ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, May 10, 2011

Anda Mama yang Mana???

selama nih aku dok ngomel jer. takde pun nak buat entry yang berilmiah yang boleh buat orang berpikir skali skala. apadaa...ok, harituh aku ada baca entry kak ayu (blog doa buat alanna). interesting. tapi aku rasa kalau kita sendiri jawab mungkin tak tepat. better tanya husband. so, korang kategori mana?

Menurut seorang ahli psikologi barat, Stephen B. Poulter,secara ringkasnya terdapat 5 kategori ibu dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya...dan ditambah 1 kategori lagi by kak ayu :

1. MAMA SERBA SEMPURNA

Mahu segalanya dilaksanakan sempurna di mata: suami, anak--anak dan rumahtangga. (Dari langsir, baju raya....kuih raya...Nuggets, yogurt...semua buat sendiri...Homemade!!!)

2. MAMA SUKAR DIJANGKA

Memang dia suka mencipta situasi kurang senang di kalangan anak-anak. Mood-nya yang sekejap bagus, boleh pula bertukar sekelip mata?? Bahaya. Sengsara anak-anak dibuatnya. (i know somebody in this kategori...)

3. MAMA ' AKU YANG UTAMA'

Dia mementingkan diri sendiri. Kerjaya dan kejayaan diri paling diutamakan. Anak-anak?? Oh...orang gaji ada...anak jatuh nombor 2. (yang ni byk tengok dlm drama jer)

4. MAMA PENYELENGGARA

Dia mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan lengkap agar tidak tercicir dalam pancaroba duniawi. (Mama jenis ni selalunya kawan baik dengan makcik google...:P )

5. DIA SAHABAT, DIA MAMA

Seronok mendapat ibu jenis ini. Segala masalah boleh dikongsi bersama.... (mama idaman semua)

6. KIASU MAMA ( 'taknak kalah' mama)

KIASU- (kee-ah-soo)Kiasu dalam bahasa Hokkien membawa maksud, takut kalah atau tidak mahu kalah.

Mama jenis ini pantang menyerah. Akan sentiasa alert dengan perkembangan mama-mama lain disekelilingnya.Pantang dengar anak mama lain lebih sikit. Dia pun seboleh-bolehnya nak buat sama untuk anak dia. Tak salahkan??

Contoh :-
a) Dapat tahu, anak mama A tuh pakai botol susuJenama XXX. Botol jenama tuh bagus. So Kiasu mama ni pun nak jugak...hihi.
b) Dapat tahu, anak mama B tuh pandai sangat dalam maths.So Kiasu mama ni pun terus pergi kedai beli banyak buku latihan.Nak suruh anak dia buat latihan banyak-banyak.
c) Dapat tahu anak mama C tuh, 4 tahun dan masuk Taekwando class. So Kiasu mama ni pun cepat2 masukkan anak dia...

aku belum tanya alan lagi tapi mungkin aku dalam kategori mama penyelenggara kot eventhough i really hope to be mama sahabat. what about you?

No comments: