ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, June 13, 2018

dan tokcik pun pergi menghadap Penciptanya


Assalamualaikum :(

Tokcik dah takde. Dia pergi dalam bulan yang mulia pada hari Khamis minggu lepas. 7 June bersamaan 22 Ramadhan pada pukul 4.55am di Hospital Selayang selepas jantung dia berhenti buat kali ke 4. sebelum tu since rabu dia lemah, masa call ambulance dia masih sedar.. masa paramedik check all her vital signs dia pengsan, jantung stop, they do CPR and intubate but blood gushing out from the tube. since then 3 kali jantung berhenti. sekali di hospital. and selepas kali yang ke 3, doctor said that oxigen tak sampai ke otak due to her heart stops several times. the attached her to a life support machine to pump blood but doctor already told us to be prepared. they wont do any CPR if her heart stops again. they said it will only hurt her.

lebih kurang macam arwah tokyong dulu cuma arwah tokyong jantung stop due to overdose potassium lepas operation buang lump pada breast.. that morning macam mamai2 when my husband wake me up and inform me about her passing. sebab i planned utk tukar giliran jaga dia di hospital pagi tuh. so lepas tuh kami hantar anak2 ke pengasuh. ariana ikut pergi ke jabatan forensik. Alhamdulillah dapat sama2 dengan makcik2 and my cousins mandikan arwah. dari hospital terus ke masjid untuk disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah onyang, tokyong, tokwan dan ayahlong. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

ada yang tanya siapa tokcik. to some maybe tokcik nih sekadar seorang tua yang tidak kahwin dan tiada anak yang pernah menjaga diorang. to me she is more than that.. dia ada ketika my parents takde.. dia mencukupkan ketika my parents tak cukup.. dia ambil tahu ketika my parents tak ambil kisah.. i care for my parents but tokcik have a special place dear to my heart.. her monthly allowance from me tak cukup pun rasanya dengan jasa dia menjaga kami siang dan malam.. pindah randah kerana kami sebab ada yang dengki.. tak suka tokcik dan onyang jaga kami.. tokcikla yang berhabis duit untuk segala keperluan selain pakaian sekolah dan pakaian raya.. 

hari jadi kami tokcik sambut sekadarnya dengan beli KFC.. onyang akan suruh makan ayam KFC dengan nasi supaya tak meratah lauk yang cuma beberapa ketul.. duit belanja sekolah pun ehsan tokcik.. darjah 1 dpt 20sen.. onyang kata buat apa makan beria2 kat sekolah, dah sarapan di rumah, balik sekolah nak makan nasi.. makan banyak otak benak.. darjah 2 hingga 4 naik 40sen.. waktu rehat 20 min terasa panjang bila kau takde apa sangat nak dikunyahkan.. jadi aku selalu beli cekodok sebab dapat 4 ketul yang boleh dikunyah perlahan2 sebijik demi sebijik to kill time.. amik upah pegi kantin belikan makanan kwn2 sebab tempat melepak jauh kat hujung padang..

banyak kali kami demam..call2 abah dia kata nanti..tokcik dan onyanglaa jaga lap2 badan, demah kepala dengan air asam jawa, bg makan panadol dewasa dipatah dua dicairkan..pahitnya Tuhan ajer yang tahu.. orang kata kalau belum ajal, sakit pun masih hidup.. dengan tokciklaa naik bas pegi klinik panel ofis abah di Jalan Ipoh..tapi kad panel tak jumpa..tokcik menangis merayu pada doktor utk claim under panel sebab dia takde duit.. dah terdesak sebab kami pengsan2 di sekolah.. panadol sahaja tak mencukupi.. bila teringat macam tuh, luka lama terasa kembali..its not that i didnt forgive those yang aniaya kami samada sedar atau tak tapi i will never forget no matter how many times they say sorry.. dengan onyang aku dan zana langsung tak berkesempatan nak menabur budi, membalas jasa..sebab masa tuh aku baru praktikal tanpa elaun..

dengan tokcik, Alhamdulillah walau tak banyak, aku sedaya boleh cuba penuhi permintaan dia.. permintaan yang tak seberapa pun.. yang sentiasa diminta halal padahal memang hak dia pun..tak perlu mintak halal dengan aku.. dan aku bertuah dan bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami my family background..sebagaimana aku menghormati dan menyantuni tokcik, begitu juga dia.. sentiasa beri ruang untuk aku membalas jasa tokciik, mengisi masa2 kosong tokcik, berulang alik ke rumah tokcik, ke hospital, ke mana2 yang dirasakan perlu.. 

and now nak raya, masakan tokcik yang tiada tandingan di mana2 coz i grew up eating her cooking; will be missed.. masakan yang cukup masam manis masinnya.. yang pekat rasa lemaknya.. di hari raya yang paling dinanti2 masak lodeh tokcik.. wancu sempat belajar, aku pun sempat buat sendiri sekali tapi takkan pernah sama dengan yang asli.. sedekahkan alfatihah buat tokcik.. dia takde anak yang soleh yang dapat mendoakannya, dia bukan orang yang kaya untuk bersedekah selalu.. pahalanya mungkin daripada ilmu2 yang dia ajarkan pada kami2 yang dijaganya.. dan dia amat menjaga silaturrahim sesama saudara.. tak pernah berhutang menyusahkan sesiapa.. malah orang lain lah yang berhutang dengan dia.. semoga tokcik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. inshaaAllah kita jumpa di syurga Allah.. :(



No comments: