ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, February 26, 2014

Is it really OCD?


i have met several people that used to claim they are OCD but i seriously think that they aren't. they say things like :

"you knowla my husband kan OCD. he can't stand using 2nd hand items"
(and your house is not that neat, trust me)

"i have a little OCD coz i feel irritating when i see dirty clothes everywhere and i will start nagging my husband, but if its mine, then its ok pulak. i surely have odd kinda OCD"
(??!!!!)

"i have OCD coz i like to organize my documents in files, organize my things on the table and i don't like see messy things"
(uhh...i guess i sometimes OCD too? when i have time to do that laa)

"i think i have OCD coz i have to double check every work i do"
(thats your job to minimize mistake, duncha think?)

thats only a few example that i can share...do they know the real meaning of OCD? or they just assume they have OCD when they are actually just neat freaks or have a quirk or two? i try not to think negative about their comments but sometimes i think they used it as an excuse to push people away or "humbly" praise themself for being a neat person (and indirectly warn others to not mess with their things) or to say that they cannot accept other people's way of thinking because...well, because they have OCD. and people should just accept theirs. yeah, right!!



the simplest symptoms of OCD is REPEAT. like washing hands. According to WIKIPEDIA,

Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry; by repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety; or by a combination of such obsessions and compulsions. Symptoms of the disorder include excessive washing or cleaning; repeated checking; extreme hoarding; preoccupation with sexual, violent or religious thoughts; relationship-related obsessions; aversion to particular numbers; and nervous rituals, such as opening and closing a door a certain number of times before entering or leaving a room. These symptoms can be alienating and time-consuming, and often cause severe emotional and financial distress. The acts of those who have OCD may appear paranoid and potentially psychotic. However, OCD sufferers generally recognize their obsessions and compulsions as irrational and may become further distressed by this realization.

see the underlined words. do they even have that symptoms? in a more simplest way to understand it, i quote from a website :
Basic idea of OCD: “..An illness that causes people to have distressing, intrusive, irrational thoughts, images, or impulses (i.e., obsessions) and to perform repetitive behavioral or mental acts (i.e, compulsions) aimed at reducing distress or preventing some dreaded situation."

Obsessions (the producer of an anxiety):getting hurt, getting sick (or contaminated), being imperfect, losing track of belongings, feeling insecure, and feeling vulnerable or helpless.

Compulsions (what one feels they HAVE to do):double checking, washing repetitively, keeping things for an extended period of time, touching objects repeatedly, forcing relatives and friends to say or do certain things.

i have read a very usefull article here about what OCD is...and isn't...if you really have OCD, then you would be disturbed by seeing this. Please be clear that i am not against OCD. im just annoyed by people shutting others by using OCD as a reason. i guess OCD is lightly thought as neat and people would like to have that psychological disease. but when they are being harsh and panas baran, do they want to be labelled as bipolar? tak nak pulak kan?

WW : My Love From The Star - Kim Soo Hyun








credit Cari Forum

Tuesday, February 25, 2014

entri 4 tahun dulu

godek2 draft, terjumpa post nih...dated 23/11/2010...ariana just turn 10mo...publish as i think it is still relevant with the current state...just a thought of mine...hope to take it positively :)

duduk2 nih teringat ariana. macamana aku risau bila dia terjatuh. rasa nak g buat mri, cat scan, xray, ultrasound, nak buat semua test to make sure she is ok. merah sikit, aku sapu krim bagi cepat baik. nangis sikit terus dukung supaya dia senyap. gomol2 dia puas2 macam tak jumpa petang karang.

macamana dia agaknya 3, 7, 10, 15, 20 tahun akan datang?ingat ker dia kat mummy dia nih?jadi apa dia bila besar nanti?boleh ker dia jaga adik2 dia?melawan ker dia?dengar kata ker?

anak2 yang degil2 tuh salah mak bapak ker?kalau ye, di mana salahnya?nak jugak aku elakkan. kalau tak, kenapa dia degil? salah kawan2 ker? kalau yer, macamana nak pilih kawan? kalau tak, kenapa dia melawan? salah sekolah ker? kalau yer, sekolah mana yang bagus? kalau tak, kenapa dia tak dengar kata?

i guess itu percaturan hidup dan dugaan bagi mak bapak. anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, belum tentu mendatangkan hasil yang lumayan. anak2 nih macam biji benih ker?kita nak tunggu hasil? atau anak2 amanah untuk kita jaga tak kira apa outcomenya. atau kita serah pada orang lain untuk dijaga, bila dah besar, bila dah tak payah susah2 nak layan karenah, ambil semula dan bolehlaa menuaikan hasil. macam tu ker?

kalau anak yang mengenang jasa ibu dan ayah yang MELAHIRKAN, taulaa dia membalas jasa. macamana pula dengan orang yang MEMBESARKAN? bagaimana pula nak membalas jasa mereka?apa hak mereka pada anak2 yang dijaga?yang terpaksa bersekang mata menjaga ketika sakit. yang melayan karenah tantrum ketika kecil. tau ker mak bapak yang melahirkan akan jasa penjaga? tau ker mak bapak bila beg sekolah anak2 dah koyak? bila anak2 takde payung ketika balik sekolah jalan kaki dalam hujan? bila baju sekolah sudah lusuh? bila anak2 pengsan di sekolah kerana demam? tau ker?

tak paham bila ada parents yang sanggup hantar anak2 dalam waktu yang lama pada penjaga. ada tuh ambil pada hujung minggu jer. alasan : taktau jaga anak kecil, takde masa untuk menguruskan rumahtangga. ada pula yang hantar pada nenek untuk dijaga nun jauh di utara/selatan. jumpa 2 minggu sekali sahaja. sayangnya. penat melahirkan tak terasa agaknya. penat mengemas lebih utama. tak rindu ker pada anak yang membesar bagai kilat dalam tahun pertamanya? sekejap dah meniarap, sekejap dah menjalar, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berlari? walau macamana canggih teknologi pun, takkan sama dengan anak membesar depan mata. itu aku tak paham tapi yang aku paham, jangan lepas nih kata mana ada emak tak sayang anak. ADA. tuh, yang buang anak merata2 tuh apa? jangan kata takde anak yang tak sayang emak. ADA. tuh yang tikam, sembelih, parang mak bapak sendiri tuh apa?

aku pun tak tau apa motif aku membebel2 nih tapi yang pasti tetiba aku emosi. emosi bila mengenangkan aku sayang pada anak tapi sayang ke anak pada aku bila dia besar?agaknya kalau aku mati, siapa yang paling merindui aku? mungkin ada tapi cuma sebulan? dua bulan?setahun? lepas tuh?



ariana dah dapat adik pun :)

Thursday, February 20, 2014

lelaki vs pompuan

backlog blog kak moon...terbaca ini...pasal kenapa mak2 siap lambat...hehehe...i find it funny coz i really can relate to that...but in my case, terbalik...mandikan anak2 memang tugas cikgu...coz i will be packing things to bring like water bottle, milk, tit bits, pampers n wipes, etc...kalau aku sempat, aku siapkan diorang lepas mandi tapi kalau tak sempat, aku cuma keluarkan baju and cikgu siapkan...cikgu siapkan better sebenarnya sebab dia complete pakaikan minyak yuyi, lotion, bedak semua kat anak...kalau aku, minyak jer...itupun kalau diorang cooperate...kalau tak, apa pun tapayah...aku spray sikit baby cologne kat diorang, done!

sungguhpun cikgu banyak tolong, still laa aku lambat jugak bersiap...kadang dah pakai baju, tukar...pastu konon nak kuar kul 11, kul 10 pergi laundry plak baju..pastu dah lambat sebab nak kena sidai dulu...feeling nak multitasking lah konon...sementara bersiap basuh baju skali...kadang tuh rasa ada sejam lebih lagi nak keluar, pergi kemas2 vakumlaa apa...sudahnya peluh, penat pastu nak rest dulu sebelum mandi...cikgu slalu bebel2 cakap apalaa yang aku buat sedangkan dia dah tolong setelkan bebudak...dia suruh mandi dulu, pastu barulaa buat apa2 ker tapi aku tanak...dia kata dia tau sebab apa...sebab aku tanak peluh2...hahaha...you sooo understand me laling...yes, aku nak dah setel semua, baru mandi, pakai wangi2 tapayah tunggu2 dah, terus keluar...baru muka fresh...hehehe...

lagi satu pasal how men cannot take loooong instruction...make it short and simple jer...hehehe...memang selalu jadi gitu...contoh kalau dia nak pegi kedai, pesan 1-2 benda cukup...kalau nak lebih pun kena tulis...kalau takde, tulis 1 alternatif sudah...jangan nak "belikan charkueytiow, tapi nak stall hujung yang tak pedas...kalau takde, beli kueytiow goreng, tapi kalau takde jugak apa2 laa asalkan nasi" confirm dia akan call balik tanya...hahaha...aku nih taklaa cerewet sangat bab makan tapi kadang dia ingat aku nak sangat, dia pegi singgah 2-3 kedai to buy different things...pastu balik bebel cakap aku order yg susah2, aku bebellaa balik sapa suruh dia meyusahkn diri sendiri, kan aku dah bg option...haih...

same goes to berborak...kadang aku nih punyalaa berlapik cakap panjang2...padahal aku cuma nk cakap tak payah/tanak..pastu dia xpaham...dia suh cakap straight sudah...macam semalam, kitorang pegi bwk kontraktor ke rumah baru...plan asal nak buat kitchen cabinet, nak pasang laminated floor cover tiles yang pecah, nak pasang border kayu kat dinding, nak cat sendiri belang2 kat feature wall...pastu bila discus2 ngan kontraktor, kitorang cuma buat kitchen cabinet jer, cat plain jer, tukar tiles yang pecah tu jer... memula aku punyalaa kona2 cakap kalau buat laminated floor nanti nak pindah lagi ke rumah landed bila ada rezeki (inshaa Allah, ameen) macam leceh nak bukak, n macam sayang nak tinggal, bla3...kalau cat belang tuh tak cantik, pakai wallpaper jerlaa tapi boleh ker buat sendiri...bla3...agaknya dah banyak sangat aku merapu, dia tanya alin nak camna nih sebenarnya? hahaha...tension member dengar aku membebel2...aku cakap buat kitchen kabinet jelaa dulu...yang lain slowly kita tengok nanti camna...dia kata cakap gitu kan senang, apa kona2 jauh...pastu aku cover cakap aku nak borak2 ngan dia dah dia tuh diam jer, aku cakapla panjang2...hehehe...dia kata tapayah, cakap straight jer...*cebik jap dia tanak berkomunikasi ngan itter tew* padahal lelaki memang gituuuuu...actually kalau lelaki banyak cakap lagi rimas kot...macam kak nam pulak kan...


senario pagi2 kalau babah diorang takde...menempel kat mummy mintak itu ini...nak mummy main puzzle ngan yana, nak mummy main playdoh ngan yana, nak tengok youtube masak2, yang kecik pun tanak kalah...cakap tak reti tapi duk bunyi jugak...buah2 hati mummy nih...

Wednesday, February 19, 2014

kalau lapar sangat



TEMPAT : AMPANG PARK FOOD COURT, STALL SEBELAH MASAKAN MINANG

pilihan pertama : nasi goreng kicap/nasi goreng cina/spageti/macaroni (sos pasta pun ada pilihan)
pilihan kedua : grilled chicken chop/grilled fish fillet/fried chicken chop
pilihan ketiga dan keempat : any 2 side dish - cold pasta salad/potato salad/baked potato/sosej/coleslaw/omelette/etc



pilihan pertama ada yang ok, ada yang tak brape (aku suka nasi goreng dia sebab sos pasta dia fail...lagipun kalau ko dah amik grilled chicken chop  and side dishes memang confirm ko tak makan dah pilihan pertama tuh) pilihan kedua sampai keempat semua sedap...(nanti nak tanyala resepi pasta salad dia....nyammm)

portion banyak...dia yang amikkan...sebab aku nih kalau tak sedap pun boleh jer bedal, sayang nak membazir...plus memang tuju sini kalau dah lapar sangat kan...lagipun sebab harga dia



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
RM6 jer??!!! buat aku tertanya2, untung ker dia nih? moga murah rezeki dia mengenyangkan orang2 yang memang makan banyak macam aku...dahla banyak, sedap gakla, murah plak tuh...confirm...



LICIN!!!!

Tuesday, February 18, 2014

abah

last saturday lepas subuh kitorang singgah rumah baru abah kat kota serimas sebelum balik kampung. ada urusan sikit. kitorang bawak nasi lemak and beberapa jenis kuih muih. abah pun sampai ngam2 ngan kitorang. actually rumah nih abah baru dapat kunci, baru masuk barang2 sikit2, belum duduk bermalam pun lagi. aunty and emir kat egypt melawat emilda yang tgh study kat sana.


dah lama tak rasa macam nih...makan dengan abah jer...even masa kecik dulu pun jarang...masa tgh breakfast tuh borak2, abah bagitau yang kontrak dia takkan disambung lagi. last dia keje until hujung februari nih. i can sense a frustration in his voice. he have been working at that logistic company for more than 30 years...dari jadi pion, sampailah ke jawatan tinggi yang dia pegang sekarang...he worked hard, been transferred to several states back and forth and continue his diploma and degree throughout the years and get promoted...i'm proud of him. jarang aku bercerita pasal abah aku kan...abah aku seorang yang kelakar dan lembut...seumur hidup aku, tak pernah dia jentik, marah pun setakat tinggikan suara jer like "akaaaaak!" or "adiiiiik!" lebih pada tuh dia just tegur baik2...beza sangat ngan mak yang lebih agresif...

maybe becoz kami jarang berjumpa kot...pernahla dalam tahun bila ntah masa aku sekolah rendah, kitorang cuma berjumpa 3 bulan sekali padahal masa tuh dia di gombak, kami kat sentul...dekat kan? terasa lama tak berjumpa abah sampai kadang2 lupa muka abah macamana...tengok Tamimi Serigar kat tv pun boleh meloncat2 cakap itu abah...now that we are older, makin faham kenapa dia buat macam tuh...pernah jugak masa aku nak kawin dulu aku tempik abah dengan mengungkit segala perkara yang aku tak puas hati...mana pergi abah masa aku dan adik pengsan kat sekolah? masa tokcik merayu2 kat dr mintak biaya perubatan direkod dalam panel book utk diclaim sebab kad panel hilang, masa PIBG, masa birthday, kenapa emilda dan emir dapat macam2, abah bawak jalan merata2 dan macam2 lagi...biasala ungkitan anak muda...jawapan abah senang jer..."abah mintak maaf..." lain benar dengan jawapan mak :P sejak tu aku terima kekurangan abah...aku buang jauh2 dendam aku...walau ada juga kadang2 perkara baru yang terasa di hati, aku cuba fikir positif...after all, dia satu2nya abah aku kan...dan aku nekad, taknak susahkan mak abah sebab aku nak buktikan, anak yang tak mendapat macam2 itu juga boleh berjaya, anak yang tak berjalan merata itu juga boleh berjalan sendiri, aku juga boleh bahagia...

tak, statement nih bukan statement balas dendam...cuma pembakar semangat jer...pernah masa nak uruskan permohonan UPU, abah mintak kawan baik dia bawak aku pegi bukak akaun bsn nun di shah alam...dalam kereta kawan abah cerita yang abah selalu bercerita pasal aku dan zana...aku banyak diam jer...katanya kesian abah keje siang malam...weekend pulak pergi kelas...kadang tak sempat nak jumpa kitorang...dia mintak aku tak marahkan abah...*sigh, i cry typing this* aku pandang luar tingkap kereta...cuba elak dari uncle tuh nampak yang aku menangis...aku nih hati tisu sket...tapi zana lagi hati tisu...muahaha...mungkin abah boleh sense yang aku dan adik rindukan dia masa kitorang kecik2...dan dia takde tempat nak mengadu...aku sampai ofis abah, nampak gambar kami dua beradik atas meja keje abah...itu jer pun yang ada...kat rumah abah takde :(

so, after dengar yang abah lepas nih definitely pencen, aku dapat sense yang dia susah hati...mungkin susah hati sebab anak2 ada yang masih bersekolah...emilda yang di egypt juga perlu perbelanjaan...abah takde pencen...EPF jika tak diurus dengan betul, sekejap dah habis...abah perlu sesuatu...abah perlu menjana pendapatan walau sepatutnya di kala umur menginjak 60an, abah patut berehat sahaja...aku nak jer cakap, abah dah tak perlu bekerja...takyah susah2 fikir nak bawak keluarga berjalan kemana...nak makan di restoran mana saban minggu...taulah nanti mereka2 berusaha...biarlah mereka juga belajar bersederhana...

walaupun aku nih kakak sulung, tangan kaki dan mulut terikat nak berkata2...pernah cuba nak nasihat adik2 halfblood nih yang aku sayang tak kurang dari zana tapi dikata aku dengki kerana diorang adik2 tiri...maka aku bertindak mengundur diri...mengunci mulut...sekarang aku cuma nak amik berat yang betul2 tanggungjawab aku sahaja...mak, abah, zana and my little family...yang lain, aku berkadaran cukup...takmau dikata lebih sudu dari kuah...kalau perlu pertolongan aku, datangla, akan aku bantu semampu aku...

nak balik tuh, aku hulur abah beberapa keping...aku kata, sikit jer bah...aku malu sebab aku tak pernah bagi abah duit selain hari raya...anggapan aku, abah bergaji besar...apalah sangat nilai seratus dua yang aku hulur...sekali outing pun tak cukup...tapi aku harap bila abah terima pemberian ikhlas aku, abah boleh rasa apa yang aku cuba bagitau abah, its ok, im here...moga rezeki aku dan abah makin bertambah...


abah kena balik kota serimas every weekend untuk menyiram rumput...


little helper

Monday, February 17, 2014

mummy's day out


last monday me and my girlfrens (nyanyi macam lagu destiny's child) plan for a day out...alahhh...bukan nak gi mana pun, just catching up on everybody's business jer...lama tak jumpa and we mommies do need a time out for ourselves sometimes, no? so, as usual, we took a day leave (yepp, u heard that right) just to hang out...same routine as we were working; send kids to babysitter, husband off to work, and nobody bother us. but despite thorough planning, suddenly ila cannot join us as her father was admitted to HKL a night before and her husband demam pulak. tak cukup korum sorang... :(

berjanji jumpa kat klcc jer...HAHAHAHA...5 minit jalan kaki jer dari opis aku nih...semorang tanak drive, tanak parking mahal, tanak jauh, tanak masak, tanak potluck, just nak lepak2, borak2 so KLCC jelaa yang sesuai...ahh, tak kisahlaa...the main point berjumpa...haih...diva sangat perangai masing2...pening nak arrange date, arrange tempat tau...we live nearby tapi nak jumpa macam duduk negeri lain2...dengan anak2 yang tengah test skill memanjat dan berlari, memang taklaa nak bawak diorang...i think by our age 40s baru senang sikit nak berjumpa kot kan?


singgah opis mengepam kejap as i left my double pump there...senang takyah nak berangkut kang...sambil2 melayan koya kat laptop...ye, saya buat opis macam opis pakcik saya...hehehe...


nak pilih tempat makan pun bertolak2...at last we had lunch at Chillis...bergambar sebelum Madam Maya sampai...dia lambat tapi dimaafkan sebab dia dari banting...


Mak Buyung Noni tunggu hari - Mona yang always slim - Madam Maya (panggil madam sebab dia nih pengajar kat ILP. anak murid dia panggil madam)


Alin and Alynz. we're clasmates for 3 years...cikgu, kawan2 confused nak panggil apa. padahal kitorang ok jer. at last they called her second name - anum sebab aku ada 1 jer nama..now panggil alyn jer..tp dalam wasap boleh differentiate by spelling...


order macam2. pastu tak habis...akuuu jugak yang kena bawak balik


sila2. jemput makan. tuan tanah berzakat...makan2, gosip2, planning2...ntah jadi ntah tidak...tapi plan itu perlu supaya nampak macam kita ada wawasan...hehehe 


yo yo o posing kekenyangan


alyn n alin OOTD


lepas makan, jalan2 cari barang...wish we had more time tho...but 3.30pm dah ada yang mau pulang...ada husbands yang dah merindu...almaklum, bini jarang outing sendiri...huhuhu


when we are among our friends, sometimes it feels like we're kids again kan? padahal memasing dah doubletree taun nih... :P

ni yang benci pegang sendiri kamera...apsal dagu aku jadi panjang nih?


took a few pictures before noni went home. we didn't even get the chance to continue our teatime. after done with our prayers, naik lrt and pulangla ke sarang masing2. must do this again. soon. k girls?


ila, jangan sentap yer ko takde sini...by the time i write this both her father and husband already getting well :)


may our friendship last till jannah...

Thursday, February 13, 2014

pending

banyak benda tertunggak :

i haven't bring mikhail for his 18 months jab. now he's already 20mo...actually buku merah dia hilang, tp masa 1year jab tuh aku pujuk2 dr kat private klinik tuh to proceed without the book lagipun mikhail pernah amik jab kat situ masa dia 5 ke 6 bulan ntah...he said pls bring the book next time and he will rewrite it...sampai sudah tak jumpa...mengemas2 nak pindah nih pun tak jumpa...tapi cincin kawin cikgu yang dah hilang bertahun jumpa akhirnya :)

Alhamdulillah before CNY harituh we all were rewarded few months of bonus...aku bersyukur apa yang dapat...kalau compare memang sakit hatilaa kan...so, kita takyah compare k :) and dengan duit tulaa jugak nak buat kitchen kabinet nih...itupun bertangguh...kitorang cuma sempat tgk 1 quotation...takde masa nak survey yang lain...ada jugak yang terus buat dengan org tuh kang...dapur kecik jer...lagi lecik dari flat nih laa...tapi nak macam2, nak cantik tapi nak murah, macamana? cikgu dah tepuk dahi sebab well biasalaa lelaki...dia suruh pilih yang standard...dia tak kosser nak cerewet pasal knob and handle sumer nih...pintu kayu ke plastik ke mana2 pun ok...susah nak mintak pendapat dia tau...at last i went thru google for few days sampai mata pun naik juling and i was more confused than before...haisyh...must finalize the litchen design asap...

niat nak daftar haji jugak dengan duit bonus nih...nak belanja cikgu daftar skali...tapi itu kena tunggu lepas dah buat dapurlaa...banyak balance, banyakla boleh masukkan...my fren baru register, katanya giliran dia 2066...mak aih...lama giler...i think to those yang berkemampuan, pegilaa pegi ngan private agency...mahal sikit tapi korang kan mampu...bagilaa orang2 yang kurang mampu nih pegi dengan tabung haji...eh, aku plan nak simpan kat tabung haji, bila dah cukup duit, dapat jemputan dariya, aku nak pegi ngan private agency jer...ok tak? sebab kalau duit simpan kat bank alamatnya asekla nak dikeluarkan nanti...kan? ok, itu long term plan...

aku baru start mengganti posa nih...ada 30 hari nak kena ganti...20 hari nak kena bayar fidyah...nih masa dalam pantang dululaa...pastu tak larat sebab breastfeed and takut susu drop...now mikhail pun dah ok minum formula walaupun kalau dia nampak muka aku, terus dicampaknya botol...at least kalau susu drop sekarang pun, aku cuma perlu memenuhi permintaan dia di malam hari jer...malam tadi siap masak lemak kobis, sambal sotong n goreng ikan...balik keje, solat, mandi terus prung prang kat dapur...kena stop sat mikhail mintak nenen...pastu sambung balik, kul 9.30 baru siap masak...dah set aside untuk sahur...pinggan cawan pun dah letak siap2 sebab taknak pegi dapur pagi2 buta takut terserempak cik T...set jam kul 5.15...alih2 sedar kul 6.15...makan tak, minum tak...pam susu tetap kena pam...now tengah menahan gigil...moga puasaku untuk Allah ini dipermudahkan sepanjang hari ini...lepas nih nak teruskan puasa 3 kali seminggu...kalau tak, takut lak tak sempat habis sebelum puasa...dalam 10 minggu habisla kot...

oklaa, aku nak gi tidur...simpan tenaga...nih kat bawah gambar hensemku nak ikut orang solat...kita rukuk, dia tonggeng, kita sujud, dia meniarap terus :P





cakk!!!

Alien

taip padam taip padam...seriusly there's too much in my head that i felt like i need to blurt it out all at once...kata blog tempat mencurah perasaan ye dak? i just been informed that some of my in laws read my blog...errr that have cut a few topic dah...muahaha...there's a few reason why i have not blogged for a long time...i mean REALLY write something instead of upload pictures and put caption. we have cake cutting session for ariana's birthday at ABC Grill with datin and my siblings, meeting my girlfrens for yearly activity that is buying lingerie, opppsss...and CNY celebration at the office...

one of it is because now we are in the midst of moving to a new place...we bought it when i was heavily pregnant with ariana...since then i have rented it out and now we decide that we need bigger house to raise the kids...there's some pros and cons tho...lets not mention it here nanti makin rasa berat nak pindah...this is the 1st time i move since married...kalau dulu nak masuk rumah flat nih i just bring whatever i have in the bedroom from my grandparents house...apa sangatlaa pun yang ada...setakat a bed, a wardrobe, a console table and mirror, clothes and shoes, ermmm itu jer kot...1/2 muatan lori and 2 hours siap pindah...

now with 2 kids and a husband and myself?!! mashaa Allah...we have been transferred about 10-15 boxes to the new house (it only took 10 minutes drive) with our mpv and there's still a lot yang belum pack...mainan jer dah 5-6 kotak...hadiah2 from our wedding masih banyak yang belum pakai, dalam kotak lagi...itu mostly dah bawak balik kampung...ada yang kitorang bagi kat ipar duai...

nak pack everything tak boleh jugak sebab we still live in this house...still nak pakai baju, tilam (katil dah bukak), 1-2 periuk dan kuali, pinggan mangkuk, things in the fridge, and many more...i really need a guide on how to pack while living here...i think i wanna live minimalis style lah after this....hahaha...yelah sangattt!!! seriously, i think i need one of those reality show that get the professionals to guide the family organize their life...tapi aku nak free...pastu tak nak masuk ikea sampai bila2...haa...boleh tak macam tuh...muahaha...berangan!!

rumah sana dah kosong...Alhamdulillah, my tenant was very kind to clear everything and siap bersihkan tingkap, dinding, lantai, toilets, minyak2 kat dapur, bawah dapur semua clear...we just mop and sapu sikit2 jer...sekarang kitorang tengah survey kitchen kabinet sebab the old ones dah nak roboh due to leaking...alang2 kitorang nak tambah sikit sana sini and tukar semua pintu2 kabinet...that will take a while...

another reason is because i have found a few blogs yang sangat best pada pembacaan akulaa...so i have been backlogs reading...kelakarla blog dia, tak berat and something different dari kehidupan aku nih...i find it quite interesting that i dont switch off my pc sebab takut terlupa mana aku stop baca... :P

another thing is because i think i have slowly move on from Kim Tan...sekarang aku layan citer2 koya yang lain...citer2 oppa minho berlakon dah habis khatam, la nih duk tengok coffee prince and my love from the star...cukupla 2 tuh dulu sebab kalau layan banyak2 at one time susah nak feel...hikhikhik...and now i feel like sudah curang sama Kim Tan when this young man mesmerize pandanganku...muka ketat2 gitu...omooo...sangat masyukla...boleh kira ngan jari bape kali jer dia senyum...tapi kalau dia senyum pun tak sehensem oppa minho...heroin dia aku tak bape berkenan sangat sebab 7-8 tahun older than him unlike pasangan Kim Tan dan Eun Sang yang sangat serasi dan matching umurnya ittew...citer nih memang merely i watched because of him alone...and i wanna know what will happen in the end...hehehe...tapi OST tak best, so aku tak donlod...OST paling best jatuh pada OST citer secret garden- that man...cer dengar...best...oklaa, nak sambung baca blog...koya takleh layan sebab quota dah habis, tsskkk...tunggu 15hb baru quota penuh balik...nanti kau...akan ku balas dendam kaw2...


Alien yang hensem

Tuesday, February 4, 2014

balik kampung oooo balik kampung

Assalamualaikum :)

cuti CNY+hari wilayah tak kemana pun...balik kampung cikgu pun tidak sebab tak kosser nak berhimpit kat hiway...kitorang dalam proses nak pindah rumah so berulang ke rumah baru untuk cuci, hantar kotak2 kecik, amik ukuran, bersihkan apa patut...banyak kedai hardware tutup jadi tak dapat nak mengecat...sebenarnya lambat lagi nak pindah betul2 sebab banyak benda nak kena repair dulu...and berat hati nak pindah sebab dah suka sangat ngan environment kat rumah comel aku nih...jiran terbaik sangat...parking depan mata...amenities melambak giler walking distance plak tuh...nantilaa aku citer lenkali...

ini citer masa cuti 3 hari thaipusam tuh...kitorg suka balik bila ada cuti KL tapi melaka tak cuti...sebab masa tulaa ibu ayah banyak masa kat rumah...kalau melaka pun cuti, penuh undangan kawin ibu ayah kena pergi...tak dapatlaa nak lepak2 borak2...tak banyak citer, aku letak caption kat gambar jelaa eh...


kat kampung atok jer boleh berlarian gini...mummy takyah risaukan kereta ker, taik kucing ker, jatuh pun ko bangunla sendiri ye nak...setakat jatuh kat rumput, tak sakit pun...tapi mummy still kena monitorla...mikhail nih kengkadang mengutip jugak...



orang kuat bila balik kampung...memang kalau balik cikgu tak rehat sangat...ada jer keje...masa kitorang sampai, ngam2 asar...tak sampai sejam, chandelier kat hall tgh tetiba jatuh atas meja kaca...berderai and jauh jugak sebaran kacanya...sebbaik semua kat dapur tgh minum petang...jenuhlaa cikgu n ibu kemas segala kaca tuh...kena sapu, vakum mop, vakum lagi...bahaya takut bebudak terpijak kaca...keje aku adalah guard bebudak jangan nak menyibuk jugak kat hall...


teman bermain dan bergaduh...abang amirul dah pun masuk darjah 1


waktu yang dinanti2 oleh bebudak nih...baby yang pandang kamera tuh anak asuhan biras aku...baik sangat...tak banyak kerenah...abang asyraf yang dah darjah 6 jeling jer tak dapat join...hahaha



mak teh the life guard...cetek macamana pun air, kena monitor gak...


yana n kak athirah


hensem boy mummy


abang amirul


kali nih balik, ayah ada projek nak reban ayam...serik ayam lari ikut jantan lain...lepas nih korang takleh bebas dah...berkeliaranlaa dalam nih jer...



kita tengok babah buat keje dari dalam bilik jer k...


petang amik peluang bawak ariana pegi potong rambut kedai nyonya...aku pun selalu potong sini jer...murah gila hokeyh...kalau rambut aku rm6 jer...ye sila percaya rm6 sahaja tapi takdelaa nak pesen2 sangat...aku pun takla cerewet sangat...siapala nampak pun...pernah jer aku potong sendiri rambut pastu datang sini kasi trim balik...rambut yana nih aku trim depan yang dah mencucuk mata tuh n belakang sikit baru rm4...berbaloi2...cuci and blow rambut baru rm7...kalau aku banyak masa, memang aku cuci and potong skali...total baru rm13...mana ko nak carik macam ni kat kl? dia cuci rambut sejam...sedap kepala ada orang urut2...



and of cos makan tak henti2...ibu nih suka jamu anak2 makan...masak jer kejenyer...kalau dia nak pegi kenduri pun duk sibuk masakkan untuk kitorang...memula dulu macam sentap jugakla sebab macam aku nih tak reti nak masak plak tapi lama2 aku redha jelaa...dah memang anak2 nyer balik nak rasa masakan ibu, ibu pun memang suka masak...aku pun dapat rehat, cewahhh...tgh breakfast, ditanya nak makan apa for lunch...tgh lunch, ditanya nak makan apa minum petang nanti...malam dah tanya nak breakfast apa pagi besok...gituuu...tapi balik sebulan sekali dua oklaa...kalau hari2 ko buat gitu ada yang kena hempuk ngan senduk...hahaha


kat sana hari2 menu tak pusing jauh...sambal-masak lemak cili api-goreng2-rendang kalau rajin...yang lain ayah kurang suka...kalau aku nak makan sayur, aku masakla sikit coz diorang semua tak makan sayur...even orang kampung, ulam pun diorang tak makan...nih ada gaya anak2 aku pun dah terikut tanak makan sayur nih...hmmm


last round sebelum balik kl


babai atok nenek...nanti mikhail ngan kakak yana balik lagi yer...