ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, December 27, 2011

panggilan baru

aku rasa nak masuk 2012 nih aku nak ubah sikitlaa environment blog nih. bukan, bukan aku nak ubah background. aku still sayang lagi rupa blog aku cuma aku nak ubah panggilan. ye, aku mengada nak tiru orang. aku dok panggil husband aku dengan nama jer- alan macam kuang hajar sangat (padahal kalau kat luar memang aku panggil gitu selain yang). pasnih aku nak panggil dia cikgu sebab dia memang cikgu kan. pastu baby dalam perut aku nak panggil baby A coz memang confirm nama dia start with A cuma belum decide nama apa. n ariana biarlah kekal ariana/yana coz memang itu pun aku panggil dia. belum boleh nak berkakak2 lagi. dia bukan paham pun. lagipun aku suka nama ariana tuh coz bersusah payah aku carik nama tuh setelah kahwin dengan alan coz family dia SEMUA nak A. dah laa kazen2, sedara, pakcik2 aku ramai giler A. jenuh nak carik yang tak sama. kang bila kenduri, panggil anak sendiri, datang budak lain plak. tak best. dan lagi aku suka bila personaliti ariana sebijik macam nama dia. ariana = vivacious = bersemangat, gembira, ceria. yelaa, orang kata nama nih doa kan...

mak aku, aku nak panggil datin boleh tak? sebab mak aku memang slalu feeling2 datin. bapak aku aku nak panggil apa eh? pak enal macam tua sangat. eh, bapak aku memang dah tua tapi dia plak feeling muda sebab kalau korang tengok dia, tak macam 58 pun. serius wei. dulu abah aku datang nak amik barang2 aku kat hostel U, kakak2 senior gatai kata diorang leh jadi mak tiri aku. hek eleh. aku dah ada mak tirilaa...cukupla 1 eh. pastu pernah skali aku jalan2 ngan abah aku kat pasar ramadhan. ber3 dengan adik aku emir yang masa tuh baru few months old. orang ingat aku bini dia. eeee...meremang bulu tengkuk. abah aku still aktif siap gi surfing wave okeh minggu lepas kat bali. haa...dia memang giler aktiviti. dia kata dia nak try skydiving plak pasnih. eeee...aku pun tak brani camtuh. aku panggil abang enal kang rasa geli ketiak pulak. ehhh, aku panggil abah jelaa...adik2 aku cam biasa laa...guna nama sendiri cukup. nak bagi gelaran pun ramai sangat. kang aku yang terconfuse plak. ok, kira ngamlaa tuh. kita tengok post2 2012 lepas nih eh...eh, maksud aku nanti2 laaa...pasnih ada lagi post lain before 2012.

p/s : cakap berdegar2 ingat banyak sangat nak ubah padahal....hehehe

No comments: