ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, October 31, 2012

10 hours in total

salam. dah hujung bulan baru nak update lg. bday pun dah lepas 2 minggu. as expected, takde apa yg menarik pun. anak2 belum paham apa2. cikgu plak boleh lupa terusss. penat hint2 sampai ke malam dia wat dek jer pastu terus tido. sedih. tapi nak merajuk pun tak guna. dah duk serumah, kena bercakap jugak. cuma letak anak kat tengah2 jela bila nak tido. hihihi. besoknya bila dah kantoi, macam2 alasan dia bagi. yg paling best ayat dia, "masuk bulan october pun alan tak sedar. sibuk sangat ngan keje kat sekolah, budak2 nak periksa" hmmmm....siap janji nak bawak pi makan special on weekend. ayat biasa orang merajuk, "tak payahla. dah terlambat". tapi bila weekend pandai pulak ajak cikgu makan kat SR. huhuhu.

raya haji kitorang balik melaka. memula tak plan pun nak balik tapi memandngkan loong weekend plus ayah pun ada buatkan korban untuk ariana, maka lebih afdal jika pulang ke kampung halaman. aku ok jer. asalkan aku takyah masak sudah. hehehe. well, hajat termakbul bila dah terperangkap dalam jem 5 jam! padan muka, niat tak elok memang gitu jadinya. khamis aku dah amik cuti sebab selalunya kitorang akan gerak lepas subuh. takyah mandi hapa. angkat bebudak masuk keta pastu jalannn. tapi unfortunately malam rabu tuh adik aku, fatin call kata dia kena admitted kat ppum. dia nih duk menyewa ngan kengkawan. so sendiri pegi checkup skali kena tahan wad. pasal penyakit dia tuh nanti aku story lain k. insyaAllah. so lepas melawat dia dalam kul 2 tuh barula dapat bertolak balik. masuk sg. besi dah start jem. mata aku kejap pejam, kejap jaga. tau2 tengok jam dah dekat pukul 4 jalan lengang giler. rupanya cikgu tak tahan, dia keluar exit putrajaya. pastu set gps ke arah LEKAS highway. yang gps pulak asekla suruh u-turn masuk PLUS. sudahnya hang. hahaha.

dengan tak sempat lunch, kitorang redha jela meredah jalan sambil kengkadang cikgu call kengkawan dia tanya jalan kampung. okla, jalan tak jem tapi biasala jalan kampung mana boleh speed. ngan traffic light lagi. sampai rumah ibu ngam2 azan maghrib. fuhh. aku rasa aku pun sama penat ngan cikgu yang bawak keta (marah cikgu kalau dia baca statement nih :P) mana taknya. penat hoih melayan anak2 kat belakang. mikhail tido sejam, bangun setengah jam pastu sambung balik tido sejam pastu bangun. camtula sampai melaka. siap pakej muak, berak semua ada. tapi yang senang sebab dia menyusu badan n belum start makan. so selak ajela bila dia merengek tuh. ariana pulak kitorang dah spare twiggies, roti n segala alatan membuat susu. elok pulak mata dia cergas jer tak tido langsung. kejap kedepan, kejap kebelakang. minum air sampai tumpah2 kat baju. smpai rumah nenek tinggal baju ngan pampers jer. kitorang plak sampai2 terus amik giliran mandikan anak2, serbu rendang ibu pastu terus terlepak kat bilik. besoknya habiskan masa kat rumah makngah tengok cucu baru dia. namanya iklil adlia. iklil maksudnya mahkota sempena mahkota parade, eh. hehehe. tergeliat lidah nak menyebut nama anak ko wani! putih melepak2. sibuk belek baby lupa plak nak amik gambar. ni 1st cucu pompuan makngah selepas 3 grandsons anak2 along n angah. penuh ruang tamu ngan barang2 warna fink. katil dia comel sangat siap berkelambu bagai. jeles aku. sebab time ariana dulu aku kedekuit nak beli barang2 pink sedangkan aku memang suka n minat kaler tuh. aku rela beli kaler2 yang unisex senang nak kongsi ngan adik. ehem, macam tau2 je nak dapat boy pulak lepas tuh. :)

so sepanjang melawat baby, aku share ilmu2 yang aku tau pasal breastfeeding, pemakanan, barang2 penting, online shop, etc. seronok aku dapat kongsi pengalaman. cakap berjam2 pun takpe. oh, aku belum citer pasal mikhail's breastfeeding journey kan? buat masa nih he's still fully bf. stok Alhamdulillah masih banyak. takdela membuak sampai tak muat deep freezer tapi cukupla. tak sabar nak tunggu dia mula makan pulak. on saturday pulak aku mengangkut budak2 plus another 2 nephew pegi padini outlet store kat jusco. i need new work clothes, pronto! dah tak tahan tengok baju2 dalam almari yang mostly aku dah lanyak jadikan maternity clothes. bila aku pakai jugak, ada jer orang bagi aku seat dalam lrt. (not a good sign. ppfffttt) sempatla sauk 6-7 lai seluar n blouses, sunglasses n wallet. cikgu pun dapat 2 new shirt. dengan kad birthday discount yang padini bagi, aku dapat jimat rm200 lebih! menyesal tak amik lagi. but kalau nak lepak lelama pun takleh. bringing 4 kids under 9yo is not a good idea. yang mana nangis mintak angkat, cranky sepahkan baju, berlari2 as if kedai bapaknya. hoih. boleh stress ok. sebbaik dapat baju baru. huuuhuhu.

alahai, bosannya entry takde gambar. nantila ye. so, aku hutang 2 citer. 1 pasal fatin. 1 lagi pasal mikhail's development. aku takmo campur sini coz aku nak buat entry special untuk my baby boy. till then.

xoxo

p/s: balik dari melaka ke kl pun 5 jam. hence the title.

Monday, October 15, 2012

another year

31 years old today. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah ini.

ada sedikit rasa sedih di hati. moga masa mengubatinya. in the meantime aku bersyukur at this age aku ada semuanya yang aku idamkan. walaupun serba satu. i wonder what awaits me...or maybe nothing? hmmm...

Friday, October 12, 2012

segala rasa yang ada

morning uolls...kul 7am @ office. balik kang dalam kul 8pm. dah seminggu lebih gini. minggu kedua masuk ke tengah bulan memang akan busy giler2. rasa stress, rasa macam pengemis mintak tolong, rasa macam bonzer carik gaduh ngan remisier, rasa zalim tolak application, rasa penat balik keje, rasa ngantuk tak cukup tido, rasa nak demam, rasa nak berhenti, semua ada. tapi bila memikirkan gaji 4 angka yang takde sapa nak bagi, gagahkan jugakla. sekurang2nya dapat gak setel hutang, dapat gak shopping, dapat gak belikan anak2 baju, mainan baru, dapat gak menyumbang pada mak, tokcik dan adik2. dapat gak meringankan sikit beban cikgu. hopefully lepas tarikh tutup submission on next week, aku dah lega sikit. dah cuba mintak bos tambah staf, tapi dia lebih rela perah tenaga ibu2 kat ofis nih dari amik orang baru. disuruhnya stayback. colleagues lain yang menolong juga diminta stayback jika application masih membuak. dia nak suruh aku dibenci orang ker? ini keje aku, takkan orang lain pulak kena stayback.

kalau dulu guna system lama yang skrin hitam tuh 200 application sehari macam kopek kulit kacang jer. and application dari seluruh malaysia handled by 3 person. now dengan system yang kononnya dah upgrade tapi lembab nak mampus asek loading memanjang, 2 orang handle seluruh malaysia adalah sangat tak relevan. not that im denying all the helps from other colleagues, berterima kasih sangat2. tapi memang still tak mencukupi dengan bilangan application yang makin bertambah. memang kena tambah staf. selain yang menolong, ada jugak 2-3 orang yang buat2 sibuk. padahal sibukkan keje orang. jenguk sana jenguk sini. kejap2 masuk bilik bos padahal ntah apa dibincangkan. tak nampak hasil pun?! pastu bila nak suruh bos beli lunch so that kitorang leh buat keje (menunggu system loading) sambil makan, pandai pulak nak selit sama. eee...tak malu!

Wednesday, October 3, 2012

10 fakta tentang aku dan makanan

# 1 - aku tak suka makanan makanan keras, rangup mcm keropok, kacang, kerepek, biskut dan sewaktu dengannya. aku prefer yang lembik2, kenyal2, dan mudah ditelan tanpa perlu kunyah beria2 atau terselit kat celah gigi. aku suka dodol, jeli, roti, kek, kuih, pudding dan benda lembik2la. member ofis kata aku pelik...oh, aku jugak suka biskut yang dah lemau...muahahaha...senang makan, hisap2 telan!

# 2 - memandangkan aku tak suka benda keras, coklat yang paling aku suka ialah Mars...not snickers. mars takde kacang...just caramel n nougat jer...nyummm

# 3 - puan alin seorang yang sweet tooth. kalau pegi buffet, yang penting survey dessert table dulu. thats y lebih suka baking than cooking. tak sedar family ada keturunan diabetic, masih mentekedarah desserts macam makan nasik.

# 4 - peminat pasta no 1. semua pun suka. spageti, macaroni, lasagna. masakla cara apapun...semua pun bedal. totally contra dengan cikgu yang lebih kepada tekak melayu. eh, bukan tak suka makanan melayu. aku makanan memang tak tolak tapi kalau ada pasta tuh bertambah2 makan. sebbaik mak aku pun suka masak makanan2 cantuh. balik rumah MIL makan makanan melayu kaw2 plak.

# 5 - tak minum air kosong yang sejuk. minum air room temperature or suam sikit2 jer...air sejuk hanya minum air sedap (read : manis).

# 6 - favourite drink is kopi o. dah sejuk pun boleh jer minum. kalau dapat masa panas2 tuh cicah roti kosong...perghh, terangkat wa cakap lu.

# 7 -  juadah raya yang paling dinanti2 bukanlah rendang tapi masak lodeh tokcik. oh my...memikirkannya ajer dah kecur air liur.

# 8 - lebih suka sayur dari buah. my favourite, terung masak berlada or sawi goreng or bayam masak bening or peria tumis dengan telur or eh semualah! n aku harap anak2 pun akan ikut jejak aku. cikgu n family tak brapa suka sayur. so bila aku balik melaka, aku jadi chef khas masak sayur sahaja sebab aku n mertua jer yang makan.

# 9 - tak memilih makanan. semua makan. arwah onyang dah ajar dari kecik suruh rasa gak walaupun tak suka. at least bila dah rasa, still tak suka tuh takpe. dan suka mencuba makanan baru (bila ada kesempatanla coz cikgu lebih suka makan makanan yang dia familiar)

# 10 - belum pernah berdiet. cara diet hanya dengan pregnant (masa pregnant naik 7kg jer) and breastfeeding. lepas stop breastfeed, badan confirm naik bagai dipam...pastu pregnant balik...susut balik...

Tuesday, October 2, 2012

tangan panas?

mikhail dah pun masuk 3 bulan tapi selain entry kelahiran dia, aku takde pun update apa2 moreover upload gambar dia. nilaa kalau dah pakai henfon canggih sket mulala banyak songeh nak transfer gambar pun payah. kalau pakai nokia dulu aku cabut jer memory kad, cucuk kat memory card reader, cucuk kat usb port terus leh bukak folder gambar. ni dah dekat seribu gambar dalam henfon nih. kalaula ariana tekan jer clear all, habis...memang gambar mikhail banyak dalam henfon aku jer...

budak itu telah selamat dibotakkan masa cuti hari malaysia. kalau ikutkan dah lambat sangat. patutnya masa dalam pantang harituh tapi dah mak aku nak cucu dia beraya dengan rambut dulu...memula cikgu shave guna shaver schick tuh. pastu lembab sangat pulak. tak bersih pun iye...pastu FIL aku bagi shaver yang power punyer, aku plak try shave...licin kau...tapi masa tuh mikhail dah mula rasa miang kot. nak menghabiskan menggondol kepala dia tuh terasa lama plak. yang MIL aku dah terjerit2 sudahla tuh sudahla tuh...eh, takkan nak buat keje separuh jalan plak kan...dah la the next day nak attend wedding...aku dukung mikhail pastu sambil sebelah tangan shave bahagian belakang plak. zap zap zap...setel...

