All this while aku memang bukan hantu gadget. kira kalau ada yang tayang hp canggih ker, laptop canggih ker aku takkan jeles n tak kisah pun as long apa yang aku guna currently sudah cukup memenuhi keperluan aku. kehendak aku pada teknologi agak minima. dari 1st time aku guna hp iaitu masa 1st year kat U dulu aku guna henfon bapak aku nokia gabak yang ada antenna tuh. yang ni kot kalau tak salahlaa. pakai dari tahun 1999 sampai 2002. pernah skali hp nih betri kong habis. pastu terjatuh plak kat celah katil. 3 hari gakla tak berhp sebab tak jumpa. dahlaa body hitam, nak miscall pun takleh. last2 roomate aku rajin gi korek bawah katil jumpa hp nih termasuk dalam beg baju kaler hitam. huhuhu.
pastu aku guna hp nokia 3310 mak aku bagi. aku guna sampaila hp tuh nak hancur. tapi body 3310 nih yang paling kuatlaa aku rasa. jatuh banyak kali pun merasa gak aku pakai sampai 5 tahun. thats y aku suka pakai nokia. lagi 1 sebab nokia nih sangat user friendly. instruction senang.
so, lepas tuh aku beli pulak hp nokia N70 sebab sebelum kawen cikgu duk mengajar kat pahang. so aku siap cakap kat apek tuh aku nak hp 3g cap nokia yang paling murah. itu tahun 2007. menggigil keluar rm1k. dahlaa masa tuh lagi sebulan nak kawen. aku belasah pakai sampai end of last year bila dia mula buat hal. skrin tuh putih jer, sapa call, apa sms pun aku takleh baca. end of last year, kira 4 tahun guna. berbaloi gaklaa.
aku ada target nak beli smartfon masa n70 aku mula buat hal tapi sebab aku lebih sayangkan duit dari kecanggihan gajet aku, aku tahan jer pakai n70 tuh sampai cikgu belikan aku hp csl DS880. ada offer kat carrefour, cuma rm199 jer. well, bukan cikgu taknak belikan yang elok sikit tapi bagi aku macam membazir plus aku jenis yang sayang duit. duit dia lagi aku sayang. baik belikan aku henbeg. muahahaha. aku pilih kaler shocking pink. just the way i like my things ;P
kalau dulu aku cuma suka henfon yang simple. keypad classic (obviously u can see from my previous henfons), tak suka qwerty button kecik2 macam bb tuh. no touch screen coz aku rasa semua henfon touch screen nih sabotaj taknak detect jari aku. yang penting ada kamera untuk aku amik gambar on the spot. but cikgu kata kita kena gak blaja teknologi baru so that we wont be left out FARRR behind. and thats y he force himself to use the upgraded hp model. hp yang aku berkenan sangat is the samsung galaxy sII becoz kameranyer. alaa, yang iklan dia ayam duduk nak mengeram atas henfon tuh coz dia ingat itu telur ayam betul. n aku berkenan yang kaler putih.
la nih csl nih buat hal pulak. orang takleh dengar suara lunak aku eventho i can hear them clearly. cikgu lak buat2 tanya apsal fon rosak ke hapa rupanya dia nak belikan. balik rumah berbunga hati tgk hp idaman tgh caj. hehehe. memula aku offer nak share 50-50, tapi setelah aku kelip2kan mata buat muka seposen, cikgu kata takpelaa, dia belanja. weehooo!!!! so, aku budak baru blaja, kalau tak reti tolong ajarkan.
p/s : baru tadi kawan aku ajar pasal data network. rupanya kena always deactivate unless pakai line fon with internet. kalau tak makan prepaid or kena caj kat bil fon korang. kong ajar, patutla tetiba kredit aku hilang. baru start guna semalam, dah rm50++ kredit aku melayang woo.... tsk tsk...
2 comments:
wah kak, cantik HP... Pinjam boleh? he3!!!
bape RM?
Alhamdulillah, ada org belikan...kena tanya dialaa...
Post a Comment