ok, this entry will be with lotsa pic and camwhoring so bare with me ok. last weekend kan ai with my in laws pergi utara to attend alan's youngest sister's convocation at UUM. we booked 2 room at T hotel in kuala perlis as all the hotel around UUM is fully booked. on saturday awal pagi dah bangun. ibu mertua kesayangan telah bangun lebih awal untuk goreng nasi buat menantu hantu pemalas dan family. lepas sarap, i took the 1st round of driving from our house until rnr simpang pulai. itupun mata dah pedih2 dah. and from simpang pulai - UUM - kuala perlis - padang besar alan drive sorang coz i dunno the route.
muka serius pemandu berhemah
before reach UUM, wajib singgah sini pekena lunch and cendol pulut kaw. we had lunch twice here. tapai pulut dia pun sedap.
nak...nak...*lap air liur*
continue our journey to UUM. buat kak nur, ini highway baru yer...dah tak ikut jalan kampung lalu blakang rumah orang dah. and this highway also boleh terus ke kuala perlis.
ahhh...home sweet home. eh. bukan. U sweet U...
perkarangan mall. kak, skang mall dah extend and ada building lain apa ntah.
orang jakun haruslah bergambar banyak2. ini pun sikit jer yang aku letak nih. ex-matrix UUM couple yang masih bertahan hingga ke hari ini. and insyaAllah selama2nya.
kan aku dah kata jakun. busstop pun nak amik. bebudak kat situ tenung jer apsal minah nih amik gambar diorang.
then lepas amik pass konvo kat ira, kitorang menghala ke padang besar pulak. penat toksah katalaa tapi dah alang2 sampai kan. lagipun ahad tuh plan nak ke langkawi pulak. (itu entry lain k) sampai sana kul 4.30pm. kul 6pm dah nak tutup. sambar sikit2 jer yang sempat. beras pulut tujuan utama pun yilek. tak sempat survey. gambar takde coz apa ke hal tengah kejar masa nak amik gambar kan? dari sana baru gerak check in hotel. rupanya hotel memang berdepan jeti and sebelah medan ikan bakar pulak. wallah!!
elly pun penat tau
on monday siap2kan ariana awal giler coz ibu ayah kena masuk dewan kul 8am. meronta2 dia kena mandi awal pagi. sib baik ada heater. aku pun setakat sarung baju, tudung jer. mekap kendian masa tunggu diorang dalam dewan tuh.
mummy nak mekap pun ko nak beriba ke yana?
amik gambar kat perkarangan mall. aku menyangkung, dia pun sama ikut. hai laa anak.
bangunan mall lama kita kak nur. ko rindu tak?
nih kolej kediaman aku punya cafe. (apa daa ayat pusing2 macam kelly ng)
yup. aku dengan alan kolej MAS. tapi kitorang jarang dating kat sini. actually kitorang jarang dating pun. gaduh manjang masa belajar dulu. tapi dah jodoh kuat, kawin jugak kita. kan yang?
blok aku. bilik aku hujung kat tepi toilet. tingkap bilik kitorang mengadap rumah abang felo. senang cuci mata. kacau jer tau.
dataran apa ntah namanya tapi ini port paling femes untuk bebudak konvo amik gambar. yang bentuk diamond tuh air pancut tapi dia tak bukak pulak masa nih. belah kanan tuh library.
antara femes port yang wajib amik gambar. masa nih kul 10.30am tau. panas. pastu banyak student lak tuh. segan2 malu nak bergambar banyak2.
lepak sini lepas kelas adalah best sebab berangin sangat. belah kiri library nih tadi dataran tuh. belah kanan ada jalan pergi ke dewan konvo. so, kitorang tunggu kat sini sambil main kejar2. eheheh.
ex graduate UUM convocation 2003/2004. aku pemalas, so extend another semester. but ok gak coz we get to attend each others convocation.
eh pasangan ariana pun merah gaklaa...
dan upin ipin buat peneman di kala bosan.
us in red. janganla menyampah tengok aku menggayakan family aku sedondon. ntah kenapa macam best lak buat camtuh. kang dah tua baru nak buat orang kata buang tebiat lak.
our family and the celebrity
proud parents
lepas tuh diorang gi amik gambar studio kat mall then terus head back to kl. singgah jo cendol pulut for lunch and rnr tapah for maghrib. sampai KL kul 10pm. memasing flat. dah dah. tu jer gambar yang ada. pasnih aku nak wat entry langkawi lak. tapi ada rasa syahdu sebenarnya sebab lepas nih ntah bila dapat ke sini lagi. takde keje nak redah highway 6-7 jam semata2 nak lepas rindu. ada adik sesapa yang nak konvo lagi meh aku tolong join. hehehe