ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, May 31, 2018

Luth Harris Aqiqah and Seth Yusuf Birthday


Assalamualaikum :)

sebab nak mengejar masa posting entry yang dah berkurun dalam draft, kita rempitlaa entry nih yer.. on 21st April ada kenduri untuk anak2 zana - Aqiqah Luth Harris and Seth Yusuf's 4th Birthday.. maklong bawak macaroni and cheese and agar2 gula melaka.. yang lain zana order..Alhamdulillah semua dapat datang.. by semua means abah, mak, aunty, siblings, opah n atok..and yang lain2 lah..


semua on full make up, kita tepek yg basic jelaa..


ariq dah jadi abanglaa..tau dia pronounce nama baby Luth


baby Luth pun baik sangat..bertukar tangan pun bila sampai masa tido, letak jer kat buai terus tido


Happy Birthday Seth..whats with that force smile?


baby belum boleh makan kek lagi..nanti yer


me and abah


me and my kid's babah with our youngest child..hihihi


anak 4 be like


nda and cucu2


ok, last vain post..at the back aunty holding Luth..we are the one balik paling lambat..settlekan mengemas, transfer2 lauk semua lepas asar baru balik..till next kenduri :)

dahlia dollies meet up


Assalamualaikum :)

sajer nak simpan kenangan acara tahunan or could we say every 2 years nih..hahaha..bitter sangat statement padahal semua duduk dekat2 tapi susah sangatlaah nak jumpa..took halfday on 5th April, jumpa kat NU Sentral tempat paling senang untuk semua..yang naik LRT, naik kereta semua takde alasan xleh sampai..we have our lunch kat Dolly Dimsum..kali nih Maya pulak takde..sebab dia tgh busy nak prepare exam anak2 murid dia..She's a lecturer at IKM Banting..dialaa pun yang paling jauh dari kitorang semua..yang lain area gombak, bangi and kajang jer..Nonie bawak her youngest but itu tak menjadi masalah..Afifah is such a sweet n good girl..baik dia tak kacau mommy dia nak bersosial..huhuhu..we planned for a white top day so here we are : 





semua sedap bila makan ramai2..


alin n alyn..dulu orang panggil kitorang alin kecik ngan alyn besar..tapi sekarang alin kecik pun sudah besar..hahaha


kepoh jer semua




my bff since standard 2





cayang semua (and maya) semoga ikatan ukhuwah antara kita kekal hingga ke syurga..

**plan nak bercuti sama ntah bilalaa dapat realisasikan..huhuhu


tokcik hospitalize :(


Assalamualaikum :)

This thing happen few months ago but i wanna have a record of this.. this is the first time tokcik admitted into a hospital.. tokcik never missed her doctor appointments at KK Keramat branch although she stay at Antara Gapi (near Ulu Yam).. my uncle from selayang would fetch her and they went for checkups and then my uncle would send her back.. tokcik never been married and currently my youngest aunty and her family stay with her.. lega sikit sekurang2 nya ada orang boleh tengok2 kan.. masa duduk seorang tokcik pernah jatuh longkang tepi dapur masa nak bg kucing makan dan terbaring dalam longkang kecik for half hour sebelum dia gagahkan diri bangun dan amik hp to call her neighbour.. jerit pun orang kiri kanan takde kat rumah bekerja..

lepas tuh her brother yang stay kat KL rush her to hospital, and after that for 3 months duduk rumah sedara mara termasuk rumah i for a months.. balik ke rumah sendiri ada makhluk pulak duk kacau2..yelaa, rumah lama tinggal kan..lepas settle dengan ustaz semua, Alhamdulillah dah takde gangguan.. 

anyway, berbalik pada peristiwa yang ini, tak tau mana silapnya that morning lepas subuh tokcik macam pitam..siap terkencing kat tilam..bila sedar badan rasa lemah, my aunty syak dia hypo (blood sugar level low) so bg dia hisap gula2, lepas tu macam dah ok, bangun bersihkan diri, makan, duduk dapur tolong my aunty masak..lepas zohor dia pitam balik..kali nih my aunty yg jenguk tgk dia terbaring lain macam jer..nak bg air gula dia dah tak sedar, takut tersedak or tercekik..so panggil ambulans.. rupanya sugar dia 0.8 jer..sangat2 low padahal lunch dah makan..initially nak hantar ke Hospital Selayang tapi masa dalam ambulans masuk drip glucose tokcik pun dah sedar so they sent her to Hospital Kuala Kubu Baru sebab kes tak serius..

Hospital KKB tuh agak jauh jugak dari KL..sejam lebih jugaklaa nak sampai so takde siapa dapat teman tokcik kat hospital.. my aunty pun ada anak2 kecik kat rumah nak siapkan pegi sekolah n all..10 hari jugak tokcik dalam wad..paling kesian dia tak selesa pakai cateter (tiub kencing) i totally understand coz i've been through that 3 kali masa nak bersalin dulu..n sebab dia sakit lutut, dia susah nak jalan ke toilet sendiri..kena ada bantuan..so, nurse tak boleh bukak cateter tuh unless ada penjaga..kami semua (anak2 sedara dan cucu2 sedara) try to visit whenever we can..suka jugak pegi hospital tu sebab tenang jer..xde problem parking, bangunan semua setingkat jer, takde penat nak menapak naik tangga..mmg bangunan style lama..nurse pun baik2 cuma sebab jarak tulaa..ralat xdpt nak melawat selalu..dapat pegi on weekend and sehari masa weekday jer.. ceria sikit muka tokcik bila ada yang melawat, kalau tak moyok jer..


tuh kat belakang tokcik tuh macam2 kitorang tinggalkan jajan..daripada gula dia 0.8, amekkaw..terus tinggi..tokcik penggemar kopi O..aku bg yang sachet 2 in 1 dah siap gula, dia pegi tambah lg gula..adoi..tokcik aku nih mmg kuat manis..kuat garam n pedas..dia kata kalau semua kuat takpe, balance..hahaha..adoi..nilaa orang yg support aku dan zana financially dari tadika sampai habis spm..duit belanja sekolah dia yang bg, sewa rumah dia bayar seorang, apa2 emergency yang perlukan duit macam seluar sekolah koyak ker, alatulis tak cukup ker dialaa yang belikan..walaupun takde kereta, dia sanggup naik turun bas pegi carik..

setiap kali birthday kitorang dia akan beli KFC..kira special sikitlaa makan on that day..kalau tak home made food jer..never buy lauk dulu..lebih jimat dan sihat kan..selalu onyang akan prepare bahan, tunggu tokcik balik keje baru masak..kalau lambat, lambatlaa makan..tapi semua yg tokcik masak sedap2 tau..cukup semua rasa..masa kecik2 kitorg tak brape suka tokcik sebab dia garang..plus dia boleh tahan laser jugak..biasalaa budak2 lagi kan..hahaha..tapi apa keperluan kitorang yang asas dia sediakan..tempat tinggal, makan minum..walaupun dia kurang pamer kasih sayang..eh, arwah onyang aku pun samalaa..takdelaa peluk cium, puji2, kata2 manis masa jaga kitorang tapi didikan agama semua cukup..kitorang tak pegi sekolah agama sebab banyak pulak belanja kan..so onyang hantar pegi mengaji and akan "paksa" kitorang tengok forum perdana ehwal islam setiap malam jumaat..petang2 dia bukak ceramah agama..onyanglaa yang ajar solat, sabar melayan kitorang berpuasa..aku nih anak baru sorang yang berpuasa dah takleh sabar..sabar ajar kitorang keje2 rumah..rindu ngan onyang..nanti nak buat post macamana kitorang puasa dululaa..for my children to read macamana mommy dia puasa dulu..



a week after that ada follow up check up pastu kena tahan lagi 4 hari..lepas tuh doctor decide dia dah kena start insulin injection to control her blood sugar level..now tokcik dah balik rumah dia..me and my aunty have experienced macamana nak inject insulin masa jaga arwah tokyong dulu..itu masa aku dah start keje duduk ngan arwah atok n nenek (kitorang panggil tokyong).. duduk ngan orang2 tua memang kena banyak sabar..i think its easier untuk bersabar dengan orang tua sebab secara tak langsung kita memang hormat diorang..tapi nak bersabar dengan anak2 nih macam susah sikit sebab kita lebih tua, kita rasa kita entitle untuk marah diorang..im at guilt for being garang dengan anak2..still learning and selalu berdoa diberi kesabaran yang tak bertepi dalam handling my kids.. 


doakan tokcik kita : ya Allah permudahkan urusan2 nya di dunia dan di akhirat..kurangkan kesakitannya..berikan dia syifa'Mu agar dapat menjalani ibadahnya dengan lebih baik..murahkan rezekinya..panjangkan usianya.. besar jasa dia bukan pada aku dan adik jer tapi pada ramai pakcik makcik dan sepupu aku yang dia pernah jaga..sayang tokcik!!



Thursday, May 24, 2018

birthday babies - my abah and my sayang


Assalamualaikum :)

(awas : this post terpanjang and agak emo..read at your own risk)

This post is long due since end of March..birthday abah was on 15th March but only end of March dapat jumpa..i bought a leather vintage-ish helmet after confirming with aunty that he still ride motorbikes..susah tau nak carik hadiah utk org lelaki..especially when you knew that he have almost everything that he need and you're not that close to know what he wants..dulu2 belikan dia outdoor attire sebab my abah suka outdoor activities..antara aktiviti lepas pencen nih ; hiking, diving, cycling serata malaysia, jungle trekking, jadi guide bawak orang panjat bukit..kalau tanya surely dia kata takde apa..dia cuma nak yang terbaik untuk anak2..

ntahlaa..banyak benda terbuku tapi tak terluah..dengan mama, 2 minggu sekali balik sana..xjauh jugak..tu pasal lg rapat ngan adik2 belah mama..tapi mama garang..so, bila balik jadi takut2..i only have few good memories dengan abah..sebelum abah remarried, there are some things we do yearly or every few months macam pegi tasik titiwangsa naik sampan..just the 3 of us..and few times kitorang bermalam dalam tent kat Port Dickson..ada sekali zana nak terberak tgh malam..jenuh abah korek pasir tepi pantai tuh..hahaha..bukan tak happy abah ada family baru but somehow when you have other family masa bersama yg sikit jd lagi sikit..ada 1 time zana duk panggil "abah! abah!" kat tv rupanya pelakon Ahmad Tamimi tuh..mmg ada iras abah masa muda..masa kecik selalu konfius sebab jarang jumpa..ada 1 masa tuh dekat 3 bulan xjumpa..bila jumpa pun kejap2 jer..walaupun dekat, abah jarang jenguk..busy kot kan..

arwah onyang selalu cakap jgn susahkan abah dan mak..selain beli keperluan sekolah awal tahun and raya memang kami tunggu jer abah datang..tak pernah call abah mintak apa2..beg sekolah koyak ker, kasut dah tak muat ker, duit belanja xcukup ker, memang tak pernah ngadu ngan sapa2..kita buat sampai boleh..bila tiba masa birthday aku akan call abah ingatkan birthday zana and vice versa..walaupun tau yang abah call tu pun lepas diingatkan, aku tak kisah..janji dengar suara abah..aku pernah baca diary zana..alaa, bdk2 sekolah rendah kan..apa sangat rahsianyer..tiap hari yg abah tak datang dia tulis.."abah tak datang" sampai sebulan dia tulis "tak" jer..zana dulu selalu sakit..kejap2 demam..over plak tuh..nangis2 kuat drama..hahaha..ada hikmahnya jugak kan..abah kenalaa datang nak bawak dia pegi klinik panel ofis dia..sampai klinik adik macam dah ceria sikit..xtinggi pun suhu..but pernah jugaklaa abah xdatang..sakit siang dia kata dtg petang, bwk ke malam bwk ke besok..last2 dia call, kitorg pun dah sihat..tak yah datang dahlah..

tokcik bg makan panadol org besar tuh, patah 2 pastu cairkan..punyalaa pahit nak telan..masa sambung belajar pun abah cuma hantar masa 1st time masuk matriks jer..lepas2 tuh survive sendiri jer..duit ptptn kan ada..memang buat kira2 hari2 beli apa..jimat mana yg boleh..bila ada boifren, rasa lega sikit sebab dia ada kereta..dan dia pandai baiki komputer..jimat banyak dah kat situ..hahaha..boifren tuh cikgulaa..he saw what i have been through and because of that i wouldnt trade him with anyone..orang lain takkan faham kot politik keluarga aku..huhuhu..dia jer boleh tolerate whatever situation i'm in..agak susah ok nak jaga hati kedua parents, masa konvo pun dah ada isu..mujur perancangan Allah tu hebat..Dia yang berkuasa ke atas segalanya..abah kata dia taknak masuk kalau tak jemput aunty..mak pun sama bawak uncle..tiket ada 1 jer utk sepasang parents..ko rasa? mujur ada kawan yg konvo sama sesi bg tiket dia sebab ayah dia accident and mak dia kena jaga..so tiket tuh xde sapa datang..kawan aku tuh pun dah arwah..Alfatihah buat Kak Jannah..walau hanya tiket, besar maknanya pada aku..

masa nak kahwin pun ada isu tp langsung takde isu dengan encik tunang..dia yang sabarkan aku, suruh aku ikutkan jer asalkan kahwin..tak dan nak plan fotoshoot kejadah..yg penting majlis yg wajib jalann..now bila semua dah tenang rasa macam nak buat fotoshoot pulak..tapi saiz dah naik acaner? hahaha..ehhh..melalut jauh pulak..ok, balik pada abah..and now bila abah dah pencen, i understand bila abah selalu say thank you bila aku belikan apa2..maybe he thinks that he 's not entitle to it..tapi aku tak kisah pun..it is part of rasa tanggungjawab sebagai anak..selagi mampu, aku nak gembirakan hati abah walaupun tak mewah..aku tak pegi holiday takpelaa..tipulaa kalau rasa tak jeles tgk kengkawan jalan sana sini tapi lepas selesaikan urusan keluarga barulaa boleh fikir pasal diri sendiri..

suddenly teringat kenangan masa kecik yang tak brape best...sebak and sedih memikirkan how we survived those days..kena halau ngan makcik..dtg sekolah lambat sebab xde transport..arwah ayahlong tolong hantar naik motor dari keramat ke sentul..xlarat dah nak explain kat cikgu apsal lambat..tadah jelaa apa2 punishment pun..now yg kecik dah besar, yang besar dah tua..some mean people knew what they have done to us..they have apologized and i forgave them but its not easy to forget..i let Allah balas whatever way He knows fit..paling sedih tak sempat balas jasa arwah onyang..mujur tokcik masih ada..i tried to mudahkan urusan tokcik as she is the breadwinner in the house..duit belanja sekolah pun ehsan dia..onyang passed away masa aku dalam praktikal..praktikal pun kat ofis government, memang takde elaun nak belanja2 onyang..lunch pun nasib baik pegawai2 BTP tahun 2002 baik hati sangat selalu belanja makan..kdg2 bg duit buat tambang balik..budak2 sekarang ramai yang biadap and ungrateful..mulut jer sebut grateful, tulis karangan panjang2 ayat speaking ajer taknak kalah tapi perbuatan tuh kalah si tanggang..tak boleh susah sikit, keje berkira, taknak stayback, lepas belajar tetap menghabis duit mak pak..brg nak yg branded ajer..gaji xcukup paw orang tua..nak kahwin sok itu nak, ini nak..semua mintak sapa? mak pak jugak..aku lempang gak kang..see where emo has brought me..kejap sedih kejap marah..


nilaa my abah..tak muda dah tapi he still look handsome to me..ada orang kata my husband look more like him than me, his own child..jodoh kuat nampaknya..huhuhu..jumpa abah kat rumah dia, kesian abah tak bape sihat..terima kunjungan cucu2 semua berlari2 menjerit2..riuh rendah! semoga Allah panjangkan usia abah, diberi kesihatan yang baik untuk beramal dan diberkati Allah selalu.. 



