aku rasa ada banyak setanlaa dok bergayut telinga aku nih. takpun dia dok bergayut kat otak aku. aku nih slalu fikir yang bukan2, yang negatif sampai effect kat orang2 sekeliling aku. bila dah fikir pun negatif, perangai pun otomatik jadi negatif jugakla. paling2 pun aku diam jelaa. sebab aku rasa kalau aku bukak mulut, aku akan menyakiti orang2 yang aku sayang. camna nak ubat perangai aku ni haa? ada magic word tak?
aku nih jenis yang mudah sentap, mudah sejuk TAPI sentap kena berpujuk. kalau biar aku cool down sendiri, alamatnya aku akan fikir yang tak elok jer. mulala mata pandang pil2 panadol yang berlambak2 dalam botol tuh or jalanraya yang penuh sesak ngan keta. sajer. sajer gatal nak tau agak2 ada tak orang yang akan regret bila apa2 jadi kat aku? tapi pastu aku terfikir plak, kalau ada memang berbunga2 laa hati kan. tapi kalau takde? tak ker ko kojol sensorang kat situ?
lagipun, walaupun anak aku most of the time prefer babah dia, tapi aku tak sanggup fikir dia tanpa aku. sejak dia lahir sampai sekarang kitorang tak pernah tak tidur sama. aku still nak cium kepala masam berpeluh dia, bontot seluar yang hancing2 sket, leher dia yang masam2 bau susu. lagipun sapa nak make sure dia makan dengan betul, baju dia match ke tak ngan seluar dia, aktiviti riadah dia, kartun yang sesuai dengan dia, benda2 kecik yang mak2 dok risaulaa. help.
aku perlukan spirit booster. aku bukan jenis yang pantang dicabar. makin dicabar makin aku rasa aku takleh buat. aku jenis yang perlukan support. and care. and love. constantly. kalau kena marah, aku akan fikir orang tuh dah tak sayang aku lagi. aku respect adik2 aku yang lain yang sangat2 positif and fikir, what past is past. kalau aku, what past is still present until resolved. yep, aku jenis berdendam. kalau aku terluka sangat2 la. jangan pulak korang ingat sikit2 aku nak berdendam. tapi dendam aku tak bawak aku kemana pun. aku sorang2 gak yang miserable. orang lain ok jer moving on with their lives. kengkadang aku pandang diorang macam takde apa2 berlaku pun. so, bila aku utarakan, diorang akan kata aku mengungkit. bukan. bukan niat aku nak mengungkit.
aku cuma perlukan closure. yes, closure. that's what i need when something bad happen to me. i'm impressed by those blogger that could write motivation entries. how do they motivate themselves? or is it easier to motivate others? aku rasa aku tahu jawapannya cuma aku yang culas. i should give myself to HIM as HE is the only ONE that could help me fighting my inner-bad-spirit. aku pernah cuba and feeling dia memang blissful. tenang jer. and i need to be thankful and grateful for what i have and berserah coz i do wanna be a better me for myself, my family and especially to HIM.