hai korang...buat apa? bz sebab akhir tahun nak tutup akaun ker? or tengah bersenang lenang menghabiskan cuti? harini last day aku keje...sobs...FOR THIS YEAR...hahaha...ok, tak lawak. kat ofis nih pun lengang jer. tapi takpe sebab keje tak banyak. cuma pagi jelaa bz sket nak print2 report and memo. lepas tuh petang, internet ini ana yang punya. hahaha. harini gak mak aku suh hantar ariana ke rumah dia sebab dia nak bawak gi birdpark. dia dapat voucher makan kat hornbill restaurant kat dalam tuh. aku dah siap2 pack barang2 dia in 2 different bag. 1 untuk rumah, 1 untuk bawak jalan. baju spare lak lupa nak bagi. pandai2laa mak aku nanti. kot bocor ke hapa, merasalaa ariana dapat baju baru. hehehe. pandai tak aku?
aku sebenarnya reluctant nak habiskan cuti sehari nih. dahlaa mc lama harituh. mesti orang2 berkata2 di dalam hati (aku tau mesti ada punya) setakat sehari pun taknak forfeit kah? tapi memandangkan mertua dan ipar duai nak datang berkampung di rumah aku start besok, and diorang arrive pagi, and alan pulak ada meeting kat sekolah, maka aku pekakkan telinga, butakan mata jelaa. anyway, i'm still entitle for that 1 day kan? so, harus aku n alan start mengemas rumah sekemas2nya dan tukar segala cadar, sarung batal, etc supaya imej menantu kesayangan dapat dikekalkan. hehehe...
the reason for them being here is to attend a wedding at sungai buluh on saturday n survey wedding stuff untuk sil-ina. aku plak dah pikir nak shopping shawl bagai nak rak kat jalan tar. nak isi kekosongan jiwa bulan lepaslah kengkonon. oh, adik ipar aku nih nak bertunang in february and kawin in june which aku confirm aku akan dapat jawatan penyandar tetap(bersandar di mana2) memandangkan insyaAllah aku pun by that time tengah sarat...
pastu 3 jan nanti kebetulan pulak ada appointment nak jumpa baby A. tak sabar pulak rasanya. last check up was a bit dissappointing sebab imej ultrasound yang doktor print langsung takde bayang baby. gelap jer. kali nih kalau tak terang gak, aku nak mintak dia print lain. kena caj tak agak2 nya?
wei, sapa ikut citer "tentang dhia"? malam nih last eh? cam hapa jer citernyer. aku nih berkobar2la ikut sebab lepas tonton.com kena ban kat opis nih, aku cuba nak ikut drama bersiri melayu kat tv. nak harap citer lain semua lepas kul 10pm. aku dah terpisat2 nak tido dah. gigih nih balik keje terkejar2 amik tren takut terlepas. aku expect citer pasal dhia bercinta ngan zikir lepas kawin sebab diorang kenal kejap jer kan. ala2 sweet2 romantikla. rupanya asiklaa citer pasal mak mertua dia giler membomohkan orang ngan si melie. pastu nasib diorang terbalik. yang baik, bertimpa2 musibah. dhia tuh dahla tak pandai, mak bapak mati, mertua ipar jahat, sekarang kanserlaa pulak. azmi tuh yang paling kesian. yang si melie tuh lepas 1-1 dia bernasib baik. ada jer orang2 baik yang tolong dia. apa jer pun musibah dia selain mak dia mati? isyh. aku tak sukalaa tengok citer2 duka lara nih. rimas. tapi tulaa, dah ikut, nak tak nak kena habiskan. klau tak, aku yang lara memikirkan apa ending dia. patutnya tukar tajuk citer tuh. bukan "tentang dhia" tapi "mereka dan keluarga mereka" kan? kan? kan?
2 comments:
mujur gak aku tak tengok tentang dhia ni..klu tak, mau gak tertunggu2..
liza abdullah(mak mertua dhia) kat twitter dia kata ada seprais malam nih. dah, pasni taknak ikut citer meleis dah. unless suggested.
Post a Comment