ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, February 18, 2014

abah

last saturday lepas subuh kitorang singgah rumah baru abah kat kota serimas sebelum balik kampung. ada urusan sikit. kitorang bawak nasi lemak and beberapa jenis kuih muih. abah pun sampai ngam2 ngan kitorang. actually rumah nih abah baru dapat kunci, baru masuk barang2 sikit2, belum duduk bermalam pun lagi. aunty and emir kat egypt melawat emilda yang tgh study kat sana.


dah lama tak rasa macam nih...makan dengan abah jer...even masa kecik dulu pun jarang...masa tgh breakfast tuh borak2, abah bagitau yang kontrak dia takkan disambung lagi. last dia keje until hujung februari nih. i can sense a frustration in his voice. he have been working at that logistic company for more than 30 years...dari jadi pion, sampailah ke jawatan tinggi yang dia pegang sekarang...he worked hard, been transferred to several states back and forth and continue his diploma and degree throughout the years and get promoted...i'm proud of him. jarang aku bercerita pasal abah aku kan...abah aku seorang yang kelakar dan lembut...seumur hidup aku, tak pernah dia jentik, marah pun setakat tinggikan suara jer like "akaaaaak!" or "adiiiiik!" lebih pada tuh dia just tegur baik2...beza sangat ngan mak yang lebih agresif...

maybe becoz kami jarang berjumpa kot...pernahla dalam tahun bila ntah masa aku sekolah rendah, kitorang cuma berjumpa 3 bulan sekali padahal masa tuh dia di gombak, kami kat sentul...dekat kan? terasa lama tak berjumpa abah sampai kadang2 lupa muka abah macamana...tengok Tamimi Serigar kat tv pun boleh meloncat2 cakap itu abah...now that we are older, makin faham kenapa dia buat macam tuh...pernah jugak masa aku nak kawin dulu aku tempik abah dengan mengungkit segala perkara yang aku tak puas hati...mana pergi abah masa aku dan adik pengsan kat sekolah? masa tokcik merayu2 kat dr mintak biaya perubatan direkod dalam panel book utk diclaim sebab kad panel hilang, masa PIBG, masa birthday, kenapa emilda dan emir dapat macam2, abah bawak jalan merata2 dan macam2 lagi...biasala ungkitan anak muda...jawapan abah senang jer..."abah mintak maaf..." lain benar dengan jawapan mak :P sejak tu aku terima kekurangan abah...aku buang jauh2 dendam aku...walau ada juga kadang2 perkara baru yang terasa di hati, aku cuba fikir positif...after all, dia satu2nya abah aku kan...dan aku nekad, taknak susahkan mak abah sebab aku nak buktikan, anak yang tak mendapat macam2 itu juga boleh berjaya, anak yang tak berjalan merata itu juga boleh berjalan sendiri, aku juga boleh bahagia...

tak, statement nih bukan statement balas dendam...cuma pembakar semangat jer...pernah masa nak uruskan permohonan UPU, abah mintak kawan baik dia bawak aku pegi bukak akaun bsn nun di shah alam...dalam kereta kawan abah cerita yang abah selalu bercerita pasal aku dan zana...aku banyak diam jer...katanya kesian abah keje siang malam...weekend pulak pergi kelas...kadang tak sempat nak jumpa kitorang...dia mintak aku tak marahkan abah...*sigh, i cry typing this* aku pandang luar tingkap kereta...cuba elak dari uncle tuh nampak yang aku menangis...aku nih hati tisu sket...tapi zana lagi hati tisu...muahaha...mungkin abah boleh sense yang aku dan adik rindukan dia masa kitorang kecik2...dan dia takde tempat nak mengadu...aku sampai ofis abah, nampak gambar kami dua beradik atas meja keje abah...itu jer pun yang ada...kat rumah abah takde :(

so, after dengar yang abah lepas nih definitely pencen, aku dapat sense yang dia susah hati...mungkin susah hati sebab anak2 ada yang masih bersekolah...emilda yang di egypt juga perlu perbelanjaan...abah takde pencen...EPF jika tak diurus dengan betul, sekejap dah habis...abah perlu sesuatu...abah perlu menjana pendapatan walau sepatutnya di kala umur menginjak 60an, abah patut berehat sahaja...aku nak jer cakap, abah dah tak perlu bekerja...takyah susah2 fikir nak bawak keluarga berjalan kemana...nak makan di restoran mana saban minggu...taulah nanti mereka2 berusaha...biarlah mereka juga belajar bersederhana...

walaupun aku nih kakak sulung, tangan kaki dan mulut terikat nak berkata2...pernah cuba nak nasihat adik2 halfblood nih yang aku sayang tak kurang dari zana tapi dikata aku dengki kerana diorang adik2 tiri...maka aku bertindak mengundur diri...mengunci mulut...sekarang aku cuma nak amik berat yang betul2 tanggungjawab aku sahaja...mak, abah, zana and my little family...yang lain, aku berkadaran cukup...takmau dikata lebih sudu dari kuah...kalau perlu pertolongan aku, datangla, akan aku bantu semampu aku...

nak balik tuh, aku hulur abah beberapa keping...aku kata, sikit jer bah...aku malu sebab aku tak pernah bagi abah duit selain hari raya...anggapan aku, abah bergaji besar...apalah sangat nilai seratus dua yang aku hulur...sekali outing pun tak cukup...tapi aku harap bila abah terima pemberian ikhlas aku, abah boleh rasa apa yang aku cuba bagitau abah, its ok, im here...moga rezeki aku dan abah makin bertambah...


abah kena balik kota serimas every weekend untuk menyiram rumput...


little helper

No comments: