ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, February 25, 2014

entri 4 tahun dulu

godek2 draft, terjumpa post nih...dated 23/11/2010...ariana just turn 10mo...publish as i think it is still relevant with the current state...just a thought of mine...hope to take it positively :)

duduk2 nih teringat ariana. macamana aku risau bila dia terjatuh. rasa nak g buat mri, cat scan, xray, ultrasound, nak buat semua test to make sure she is ok. merah sikit, aku sapu krim bagi cepat baik. nangis sikit terus dukung supaya dia senyap. gomol2 dia puas2 macam tak jumpa petang karang.

macamana dia agaknya 3, 7, 10, 15, 20 tahun akan datang?ingat ker dia kat mummy dia nih?jadi apa dia bila besar nanti?boleh ker dia jaga adik2 dia?melawan ker dia?dengar kata ker?

anak2 yang degil2 tuh salah mak bapak ker?kalau ye, di mana salahnya?nak jugak aku elakkan. kalau tak, kenapa dia degil? salah kawan2 ker? kalau yer, macamana nak pilih kawan? kalau tak, kenapa dia melawan? salah sekolah ker? kalau yer, sekolah mana yang bagus? kalau tak, kenapa dia tak dengar kata?

i guess itu percaturan hidup dan dugaan bagi mak bapak. anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, belum tentu mendatangkan hasil yang lumayan. anak2 nih macam biji benih ker?kita nak tunggu hasil? atau anak2 amanah untuk kita jaga tak kira apa outcomenya. atau kita serah pada orang lain untuk dijaga, bila dah besar, bila dah tak payah susah2 nak layan karenah, ambil semula dan bolehlaa menuaikan hasil. macam tu ker?

kalau anak yang mengenang jasa ibu dan ayah yang MELAHIRKAN, taulaa dia membalas jasa. macamana pula dengan orang yang MEMBESARKAN? bagaimana pula nak membalas jasa mereka?apa hak mereka pada anak2 yang dijaga?yang terpaksa bersekang mata menjaga ketika sakit. yang melayan karenah tantrum ketika kecil. tau ker mak bapak yang melahirkan akan jasa penjaga? tau ker mak bapak bila beg sekolah anak2 dah koyak? bila anak2 takde payung ketika balik sekolah jalan kaki dalam hujan? bila baju sekolah sudah lusuh? bila anak2 pengsan di sekolah kerana demam? tau ker?

tak paham bila ada parents yang sanggup hantar anak2 dalam waktu yang lama pada penjaga. ada tuh ambil pada hujung minggu jer. alasan : taktau jaga anak kecil, takde masa untuk menguruskan rumahtangga. ada pula yang hantar pada nenek untuk dijaga nun jauh di utara/selatan. jumpa 2 minggu sekali sahaja. sayangnya. penat melahirkan tak terasa agaknya. penat mengemas lebih utama. tak rindu ker pada anak yang membesar bagai kilat dalam tahun pertamanya? sekejap dah meniarap, sekejap dah menjalar, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berlari? walau macamana canggih teknologi pun, takkan sama dengan anak membesar depan mata. itu aku tak paham tapi yang aku paham, jangan lepas nih kata mana ada emak tak sayang anak. ADA. tuh, yang buang anak merata2 tuh apa? jangan kata takde anak yang tak sayang emak. ADA. tuh yang tikam, sembelih, parang mak bapak sendiri tuh apa?

aku pun tak tau apa motif aku membebel2 nih tapi yang pasti tetiba aku emosi. emosi bila mengenangkan aku sayang pada anak tapi sayang ke anak pada aku bila dia besar?agaknya kalau aku mati, siapa yang paling merindui aku? mungkin ada tapi cuma sebulan? dua bulan?setahun? lepas tuh?



ariana dah dapat adik pun :)

No comments: