ipoh..tapi kad panel tak jumpa..tokcik menangis merayu pada doktor utk claim under panel sebab dia takde duit.. dah terdesak sebab kami pengsan2 di sekolah.. panadol sahaja tak mencukupi.. bila teringat macam tuh, luka lama terasa kembali..its not that i didnt forgive those yang aniaya kami samada sedar atau tak tapi i will never forget no matter how many times they say sorry.. dengan onyang aku dan zana langsung tak berkesempatan nak menabur budi, membalas jasa..sebab masa tuh aku baru praktikal tanpa elaun..

dengan tokcik, Alhamdulillah walau tak banyak, aku sedaya boleh cuba penuhi permintaan dia.. permintaan yang tak seberapa pun.. yang sentiasa diminta halal padahal memang hak dia pun..tak perlu mintak halal dengan aku.. dan aku bertuah dan bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami my family background..sebagaimana aku menghormati dan menyantuni tokcik, begitu juga dia.. sentiasa beri ruang untuk aku membalas jasa tokciik, mengisi masa2 kosong tokcik, berulang alik ke rumah tokcik, ke hospital, ke mana2 yang dirasakan perlu.. 

and now nak raya, masakan tokcik yang tiada tandingan di mana2 coz i grew up eating her cooking; will be missed.. masakan yang cukup masam manis masinnya.. yang pekat rasa lemaknya.. di hari raya yang paling dinanti2 masak lodeh tokcik.. wancu sempat belajar, aku pun sempat buat sendiri sekali tapi takkan pernah sama dengan yang asli.. sedekahkan alfatihah buat tokcik.. dia takde anak yang soleh yang dapat mendoakannya, dia bukan orang yang kaya untuk bersedekah selalu.. pahalanya mungkin daripada ilmu2 yang dia ajarkan pada kami2 yang dijaganya.. dan dia amat menjaga silaturrahim sesama saudara.. tak pernah berhutang menyusahkan sesiapa.. malah orang lain lah yang berhutang dengan dia.. semoga tokcik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. inshaaAllah kita jumpa di syurga Allah.. :(



Friday, January 29, 2016

legaaaa...


Assalamualaikum :)

semalam boss panggil sorang2 masuk bilik dia...serah surat cinta yang dinanti2kan semorang kat sini...aku masuk dengan takde high expectation langsung...kalau ada Alhamdulillah, kalau takde pun syukur masih ada kerja...compared to cikgu yang cuma dapat 500 bonus or my sister in O&G line yang takde bonus, takde increment plus rumours said the salary pun akan dipotong 20-30%, banyak tuh...my sister pun kata she still grateful still have a job to pay for monthly expenses...so, 20% cut tuh anggapla cut for perbelanjaan untuk enjoy2...she can still live without enjoying too much kan...now nak enjoy kenala creative...tak perlu belanja mahal2...negara kita banyak park, rumah kondo pun ada pool so tak payahlaa nak check in hotel semata nak mandi pool and play their themepark...nak pergi bercuti pun fikir tempat2 yang boleh kill 2 birds with 1 stone kiranya...contohnya lama tak jenguk makcik kat penang, so marilah kita ke penang sambil melawat sedara leh gak jalan2...duit hotel kita sedekah kat makcik while stay at her house...dia pun seronok ada teman kan...

ok, panjang pulak mukadimah...before tengok surat tuh, dah niat nak setel hutang2 dulu...walaupun at the same time "add items to cart" kat lazada...hahaha...pastu tengok kak moon beli corelle, usha corelle pulak...senaraikan hadiah2 kiv yang tak beli2 lagi (hadiah ariana pun tak beli lagi) bape banyak nak simpan, bape banyak nak belanja...pastu bila dah tengok, ok...Alhamdulillah ada jugak...kurang sikit dari tahun lepas tapi takpe...sapa nak bagi kan? memang happy sangat few hutang cukup untuk dilangsaikan sepenuhnya...cuma lazada dan corelle tinggal kenanganlah...hehehe...takpe, beli pun mana nak letak kat rumah tuh...lagipun pinggan dah ada (pujuk hati) tgahri dapat, klik2 tak balik lagi dah habis...tapi legaa sangat2 PTPTN dah fully settle!!!! credit card pun dah settle half...syukur ya Allah...happy sangat2...yang lain tuh inshaaAllah kalau ada rezeki akan dilaksanakan...few tips dari aku yang cetek ilmu nih...especially pasal hutang...sentiasa niat rezeki yang dapat tuh nak bayar hutang dulu...especially hutang kat orang...pastu niat kalau ada lebih nak sedekah lebih...pastu kalau dengan gaji bulanan selalu kita bayar zakat pendapatan 50, bila dapat bonus bayarlah ikut bape bulan dapat tuh...katalaa dapat 2 bulan, bulan tuh bayarlah zakat 150...sedekah, sedekah, banyakkan sedekah...aku selalu mintak orang doakan aku murah rezeki supaya aku boleh share jugak rezeki dengan diorang di masa2 akan datang...sedekah nih ada banyak cara...kadang aku kagum dengan kekreatifan orang lain...kalau mampu aku cuba ikut...jangan kita fikir orang yang bersedekah dan bercerita tuh riak ke apa...mungkin dia share cara dia supaya kita pun boleh buat macam dia...mulakan sedekah dengan orang2 yang dekat dengan kita...sedara mara kita...

oklaa, macam ustajah pulak harini...emo sikit diberikan Allah rezeki begini dapat meringankan diri dari beban hutang...sedangkan aku sendiri culas dalam mengerjakan perintahNya...nikmat mana lagi yang hendak ku nafikan...oh, 1 lagi tips jangan compare...kalau 3-4 tahun dulu aku selalu bengkak hati tengok orang dapat lebih...now, aku dah tak kisah...taknak amik tau pun...rezeki kau, kau uruslaa...rezeki aku, begini...mungkin dari segi wang ringgit kurang tapi lebih dari segi kesihatan, keluarga, eh macam2 lagilaa rezeki nih...bila aku fikir macam tuh, apa amount yang dapat pun aku berlapang dada...memang happy jelaa sampai orang lain ingat aku dapat berjuta2 lemon gamaknya...hahaha...

Tuesday, February 25, 2014

entri 4 tahun dulu

godek2 draft, terjumpa post nih...dated 23/11/2010...ariana just turn 10mo...publish as i think it is still relevant with the current state...just a thought of mine...hope to take it positively :)

duduk2 nih teringat ariana. macamana aku risau bila dia terjatuh. rasa nak g buat mri, cat scan, xray, ultrasound, nak buat semua test to make sure she is ok. merah sikit, aku sapu krim bagi cepat baik. nangis sikit terus dukung supaya dia senyap. gomol2 dia puas2 macam tak jumpa petang karang.

macamana dia agaknya 3, 7, 10, 15, 20 tahun akan datang?ingat ker dia kat mummy dia nih?jadi apa dia bila besar nanti?boleh ker dia jaga adik2 dia?melawan ker dia?dengar kata ker?

anak2 yang degil2 tuh salah mak bapak ker?kalau ye, di mana salahnya?nak jugak aku elakkan. kalau tak, kenapa dia degil? salah kawan2 ker? kalau yer, macamana nak pilih kawan? kalau tak, kenapa dia melawan? salah sekolah ker? kalau yer, sekolah mana yang bagus? kalau tak, kenapa dia tak dengar kata?

i guess itu percaturan hidup dan dugaan bagi mak bapak. anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, belum tentu mendatangkan hasil yang lumayan. anak2 nih macam biji benih ker?kita nak tunggu hasil? atau anak2 amanah untuk kita jaga tak kira apa outcomenya. atau kita serah pada orang lain untuk dijaga, bila dah besar, bila dah tak payah susah2 nak layan karenah, ambil semula dan bolehlaa menuaikan hasil. macam tu ker?

kalau anak yang mengenang jasa ibu dan ayah yang MELAHIRKAN, taulaa dia membalas jasa. macamana pula dengan orang yang MEMBESARKAN? bagaimana pula nak membalas jasa mereka?apa hak mereka pada anak2 yang dijaga?yang terpaksa bersekang mata menjaga ketika sakit. yang melayan karenah tantrum ketika kecil. tau ker mak bapak yang melahirkan akan jasa penjaga? tau ker mak bapak bila beg sekolah anak2 dah koyak? bila anak2 takde payung ketika balik sekolah jalan kaki dalam hujan? bila baju sekolah sudah lusuh? bila anak2 pengsan di sekolah kerana demam? tau ker?

tak paham bila ada parents yang sanggup hantar anak2 dalam waktu yang lama pada penjaga. ada tuh ambil pada hujung minggu jer. alasan : taktau jaga anak kecil, takde masa untuk menguruskan rumahtangga. ada pula yang hantar pada nenek untuk dijaga nun jauh di utara/selatan. jumpa 2 minggu sekali sahaja. sayangnya. penat melahirkan tak terasa agaknya. penat mengemas lebih utama. tak rindu ker pada anak yang membesar bagai kilat dalam tahun pertamanya? sekejap dah meniarap, sekejap dah menjalar, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berlari? walau macamana canggih teknologi pun, takkan sama dengan anak membesar depan mata. itu aku tak paham tapi yang aku paham, jangan lepas nih kata mana ada emak tak sayang anak. ADA. tuh, yang buang anak merata2 tuh apa? jangan kata takde anak yang tak sayang emak. ADA. tuh yang tikam, sembelih, parang mak bapak sendiri tuh apa?

aku pun tak tau apa motif aku membebel2 nih tapi yang pasti tetiba aku emosi. emosi bila mengenangkan aku sayang pada anak tapi sayang ke anak pada aku bila dia besar?agaknya kalau aku mati, siapa yang paling merindui aku? mungkin ada tapi cuma sebulan? dua bulan?setahun? lepas tuh?



ariana dah dapat adik pun :)

Monday, August 15, 2011

Indipendency : living with the oldies

it is actually not easy. coz we have to mind our languange and behaviour takut mereka berkecil hati. since i was 5 years old (zana was 3) we live with tokcik and arwah onyang until we finish highschool. only going back to mak's place every alternate week. abah? usually he will come to visit us once in a while. tokcik and onyang are very strict on rules and regulations. feels like staying at the boarding hostel. wake up, eat, bathe, sleep, tv, study, et cetera on certain time only. they also send us to quran class. we have been well taken care by them.


the only setback was money and entertainment for us "kids". we dun have any toys or storybook there. knowing that our parents seldom provide the income due to their own condition and kerana sedar diri menumpang kasih, we never ask for money from them even to pay our co-curicular fees (another memories in mind). we would borrow books from the library or friends. we even have to set aside our school expenses to buy our sanitary pads. we had to be thrifty with everything in the house. i mean really, EVERYTHING. they support us the basics. the rest shud be our parents responsibility as they said. and it is true. i never blame them for what we have experienced is way more valuable than all those luxury things. it makes us, us.


Alhamdulillah, the sincere love that they gave us reached our heart altho we didnt get hugged and kisses. masa kecik tak kiralaa coz langsung tak ingat kan. the only time i remember was on my SPM result day. my mom waited with me and hugged me when we get the results. Awkward is the right word describing my feeling at that time. i just stood still, i dun even wrap her in my arms coz i dunno how to. and because we have guarded our heart so strong we didnt feel sorry for ourselves. abah pesan "akak hanya ada adik and adik hanya ada akak. u have to support each other despite what people say or do" and we did hold on to that words until now. we didnt turn to a rebel teenager. we are not a straight A student but we are not stupid either. we did manage to further our studies and syukur again for we are working in well-establised companies today. all we have right now is because of them.


as we grew up, and we have some money, we sometimes bought some ole2 for our grandparents. the look at their faces and the doa afterwards, its a bliss. "Ya Allah, murahkanlaa rezeki cucu aku" always been heard when we bought anything even a towel. but i feel dissappointed because i didnt have the oppurtunity to give back to my onyang. she passed away when i was in my practical. no allowance. no chance to buy her anything. :( the thing that i feel most discontent is because she has done so many for us. when we were being chase away by MN onyang and tokcikla yang backup both of us. MN, no matter what reason you give me now, i still wont forget what you've done to us. Allah Almighty. you've taste the bitter just a while after that. thats not grudge, just a reminder to myself. i did forgive you but i'll never forget. we went through ups and downs, thick n thins together. i wonder if my parents knew bout this. i mean the teeny tiny bit not the whole picture.


anyway, like i said, living with the oldies is not easy. macamana pun there's always unsatisfied feelings no matter how excellent we have been. dia takkan cakap depan2. maybe they will tell other relatives or their own children. so, petuanya adalah bila ada mulut2 busuk orang batu api menyampaikan benda yang tak sedap, tapislah. jangan masuk terus ke dalam hati. janganlah sebab benda yang disampaikan tuh, kita nak marah2, nak kecik hati, nak bermusuh pulak. kita ada akal. anak2 zaman sekarang kan lebih berpengetahuan hasil google-ing. hehehe. ambil nasihat yang baik, yang tak baik, pekakkanlah telinga, butakanlah mata. kerana orang tua yang membebel itu tandanya dia sayang kita. seperti yang saya katakan pada MN bila dia cuba sampaikan "alaaa, dia pun ada cakap pasal semua orang. biasalaa orang tua. alin cuma simpan jer, malas nak citer" and that shuts her up.

Wednesday, July 6, 2011

sehelai baju baru buat menyapu si air mata


currently there's so many things in my mind. tonnes of lists of things i need to do, things i WANT to do and things i WANT. but having only the lists without a plan is like having a plate without anything to eat. i dunno which one i need to prioritize coz i feel like the time is not on my side. i feel like i need to do all that simultenously. with lack of resources, there's no way i could do that. i remember when i was small, when i stay with my onyang n tokcik. i used to dream of becoming a millionare.




ok, before i start, let me remind you that i wasn't bragging about me being nice or whatsoever but this is truly my childhood dream when i was young and naive. i wish, if i have a million (a kid thought a million is enough...pffttt), i would build 3 bungalows. 1 for the old folks home, 1 for nursery without charge, and 1 for my own. i would bare all the costs and nobody inside the houses would have to pay anything. even the nursery. at that time i didn't know there were homeless children. so the bungalows are meant for those cute babies that I CHOOSE to be taken care in my nursery from the time their parents send them until they being fetch home. i want to play with all the cute babies. the parents dun even have to pay the fees or buy their milk and food (that time i didn't know anything about mothers milk. how do i "buy" mother's milk?) i will support everything.




and for my own bungalow, i would like to have a sort of ATM machine for the poor. but they can only withdraw RM10 perday coz i thought it would be fair (mana cukup RM10 sehari...another child thought) i really wanna make the world a better place for everyone. not knowing that a million is not enough even for our own family, 3 bungalows costs more than a million, handling ONE baby is not easy apatah lagi babies, there are homeless children and orphans and that there are people that will take advantage for your kindness despite your well intentions. so, how do we help to make the world a better place if not for us, at least for our children and the unfortunate ones?




i have been bloghopping and i found this. its simple goal just touches me. when all of us are trying to change our wardrobe (ehem, sape la tuh), shopping for the latest fashion, getting rid of the old dresses, there are still people who dun even have 1 piece of new baju raya. saya sokong 100% when they strictly said that they ONLY except NEW baju for those kids. having baju baru yang dikeluarkan dari plastik which still have "kedai" scent is a total bliss. kita yang tak sesusah mana pun tersengih2 depan cermin trying out the new outfit, inikan pulak bebudak tuh. when i saw those happy faces i feel like i wanna hug them all and tell them that it was ok, but the truth is its not. everyday we are being fed with news about abandoned babies, rasa macam nak bawak balik semua, nak take care, hug all of them but i'm not a millionare. hutang pun banyak yang tak setel lagi. BUT i have a voice. and with that i would like to ask my dear friends together we help this noble team. bukan pahala yang kita harapkan tapi sebuah senyuman manis anak2 bila baju2 baru menyaluti tubuh2 gebu mereka. hisssyhhh...nak nangis plak. dah dah jom beli baju baru n pos!!!

Tuesday, April 12, 2011

INDEPENDENCY : belanja sekolah

semalam borak2 dengan alan pasal student2 kat sekolah dia. melampau2 belanja sekolah diorang skarang nih. korang bagi anak2 korang blanja brapa? anak aku kecik lagi. tapi duit blanja boleh tahanlaa...mak dia yang belanjakan. beli baju, beli kasut. alan kata ada kazen2 dia yang dari kecik mewah duit belanja. n tak pernah ditolak kalau mintak apapun. maka, bila dah besar, mak ayah yang dipersalahkan bila anak tak mendengar kata. iye ker? salah mak ayah ker?


ok, patah balik citer tadi. alan kata tengok belanja budak2 di kantin dah boleh agak, paling kurang RM10 sehari. air twister diletakkan penuh dalam fridge yang BESAR menjelang tengahari dah kosong. tak mainla kuih muih untuk minum pagi atau petang. diorang lebih suka baham aiskrim wall, corneto. ada sorang student dia, mengaku duit blanja mama n papa bagi RM50 sehari! kalah kita2 yang bekerja nih. anak tunggal, mama majistret, ayah bisnes sendiri. memanglah dia mampu tapi elokker muakan anak2 dengan wang ringgit berlebihan? ada lagi sorang student, semasa sesi ambil report kad, cikgu mengadu pada ibubapa, anaknya selalu keluar dari kawasan sekolah untuk ke starbucks pada waktu rehat. dengan selamba ibunya menjawab, ye saya tahu. saya baca resit kredit kad dia. budak darjah 6 ada kredit kad? wah! anak2 sekarang. aku nih dulu keje dekat 2 tahun baru ada kredit kad. itupun tak brani nak apply lebih2. 2 cukup. 1 visa, 1 mastercard.


teringat masa aku kecik dulu. darjah 1 dan 2-doposen,darjah 3 dan 4-pat posen, darjah 5 dan 6- namposen. ting 1-singgit, ting 2 dan 3-RM2, ting 4 dan 5-RM3 sebab petang ada tusyen. seeee...ada tusyen petang pun 3 hengget jer tau. jadi gak orang. nak demand lebih2 memang tak boleh. kan aku dah bilang. duit belanja ehsan onyang. kalau nak kaya sket bila baru balik dari rumah mak, mak bagilaa duit belanja sorang seploh ker. takpun tunggu besday, abah bagi duit. nih nak bagi tips camna nak survive ngan duit blanja banyak tuh. are you ready? panjang nih. ok. masa blanja doposen tuh, aku dah start ada geng. ramai. dalam 12-13 orangla. rehat pulak lama. bagi orang yang berblanja doposen, doploh minit tuh lama k. so, takkan ko nak makan 1 benda pastu nganga tengok orang makan for the rest 15 minutes kan? so, kita belilaa kuih yang tak cepat habis. nilai nyer 1 tapi ada banyak. iaitu...kuih cekodok pat bijik cucuk kat lidi. kunyah pelan2 each of the cekodok untuk kill time. tau2 by the last piece tuh ngam2 jer loceng bunyik.


pastu kitorang nih lepak bawah pokok hujung padang, jauh dari kantin. so, kalau ada kengkawan yang malas nak menapak ke kantin, aku sedia berkhidmat dengan upah yang murah. bakat nih sampai turun ke adik aku, si zana. coz dia rehat skali ngan aku pastu dia paling kecik, so kena bulilaa. ada pulak skali tuh si zana nih boleh hilangkan duit kawan aku tuh. berpeluh aku ngan zana gi carik. tak jumpa. nak menangis pikir camna nak ganti. mau tak makan seminggu nih. sib baiklaa kawan aku tuh pemurah lagi penyayang. dia siap ganti duit upah walaupun benda makan dia tak dapat beli. ADIRA, kalau ko baca blog aku nih, aku takkan lupa jasa ko pada kitorang walau sekumit.


pastu ada pulak 1 kali tuh ntah sapa yang bengong pegi suggest buat jadual, setiap hari kena ada yang blanja semua. keropok seposen pun takpe. aku ingat lagi turn aku hari khamis. ber3 ngan nadia n sapa ntah lagi sorang. aku nih ikatlaa perut dari hari jumaat sampai ke rabu semata2 nak makan keropok seposen beramai2 pada hari khamis. bila pikir balik cam siayal jer. duit aku dahlaa sikit. pehal lak nak blanja orang2 lain kan? aku still ingat masa tuh ada rmt. rangkaian makanan tambahan. tapi sebab aku eksyen segan, aku tak bagitau cikgu. tapi kengkadang bila lalu kat meja rmt, kalau cikgu ajak, aku join gak. hahaha. pastu kat sekolah menengah dah problem sangat coz singgit kira mewah n kebanyakan kawan aku pun dapat rate cenggitu. dapatlaa makan berat sikit. mee kari ker, bihun goreng ker, nasi lemak ker. masa sekolah rendah onyang kata buat apa makan berat, nanti ilmu tak masuk otak. lagipun kat rumah dah breakfast, lunch pun kat rumah. setakat lapik2 perut jer, cukupla. betul gak kata dia tuh ek.


pastu, masuk form 4. aku tusyen kat jalan chowkit sana. so, aku kena bajet tambang n kudapan dalam kelas kalau tak ngantuk giler. lunch memang takde arr. sib baik aku tusyen seminggu skali jer. slalunya aku akan makan nasi lemak pagi. dulu tak macam sekarang. nam posen jer. baanyaakkk. pastu on the way gi tusyen aku beli bun or asam kulit limau. cannot both coz bajet tak cukup. so, kalau ngantuk, pilih asam. kalau lapar, pilih bun. sampai rumah balun dinner puas2.


macamana susah pun aku masa kecik dulu, nama nak mintak duit lebih kat onyang kitorang tak brani. coz kitorang sedar diri. menumpang kasih ngan diorang. dah cukup besar jasa dia besarkan kitorang. now, SUKAHATI AKULAA KALAU AKU NAK BOROS PUN. ADA AKU PAKAI DUIT KO?! itulah alasan bila aku boros. boleh? hahahaha.

Tuesday, March 22, 2011

INDEPENDENCY : meredah hujan


bbrrrrrr....sejuuukkkkk...tadi datang ofis naik motor dalam hujan. alan dah belikan baju hujan penuh g1v1. pastu member ofis gelakkan sebab dah nampak macam rappers sesat mana masuk ofis. sekarang nih musim hujan kan? bagusla asalkan tak banjir sudah. cuma leceh coz baju tak kering sedap. nak kering sedap kena jemur baju kat panas terik kasi garing. pastu bila angkat ada macam bau hangit2 sikit. dulu masa duk ngan mak, mak slalu suruh jemur baju dalam kul 9am pastu angkat dalam kul 12-1pm. matahari tengah mencanak kena angkat kain. nak kasi effect garing. ngan aku2 skali garing. pastu bila lipat keras gedegang kena kasi libas2 sket baru ok. duk flat nih yang tak bestnyer mana der matahari. kalau nak sidai kat balkoni, kalau hujan time takde orang kat rumah, sapa lak nak gi tolong angkat? maka, sidai bawah bumbung jela.


eh, aku bukan nak citer pasal baju garing ke hangus. aku nak citer nih tadi aku nampak macam2 ragam orang naik motor. yang pakai baju hujan memang melambak tapi ada gak yang tak pakai. lenjun habis. pastu yang aku tak puas hati tuh yang bawak anak naik motor. anak dia pakai baju lengan pendek ngan seluar pendek. ngan helmet takde wisor duduk depan kat bakul tuh. tapi bapaknyer complete set siap ngan jaket.apa ke bodohla bapaknyer tuh. ko jadikan anak ko perisai hujan ko eh. at least letakla dia kat belakang. bolehla ko tapis sket angin ngan hujan dari kena dia. nih tak. aku tengok anak dia tertunduk2 pegang helmet nak elak hujan masuk mata. pastu terkepit2 kesejukan. kuyup wei, kuyup! memang B.U.D.U.H sungguh. geram aku tengok gitula. aku pagi tadi pun hantar ariana dengan keta, pastu patah balik rumah naik motor plak. kesian kat anak wei. aku tau ada yang tak mampu nak berkereta. tak salah naik motor tapi biarlaa kena ngan caranya. aku tau macamana rasa jadi budak tuh coz dulu aku pernah kena.


masa tuh aku ngan zana duk ngan arwah tok kat keramat. sekolah kat convent sentul. tiap2 pagi ayahlong hantar kesekolah naik motor. zana duk depan ngan 2 beg sekolah. pastu ayahlong, pastu boboi (anak ayahlong), pastu aku kat belakang skali carry beg sekolah sendiri n pakai helmet. balik pun macam tuh coz boboi pun sekolah la salle sentul. tapi ada 1 hari tuh hujan amat lebat. ayahlong dah amik boboi n bawak balik dulu. lepas hujan reda, aku jalan kaki ke rumah makcik ngaji lama.


dulu aku duduk kuarters sentul rumah ayahngah duk ngan tokcik n arwah onyang. pastu bila ayahngah dah kawin, kitorang "kena" pindah. sementara nak dapat rumah area sentul, kitorang duk ngan tok kat keramat dalam setahun. so, masa duk sentul dulu, aku ngaji ngan makcik nih la.


anak2 makcik ngaji pun dah bentang tempat tido depan tv. kitorang segan, tunggula depan pintu. pastu tunggu punya tunggu sampai pukul 10pm baru ayahlong amik kitorang. pastu naik motor. baju dahlaa lembap2 dek hujan tadi.bbbrrrr...sejuk sampai ke tulang hitamla. lagi2 masa naik flyover kat jalan tun razak tuh. bila aku citer nih, baru aku terpikir. zana lagi kesian kan coz dia duduk depan. mesti lagi sejuk dari aku. masa tuh aku darjah 5 kot. dia kecik lagi, baru darjah 3. sampai jer rumah, onyang bawak kitorang mandi air panas. waaa...syok wa cakap lu. pastu takde manja2 macam budak sekarang eh. besoknya repeat balik rutin.

Saturday, February 5, 2011

INDEPENDENCY : so-sial-isma


kan aku citer yang aku n zana duk ngan onyang dari aku kecik kan? haa nih nak citer dari part sosial life kitoranglaa pulak...sosial kitorang adalah zero...hahaha...jauh panggang dari api ngan bebudak skarang...bukan aku nak puji diri (tapi memang nak upkan sket) tapi aku rasa dah kurang sangat budak KL yang naive macam aku time aku sekolah dulu...


arwah onyang sangat sangat sangattttt menjaga kitorang...yela, pompuan kan?bak kata orang, nak jaga anak dara lebih susah dari jaga lembu sekandang...betul ker ayat aku nih? dari kecik kitorang cuma leh tengok tv yang diselia, paper hiburan panca indera hari ahad and itu sahaja tahap hiburan yang dapat eh...takde dengar radio...kalau dengar pun masa onyang nak kejut sahur...senang jer, dia pasang orang ngaji sekuat2nya tepi telinga...kitorang nih dok berguling2 nak paksa mata tido balik tapi sangatlaa mustahil kalau volume radio tuh dah cecah maksima...yang aku heran, takde pulak jiran yang bising...maybe becoz jiran2 pun semuanya berpuasa kot...nak tau pasal artis2 barat lagilaaa haram...tapi tau jugaklaa yang mana sangat2 femes tuh macam 911, backstreet boys, mariah carey, celine dion...


peluang nak berhiburan cuma bila balik rumah mak jer tapi bukan aku reti pun nak bukak2 radio mana, magazine tak payah ceritalaa eh...memang takde kat rumah tuh...ada skali tuh aku gi kedai onyang suruh, aku amik kesempatan beli magazine...aku beli hai kot sebab ada gambar siti n arash mohd...aku gulung2 kasi kurus, pastu aku selit kat dalam baju...itu kalau onyang jumpa, mampos aku takde duit belanja seminggu...bukan itu sahaja, kena bambu n ceramah skali...tapi taktau jin hapa yang masuk badan aku ntah, aku abaikan, beli gak...habis duit simpanan...dulu jangan harap nak menabung ok, whatever balance akan ditopup the next day kalau tak habis...kalau belanja singgit, ko bawak balik tigaposen, besok dapat tujuhposen nak kasi cukup singgit balik...sila sedar belanja sekolah adalah ehsan onyang k...tapi budak2, mana nak sedar...sanggup klentong tuh takde baki semata2 nak menyimpan...last2 onyang jumpa, maka akulaa yang kena bambu...zana baik, dia mengikut sahaja...pastu makcik aku buat jadi bahan bacaan dia pulak...kalau ngan onyang aku, janganlaa nak klentong...dia ada cara yang sangat efisyen nak korek rahsia...terrer sungguh!


ada skali tuh masa aku form 2, tengah minat giler ngan kumpulan 911...aku tengok dalam paper diorang nak datang KL, kat bukit bintang...aku pegi naik bas ngan zana bawak kak hos (maid mak) then tengok orang semua dah penuh keliling stage tuh...aku dapat tengok diorang dari tingkat 1...oklaa...nampak gak...pastuh bila diorang keluar, aku n zana punyalaa kuat jerit simon! simon! suka sangat yang lead singer dia tuh...cute sangat...tapi aku heran apsal orang lain jerit2 panggil nama lee...dahlaa tak cute langsung "lee" tuh...pastuh balik sekolah aku citer ngan kengkawan aku, rupanya aku n zana yang salah...bunguk punya paper...sebab diorang salah print nama laa aku n zana mendapat kemaluan disitu...from left to right konon...mesti orang lain pikir apa yang aku pikir masa tuh kan? kan bagus kalau aku diam jer...pastuh datanglaa sapa pun ke malaysia nih, aku dah tak hadap dah nak gi tengok...


lee yang sebenar di tengah...cuba teka yang mana simon? yee...yang rambut cam penan tuh simon...hampeh!!!

pastuh tengok wayang...caya tak kalau aku bagitau yang 1st tme aku tengok wayang citer badul...mak bawak kitorang...pastu masa sekolah sampailaa habis form 5, dah tak tengok dah...takde sapa nak bawak nyer...masa tuh aku ingat lagi aku form 4...kawan2 aku nih semua ada balak...diorang duk citer gi makan sini, gi shopping compleks sana...aku ingat lagi sorang tuh duk mengutuk ex boifren dia...ayat dia ginih

kawan yg menstory : huh, masa orang gi semayang jumaat, dia boleh pegi tgv lak
aku yang bengap : tgv tuh apa?
kawan yg menstory : tanjong golden village
aku yang bengap dan penuh konfiden menjawab : rajin nyer dia pegi kampung tuh (yelaa village kan?) best ker?



