ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, May 7, 2012

approaching 34 weeks

salam isnin y'all...now aku dah masuk 33 weeks. dah mula jalan lambat. sesak nafas, mengah, tapi berat aku dari before pregnant until now baru naik 3 kg. camna? means aku is slimming down while pregnant coz baby is growing well. i loike. last check up kat KKIA hemoglobin level agak rendah. rupanya selama nih aku tak balun iron. padan muka. pilih2 lagi vitamin. aku cuma makan folic acid ngan calcium jer. obimin pun aku tak makan. gedabak sgt. pastu makan vitamin tolak bersama air kopi. memang tak jalanla ubat tuh. tapi hb aku tuh masih di tahap moderate katanya. just makan iron tablet n food yang banyak zatbesi cam hati, bayam, kekacang, etc (silala google eh) and it should be ok.

so sorry gak tak dapat nak upload gambar scan mikhail. format gambar tuh takleh convert lak coz converter takleh install coz cd driver rosak. takpela. aku rasa sama jer kot muka baby2 nih. sayang time ariana dulu takde pulak dr bagi cd. just print jer. itupun sekeping jer. last week manage to develop semua gambar ariana nak letak dalam album. nih kira home projectla. nak carik sticky album, nak letak semua kenangan ariana dari ultrasound printouts, sijil tapak kaki from Al-Islam, gambar dari birth sampai sekarang. tapi aku tak develop semualaa. pilih2 gak. tak syoklaa semua dalam bentuk softcopy jer. dapat flip2 album macam dedulu gak yang syiok. 

this month boleh kata every weekend schedule aku pack. ada kenduri arwah, aqiqah, wedding to attend. tuh tak kira ngan wedding adik ipar sendiri tuh. 27hb aku daftar antenatal class plak. cikgu kata macam baru anak pertama plak nak gi kelas bagai. ahh, i is cuak. nak pegi jugak. (eh, cam pantun pulak :P)tokcik aku pi umrah pun tarikh yang sama. memang masaklaa mak buyung nih nak carik baju, nak sorong perut ke sana sini. aku perasan kalau aku lasak2 sangat, perut aku macam mengeras n menegang. takut terberanak awal jer coz my instinct dapat rasa this baby will not be 40 weeks in here. apa2 pun aku harap semuanya berjalan lancar. kesian lak kat cikgu kalau aku bersalin sebelum kenduri adik dia. mesti dia serba salah nak kejarkan yang mana. like masa wedding aku kat belah cikgu dulu, kesian adik ipar aku sorang2 ke hulu ke hilir. sorang abang dia dah memang sanding skali, sorang lagi abang dia takde coz bini dia betul2 bersalin malam sebelum kenduri tuh, sorang lagi adiknya tgh xm kat UUM. dengan tak cukup kaki tangan tu jugaklaa henfon sampai 2 bijik hilang kat tangan sedara sendiri (ni bukan tuduh, ada bukti). by 2.30pm aku dah salin t shirt ngan suar jeans nak tolong apa2 yang patut. sempoi kan? hehehe

next check up 16hb nih dan seterusnya dengan Al-Islam sahaja coz aku dah bagitau nurse KKIA aku nak bersalin sana. so, buku pink aku pun diorang dah right off. pasnih takyah tunggu 3-4 jam untuk check up dah. kalau lama sangat leh mintak mc. hehehe. cuma bayar jelaa kan. tinggal sebulan lebih nak due nih banyak benda aku nak tanya. camna nak tau nak bersalin? contractions tuh rasa camna? kalau sakit kat melaka, sempat tak aku balik kl kalau nak bersalin kat kl gak? aku rasa cuak masa mengandungkan ariana dulu tak sama cam sekarang. memang kali nih lain sungguh. oh, nanti aku ingat kalau sempat nak buat entry differences carrying these 2 babies laa. ash, u mengandung anak pompuan ngan anak lelaki memang lain ker?

2 comments:

ashra said...

Jap nye masa berlalu...da 34w da kamu..tak lama da tu..hehe.doakan dimudahkan k

Tak sabar juga tunggu si hero kamu ni....

aLin arLene said...

thanks ash. alin pun tak sabar nak tengok mikhail yang lasak nih. ;P