ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, December 19, 2011

nak kemas blog bersawang

[updated : dah ada gambar tapi takyah letak caption eh...]







pon pon...tumpang lalu...uisyh, dekat 3 minggu tak update apa *kebas2 habuk*



all this while aku memang tak sihat sangat2. nih harini baru datang ofis. since awal december aku mc, sampai jumaat lepas. in between admitted hospital 4 hari. kuat sungguh penangan demam kali nih. takdelaa direct mc 3 minggu. memula mc 1-2 dec, pastu 5hb keje, kat ofis macam nak pengsan. mintak balik awal, pastu 6-7 dec mc lagi, 8hb datang ofis camtuh gak. demam dah kurang tapi badan aku since awal december tuh lemah sangat2. batuk kong kong rasa nak pecah dada. baru aku tau macamana yang makcik aku cakap harituh dia batuk sampai rasa cam nak mati. nih lemah tahap nak mandi pun kena duk atas bangku. pitam depan bilik air pun ada gak. sampai ariana duk tarik2 tangan aku panggil mummy, mummy. alan dah panik, nak angkat tak larat. last2 sapu air kat muka, aku sedar balik. dibiarnya aku baring kat atas alas kaki tuh sampai aku sedar betul2 baru dia papah aku baring kat bilik. sepanjang aku sakit, memang tak tido ngan ariana langsung. ada skali dia tido ngan adik alan coz kitorang dua2 demam, ada skali aku tak amik dia langsung dari bbsitter. tapi 2hb tuh dia kena gak demam. sib baik tak lama. aku gagah2 jugaklaa jaga dia time demam tuh. kasihkan anak. tenaga tuh tetiba cam ada extra bateri lak.



9hb tuh asalnya aku mc. sampai aku cakap kat doktor aku sakit mata sebab demam aku memang dah kebah tapi aku still tak larat nak bergerak apatahlagi nak keje. kebetulan pagi tuh taik mata memang berselepet sampai susah nak bukak mata. so, dapatla ubat titis n mc. tapi petang tuh lepas alan balik solat jumaat, aku terlantar jer kat sofa. nak makan pun tak lalu. badan dah rasa seram sejuk. rasa nak pengsan. macam2 laaa...aku nak citer pun tak reti. aku ajak alan gi tawakal nak check darah. takutlaa kalau2 denggi kan. pegi dalam kul 3pm camtuh. lepas amik darah, tunggu result, jumpa doktor, sedut gas, dapat result, doktor kata darah aku dah masuk virus. sebab batuk lama sangat. thats y aku demam on off n badan lemah. plus coz aku pregnant, ubat yang doktor2 sebelum nih bagi tak cukup untuk hapuskan virus, so, kenalaa admit. aku memang dah prepare nak admit. tapi dalam beg cuma bawak panties 2 helai jer. haha. kepala dah ting tong itu jer yang sempat aku sauk. admitted pukul 7pm, aku halau alan balik coz kesian ariana tak berambik dari bbsitter lagi. aku call mak, adik2 aku. zana offer nak temankan aku malam tuh.



alan datang balik malam tuh dengan ariana, mak n adik2 aku dengan barang2 yang aku kirim. 4 hari aku kat sana doktor masukkan air 3 botol, sedut nebulizer 3 kali sehari n ubat makan batuk+selsema+antibiotik. itu jer pun bil lebih RM3K!!! mahal betul. belum operate ke hapa lagi tuh. seb baiklaa claim company. dalam bil tuh yang paling mahal is doc's ward review. doc cuma datang pagi SEKALI jer than check blood pressure sket, suruh batuk2, then tulis report. tuh jer makan 200 lebih sekali visit. dahlaa adik aku teman takde extra bed ke, bangku lipat tuh ker. at least dulu aku masuk putra specialist kat melaka dia bagi toilettries, towel, jag n mug as souvenir yang ko boleh bawak balik. itupun hari keempat aku yang mintak doktor discharge. kalau tak, dia nak tunggu sampai aku memang tak batuk langsung.






aku discharge 12 dec pastuh dia bagi aku mc sampai end of the week. aku ajak alan balik melaka sebab aku kesian dia sorang2 nak jaga aku n ariana. nak urus rumah lagi. kalau kat kampung, confirm2 adik ipar n mertua aku yang masakkan makan. ariana pun ada kawan nak main. lagipun sejak cuti sekolah, alan dapat balik sekejap jer. biarlaa dia balik cuti puas2 lepak ngan mak ayah dia. mak aku? hmmm...my mom kan ahlil poilitikus, bz manjang. takpe mak, ai tak kecik hati apa pun. ai paham. u pun paham kan? thats y u tak marah ai balik kampung kan? jangan marah ye mak...kat kampung mak mertua aku dah ready ngan kerang rebus, hati lembu, air barley sebab doktor kata aku low blood....kan aku kata aku menantu hantu kesayangan, hehehehe...kat sana memang aku bantai baring tak kira dimana2. depan tv ker, dalam bilik ker. memang tenaga tuh belum marilaa orang kata...hari jumaat tuh baru betul2 aku rasa ok sket. ok tuh means dah boleh buat keje sikit2 laa...masak bubur anak, berdiri lama sket kat dapur tuh. kira oklaa bagi aku tuh...laa nih aku rasa makin bertenaga. tapi belum tahap yang aku boleh berlari kejar ariana kat mall lagi. jimat duit aku dekat sebulan tak jejak mall...hehehe...






apalagi eh? oh, kandungan aku dah reach 12 weeks. means risiko miscarriage tuh dah makin kurang. Alhamdulillah. hopefully demam aku yang tinggi harituh takde effect apa2 kat baby. masa pegi check up pun tengok beria2 dia duk tendang2. aku pun pelik, padahal baru 3 bulan. aktif ye anak mummy nih. boy kot. hehehe. kalau girl pun ok jer. besok ada check up lagi. gynea and follow up kat tawakal. doakan aku makin sembuh dan kuat yer...






p/s : nanti kalau sempat aku update balik letak gambar k...kalau sempatlaaaa...

5 comments:

ayu said...

Panjangnya cerita ko alin..macam2 dugaan utk ko ye..btw, ko darah rendah ye lin? Alahai..sama mcm aku la…banyak2kan makan ubat tambah darah & makanan2 lain ye..aku hari tu, hari2 tibai kerang rebus, sampai naik alegik la..haha..sabar je la

Mummy AwwalHariz said...

semoga sihat selalu.. take care!

arLene said...

ayu : hahaha...aku memang tak reti nak cut short. kengkadang borak ngan adik2 aku slalu kena sound...hehehe...tu yang balik kampung, ada orang jagakan. nak harap hubby jer, mana dia tau. aku sebenarnya tak pernah darah2 rendah nih. sejak pregnant kot. makan apa2 kena moderate, tak alergik pun boleh jadi alergik. haaa...panjang tak komen balas aku? hehehee

arLene said...

mummyawwalhariz : thanks. hopefully kita semua pun sihat selalu. tunggak nak jaga anak2 dan familylaa katakan...

ashra said...

moga cepat sembuh ye..
da makin berlalu da segala dugaan awal tri tu..nanti pasni,time tu hu ha hu ha..enjoy ur pregnancy k?..

=) mudahan kita dua selamat hingga melahirkan dan membesarkan ya! amin.