ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, October 2, 2012

tangan panas?

mikhail dah pun masuk 3 bulan tapi selain entry kelahiran dia, aku takde pun update apa2 moreover upload gambar dia. nilaa kalau dah pakai henfon canggih sket mulala banyak songeh nak transfer gambar pun payah. kalau pakai nokia dulu aku cabut jer memory kad, cucuk kat memory card reader, cucuk kat usb port terus leh bukak folder gambar. ni dah dekat seribu gambar dalam henfon nih. kalaula ariana tekan jer clear all, habis...memang gambar mikhail banyak dalam henfon aku jer...

budak itu telah selamat dibotakkan masa cuti hari malaysia. kalau ikutkan dah lambat sangat. patutnya masa dalam pantang harituh tapi dah mak aku nak cucu dia beraya dengan rambut dulu...memula cikgu shave guna shaver schick tuh. pastu lembab sangat pulak. tak bersih pun iye...pastu FIL aku bagi shaver yang power punyer, aku plak try shave...licin kau...tapi masa tuh mikhail dah mula rasa miang kot. nak menghabiskan menggondol kepala dia tuh terasa lama plak. yang MIL aku dah terjerit2 sudahla tuh sudahla tuh...eh, takkan nak buat keje separuh jalan plak kan...dah la the next day nak attend wedding...aku dukung mikhail pastu sambil sebelah tangan shave bahagian belakang plak. zap zap zap...setel...

laa nih rambut dah mula naik tapi depan jer pastu bertompok2 plak tuh. dulu2 arwah onyang aku pernah cakap. dia kata tangan aku nih "panas". means kalau tanam pokok - pokok tak hidup, kalau pukul orang - sakitnya berbisa, kalau potong rambut, rambut lambat nak tumbuh balik. nak kata aku tak caya, well, ada testimoni. dulu aku terpotong rambut arwah masa dia suruh leraikan kusut kat rambut dia. dah sejam aku mengerjakan kusut tuh susah nak lerai. dah pakai sikat n minyak rambut pun aku cuma berjaya turunkan kusut tuh dari atas kepala (kat area sanggul) sampai paras bahu. rambut arwah onyang aku panjang...sampai ke pinggang tapi sikit jelaa...nipis jer...pastu dia hulur gunting. dia kata yang mana degil tuh potongla sikit...haa...dapat je gunting aku zass terus jadi rambut ala bob, eh pendek. menangis orang tua tuh tau...pastu sudahla tak panjang2 dah rambut dia...tapi mungkin jugak sebab arwah dah tua so, memang susahla rambut nak panjang kan?

tapi aku ada 1 lagi testimoni. kawan aku baru balik saloon. pastu dia ngadu kata rambut dia senget...mintak aku trimkan bagi sama. sudahnya after few weeks, rambut yang aku tak trim grow tapi yang aku trim pendek tang tu jer. dia kena pegi trim balik dua2 belah baru elok sama2 grow. la nih rambut mikhail plak...kesian plak kalau betul tangan aku panas, tumbuh tobek2 rambut dia...

mikhail's growth aku tengok lagi cepat berbanding kakak dia dulu. belum 3 bulan dah mula pandai nak "borak". sekarang dah pandai gelak. and Alhamdulillah dia dah tido through the night. bangun menyusu jer. itupun tak bukak mata...kalau bukak mata harusla layan dia borak dulu dalam sejam pastu susukan balik baru dia nak tido. weight dia pun laju jer naik. lahir - 3.92kg, 1st month - 5.2kg, 2nd month - 6.5kg and 3 month bakal diketahui next week insyaAllah. n mikhail nih lebih tahan lasak. perut dia tak mudah kembung even aku ada makan benda yang berangin sikit2. kalau yana dulu aku memang kena jaga betul2 takleh salah makan. mulalaa dia kembung. mikhail nih selamba jer kentut2. besar bunyinya plak tuh. macam orang tua! hehehe...syabbas betta!!!

badan pun dah keras. kalau tiarapkan, kepala memang dah angkat since dia 3 minggu lagi. now kalau rocker dia tuh tegak sket dia dah nak cuba duduk tegak plak..ek eh...macam kuat bebenau...muka dia since botak nih ramai yang cakap ikut muka aku plak...yana dulu pun bila dah botak orang kata muka aku...tak kisahla, anak2 sendiri pun...isyh...tak best plak citer takde gambar nih...nantila aku cuba curi2 masa upload as wordless wednesday ke kan? dah hensem anak bujang saya tuh...

No comments: