ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, October 31, 2011

orang nomad

monday citer weekendlaa, apalagi kan? setelah aku n ariana menjadi orang nomad selama 4 hari dek kerana alan outstation, akhirnya semalam balik ke home sweet home. rasa nikmat tak terhingga dapat balik rumah sendiri. oh, aku ngan ariana jadi pelarian sebab alan ke KK since rabu. semalam baru balik. kawan dia dapat jodoh orang sana. and since yang pergi semua tak bawak bini/single, aku seganlaa pulak nak tagging along. tengok muka moyok yana on the way back after hantar alan kat kl sentral memang confirm aku takleh survive kalau berdua jer. mau dia meraung mencarik babahnya eventhough alan dah sesiap buat video and sound recoder kengkonon cakap fon dengan dia. yelaa, buatnya dia mencari tetengah malam, itulaa backupnyer.

rabu malam aku mintak kazen aku, dina teman tido kat rumah, yana memang rapat ngan dina nih. yelaa, dina nilaa yang jaga yana lepas balik sekolah, duk layan yana makan, main. 2nd nite aku plak tido rumah makcik aku. bangun pagi, terus siap gi keje. takyah susah2 nak hantar yana. 3rd and 4th nite aku lepak rumah mak. on saturday aku berjaya menepis segala pelawaan keluar sebab ariana tido straight 4 jam!!! dari kul 3pm-7pm. adik aku dah siap dah skali tunggu2 yana tak bangun2. marah member. hehehe. pun dapat jimat duit aku. bukan apa, selagi belum dapat confirmation pasal benda yang aku nak citer tuh, selagi tuh aku takleh boros2. oh, itu belum masanya nak citer lagi. baru skarang aku nak citer alan outstation sebab aku takut orang aim aku. hehehe. paranoid sungguhlaaa. better be safe than sorry kan? yelaa, kengkadang aku tengok diorang nih post nak gi jenjalan ke hapa selamba jer, we dunno ada orang target nak merampok ke, hapa ke yang tengah tunggu peluang jer kan? please3, be extra careful about this thing.

on sunday aku dapat invitation pergi bday party anak buah opismate. dia buat kat tepi pool kat kondo dia. skali tengah lepak2 hujan selebat2 nya. sib baik ada khemah. tak stay lama sebab ariana pun dah ngantuk. on the way balik, ariana dah terpengsan tido. masa sampai rumah, aku gamble jer lock ariana dalam keta. bukak cermin sikit jer then hantar dulu barang2 naik rumah. pastu baru turun balik angkat dia pulak. knowing her yang sangatla light sleeper, kalau aku angkat dia dulu, confirm dia terjaga n mesti susah nak gi amik barang plak. kejap jer pun. jangan terlupa terus sudah. yang pelupa sila jangan tiru ye. bahaya! kan ada kes yang anak terperangkap dalam keta few hour dah gone. ni pun, please3 be extra careful when leaving your sleeping children in d car. pastu tak lama pastuh alan pun balik. memula yana wat jual mahal. merajuk kot lama tak jumpa. pastuh alan kena gomol2 dia, geletek2 dia barulaa dengar suara. anak manja babah :)

2 comments:

ashra said...

hehe.anak perempuan mmg manja kan dgn ayahnya.
samalah kecik sorang ni.. =p

arLene said...

tulaa...jeles gak. tapi alin kengkadang amik kesempatan mintak tolong alan mandikan anak. hehehe.