ini budak since baik demam banyaaak akal sikalang. makin lasak kengkadang membuatkan mummy dia terfikir, boykah anakku? tapi bila dia pun menyibuk nak pakai mekap, mummy kembali lega walaupun mekap yang mummy calitkan cuma kelongsong lipstik kosong. itupun dah menjuih2 bibir dia menahan air liur. gelagat dia membuatkan mummy dia kengkadang berasa oooohhhh...aaaahhhh....waaaahhhh tapi ada jugak sekali skala berdepek kena pukul sebab nakal. babah dia tengok ajer. kagum takde, marah pun takde. lelaki, pandai simpan emosi.
kalau nak cerita gelagat dia 1 persatu memang takkan ingat tapi antara yang paling melekat kat kotak akal mummy dia bila dia asiklaaa mintak biskut. beli sepeket biskut kering yang kecik2 saiz 2 jari tuh cuma bertahan 2 hari sahaja. nasi makinlaa susah nak bagi makan. diluah kat tapak tangan yang kecik tuh pastu dibalingnya kemana2. kalau mood baik, dia luah kat dalam pinggan balik. tupperware biskut tuh selagi ada depan mata, itu jelaa yang dimintaknya walaupun dah nak tido sesangat. jenuh sental gigi dia dipagi hari.
dia jugak suka gelakkan orang yang tgh bersiap nak mandi (separa bogel sambil nak pakai towel) sambil cakap "eeeeee....malu arrr" padahal kalau dia bertelanjang bulat tuh, dia sendiri jugak yang cakap macam tuh. ntah dia faham ke tidak konsep malu tuh. kalau dengar orang kentut lagilaa dia suka buat2 melopong pastu tersengih2 cakap "put put" padahal kalau kita cakap macam tuh bila dia yang kentut, haram dia buat tak tau macam takde apa berlaku.
sebelum tido kena tengok video paparan muka sendiri sambil cuba buat balik aksi2 dalam video tuh. kengkadang ada video tuh masa umur dia few months old, setakat tepuk2 meja pun nak ditirunya. Alhamdulillah, dia faham mummy tengah bawak baby. skali skala dia sendiri datang cium perut mulat mummy sambil cakap baby, baby, baby, oohhhh. eh. tak sia2 mummy praktiskan dia dengan doll baby tuh. harini entry special buat anakku, baby tuaku, my precious sebab ni last month dia bergelar setahun++. next month dah umur 2 tahun. cepatnyer masa berlalu. mummy and babah sayang yana selalu, walau ada adik2 nanti, insyaAllah kasih sayang mummy n babah takkan berkurang.
macam biasa, entry takde gambar. nanti2la aku update. kat rumah skang susah nak bukak laptop kalau yana ada.
No comments:
Post a Comment