laa nih rambut dah mula naik tapi depan jer pastu bertompok2 plak tuh. dulu2 arwah onyang aku pernah cakap. dia kata tangan aku nih "panas". means kalau tanam pokok - pokok tak hidup, kalau pukul orang - sakitnya berbisa, kalau potong rambut, rambut lambat nak tumbuh balik. nak kata aku tak caya, well, ada testimoni. dulu aku terpotong rambut arwah masa dia suruh leraikan kusut kat rambut dia. dah sejam aku mengerjakan kusut tuh susah nak lerai. dah pakai sikat n minyak rambut pun aku cuma berjaya turunkan kusut tuh dari atas kepala (kat area sanggul) sampai paras bahu. rambut arwah onyang aku panjang...sampai ke pinggang tapi sikit jelaa...nipis jer...pastu dia hulur gunting. dia kata yang mana degil tuh potongla sikit...haa...dapat je gunting aku zass terus jadi rambut ala bob, eh pendek. menangis orang tua tuh tau...pastu sudahla tak panjang2 dah rambut dia...tapi mungkin jugak sebab arwah dah tua so, memang susahla rambut nak panjang kan?

tapi aku ada 1 lagi testimoni. kawan aku baru balik saloon. pastu dia ngadu kata rambut dia senget...mintak aku trimkan bagi sama. sudahnya after few weeks, rambut yang aku tak trim grow tapi yang aku trim pendek tang tu jer. dia kena pegi trim balik dua2 belah baru elok sama2 grow. la nih rambut mikhail plak...kesian plak kalau betul tangan aku panas, tumbuh tobek2 rambut dia...

mikhail's growth aku tengok lagi cepat berbanding kakak dia dulu. belum 3 bulan dah mula pandai nak "borak". sekarang dah pandai gelak. and Alhamdulillah dia dah tido through the night. bangun menyusu jer. itupun tak bukak mata...kalau bukak mata harusla layan dia borak dulu dalam sejam pastu susukan balik baru dia nak tido. weight dia pun laju jer naik. lahir - 3.92kg, 1st month - 5.2kg, 2nd month - 6.5kg and 3 month bakal diketahui next week insyaAllah. n mikhail nih lebih tahan lasak. perut dia tak mudah kembung even aku ada makan benda yang berangin sikit2. kalau yana dulu aku memang kena jaga betul2 takleh salah makan. mulalaa dia kembung. mikhail nih selamba jer kentut2. besar bunyinya plak tuh. macam orang tua! hehehe...syabbas betta!!!

badan pun dah keras. kalau tiarapkan, kepala memang dah angkat since dia 3 minggu lagi. now kalau rocker dia tuh tegak sket dia dah nak cuba duduk tegak plak..ek eh...macam kuat bebenau...muka dia since botak nih ramai yang cakap ikut muka aku plak...yana dulu pun bila dah botak orang kata muka aku...tak kisahla, anak2 sendiri pun...isyh...tak best plak citer takde gambar nih...nantila aku cuba curi2 masa upload as wordless wednesday ke kan? dah hensem anak bujang saya tuh...

Tuesday, September 25, 2012

a very short one. yeke?

cant blog long entry.
too busy.
ariana dah ok.
no more jealousy.
just manja giler2.
mikhail on the other hand.
are growing tremendously.
i just had to post his pic.
but not today. laterla. no time upload.
last few weeks
cikgu admitted 3 days due to kidney stone.
no surgery needed. Alhamdulillah.
my sister, zana finally get hitched.
manage to selit seekor kambing for mikhail's aqiqah in d morning of her engagement day.
and another kambing the next day when my dad buat farewell n kenduri doa selamat
for my other sister, emilda who are going to egypt to further study in dentistry.
(she just depart last nite. sobs)
ariana will be in school already when she gets back.
i was having high fever last week.
i suspect it was due to breast engorgement
and very cold aircond in my office.
some say it's like bentan.
eh, dapat gak bercerita panjang.
even in short version.
unlike me.
tapi takpe.
as long sampai maksud.
eh, dah panjang nih.
keje belum siap lagi.
daaa....