masa nih semua kengkawan termasuk pendengar2 yang lain berdekah2 gelakkan aku...yelaa aku bunguk...aku tak paham...aku naive sangat...tapi aku tak terasa...aku sedar memang aku kurang tang situ...aku bernasib baik sebab even aku macam tuh pun, aku tak kena pulau...aku ramai gak kawan...n diorang dengan tekun ajar aku walaupun kengkadang diorang lebih kepada mendajal aku...tapi tapi TAPI aku tak kisah...thats what makes me, ME now...

Wednesday, January 26, 2011

INDEPENDENCY : Home Alone


maybe some of you dah tau yang parents aku dah lamaaaa divorced...i dont know the exact year but i think probably sebelum aku mula sekolah coz aku n zana duk ngan onyang since aku darjah 1, zana 5 tahun. maybe masa tuh susah nak jaga kitorang when both my parents are single parents. my mom keje shif, sapa lak nak jaga kan? haaa tapi jangan tak caya, aku pernah duk rumah masa aku 4-5 tahun ngan zana berdua jer masa mak keje...i think that time nobody know that they have separated kot so mak macam taknak sesapa tau so, gamble biar kitorang kat rumah berdua...lagipun ada jiran2 yang housewife kat sebelah2 tolong tengok2kan...



pagi2 bila kitorang bangun tido, dah siap baju kat hujung katil...berus gigi dah siap ubat gigi kat atas kolah bilik air, roti 2 keping atas meja...kitorang mandi, then siap sendiri, then makan...pastu main...main dalam rumah jer...tak keluar kemana pun...tak tau apsal walaupun kat bawah tuh playground sikit punya besar...nasib baik mak keje dekat so tengahari mak balik, bawak nasi bungkus...suap2 kitorang makan, pastu siap2 gi keje balik...kunci kitorang yang pegang tau...mak takde spare key pun...berani mak aku kan?pastu kitorang sambung main balik...bila penat, kitorang tido...



ada skali tuh kitorang tido dalam bilik...tutup pintu...aku ngan zana memula terkejut camna mak masuk rumah padahal kitorang tak bukakkan pintu...mak citerlaa balik...bila mak balik, ketuk2 pintu kitorang tak dengar...mak mintak jiran panjat masuk rumah ikut beranda (sib baik rumah tingkat 1 jer) pastu amik kunci, bukak dari dalam...



aku rasa adalaa dalam seminggu dua kot kitorang camtuh...ntah tak ingat...memori aku cuma ingat apa environment, jalan cerita...nombor2 nih tak brapa ingat...aku jugak tak pernah ingat kitorang minum susu...any bottle laa...macam bebudak skarang yang still bergayut botol susu even umur dah cecah sedekad...kalau aku ingat, takkan zana yang umur 3 tahun tuh tak minum susu kan?sapa lak nak bancuhkan...kitorang survive sendiri jer...Alhamdulillah, panjang umur kitorang...kalaulaa aku terjun balkoni ker, jatuh dalam kolah ker, main dapur gas ker, tak ke naya?



kengkadang aku ngan zana borak2 tapi part nih dia memang tak ingat...dia kecik sangat...baru 3 tahun...kira aku nih kakak yang boleh haraplaa kan dik? tu pasal sampai sekarang sikit2 ko nak rujuk aku kan? ah, terharu nyerrr...hehehe...sedih laa nak ingat benda2 nih tapi memori nilaa antara memori yang mahal aku rasa happen dalam life aku...banyak lagi memori2 masa kitorang kecik nih...nantilaa slow2 aku akan cerita...bukan untuk war2kan pada umum tapi lebih kepada diari hidup aku untuk tatapan anak dan cucu aku nanti...



tapi, aku tak rasa hidup aku susah sangat coz aku tau ada yang lagi susah dari aku...cuma kengkadang aku rasa hidup aku still kurang kasih sayang...ntahlaa, rasa macam tak cukup2...cakap tak cukup, nak kena tunjuk, tunjuk pun tak cukup, nak kena buat, buat pun tak cukup nak kena LEMPANG...hahaha...mengada2 alin nak lebih2 pulak...tapi from time to time aku cuba absorb, faham and accept things that happen in my life...why it happen...why us, where they have been, and why NOT?...