mikhail dah masuk 5 bulan hujung bulan lepas. meniarap belum lagi. tulaa, masa awal2 dulu cakap perkembangan dia lagi cepat dari ariana. rupanya kakak ariana lagi advance. mikhail nih asek terlentang jer. bila dah bosan mulalaa membebel mintak angkat. kalau tak angkat jugak dia jerit sekuat hati. pernahla sekali aku nampak dia dah tertiarap sendiri. pastu makcik aku pun nampak sekali. tu jelah pun. buat masa nih dia masih banyak tido. bila dia jaga memang dia nak attention 80%. kalau dia leka tengok kartun takpe, lehla nak tinggal dalam seploh minit. kalau tak, ko hadap jelaa dia. dia tido sejam, berjaga sejam. pastu mesti merengek2 nak tido balik. nak tido kena sumbat puting n bagi dia peluk bantal. puting tuh dia cuma nak masa nak melayan ngantuk jer. sebijik macam perangai ariana dulu. lena jer, tercabutla puting tuh.
apa saja yang dapat dicapai mesti nak masuk mulut. mulut tuh menganga jer. air liur banjir habis baju basah kena salin 2-3 kali. pakai bib pun lenjun. kalau tengok orang makan tuh bersungguh2 nak capai. so, aku rasa boleh la kot kalau aku nak mula bagi dia makan. Alhamdulillah mikhail masih lagi fully breastfeed. belum campur lagi. *pat my back* stok pun Alhamdulillah banyak. aku try google 1st solid food yang sesuai untuk baby and aku jumpa jadual nih. aku memang follow kak hana seman nih. dia contoh ibu yang sangat2 rajin. beras dia blend, pastu simpan. bila nak masak, basuh dalam tapis then masak n tapis lagi kasi halus...mak oih bilala aku nak rajin cam dia. and dia contoh ibu yang berjaya breastfeed ketiga2 anak dia dengan cara yang betul up until they are 2yo. siap tandem lagi tau sebab anak yang pertama n kedua tuh rapat. fuhh...ni jadual dia :
Hari 1-3: bubur nasi
Hari 4-7 : bubur nasi + kentang
Hari 8- 11 : bubur nasi + carrot
Hari 12-15: bubur nasi +bayam
Hari 16- 19: bubur nasi + serbuk bilis
Hari 20-23: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+carrot+ serbuk bilis
Hari 4-7 : bubur nasi + kentang
Hari 8- 11 : bubur nasi + carrot
Hari 12-15: bubur nasi +bayam
Hari 16- 19: bubur nasi + serbuk bilis
Hari 20-23: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+carrot+ serbuk bilis
Hari 28- 31: bubur nasi+serbuk bilis+bayam
tengok jadual nih senang jer nak ikut. bahan2 pun takdela yang susah sangat. cuma aku yang pemalas lipas nih nak ubah sikit. instead of masak hari2, aku nak masak semua sayur2 tuh in advance and freeze it. bubur jer aku masak hari2. or boleh ke bubur nasi di freezekan? cikgu kata bagi jer nestum, senang. tapi oleh kerana sekarang nih kita harus memboikot barangan yang menyapot israel haramjadah termasuklah nestle, dan aku tak jumpa plak cereal brand lain lagipun aku nak cuba push diri aku kali nih untuk bg anak2 makan air tangan aku nih. masa ariana dulu asekla bernestum, now dia nak makan yang manis2 ajer. pedas sikiiiiiit pun takleh. kuah2 langsung taknak. sayur lagila. asekla lauk ayam goreng, telur goreng. sayur hanya harap pada susu fruit n vegie dia jelah.
harini ingat nak pegi pasar tani kalau sempat. nak membeli bahan2 n weekend nih bolehla start bg mikhail makan. eee...excited plak aku memikirnya. yelah, ariana dulu bukan pemakan. aku harap mikhail nih pemakan sekaligus mendorong untuk kakak yana dia makan lebih banyak jugak dan secara tidak langsung mendorong aku untuk masak dengan lebih kerap. *haaa, ayat proper bahasa melayu dah keluar tuh :P*
camna plak korang memula bagi anak korang makan? maybe ada tips lain?
No comments:
Post a Comment