ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

sebelum aku tutup mata

sebenarnya banyak benda aku nak citer masa 3 minggu aku sakit tuh. masa sakit tuh macam2 yang aku fikir. memangla fikir macam2 dah aku pun rasa macam nak mati dah masa tuh. aku nih doklaa pesan macam2 kat alan "kalau alin mati, bla bla bla" sampai mamat tuh marah aku. dia kata pehal lak asik cakap macam nih jer. aku rasa macam tak ready lagi nak tinggalkan family aku tapi mana ada orang yang betul2 ready nak tinggalkan dunia nih kan? mesti ada hutang piutang yang belum selesai, silap yang belum dimaaf, anak yang belum habis diajar how to face the world, perkara2 yang tak terucap, rahsia yang kekal rahsia, ibadah yang compang camping, amalan yang tak cukup, macam2 lagilaa.


aku siap bagitau password aku kat semua online banking, blog, email, pin no tapi alan buat2 tak dengar jer. dan perkara yang paling2 aku tekankan ialah TOLONG SELESAIKAN HUTANG AKU. aku tau aku ada duit untuk settle semua hutang tuh daripada insurans, kwsp, asb, unit trust dan investment aku yang lain. so, takde istilah takde duit tapi boleh ker aku percayakan mereka2 yang masih hidup nih untuk jalankan amanat aku nih? hati aku tergerak bila semalam baca entry green apple pasal seorang bapa yang berhutang, ada harta tapi anak2 dia bayar tak habis then bahagi2 kan harta sesama diorang. isyhhhhh. arwah onyang aku pernah cakap, walau 5 sen hutang kita, kita takkan masuk syurga. walau dah habis cuci dosa kat neraka, ko duduklaaa in between. syurga tak, neraka pun tak sampai bila2. takut aku dengar. kalau kes bapak tadi tuh? camna eh? adakah dosa hutang tuh berpindah pada anak2? atau kekal bapanya berhutang?


aku ada beli rumah and loan rumah tuh under nama aku, aku tak risau sangat pasal ada mrta. means loan akan settle by insurans kan? hutang credit card camna eh? hutang ptptn? Alhamdulillah buat masa nih aku takde berhutang dengan orang. and aku nak cuba kekalkan begitu. kalau ada pun mungkin dengan adik aku zana jer. well, dialaa pemegang amanah aku since banyak penama aku letak nama dia. sebab dia membesar dengan aku dan faham sangat2 pasal berhutang nih. dia paid off cc dia every month even tho bulan tuh credit RM2k++. pastu nak makan mai datang pinjam ngan aku. kengkadang kesian dengar ayat dia "kak, pinjam seploh buat blanja harini. takyah bebanyak coz besok dah gaji" ngam2 jer. hehehe. ok jer, aku pun tak kisah. memang abah kitorang dah pesan. we only have each other and we have to look out for each other. tapi aku takut pulak bila aku letak zana sebagai penama akan membebankan dia. yelaa, alan, anak2 aku, mak abah aku pun ada hak ke atas harta (ceh, macam banyak) aku. aku cuma berharap mereka2 nih dapat bersepakat demi kebaikan aku di alam sana nanti. duit boleh dicari. aku carik duit untuk 1. diri aku, 2. keluarga so diorang kenalaa dulukan hak aku kan? kan? kan?

3 comments:

ayu said...

alin...apa2 pun hutang memang kena didahulukan...mmmm...

ashra said...

sedihnya..
saya pun kadang 2terfikir apa alin fikirkan.tapi kalu cakap dgn hubby,mesti hubby marah..

tah ye..kadang2 mmg rasa gitu kan.kadang2 rasa tak cukup sedia kalu berlaku..uhukk..

mudahan kita panjang umurnya bersama suami dan anak2..

arLene said...

ayu : memang settle hutang tuh penting sangat...

ash : kengkadang benda yang alin pesan kat alan tuh pasal cara2 handle yana. cara masak bubur, hygiene, nutrition. dia sentap sebab macam alin kata dia tak reti jaga anak plak. i guess cara mak2 lebih detail n kita nak bapak2 pun as detail as kita. hehehe