baru aku perasan sana sini aku baca orang still dalam mood raya haji. yang aku nih macam tak heran jer ngan raya haji. ok, memang aku tak celebrate sangat. rasanya yang meriah tuh bagi yang membuat korban ataupun kat pantai timur. sana memang raya haji lagi meriah kan? this year raya haji kat rumah mertua. coz kitorang memang takkan apply cuti lebih. kalau kebetulan jatuh pada midweek, memang kat kl jelaa. kalau jatuh pada weekend, balik melaka. tak rotate pun no hal sebab dua2 family pun tak brapa sambut sangat. setakat masak2 ala2 raya, makan, tengok tv, tido.
kali nih sil-ina amik alih tugas ibu kat dapur sebab luka ibu tak sembuh lagi. masa aku sampai melaka on saturday tuh pun ibu kat hospital cuci luka yg bernanah balik. isyh...ina kata ibu tak pantang makan. lauk dia ada tapi still nak cekoh2 lauk lain. sudahnya ibu makan nasi impit ngan haruan bakar jelaa raya harituh. sian lak tengok dia. aku offer makan rendang sket tapi katanya serik nak "merasa" lagi. tunggu dah betul2 baik baru makan puas2.
tapi tak sangka pulak ina nih pandai gak masak. kak rin buat sambal udang. aku tolong masak lauk anak aku jer. hehehe. akhirnya raya kali nih aku dapat rasa makanan feveret aku-lodeh. sedap pulak tuh. rendang aku tak heran sangat. tapi tulaa. lauk feveret pun tak berselera jer tekak nih. aku makan betul2 skali jer sehari or bila dah betul2 kebulur. lainnya aku kudap2 meratah2 jer. pembawakan budak agaknya. eh *amik selendang tutup muka*
tengahari tuh baby baru datang. ameen eidruce el muhammady. mak oih, panjang bonar namo eh. camano ekau nak pikso nanti. habih tulih namo, maso pun habih. mak bapak cikgu, patut tau camane siksa menulis nama anak2 murid skang dalam buku rekod (aku tau sebab aku slalu tolong alan tulis) naik juling ok especially yang nak eja lain pada lain. kalau dipendekkan boleh jer letak muhammad amin idrus. eh, panjang gaklaa. baby ameen tido jer. malam sebelum tuh sempatla kitorang ke jusco carik hadiah dia. bertangguh dari harituh. baby ameen tecik jer. 2.4. masa datang tuh pun umur dia dah dekat 3 minggu tapi still sama. alahai, rasa macam nak terlucut plak. ariana suka duk cium2 kepala ameen. ada gak dia balun skali dengan softtoy dia. sshhhh...tapi ameen tido nyenyak tak kisah pun. good boy. jangan bagitau mak tau.
aku pakaikan ariana baju kurung purple dia masa raya puasa dulu, aku pakai dress labuh warna coklat-maroon, alan pakai baju melayu jubah baby blue. tema caca merba. jadilaa. itupun by noon dah tukar tshirt ngan tracksuit. tapi unlike previous years, tahun nih ramai pulak tetamu. selalunya kitorang jer. makcik2 pun tak datang. maybe sebab diorang nak melawat ibu skali harung ngan raya. rendang ayam pencen 5 ekor licin. tak dapat nak tapau bawak balik. tapi dapat bawak balik daging salai masak lemak. nyam. balik kl isnin tuh pun Alhamdulillah tak jem.
besoknya...besoknyer aku citer kat entry lainlaa eh.
p/s : gambar ada tapi tak best so aku malas nak letak.
3 comments:
ehem...ehem..pembawakan budak??wahhh..sudah adakah??
btw, CONGRATS!!
ameen eidruce el muhammady
mak aih nama..sedap!
hehe.sian gak lah nanti nak tulis dalam kotak2 nak exam nanti..
hehe
ayu : nanti kita up entry full story eh
ash : sedap. tapi panggil ameen jer. family belah husband memang semua nama start from A. so, kalau ada idea tuh kena senyap2 takut kena curik. hehehe
Post a Comment