ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 4, 2011

baca paper nak ngamuk

this morning i read about 3 girls a little older than ariana probably drown. ok, taknak speaking dah. nak venting nih. kena bahasa ibunda+rojak. baru puas. sapa tak suka, jangan teruskan pembacaan coz aku nak ngamuk, nak lepaskan marah. so, jangan nak marah aku balik kalau aku guna bahasa kasar k.

ok, aku assume korang dah baca berita 3 beradik yang lemas tuh. yang pergi berkelah ngan bapak n gf bapaknya. yang aku tak puas hati, kenapa bapak dia bodoh sangat pegi bawak budak2 mandi sungai dah tau musim hujan? kalau ye pun nak anak2 bermesra2 dengan bakal mak tiri, ko bawaklaa pegi tempat kanak2. taman tema melambak. padang mainan melambak. pusat hiburan kanak2 pun melambak. apa ke bangang sangat ko ni haa bapak? oh, ko nak jimat eh. bawak gi mandi sungai takyah bayar, free. setakat bawak sandwich sardin sebungkus dah kenyang. ko pun boleh mengulit gf ko bawah pokok sesambil tengok anak2 ko main air eh?wei, pikir guna otaklaa wei. 2-5 years old tuh kecik sangat nak mandi sunagi. ko takkan mampu jaga unless adult lebih ramai dari kanak2. sorang jaga 1. paham?

aku boleh bayangkan tapi aku tak boleh nak rasa macamana perasaan mak diorang. bebudak tuh sihat walafiat dia hantar ke rumah mertua sebab tak nak putuskan silaturrahim. yang ko sesedap rasa jer bawak keluar tanpa inform mak dia. ko mesti kecut kot3 coz ko kan nak bawak gi jumpa gf. takkan mak diorang benarkan punya. aku nak salahkan lelaki kang ramai lak lelaki yang datang belasah aku kat sini. tapi, mak2 nih membebel bersebab. coz women tend to think negatively unlike men who take things easy. ini situasi yang dapat aku pikirkan

kalau mak ada, mak takkan mandi coz mata melilau nak tengok barang, nak perhati anak2, anak2 kecil main kat gigi2 air setakat cecah buku lali jer.

bapak pulak, jom2 kita gi tgh sikit. bapak dukung. kiri sorang, kanan sorang. gf peluk pinggang kuat2 sambil pegang yang besar. wtf.

tengok, ko kuat sangat ker? dengan ngko, ngan gf ko skali hanyut. sebab ko besar, senang untuk orang ramai selamatkan, tapi bebudak tuh? tenggelam timbul pun tidak, macamana nak terkapai2, yang 2 tahun tuh? seriously, sambil taip nih pun mata aku dah bergenang. sekelip mata semuanya dah takde. aku doubt bapak diorang lebih sedih dari mak diorang. menyesal tak sudah, mungkin. aku doakan semoga mak bebudak tuh kuat semangat, kuat iman menerima qada dan qadar Allah.

huh, aku cakap nih macam tak selari pulak. marah2 macam tak redha tapi lepas tuh kena terima ketentuan Allah pulak. ok, bagi aku, memang ajal maut dah ditentukan. same goes as rezeki. TAPI, kita jugak kena berusaha, prevent benda2 bahaya. contohlaa eh. katakan A ada barah. doktor kata ada 2 tahun jer lagi nak hidup. pastu? ko takyah gi berubatlaa? ko still kena cuba hidup selama mana yang boleh. pegi kemo, makan ubat, jumpa doktor. contoh B. perlu ker ko nak terjun bangunan sebab nak test, ajal ko dah sampai ke belum. contoh C macam yang jadi nilaa. ko dah tau bahaya, ko boleh nak amik risiko bawak bebudak mandi sungai lagi? ni yang aku marah sangat nih coz diorang sangat kecik yang memang tak tau nak jaga diri sendiri. kencing berak pun taktau basuh lagi. kalau dah sekolah tuh, larang2 pergi jugak, lain cerita. kamonlaa...tapi yang pasti, diorang semua tuh konfem jadi bidadari syurga. itu janji Allah.

No comments: