ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, November 25, 2011

apa tajuk aku nak letak nih kalau cerita pun macam rojak?

haa boleh tak tajuk gitu? sajer buat panjang2 diorang kata stylo. yeke? *sambil check balik sapakah gerangan yang berkata begitu*


sejak balik dari cuti iaitu kelmarin (selasa aku gi cucuk montot) aku perasan cam ada something wrong ngan internet nih. bebudak opis nih cakap IT kitorang upgrade ke IE8.0. tapi ape pasal banyak bloglist aku yang takleh bukak haa? kalau dia bukak pun cuma nampak kepala jer. badan, isi, content haprak takde. mulalaa boring nih. nak reply pun takleh. nak reply apa kalau tak tau apa kebenda diorang membebel dalam blog tuh. adoiyai. diorang nih kan. menyesal aku tak blajar cara2 hack server opis masa kat U dulu. laa nih kalau nak apply apa aku blajar pun dah tak relevan. jauh ketinggalan.

tadi baru berkesempatan jumpa kakak opismate kat tingkat 19. last friday husband dia meninggal mengejut due to heart attack. sedih sangat coz aku tau akak n abang nih memang belangkas habis. kemana2 berdua. tiap2 petang slalu nampak husband dia tunggu kat bawah. anak2 4 orang pun kecik2 lagi. yang sulung baru form 2, yang paling kecik 5 tahun. sebak dengar citer dia. tapi aku salute giler coz akak tuh citer tapi tenang jer muka dia. sedangkan aku yang dengar nih jer pun dah meleleh2 airmata. dia kata dia kenalaa strong demi anak2. dan kekuatan dia adalah daripada anak2 dan family jugak. yup, aku setuju.

weekend nih pakcik aku kawin kali kedua. dak, bukan bini 2. dia duda. eloklaa...kalau dah makin tua sok, ada gak orang tolong tengok2 kan. TAPI ex wife dia tak bagi anak2 pegi kenduri pakcik aku nih. kira dendam tak habislaa nih. seeeeee...kan aku dah kata. pasangan divorce neh, anak2 yang akan jadi mangsa. kerat jarilaa kalau korang kata takde. sikit sebanyak mesti diorang akan control anak sebab itu jer kaitan yang ada untuk diorang control ex diorang tuh. aku faham situasi sepupu2 aku tuh. been there, done that. tapi kalau aku, aku pergi jer selepas berhujah ngan mak aku. takyahlaa over sampai ko peluk cium bakal mak tiri, cukupla amik hati bapak dengan menunjukkan muka pada hari bahagia dia. kalau tak diberitahu (macam aku) kira takleh laa nak kecik2 hati. turn kitoranglaa plak nak kecik hati. tapi aku rasa sepupu2 aku nih tak pergi kot. diorang nih ala2 alim stok2 tudung labuh sekolah agama private nun di sinun. so, melawan cakap ibu adalah a BIG NO NO no matter what. aku tak pergi sebab abah aku tak bagitau pun. makcik aku yang bagitau kali nih cuti weekend 3 hari. kesian kat alan eventhough cuti sekolah, dia tak dapat spend time lama2 ngan family dia. so, aku skip jelaa. lagipun abah aku ada sebagai wakil, jadilaa. dengar2 bakal wife dia lagi muda dari aku. pakcik aku dah 53 tapi takde uban n rupa tuh ada. ala2 dato k ngan siti. hehehe. tapi pakcik aku tak kaya. biasa2 jer


tapiii...rasa berat nak balik sebenarnya sebab anak2 buah di sana tengah bergelumang dengan chicken chop. eh, chicken pox. tapi tengok alan duk tanya2 jadi tak? jadi tak? aku balik jugaklaa. mintak2 dengan kuasa Allah kami sekeluarga tak berjangkit. amiin...

No comments: