Assalamualaikum :)
nama ariana terpilih mewakili kelas dia dalam pertandingan pakaian tradisional sempena Hari Kemerdekaan ke-62..antara syarat dia ialah tak boleh pakai baju daripada bendera..kan banyak sekarang readymade baju2 dari bendera..nak beli rasa rugi pulak sebab lepas habis nanti nak buat apa kan? lepas bincang dengan guru kelas dan mak kepada partner dia kami decide buat baju tradisional melayu..plan utk pakaikan baju puteri perak sebab boleh guna baju melayu..lps carik2 idea di kalangan kawan2, inilah hasilnya..ariana suka sangat..dia kata uisyhhh...boleh menang nih mommy...hahaha..i asked her to just enjoy walaupun x menang..sure mak2 lain ramai lagi yang berkobar2 nak siapkan anak..some of the accessories i made from scratch, some i asked cikgu to borrow from his school kelab seni, baju melayu and sampin i borrowed from my colleagues..tqvm..ini adalah uasaha kita bersama...hehehe
nak carik rantai pahar xde yang murah...kat online xsempat deliver pulak, so kita pegi beli bahan2 kat kedai pengantin and DIY rantai as long nampaklaa berseri sikit..letak dekat kiri kanan bahu..
guna pin dan glue gun jer..
this headpiece is the main accessory that makes the outfit pop..kalau xde, tak nampak pulak mcm puteri..(look at that cheeky face, nak menyelit mommy amik gambar :P)
since ariana pakai tudung, susah nak selit2 bunga kat kepala...so we glued the roses to a crocodile hairclip
belajar ikat sampin bunga tanjung nih from youtube..pastu secure dengan pin besar..i even made her gelang kaki from the same material macam kat atas bahu tuh...lekatkan guna velcro jer...xpayah jahit atas baju orang..
guna 2 sampin utk badan dan pinggang..ni kiranya macam rehearsal penuhlaa..cuma xmekap jer..attached a shawl so dapatlaa dia melenggang2..xlaa kejung jer jalan kan...
with her partner harith..handsome dalam baju pengantin...siap tanjak..
ariana kata dia dapat no 3..truth was yg lain pun semua cantik2...but i was happy i got to make you happy and create memories..
No comments:
Post a Comment