Monday, September 3, 2012

back to work

i have been back to work since last monday. ngam2 a week after raya. pandai tak aku bajet? hehe. and i have been trying to adjust my new routine with 2 kids ever since. the results? i only work 2 days last week and the rest are mc and public holiday. migrain terus i tell you. i think cikgu have to reschedule his tuition class so that he would be around more at night. taklehla nak handle 2 kids on my own eventhough sorang tuh cuma terbaring jer. ariana can't be left alone with her little brother. dia jenis bergurau kasar. sometimes kesian dia kena marah padahal budak tuh nak main dengan adik jer. tapi kalau tak marah, mau adik kena hantuk dengan jendul dia tuh. and i am rushing home from work everyday just so that i could take bath and pray before cikgu go to his tuition class. kadang2 makan pun tak sempat. kalau lambat sket, alamatnya aku baru bagi salam, cikgu dah nak keluar. mandi bukak pintula jawabnya.

hari raya for me is not that much fun. biasa jer. seronok tang nak pakaikan anak2 baju baru (anak2 sendiri tak paham lagi n tak kisah) and kira how much their duit raya collection (anak2 tak pandai kira lagi so kita tolong kira berangan jadi orang kaya jap :P). the rest travel, mengemas, memerut. eventhough this year suddenly cikgu decide to celebrate raya at KL on 1st raya and on 2nd raya onwards will be spent at melaka but nothing change. sama jer gayanya dengan raya tahun2 lepas. pastu yang tak best sebab tak bersalam raya pun dengan my in laws semua. tau2, cikgu dah hulur duit raya behind my back and my children got their angpau from atok n nenek bila nak balik KL.

gambar pun tak banyak just these few pieces.


sakan



cheeky ariana :)

lakonan semata2
the only grandparents left
grandpa kekok pegang chuchu
hei emir, people are doing serious business back there!!
my father's side of family

cousins
my precious

Monday, August 20, 2012

Tuesday, August 14, 2012

pulang

whoa...what happen to alin since post merempan harituh? Alhamdulillah makin boleh adjust being a mother of 2 *sendiri tanya,sendiri jawab* genap sebulan berpantang aku mintak mak balik rumah sendiri. memula punyala cuak camna nak cakap. pastu aku tengok mak pun makin bz, aku pun cakap jer. surprisingly she said ok without much fuss. fuhh...lega

so we went back on saturday. sempat berbuka rumah abah that night. and mikhail 1st month checkup on monday. that little chap successfully gain another 1.3kg within a month. patutla kebas tangan mak. ariana of cos hantar rumah bs. she's happier there and im happy as long she's happy. takde nak jeles2 emosila. kalau kat rmh nanti kena marah lagi aku emosi. dapatla tumpu kat dia pulak belah malam. mikhail pun dah boleh adjust tido malam. siang masih banyak tido, menjelang petang lepas mandi dia akan berjaga, main2 until 10-11pm then he will sleep after few rounds of nenen. during the nite dia cuma merengek sikit nak susu. itupun pejam mata. so senang keje aku. just mengiring n bf him then he will continue to sleep. tapi kalau dia dah bukak mata besar2, jangan harapla dia nak continue tido balik dalam masa terdekat. kena layan dia main2, borak2 dulu dalam sejam. another round of milk baru dia tido.

oh, aku jugak dah mula puasa since 18th ramadhan. insyaAllah, ganti 17 hari jer. n aku nak ganti secepat mungkin maybe lepas naik keje sementara susu tengah banyak nih. takut bila hormon mula back to normal, susu makin kurang bila puasa. aku pun dah mula kumpul stok susu dalam bottles n liners. bertambah excited bila cikgu dah belikan deepfreezer. actually bukan aku jer yang excited ada deepfreezer nih. cikgu pun sama coz now dia boleh beli aiskrim n simpan. kalau dulu fridge 1 pintu tuh aiskrim asek cair jer. dia beli gak ice cube trays n buat ais banyak2. well, hopefully kedatangan df nih tak sia2. mintak2 rezeki mikhail bf panjang. lebih panjang dari kakak yana dia.

so, last saturday aku berurut finale siap mandi bunga bagai. syok coz my back dah mula sakit2 sengal hasil mendukung budak solid tuh. amik sehari jer. mikhail pun mandi bunga. bukan mandi saja, makcik tuh buat air mandian siap dengan doala. then now aku duk rumah jadi housewife without the cooking part. cikgu lebih suka beli kat bazar coz most of the food lg sedap dari aku masak. agree. mana aku reti nak masak nasi kerabu, nasi dagang, nasi arab, nasi beriani tuh. nak buat setakat makan 2 org pun macam tak berbaloi. so beli ajer sudah. for raya semua dah setel. cikgu berjaya carik baju melayu with the same color as my baju kurung. cuma budak2 jer lari tema sikit. takpela, budak2. baju jalan2 dia aku belikan 2 helai kemeja masa pegi klcc sorang2. nasib cikgu jenis tak cerewet. dia kata itu jer cukupla. malas dia nak pegi carik lagi yg lain. aku pulak ada baju kurung 3 pasang. baju jalan pakai apa ada sudah. rollingla baju2 dalam almari yang banyak2 tuh.

tahun ni plan raya berbeza sikit dari tahun2 lepas. kali nih beraya di kl dulu. raya kedua baru balik melaka. tapi besok nak balik melaka kejap sebab cikgu nak tolong parents dia buat preparation raya. sana kan semua buat from scratch. penat hoih. memula dia nak balik sorang tapi apa aku nak buat kat rumah? bukan aku keje pun. plus dia nak bawak ariana sorang. oh no no no. kang semua sibuk buat keje, ariana ntah ke mana buat apa. takpun keje diorang tertangguh sebab nak kena monitor ariana plak. tugas utama orang lelaki ialah parut berpuluh bijik kelapa n kemas laman. menggigil tangan lepas habis parut. nak pegang cawan pun dah macam orang parkinson dah aku tengok. laman pun boleh tahan luas. nak potong rumput, sapu n trim2 pokok. sebbaik harituh cikgu n adik2 dia belikan ayah lawnmower yang boleh kutip rumput terus tuh. kurang sikit keje. n keje aku ialah menjaga anak2 jela. nih nak balik bsok tak pack apa lagi nih. jadi mak nih kena pack skali untuk anak2la. pening nak fikir bape helai baju nak bawak. nak kena tau iterinary dulu baru senang nak pack. okla, i better start going or else, ada yang tertinggal kang.

oh, before aku terlupa. eventhough masih terlalu awal tapi maybe after this i dont have the chance to post any entry soon. so, di sini aku nak memohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara dalam blog nih yang buat sesapa terasa ke. Selamat menjalani ibadah puasa, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Friday, August 3, 2012

being a mother of 2

this is a very looong entry. read at your own risk

dah lama dalam draf. tak banyak pun. 1 perenggan jer. tapi nak menyambungnya memerlukan konsentrasi. i know takde mother of 2 yang tak faham apa yang aku tengah lalui. jap. mikhail nangis nak mintak dukung. stop lagi. hmm...

ok, sambung balik. mikhail tgh bergayut,mata layu2 tapi nak nyonyot. guna nursing pillow bolehla aku menyambil taip entry. i always know that i will be busier but i never know that it can be more stressful than ever. being a mother of 2 is not easy i tell you. ok, where shall i start? my confinement period at my mom's? or mikhail's crying throughout the night? or ariana is not all about a loving sister anyway?

discaj dari hospital aku terus ke rumah mak as cikgu dah pun bawak semua barang2 ke sana. bilik helper mak aku pun dah bertukar rupa. sementara cikgu cuti seminggu, ariana memang tak hantar ke bs sebab nak biar dia main2 dengan adik dulu. lagipun cikgu ada nak melayan dia. mak aku busy like datin and thats why aku tak harap dia jaga ariana. dapat masakkan lauk pantang, mandikan mikhail pun dah cukup. lagipun aku tetap bayar bs no matter hantar ke tak. TAPI bila cikgu dah start keje, mak aku tak bagi hantar ariana. katanya dia boleh jaga. aku faham dia suka cucu2 ada depan mata tapi bila dia ada hal, akulah yang kena melayan sedangkan aku masih dalam proses recovery. and its not easy when you have a dominant mother over a reserved husband. those in my fb circle's know how stress i am for the 1st week of confinement. i argue with my mom to send ariana to her bs but she wont let us do that and i argue with my husband for not defending me which is worst. 

rutinnya sepatutnya macam ni. cikgu balik sekolah at noon then balik rumah, buat apa2 yang patut, rehat then amik ariana kat bs bawak datang rumah mak around 3-4pm. malam cikgu bawak balik ariana dalam kul 10-11pm coz its easier for him to send her to bs the next morning from our house and straight go to work instead of dari rumah mak aku. tapi plan tinggal plan jer. i dun mind cikgu tak tido skali dgn kitorang kat rumah mak tapi sebab utama aku nak ariana pergi ke rumah bs is aku takleh nak attend both children sorang2. kesian dia coz of cos adik akan diutamakan. all this while dia dimanjakan. suddenly nak apa kena amik sendiri, kena tunggu. memang bagus dia blajar tapi at 2, mana dia faham. at least dapatla dia bermanja setengah hari.

bilik aku kat bawah while orang lain semua tido kat atas. aku taknak tido kat bilik mak kat atas macam dulu coz dengan sakit luka cser susah nak naik turun tangga. my mom lebih selesa tido bilik sendiri so sometimes ariana akan tido dengan dia kat atas. tp sllnya ariana nak tido ngan aku. like the other day, ariana tido ngan aku kat katil single tuh then tetiba dia batuk2, muntah. luckily my sister tido skali so dialaa yang berulang alik ke dapur membersihkan muntah n tolong tukarkan baju ariana. it takes me about 2 weeks baru aku boleh bergerak dengan betul. thats y i need help. bila mak teman aku tido, everytime mikhail ek, dia bangun. jenis yang bangun terus duduk terkejut tuh padahal mikhail biasalaa nak susu/tukar diapers jer. kesianla kan tengok dia terkejut2 macam tuh. sudahnya dia gak yang tak cukup tido. 2 malam jer dia bertahan teman aku. adik aku takpe, dia tido pengsan. bangun bila aku panggil jer. 

then in d morning aku kena siapkan diri; mandi rempah-sapu minyak-berbengkung-pakai pilis-breakfast all by myself while siapkan mikhail after mak mandikan and mandikan ariana if she screams nak aku jugak yang mandikan. sudahnya rutin persiap diri aku buat yang basic jer and kengkadang breakfast pun dah nak masuk pukul 11am. perut pun dah masuk angin. sambil suap roti cicah kopi O aku suap roti kat ariana. kengkadang kena kejar budak tu nak bagi makan. kalau ikut mak aku senang jer. dia taknak makan biarla. mak aku marah2 sebab dia dah masak aku plak makan lambat. well, bkn aku sengaja.  ariana pulak jenis tak reti mintak. kesian plak nak biar sebab dia akan lapar. kat rumah bs, makcik aku rajin layan dia makan sambil duduk kat buai. so, aku taknakla dia tak makan. itu sebab kedua kenapa dia kena duduk kat bs.

then mak aku usually akan keluar around 10-11am n balik after 2pm. dunno dia pegi mana. datin kan...selalunya dia akan masak siap2 1 lauk untuk aku. so, aku akan makan sambil suap ariana. again, main kejar2 lagi. aku slalu target dapat 4-5 suap jer pun jadila daripada perut dia kosong. dah 2 thn lebih, susu ajer mana cukup. aku taknak nanti masuk tv, "bantulah anak saya. dia tak pernah makan nasi dari kecik. susu pun dah mahal sekarang." no. kena paksa gak. tak banyak, sikit pun jadila. Alhamdulillah now dia lebih suka makan. tapi nak suap sendiri pulakla. ready jelaa kertas sokabar n kain lap. bila tinggal bertiga jer kat rumah, most of the time aku pegang mikhail sebab dia jenis minum sikit tapi kerap. dah takde istilah kita tido bila baby tido when there's a toddler in d house. kalau aku jaga baby jer, maybe i'll have more time for myself. 

oleh kerana mikhail selalu bergayut, so to ariana it looks like i cuddle her baby brother most of the time. aku cuba sedaya upaya melayan dia sambil menyusu mikhail. kengkadang dedua baring kat lap. but i guess i underestimate her jealousy. ditolak kepala mikhail yang tengah menyusu sampai tercabut nipple. menggagau mulut mikhail mencari. teringat balik macam kelakar pulak. hehehe. bila apa yang diingini tak dapat, dia akan campak apa saja ditangan or yang berdekatan. kengkadang dia pukul helper mak. kengkadang bila kitorang buat tak nampak, dia datang kat adik n pukul adik pulak. since ada adik, perangai baru dia is taknak mandi. melalak2 macam kena dera. especially time basah kepala. menggapai2 macam lemas pulak. kkdg menangis sampai muntah2. dahla kita nak cepat, jadi lambat pulak. kengkdang naik hantu aku, aku jirus kepala dia laju2, sabun laju2, bilas pastu dah. pakaikan tuala terus senyap. sajer jer dia create drama. kalau mak mandikan lagi kesian tengok. mendayu2 mintak tolong sesapa jer yang lalu. naluri seorang ibu. aku buat takpe, orang lain buat kesian pulak. haha.

tu belum lagi semua benda nak mummy buatkan. bukak kasut pun nak mummy. buat susu nak mummy. mandi nak mummy. nak mummy suap makan. nak itu nak ini. bila aku buatkan ada perangai lain pulak. sudahnya aku marahkan ariana dengan harapan dapat hint pada mak. "kalau macam ni, bsok pegi rumah mama""tulaa, mummy suh pegi rumah mama taknak" dan macam2 lagi. rasa macam anak derhaka pun ada tapi itu jer cara nak communicate dengan mak sebab mak taknak terima bila aku try cakap elok2. 

sejak ada mikhail, ariana selalu kena marah, kdg2 kalau degil sgt kena pukul, cubit, ada times aku kurung dia dalam stor for a minute. bukan aku jer, kengkadang mak aku, adik2 aku pun marah dia. she was expected to understand that she is a big sister now sedangkan dia sendiri kecik lagi. dalam hati aku menangis bila dia menangis. sebab aku tau dia bukan intentionally buat gitu. dia nakkan attention. attention yang tak mampu aku berikan sepenuhnya. aku perasan bila aku dapat luang banyak masa dengan dia sebab mikhail pun tido lama, dia baik jer. dia cium2 adik. tolong aku amik diapers adik. bila adik bangun tgh malam, diala secretary aku berdiri kat sebelah. tolong "ingatkan" aku untuk pam susu sebelah lagi. she's still my angel.

mikhail pulak. newborn kan. susu, berak, tido jelaa. masa 1st week kitorg berulang ke klinik kesihatan sebab mikhail ada jaundis. hari2 amik darah tengok bloodcount. Alhamdulillah, sampai hari ke4 jer lepas bacaan di bawah par. minggu ke3 plak kitorg balik melaka that weekend. sebab bulan posa cikgu tusyen weekend so itu jer peluang nak balik sebelum raya. since that until 2 weeks mikhail buat perangai. dia akan bangun tgh mlm or dinihari n stay awake for 3-4 hours crying. buatla mcm2 tapi tak jalan pastu mungkin dah letih, baru dia tidur lps 2-3 round bagi susu, tukar pampers, sapu minyak kat perut n burp.  cikgula yang paling sengsara skali sebab by the time mikhail tido balik cuma tgal 2 jam je nak bangun sahur n get ready to work. mak aku mulala kata sebab balik kampung punya pasal. ntah apa yang sangkut. sampai cikgu panggil ustaz tengokkan kitorg. ustaz kata takde apa pun cuma perangai mikhail yang gitu maybe coz baru nak adapt dengan persekitaran.

so, now aku dah seminggu balik rumah sendiri. sambung berpantang kat sini jelaa. aku pun dah kuat nak handle mikhail. he gain another 1.3kg and now nak mandikan this 5.2kg boy perlukan kekuatan lengan ok. naik muscle aku ;P