salam. dah hujung bulan baru nak update lg. bday pun dah lepas 2 minggu. as expected, takde apa yg menarik pun. anak2 belum paham apa2. cikgu plak boleh lupa terusss. penat hint2 sampai ke malam dia wat dek jer pastu terus tido. sedih. tapi nak merajuk pun tak guna. dah duk serumah, kena bercakap jugak. cuma letak anak kat tengah2 jela bila nak tido. hihihi. besoknya bila dah kantoi, macam2 alasan dia bagi. yg paling best ayat dia, "masuk bulan october pun alan tak sedar. sibuk sangat ngan keje kat sekolah, budak2 nak periksa" hmmmm....siap janji nak bawak pi makan special on weekend. ayat biasa orang merajuk, "tak payahla. dah terlambat". tapi bila weekend pandai pulak ajak cikgu makan kat SR. huhuhu.
raya haji kitorang balik melaka. memula tak plan pun nak balik tapi memandngkan loong weekend plus ayah pun ada buatkan korban untuk ariana, maka lebih afdal jika pulang ke kampung halaman. aku ok jer. asalkan aku takyah masak sudah. hehehe. well, hajat termakbul bila dah terperangkap dalam jem 5 jam! padan muka, niat tak elok memang gitu jadinya. khamis aku dah amik cuti sebab selalunya kitorang akan gerak lepas subuh. takyah mandi hapa. angkat bebudak masuk keta pastu jalannn. tapi unfortunately malam rabu tuh adik aku, fatin call kata dia kena admitted kat ppum. dia nih duk menyewa ngan kengkawan. so sendiri pegi checkup skali kena tahan wad. pasal penyakit dia tuh nanti aku story lain k. insyaAllah. so lepas melawat dia dalam kul 2 tuh barula dapat bertolak balik. masuk sg. besi dah start jem. mata aku kejap pejam, kejap jaga. tau2 tengok jam dah dekat pukul 4 jalan lengang giler. rupanya cikgu tak tahan, dia keluar exit putrajaya. pastu set gps ke arah LEKAS highway. yang gps pulak asekla suruh u-turn masuk PLUS. sudahnya hang. hahaha.
dengan tak sempat lunch, kitorang redha jela meredah jalan sambil kengkadang cikgu call kengkawan dia tanya jalan kampung. okla, jalan tak jem tapi biasala jalan kampung mana boleh speed. ngan traffic light lagi. sampai rumah ibu ngam2 azan maghrib. fuhh. aku rasa aku pun sama penat ngan cikgu yang bawak keta (marah cikgu kalau dia baca statement nih :P) mana taknya. penat hoih melayan anak2 kat belakang. mikhail tido sejam, bangun setengah jam pastu sambung balik tido sejam pastu bangun. camtula sampai melaka. siap pakej muak, berak semua ada. tapi yang senang sebab dia menyusu badan n belum start makan. so selak ajela bila dia merengek tuh. ariana pulak kitorang dah spare twiggies, roti n segala alatan membuat susu. elok pulak mata dia cergas jer tak tido langsung. kejap kedepan, kejap kebelakang. minum air sampai tumpah2 kat baju. smpai rumah nenek tinggal baju ngan pampers jer. kitorang plak sampai2 terus amik giliran mandikan anak2, serbu rendang ibu pastu terus terlepak kat bilik. besoknya habiskan masa kat rumah makngah tengok cucu baru dia. namanya iklil adlia. iklil maksudnya mahkota sempena mahkota parade, eh. hehehe. tergeliat lidah nak menyebut nama anak ko wani! putih melepak2. sibuk belek baby lupa plak nak amik gambar. ni 1st cucu pompuan makngah selepas 3 grandsons anak2 along n angah. penuh ruang tamu ngan barang2 warna fink. katil dia comel sangat siap berkelambu bagai. jeles aku. sebab time ariana dulu aku kedekuit nak beli barang2 pink sedangkan aku memang suka n minat kaler tuh. aku rela beli kaler2 yang unisex senang nak kongsi ngan adik. ehem, macam tau2 je nak dapat boy pulak lepas tuh. :)
so sepanjang melawat baby, aku share ilmu2 yang aku tau pasal breastfeeding, pemakanan, barang2 penting, online shop, etc. seronok aku dapat kongsi pengalaman. cakap berjam2 pun takpe. oh, aku belum citer pasal mikhail's breastfeeding journey kan? buat masa nih he's still fully bf. stok Alhamdulillah masih banyak. takdela membuak sampai tak muat deep freezer tapi cukupla. tak sabar nak tunggu dia mula makan pulak. on saturday pulak aku mengangkut budak2 plus another 2 nephew pegi padini outlet store kat jusco. i need new work clothes, pronto! dah tak tahan tengok baju2 dalam almari yang mostly aku dah lanyak jadikan maternity clothes. bila aku pakai jugak, ada jer orang bagi aku seat dalam lrt. (not a good sign. ppfffttt) sempatla sauk 6-7 lai seluar n blouses, sunglasses n wallet. cikgu pun dapat 2 new shirt. dengan kad birthday discount yang padini bagi, aku dapat jimat rm200 lebih! menyesal tak amik lagi. but kalau nak lepak lelama pun takleh. bringing 4 kids under 9yo is not a good idea. yang mana nangis mintak angkat, cranky sepahkan baju, berlari2 as if kedai bapaknya. hoih. boleh stress ok. sebbaik dapat baju baru. huuuhuhu.
alahai, bosannya entry takde gambar. nantila ye. so, aku hutang 2 citer. 1 pasal fatin. 1 lagi pasal mikhail's development. aku takmo campur sini coz aku nak buat entry special untuk my baby boy. till then.
alahai, bosannya entry takde gambar. nantila ye. so, aku hutang 2 citer. 1 pasal fatin. 1 lagi pasal mikhail's development. aku takmo campur sini coz aku nak buat entry special untuk my baby boy. till then.
xoxo
p/s: balik dari melaka ke kl pun 5 jam. hence the title.
No comments:
Post a Comment