******birthday cikgu******

birthday cikgu jatuh pada hari sekolah..sama jugaklaa xtau nak beli apa..baju dah banyak..jam dah 4kali kot beli sepanjang kenal..comforter set pun pernah beli dulu tau..hahaha..masa tuh 1st year kat UUM..kengkonon tidolaa sambil mimpikan alin..gittew..hahaha..uwekkk..nak beli alatan sukan xreti n taste kitorang tak sama..so akhirnya i order surprise delivery from ig in the mix kitchen..biar dia makan ngan kawan2 kat sekolah..i ordered sandwiches, chicken wings, lasagna and bread pudding..cikgu jenis control2 macho sket so dia tak suka surprise2 bunga ke belon..segan..nih i ordered untuk 15orang cikgu2 lelaki jer..but cikgu kata makanan adalah banyak so dia letak kat bilik guru..kita hint2 nak rasa sikit pun tak dan nak tapau..settled..Alhamdulillah..asalkan xmembazir 


haa..ada iras ke muka cikgu ngan my abah? nih budak delivery tuh yang tolong snap pic and send it to me..bagus sangat service siap bg pinggan n sudu garfu plastik..


bread pudding tuhhhhhh..telan ailio jelaa tgk..nak order tunggu makan2 raya kat ofislaa pulak


ariana pesan suruh beli kek..but a whole cake is just too large for our small family so i bought wondermilk cupcake instead..jadilaa kan..key word : JANGAN MEMBAZIR


ariana buat birthday card and letak kek apollo kat dalam..which akhirnya dibedal oleh adik2nya..hahaha..takpe yana..the thoughts that counts..i bought a set of badminton attire which he then had to go change the pants coz its too short..so, no surpriselaa where n how much i bought it..huhuhu..mur mur jer..

i'm really grateful to have him as a husband..sangat ringan tulang dan penyayang dengan anak3..always sabar dengan perangai aku yang agak baran from time to time..boleh kata mostly anak3 dia yang uruskan..disclaimer : aku lebih kepada managing the house..semoga sayang sentiasa diberkati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik supaya dapat beramal dan melihat anak2 membesar dan kita dapat tua bersama2..semoga alin dapat jadi ketua bidadari sayang di syurga..


Tuesday, May 8, 2018

wedding ain+shahibul and anum+firdaus

Assalamualaikum :)

berderet post dalam draft menanti utk di publish..jap eh..walaupun x brape busy but updating a post memerlukan mood jugak..so nih nak cerita pasal wedding sepupu terakhir cikgu dari keluarga belah my mil..the only daughter, a doctor in training..nih kejadian bulan Januari..dah bulan Mei baru nak cerita..kenduri dia start dengan majlis nikah on friday night so i amik halfday lps lunch hour terus shoot balik melaka..we planned pakai jubah je malam tuh..she chose grey as nikah attire and lepas tuh tukar baju songket color maroon..lupa plak..nama pengantin Ain and her spouse Shahibul..


some of the pic i took from IG sebab dah clear my phone harituh..berat sangat..tu yang macam ada filter yellowish..the kids sakan main sementara menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki..cantik, dreamy jer tgk byk bunga kat pelamin..kenapa zaman aku dulu takde pelamin camni? rasa cam nak bersanding balik jer..Ain nih bulan 11 thn lepas baru jer abang dan adik lelaki dia bersanding..selang 2 bulan kenduri lagi..so kitorg focus kat dia jer..


setelah sah bergelar husband and wife


berseri pengantin pakai kaler bold coz Ain nih jenis yang simple jer..xpernah nampak dia mekap tebal..



ehem..excuse my double chin yer..yang penting pengantin santek sangattt..on reception day the next day..pakai songket emerald green..with red lips, naik seri pengantin..Alhamdulillah, cuaca best sangat..xpanas sangat and windy..tak terasa penat, kalau boleh nak lepak sampai petang..ada cotton candy booth, photobooth, cendol, makan pun sedap, lots of dessert, karaoke, bunga api, memang meriah sangat..kenduri last kan..masa kenduri brothers dia harituh buat dekat rumah jugak cuma cuaca tersangatlaa panas pukul 1 bdk2 dah lemau..kitorang hantar diorang balik, pastu cikgu lepak kejap dengan family dia kul 2.30pm dah balik..mmg cuaca panas nih energy drained kan.. 


masa nih Ain asked the cousins to wear white tops matching with batik yang dia bg..so cikgu pun pakailaa baju batik to match with me..jadilaa bersanding lg skali tumpang pelamin Ain jap..


and haruslaa buat pose #fattzuratiestheknot kan..brape kali pujuk cikgu taknak..dia memang tau..malu2 padahal kenduri belah family dia kot..control macho laa tu..sebbaik bini jenis selamba..mmg banyaklaa gambar2 kat pelamin nih ngan cousins, ipar duai, makcik2..


and 1 with the kids..mikhail pun berbaju batik..


nih plak resepsi sebelah lelaki..on sunday..terus sederet majlis 3 hari..penat sekali jalan..nih buat dekat Dewan Tun Ali..dewan nih direka mengikut bentuk rumah tradisional melayu melaka..dengan gamelan, silat, ada tarian zapin..lepas majlis terus kitorang balik KL..

***********************************************************************

Anum & Firdaus

nih kenduri my aunty..actually kami sebaya tapi sebab dia ialah my abah's cousin so pangkat aunty laa although i never called her that..kasi canlaa dia rasa muda..hehehe..Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang Selangor..the youngest so probably the last kenduri jugak in her family..kami agak rapat sebab dulu masa sekolah kan i and my sister stay with arwah onyang and tokcik..tokcik nih adik nenek belah abah..so bila duduk dengan onyang, atok dan nenek sedara selalu datang melawat..boleh kata tiap brape bulan skali mesti jumpa..so Tok Alang nih anak2 dia yg bongsi sebaya, yang ke 4, tua 2 tahun and yg no 3 tua 4 tahun dari aku..aku panggil abang **** jer..cuma yang sulung n no 2 jer aku panggil maklong n pakngah..haha..panjang pulak cerita..sajer nak explain my big family..mana tau, anak mommy nanti baca..taulaa sapa sedara macamana kaitannya nanti..kalau mommy tak panjang umur nak ceritalaa..


gambar banyak tapi semua dah transfer out so yang mana ada jelaa..nih my uncle..adik abah-ayahteh and his family..happy jer family diorang nih..makteh nih lembut sangat orangnya..in those days kadang terasa kasih sayang seorang ibu dari dia when im far from my own..now anak2 dia semua dah besar..tu semua 3 cousins i tuh anak2 dara solehah still single but not sure if available..hahaha



mak anum and husband..simple jer majlisnyer..1 majlis for both side..1 baju for nikah and all..dulu2 kitorang panggil anum Angelina Jolie Malaysia coz she resembles so much like her..dengan pouty lips..samalah..cuma tak seksi jerlaa..hahaha


terkejut husband dia bila aku suruh anak panggil dia atok..hahaha..baru kawin dah dapat cucu..



anyway, selamat melayari bahtera berumahtangga to both couples..sabar banyak2, toleransi and bawa berbincang walau isu apapun..semoga kalian dikurniakan anak2 yang soleh solehah, dan berbahagia hingga ke syurga..