kelmarin (selasa) pegi check up. follow up kat tawakal and jumpa gynea. gynea aku tu pun sebenarnya dari tawakal tapi dia ada klinik/hospital bersalin kat melawati. dr abdul rahman. dia ada every selasa n khamis jer. hari lain kat tawakal. masa aku admitted harituh dia tau aku admitted tapi tak jenguk pun aku sebab doktor chan yang handle aku bagitau dia aku taknak jumpa dia. sampai hati dr chan manipulate ayat aku. aku cuma kata tak apalaa, saya taknak susahkan dia. bukannya kes maternity pun. segan bila dr rahman bagitau gitu. ok, back to topic asal.
kat tawakal, dr chan kata aku dah sihat. no need any medicine or follow up check up. Alhamdulillah. pastu zass pulak ke melawati jumpa dr rahman. borak2, scan, development baby ok. seiring dengan umur dia. dr scan lagi nak carik cyst tuh tapi tak jumpa. kemungkinan dah dissolve sendiri but still kena cuba carik lagi next checkup to confirm. kalau betul dah dissolve sendiri, syukuuurrrr Alhamdulillah...aku memang tak tenteram bila fikir pasal cyst nih. yelaa, kalau betul ada, kena operate by 14-16 weeks. pastu perut kan akan membesar. aku risau luka jahitan tak sempat sembuh, terbukak ke apa. eeee....ngeri...hopefully dia betul2 dah takde. dr kata kalau jenis yang dissolve sendiri tuh luteal cyst n dermoid cyst pulak jenis yang makin membesar n jadi sel matang seperti gigi, tulang, rambut n kulit.
dah melepasi 12 weeks nih jugak selera makan aku macam orang tak jumpa makanan setahun. isnin lepas aku ajak alan makan luar. special sikitla. kesian dia ke hulu ke hilir uruskan aku n ariana. puas suruh dia pilih. katanya janji ada nasi. aku lak nak makan western/pasta. so ke sakura kristal laa. order lambchop n hot honey lemon untuk aku, nasi goreng thai n iced choc untuk alan, sepinggan otak2 muar, chicken sandwich n air suam untuk ariana. well, sebab nasi goreng tuh boleh pedas melampau pulak, akulaa yang makankan separuh. separuh otak2 n set ariana pun aku bedal. lambchop 3 keping tuh dah tentu2 aku sorang jer makan. pastu leh tambah teh o ais lagi. balik rumah takde rasa bloated ke hapa. macam ada space lagi. eh, ada ulat ke hapa dalam perut nih. gambar makan takde coz dah tak kuasa nak keluarkan kamera.
masa sakit aku turun 4kg dalam masa 2 minggu. pastu bila dah sihat aku naik 2 kg dalam masa 4 hari jer. syabbassss alin. senyum jer dr rahman tengok aku naik berat. memang dia suruh aku naikkan lagi. padahal before pregnant aku dah kategori gemuk dah. bmi aku memang dah over. masa pregnantkan ariana dulu pun macam nih. gemuk sebelum pregnant. pastu berat maintain jer. tapi baby ok jer. means aku turun berat masa pregnant n berat baby naik. isyhhh...panjang betul aku nak citer pasal berat jer. nampak sangat nak cover. hehehe.
oh, perasan tak aku dah upload gambar kat previous entry? memula aku nak letak caption n susun2 in between cerita but semalam ntah apa problem asikla "error on page" jer. maka aku upload gitu jelaa...janji ada gambar. kalau tak rasa kosong jer. oklaa, tu jer nak bebel harini. bai.
No comments:
Post a Comment