hola mi amor!!! seronok weh cuti 4 hari...eventhough takdela buat apa sangat pun. menghabiskan duit jer...orang tgh feeling kayo, ginilaa jadinya...duit belum dalam tangan, dah gigil2 nak pegi shopping mall...aku dah perasan dah sindrom nih slalu menyerang bila nak dekat2 announce increment n bon...jangan takde sudah, haa kalau tak, lepas tuh melopongla kau nak menyimpan balik...
last weekend aku telah berjaya mendapatkan lebih separuh dari barang2 dalam list to buy aku. tapii yang siotnya tubing set untuk pump spectra 3 aku tuh makan rm70!!! mahal tuh...memang siot tullaa sapa yang kebas tuh...dulu aku beli dia bagi extra tubing set tuh rm20 ke rm30 ntah tak ingat sebab beli skali ngan pump. now kalau beli asing memang harga tuh katanya...apa nak buat, dah nak guna kena gaklaa beli...selain barang2 dalam list tuh aku ada gak beli benda2 tambahan (as expected laa kan) almaklum bila dah kat sana baru nampak. alang2 belilaa skali. baju baby yang tak plan pun beli gak sikit sebab tak tahan comel sangat. 3 pasang jer pun. other than that beli sikit toilettries ariana yang memang murah. liquid cleanser for bottles tuh 2 pek refill cuma rm22 jer. which selalunya 1 pek rm17.90. aku beli 1 set jer coz barang banyak tak larat nak bawak. penuh trolley n stroller. yang buat nampak penuh sebab aku beli nursing pillow tuh.
oh, we bump into a few couples from our uni. funny n strange when we see ourselves with the lil ones. hehe. i also manage to meet up with my best bud nonie sekejap. itu pun tak dapat lama2 coz masing2 kejar masa. lepas jer habis meround (lantakla ayat broken eh) terus carik tempat makan. dah kebulur bebenor dah. makan kat SR jer. dah tak kuasa nak survey2 carik tempat makan. janji kenyang. boleh pulak aku tertinggal diapers ariana dalam keta. sudahnya masa makan pun kelam kabut coz ariana dah mengamuk2 tak selesa n ngantuk. nasibla dapat meja paling hujung nun kat dapur. habis disepah2kannya nasik kat lantai. hulur piring kek, terus senyap. habis makan, cikgu dukung kat bahu tak sampai seminit dah tido. terus kitorang gerak balik, tukar pampers pun dalam keta jer. tak sempat nak round2 MV. memang semata2 pegi exhibition jer. habis gakla dalam 600++. gambar2 barang aku beli nanti2la aku upload eh.
on sunday pulak memang tak kemana2. we spent our day doing housechores and the rest lazing around in d house. masak pun kueyteow goreng jer ulang sampai malam. dasar bini pemalas. nasibla dapat husband yang tak cerewet. petang pulak hujan. 3-3 beranak tido. ahhh...heaven. on monday n tuesday memang aku dah apply cuti coz rabu (today) alan pergi kelantan bestfren dia kawin. at 1st plan aku n yana pun ikut but then doc tak advise untuk aku travel jauh2. so, aku amik cuti tuh nak spend masa dengan mi familialaa konon biar ariana tak rasa sangat babahnya takde nanti. takde makna ok. isnin tuh aktiviti penuh berulang ke klinik ajer. dah aku pun belum decide nak bersalin mana, aku pegi jelaa checkup kat dua2.
pagi kul 7.30 aku pegi klinik ibu anak. kul 11am baru settle. itupun interview jer dulu. semalam sambung lagi jumpa doc pulak. rabu minggu depan kena cuti lagi nak buat blood test pulak. Almaklum, klinik gomen kan buat thorough checkup. harusla complete n makan masa. kat Al-Islam pegi isnin petang jer. just untuk scan n cukupkan syarat checkup kat sana in case nak bersalin kat sana nanti. selain faktor masa, yang lain tuh kira oklaa...jimat pun iye coz all the test buat kat gomen, Al-Islam copy result jer. scan kat private, gomen copy result scan. sangat bekerjasama kan...hehehe...aku setelkan skali hal2 bank apa semua. petang selasa baru free sikit. tapi pegi pavi jer carik baju baby n hadiah kawin. kan aku kata tadi sindrom asek nak shopping sedang melanda. lagi2 bila dah confirm gender baby. yahoo. seronok, tak perlu nak teka2, pikir2 nak beli baju apa. oh, n gud news is dr. ros kata 90% chances uri naik atas balik. so, kemungkinan nak bersalin normal tuh ada. double yahoo. and tak perlu continue ubat ventolin n utrogestan tuh dah. cukupla dengan vitamin biasa jer. triple yahoo. lagipun aku memang liat makan ubat plus ubat tuh mahalll...jimat lagi di situ. nice.
No comments:
Post a Comment