ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 20, 2014

Happy Birthday Ariana Sofia

today my lil ariana turn 4 years old. dah bukan baby dah. toddler pun bukan. prekindy pun bukan. dah masuk preschooler kot eh? mummy nih tak pandai nak berjiwang2 ayat puitis segala tapi mummy harap apa yang mummy nak sampaikan nih yana dapat faham. kehadiran yana dalam hidup mummy dan babah setelah 2 tahun kami kawin, setelah 2 kali keguguran sesungguhnya adalah suatu rahmat Allah yang sangat besar. kehadiran yana mengeratkan semula hubungan mummy dengan nda sejak mummy kawin. kehadiran yana membuatkan rumah mummy dan babah dikunjungi saudara mara setelah sekian lama tiada tetamu. kehadiran yana membuatkan rezeki kita makin murah. mummy ingat lagi masa dalam pantang melahirkan yana, boss mummy call, bagitau mummy naik pangkat, dapat rezeki bonus dan increment yang memang melebihi keinginan mummy (mummy tak berangan tinggi sangat pun :P) masa dalam pantang tuh jugak mummy dapat jumpa kawan2 mummy yang lama tak berjumpa...mereka datang semata2 nak jumpa yana...nak jumpa si jendul kesayangan mummy...although we dun have much, but you already make us feel rich with your presence...


sekarang yana dah jadi kakak...ada adik yang yana kena jaga, kena sayang, dan mummy memang tau yana seorang yang boleh diharap bila yana tolong mummy jadi reporter bila adik nangis, tolong pujuk adik, berulang alik masuk bilik tolong mummy amikkan barang2 adik...yana sayang adik sampai adik ketuk/gigit/pijak yana pun yana tak balas pun...hanya menangis dan diam bila mummy pujuk...semua cakap senang sangat jaga yana termasuk mama, pengasuh yana...a very big helper this little girl...




at 4 years old yana dah pandai nak melawa...nak pakai baju pink, nak pakai mekap macam mummy, dah pandai pilih sendiri baju tapi tak pernah tolak kalau mummy pilih yang lain...tiap kali mummy beli walau pemadam seketul pun yana terima dengan sangat senang hati...dengan mata bulat, yana senyum sampai telinga mesti yana cakap "waaa...cantiknya!! terima kasih mummy beli!!!" padahal benda dalam plastik tak nampak pun lagi...pandai ambil hati, puji2 mummy cantik padahal mummy pakai tshirt buruk jer...perasan jer bila mummy tukar cadar pastu cakap "waa...cantiknya cadar baru mummy beli" yana buat mummy perasan jer sentiasa...hehehe...prihatin dengan keadaan sekeliling...segala benda nak tanya sampai kadang2 mummy kena buat2 tido...dah macam iklan burung kat tv pulak...kalau mummy leka tengok tv/buat keje mesti yana cakap "mummy, jawabla yana ni", "mummy nih tak dengar ke yana tanya ni" sory ye yana, kengkadang mummy dah terlalu immune dengan suara nyaring penyet yana tuh sampai tak perasan pulak...hehehe


sungguhpun gitu, yana jugak seorang yang sangat beremosi, mudah sedih, mudah marah, mudah ketawa...dalam semua orang duduk diam pun yana boleh menceriakan suasana...suka buat mimik muka...suka ketawa, buat lawak...kalau takde yana, sunyi jer rasa...Alhamdulillah, yana dah mula suka makan...kalau dulu kena berperang nak bagi makan, sekarang tak payah nak paksa makan dah...tapi yana jugak suka kudap2, jadi mummy sentiasa kena spare roti, biskut, kek, tak suka buah dan sayur macam babah tapi suka sangat desserts macam mummy...


berlakon tido


kalau kita buat tak tau, dia acah kita gini


see...? kuat bergurau


kuat nangis jugak


mummy sebenarnya dah plan nak buat birthday party untuk yana tapi banyak plak kekangannya...mummy nak jemput semua tapi rumah kita comel sangat...nak tempah dewan kecik, tgh renovate pulak...mummy dah siap beli goodies lagi, tapi mcd kata takleh bawak goodies luar...takpelaa...babah pun kata next time k bila ada rezeki...lagipun babah dah belikan basikal dan mummy pun dah belikan playdoh kan...nanti kita gi makan kek and swimming k...i know you wouldn't mind...yang penting yana happy...doa mummy sentiasa bersama2 anak2 mummy tak kira baby, atau dah besar...semoga jadi anak yang soleh, yang hormat orang tua, yang berjasa pada keluarga, dijauhkan dari malapetaka, dilimpahi rahmat oleh Allah, mendapat segala apa yang diimpikan dan jika Allah beri ujian, semoga anak2 mummy tabah menghadapinya...mummy dan babah sayang ariana sangat2 hingga ke syurga...


baju nih mummy beli khas untuk birthday party tema princess sofia...


adik pun nak jugak naik walau kaki tak sampai


ariana yang happy setiap kali

No comments: